Ajijoi |
'Ke mana perginya wang zakat kita?' Posted: 07 Aug 2011 06:11 PM PDT Apabila membicarakan bab zakat didalam negara kita, ramai yang telah merasa mual mengenainya. Pengurusan pengutipan wang zakat daripada umat Islam dinegara ini dilakukan dengan cukup sistematik dan bersungguh-sungguh. Namun begitu, pengurusan agihannya pula tidak serancak dan seghairah kutipan wang zakat tersebut. Asnaf yang layak menerima agihan wang zakaf, telah lama mengeluh akan hal ini. Hak mereka diremehkan. Mengapa begitu? Mari kita dengar pendapat Prof. Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengenai perkara ini. Cumanya, sepertimana yang kita ketahui bahawa tiada manusia yang bertamadun yang boleh menerima tindakan provokasi yang boleh mencetuskan permusuhan antara penganut agama tanpa alasan yang sah. Saya ingin menyentuh tentang orang Islam yang hadir di majlis tersebut yang dikatakan oleh pihak media hadir mereka terpengaruh dengan agama Kristian disebabkan sikap baik penganut agama berkenaan membantu mereka. Difahamkan bahawa orang Islam yang hadir, terutama ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin. Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal. Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa 'jatuh hati' dan 'terhutang budi'. Di sini beberapa persoalan patut ditimbulkan; Untuk mendapatkan RM100-200 pun, begitu banyak kerenahnya. Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih. Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan yang memadai untuk mencari penerima yang layak? Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya perbuatan pihak muslim yang sepatutnya memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan. Selagi mengikut peraturan dan undang-undang, seseorang boleh memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa terbatas dengan agama atau bangsa. Janganlah jika kita gagal membantu – sedangkan kita mampu - kita menyalahkan orang lain yang membantu. Mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja atas budi baik, itu sesuatu yang tidak pelik. Namun yang pelik, bagaimana dalam negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat Muslim? Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama lain. Apakah slogan-slogan agama kita selamat ini hanya kosmetik yang tidak berpijak kepada realiti kehidupan? |
Tazkirah Ramadhan: Rebut Pahala Berbuka Posted: 07 Aug 2011 04:16 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Ajijoi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan