Ahad, 7 Ogos 2011

AKU INGIN BEBAS

AKU INGIN BEBAS


MACAM-MACAM HAL - ULAR SAWA JADI MANGSA

Posted: 06 Aug 2011 05:18 PM PDT

KUALA LUMPUR: Angkara dendam yang tidak diketahui puncanya, seorang penyelia pembersihan syarikat swasta di sini ketakutan apabila seorang jiran meletakkan seekor ular sawa di depan rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bandar Tun Razak, di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh berkata, dalam kejadian jam 9.45 malam, penyelia berusia 28 tahun itu ternampak seorang jiran meletakkan guni berwarna putih di rumahnya di tingkat lapan.

Beliau berkata, akibat curiga dengan kandungan guni itu, mangsa hanya memerhatikan dari jauh sebelum mengejar suspek dan menahannya.

"Apabila disoal mengenai guni itu, suspek menafikannya selain enggan memberitahu tujuan meletakkannya di depan rumah. Ini menyebabkan penyelia itu membawa suspek ke rumahnya.

"Bagaimanapun, suspek enggan membuka guni itu, lalu mangsa membukanya sendiri dan terkejut apabila ternampak seekor ular sawa," katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Mohan berkata, penyelia itu segera menghubungi polis sebelum menyerahkan ular dan suspek kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Suspek berusia 22 tahun itu kini ditahan reman empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

"Ular itu pula akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perhilitan Kuala Lumpur, Mohamad Hafid Rohani berkata, ular berkenaan dipercayai spesies ular sawa batik.

"Ia berukuran 3.6 meter. Seseorang perlu memiliki lesen sah untuk menyimpannya. Suspek juga boleh didakwa mengikut Akta Hidupan Liar," katanya. metro

Tiada ulasan: