PAS Perak akan terus memberikan komitmen bagi merealisasikan agendaNegara Berkebajikan yang diserlahkan melalui Buku Jingga yang telah sama dibentuk bersama Pakatan Rakyat.
PAS Perak kini sentiasa berusahauntuk memipin rakyat khususnya orang melayu bagi merealisasikan agenda PAS ganti Umno bagi orang Melayu.PAS Perak juga akan membawa wajah baru bagi orang Melayu serta memperkasakan mereka dengan agenda Islam yang sebenar.
PAS Perak, sentiasa memastikan apa yang diperjuangkan PAS bukannya berlandaskan semangat fanatik perkauman yang mencetuskan hubungan yang tegang antara kaum kerana Islam mengajar kita bersaudara di kalangan manusia sebagai mana yang dipaparkan oleh Rasulullah SAW.
Perkara ini yang sedangdiperjuangkan PAS Perak, PAS Peraktidak memilih jalan menonjol dengan keperkasaan kaum melalui semangat Kebangsaan fanatik yang diapi-apikan hingga boleh menimbulkan natijah buruk kepada keharmornian Negara Malaysia.
PAS Perak yakin bahawa kini sudah tiba masanya rakyat Melayu Islam menjadikan PAS pengganti kepada Umno untuk menyelamatkan negara dalam masa yang sama rakyat bukan Islam tidak perlu takut dan bimbang kepada PAS, PAS telah membuktikan kerjasama baik yang diberikan dalam Negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.
Sudah tiba juga masanya rakyat bukan Islam membuat perubahan bersama Pakatan Rakyat dengan menyedari bahawa perubahan tidak boleh berlaku melainkan secara bersama. Di mana tidak berlaku dengan orang Melayu sahaja berubah, kaum lain sahaja berubah tetapi kita semua berubah melalui Pakatan Rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan