Ahad, 28 Ogos 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Dewan Bahasa dan Pustaka perlu diberikan kepada sasterawan jika PR memerintah Malaysia.

Posted: 28 Aug 2011 04:19 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Dewan Bahasa dan Pustaka perlu bebas dari politik. Serahkan sesuatu itu kepada ahlinya. Mantapkan kuasa DBP sehingga boleh menentukan nama-nama pembangunan kerajaan Malaysia.

Kata lainnya, jika A Samad Said yang memimpin DBP, biar DBP sendiri yang memberikan nama kepada :

  1. KL Sentral.
  2. Pudu Sentral
  3. Presint Putrajaya
UMNO adalah barua British. Nama pun dalam bahasa Inggeris. Johor adalah tapak kelahiran barua penjajah. Temasik, tanah nenek moyang  diserahkan kepada Lee Kuan Yew oleh UMNO. Tiada sekor pun pejuang UMNO dipenjara atau calar dalam menuntut perjuangan. Sejarah ditulis oleh pihak yang menang. Rakyat perlu menang bagi membetulkan semula sejarah. Dan bebas dari barua penjajah sama ada British atau Jepun dalam erti kata sebenarnya.

This is our land.



Gila babi fitnah media akhir zaman : Group FB murtad dicipta dan dimainkan untuk pengundi hutan.

Posted: 27 Aug 2011 10:11 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Gua tertengok laporan khas Berita Utama TV1 malam tadi. Group murtad yang kononnya dianggotai Pakatan Rakyat. Ianya telah didedahkan oleh Milo Suam beberapa ketika lepas. Tapi dedahan itu hanya diketahui oleh pengundi internet. Manakala pengundi hutan?

Mereka yang rogol, dan kemudian mereka mengadu mereka dirogol. Fitnah akhir zaman yang gila babi.


Pemimpin Pakatan Rakyat sokong kumpulan murtad di Facebook?

Sumber : Milo Suam

SEBUAH kumpulan anti Islam menggunakan nama Murtads in Malaysia and Singapore dikesan di laman sosial facebook. Kumpulan ini lebih kurang sama dengan kumpulan-kumpulan anti Islam lain yang pernah didedahkan sebelum ini. Setakat artikel ini ditulis, kumpulan ini memiliki seramai 473 ahli [Facebook].





Apa yang mengejutkan, dalam diam-diam terdapat konspirasi jahat untuk mencemarkan nama baik Setiausaha Menteri Besar Selangor, Cik Faekah Binti Hussin. Blog gerombolan songkok tinggi (United Malays No Otak) memainkan isu kononnya Cik Faekah turut menyokong kumpulan anti Islam ini.

Blog United Malays No Otak menuduh Cik Faekah menyokong kumpulan Murtads in Malaysia and Singapore kerana beliau menjadi salah seorang ahli di dalam kumpulan tersebut [Facebook].





Beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat seperti Xavier Jayakumar dan Elizabeth Wong juga dilihat menjadi ahli kumpulan menyokong murtad itu. Selain itu ramai ahli kumpulan murtad tersebut yang memakai picbadge (lencana) BERSIH.

Apa yang ingin ReJaM© jelaskan di sini ialah, ini semua hanyalah konspirasi jahat untuk mencemarkan nama baik setiausaha MB Selangor, dan pemimpin Pakatan Rakyat, serta penyokong-penyokong BERSIH. Konspirator mahu menyebarkan dakyah dan fitnah jahat.

Group seperti ini boleh dibina dan dimanipulasi dengan mudah di Facebook. Walaupun tanpa persetujuan individu pemilik Facebook, pihak pentadbir sesebuah kumpulan seperti Murtads in Malaysia and Singapore ini boleh memasukkan sesiapa sahaja ke dalam kumpulan mereka sungguhpun tanpa persetujuan tuan punya akaun.

Sebagai contoh, ReJaM© ada membina sebuah Group "Faekah suka MiLo SuaM" di facebook. Salah seorang ahli group tersebut yang baru sahaja dibina ini ialah Faekah sendiri. Jelas di sini, group ini sangat mudah dimanipulasikan rujuk sini [Facebook].

Gila babi fitnah media akhir zaman : Berita 'murtad' TV3 adalah palsu.

Posted: 27 Aug 2011 10:04 PM PDT

Sebuah NGO membuat laporan polis terhadap TV3 kerana didakwa mereka-reka berita dalam laporan beritanya mengenai pusat tuisyen di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, yang cuba memurtadkan umat Islam.


Kumpulan itu, Jingga 13 dalam laporannya berkata ahli-ahli surau yang dikatakan berdemo itu pada siaran berita Buletin Utama 21 Ogos lalu sebenarnya tidak wujud.


Klip berita itu memaparkan sekumpulan kira-kira 50 orang dari Surau Qariah Al-Musyrikin yang diketuai oleh Mustapha Kamal Mohd Yusof - dipercayai pemimpin Umno di cawangan Seputeh - berkumpul di hadapan pusat tuisyen berkenaan bagi membantah tindakan mengkristiankan umat Islam.


"Laporan itu cuba menggambarkan bahawa terdapat usaha untuk menyebarkan agama Kristian melalui kelas-kelas tuisyen, sehingga menyebabkan ahli-ahli surau membantah," kata penyelaras Jingga 13, Fariz Musa.

Namun, menurut Fariz, semakan mereka mendapati surau berkenaan tidak wujud di kawasan itu.

"Siasatan Jingga 13 mendapati pusat tuisyen itu terletak di kawasan sekitar setinggan di kawasan JalanKlang Lama, dan hasil perbualan dengan penduduk tempatan di sana, kami mendapati bahawa tidak ada satu surau pun wujud di kawasan itu," kata Fariz, yang adalah anggota exco PKR.

"Pusat tuisyen ini terletak di kawasan setinggan yang didiami khususnya oleh masyarakat Cina dan India, bersama-sama dengan beberapa pendatang Indonesia.

"Ia cukup jelas bahawa qariah dan surau yang dilaporkan di TV3 itu tidak wujud," katanya.


Fariz (kiri) juga berkata bahawa nama surau yang dilaporkan itu sendiri cukup meragukan dan cuba mempersendakan Islam.

"Nama surau 'Al-Musyrikin' seperti yang dilaporkan kelihatan seperti seolah-olah direka.

"Mustahil bagi seseorang Islam akan menamakan rumah Allah dengan nama seperti 'al-Musyrikin' (kafir).

"Agak jelas bahawa TV3 mereka berita palsu itu dan pada masa yang sama mempersendakan tempat ibadat Islam dengan nama yang al-Musyrikin," kata Fariz.

Menurut beliau, penduduk di kawasan setinggan berkenaan memberitahunya bahawa pusat tuisyen itu telah bertahun-tahun wujud dengan tujuan memberi didikan agama Kristian kepada kanak-kanak yang hidup di kawasan sekitar yang beragama Kristian.

"Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar Cina, India dan sebilangan kecil Kristian Indonesia.

"Tiada orang Islam yang menghadiri kelas agama Kristian di sana," kata Fariz.


NGO berkenaan membuat laporan polis hari ini di ibu pejabat polis daerah Shah Alam terhadap stesen TV itu kerana niat jahat menyebarkan berita palsu, yang menurutnya bertujuan menyalakan api ketegangan agama dan kaum dan pada masa yang sama tmempersendakan Islam.

Sementara itu, tinjauan mendapati laporan berkenaan telah dikeluarkan dari laman web TV3.



Pendapat gua isu Lynas - Dr Che Rosli

Posted: 27 Aug 2011 09:56 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

[1]
Isu ini 'adalah' isu Cina. Bukan isu Melayu. Ini isu teknikal, isu hartanah, isu kualiti hidup, isu intelektual, etc. Pada gua masyarat Cina memandang berat soal ini. Jika menara telekomunikasi di kawasan perumahan mereka pun mereka bantah, inikan pula Lynas.

[2]
Tetapi cara gua memandang Lynas maybe berbeza. Gua tiada masalah akan menara telekomunikasi di kawasan rumah gua selagi tiada bukti kukuh ianya membahayakan kesihatan. Begitu juga Lynas. Gua tiada masalah hatta Malaysia mahu membina logi nuklear untuk tenaga elektrik sekali pun. Asalkan ianya dibuat dengan pemerintah yang tidak korup.

Ketika ini, gua bantah Lynas bukan atas hujah sains. Tetapi hujah korup dan budaya hangat2 tahi ayam mematuhi SOP / piawaian dunia dan budaya ketiadaan media perdana yang bersedia mendedahkan apa yang berlaku jika Lynas cuai.

So, gua berijtihad, Malaysia belum mampu dari segi suasana pemerintahan untuk satu perkara sebesar Lynas. Gua membantah atas tajuk ini. Selama mana Lynas boleh mematuhi piawaian dunia yang ditetapkan dalam suasana Malaysia yang hangat2 tahi ayam? Sejauh mana Lynas boleh mengelak korup dan cuai dalam suasana media perdana yang pasti akan menutup segala2nya?

Buat stadium pun roboh, bro.. Sekali lagi, gua membantah Lynas atas tajuk ini. Bukan atas tajuk sains.

[3]
Berkenaan dengan Dr Rosli pula, gua bersetuju dengan segala hujah sainsnya. Tetapi apa yang dilakukannya boleh diasingkan dalam 3 tajuk.

1. Penggunaan media perdana.
2. Tuduhan Penerangan PAS halang.
3. Hujah sains.

Hujah sains gua sokong. Dia adalah ahli. Jika mahu dibantah hujah sainsnya, DAP / PKR / PAS perlu mendatangkan ahli sians bidang yang sama.

Tetapi masalahnya penggunaan media perdana. Mengapa tidak sekadar menggunakan FB atau blog. Dan media perdana hanya memetik kenyataan melalui FBnya dan blog? Mengapa perlu eksklusif muncul di TV3 seperti Tantawi yang guna Utusan selepas rasmi menang tanpa bertanding?

Jika benar sekali pun Penerangan PAS halang, adalah lebih baik dia publish hujahnya di media bukan UMNO. Malaysiakini ada. Blog dan FB ada. Biarkan suasana menjadi media UMNO memetik media bukan UMNO. Bukan media bukan UMNO terpaksa memetik media UMNO. Kita boleh berhujah dengan sihat dengan kadar risiko peluang untuk disabotaj musuh yang minima.

Ini adalah satu perkara paling bull shit selepas apa yang dilakukan Hasan Ali dan Tantawi dalam hal2 larangan PAS menggunakan media perdana. Ingat arahan PAS Pusat melalui SU Agung yang melarang pemimpin PAS menggunakan blog dan media UMNO atas isu UG? Tak sampai 2 hari, Hasan Ali jemput blogger UMNO. Bila dilawan, Khalid Samad yang kena gantung.

Tapi itu dulu. Sebelum Hadi Awang dilanggar. Cabut Hadi Awang, 80% masalah PAS settle. Tinggal sikit jer lagi. Wallahualam.

[4]
Seterusnya pecahan tajuk Penerangan PAS halang. Ini adalah sesuatu yang lebih berat. Benar atau tidak adalah isu PAS. Tapi isu rakyat ialah suasana pertikaian ke atas Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Penerangan melalui pimpinan PAS sendiri boleh membantutkan harapan rakyat mendapatkan suasana politik baru untuk Malaysia.

PAS adalah antara kenderaan yang ditumpang oleh rakyat bagi tujuan maksud mendapatkan politik atau Malaysia Baru.

[5]
Jadi, gua berpendapat, PAS perlu mengasingkan isu Dr Che Rosli kepada 3 tajuk. Dan diselesaikan mengikut 3 tajuk.

  1. Hujah sains.
  2. Penggunaan media perdana.
  3. Tuduhan terhadap penerangan PAS.



    Tiada ulasan: