AdukaTaruna |
- Thanks Radix FC Kubang Kerian coz jual badak berendam sempena besday gua.
- Antara beg tangan Rosmah hasil duit tabung dari kecil. Bukan duit pembayar cukai.
- Gua nyaris kena bahan di Program Makan Colek malam tadi.
- MEMINTA BANTUAN PEMBACA
Thanks Radix FC Kubang Kerian coz jual badak berendam sempena besday gua. Posted: 25 Aug 2011 06:36 AM PDT Oleh : AdukaTaruna Label : Peribadi Khamis. 25 Ogos. Tarikh lahir gua. Selipar gua beli kat Maidin 6 bulan lalu corak tapaknya dah haus. Licin. Tapi getah tapak masih tebal. Oleh sebab mak gua pernah sambung pensil kontot dengan buluh, maka gua guna pisau untuk ukir corak tapak ikut suka gua. Selaku ibu tunggal, mak mertua gua dapat bantuan dari kerajaan negeri. Majlis berhampiran Masjid Muhammadi. Memandangkan payah gua nak pergi-balik jemput, gua ambil keputusan berbuka di Qaryah Ramadan. Stadium KB. Tiba2 hujan lebat. Lebat gile2. Rahmat sempena besday gua. Di Malaysia, tak kira Kelantan atau Sabah, asal hujan, mesti jem. Jalan sesak. Gua kensel berbuka di Qaryah Ramadan. Leceh. Hujan lebat. Bini gua sarat. Gua plan balik rumah. Jalan jem. Selaku planner perang terbaik abad ini, gua kol adik ipar gua. Suruh tanak nasi. Jangan datang stadium. Hujan lebat. Kensel plan. Berbuka di rumah. Kita beli ayam golek. Makan dengan nasi adik-beradik. Jumpa ayam golek Jalan Bayam. Hujan menggila. Jalan sesak. Nak berhenti tak praktikal. Usha harga RM18. Standard. Kita pergi Mydin la. Ayam golek pelbagai perisa RM8.90. Gua kan Melayu seperti mana MSK detailkan. Jangan tanya ayam itu dari mana, janji murah. Hehehe. Tapi bagaimana kalau habes? Gua kol adik ipar semula. Suruh kensel tanak nasi. Tunggu berita muktahir dari gua. Kalau ayam golek Mydin habis, kita buka apa yang ada la. Beli tepi jalan. Jam 6pm. Sangkut jem Kubang Kerian depan HUSM. Tukar Tiub marah kalau buat flyover jalan atas nama warisan kebudayaan. Gua tak setuju. Rais Yatim pun tak guna hujah Tukar Tiub. Nak lawan dalam forum hari tu bimbang lari tajuk forum. Kaizen sistem jalan atas jalan adalah betul. Bukannya robohkan mana-mana bangunan sejarah dan warisan. Kalau robohkan pada gua peduli apa pada sentimental dan kenangan lama2. Bahasa Melayu pun gua suruh hapuskan kalau wujud bahasa yang lebih baik untuk muslim tempatan. Sampai Mydin jam 6.15pm. Gua pilih parking area Mydin. Bayar RM2 pun takpa. Janji bini gua tak basah. Gua tak susah. Masa nak belok masuk, pintu laluan telah diletakkan kon. Apsal? Takan full? Banyak kosong ni bai. Apsal? Gua bagi isyarat tangan. "Tak bleh la abe.. Mydin tutup. Lepas buka baru buka." Sekor pekerja asing sound gua sambil geleng2 India. Fakap! Mydin tutup untuk pekerjanya berbuka. Cane bleh lupa? Aduss... Kol adik ipar. Buka sendiri2. No adik-beradik. Mydin tutup. Nak balik pun rasa tak sanggup layan jem sekali lagi. Hati sudah patah. Jiwa gua sudah tertutup rapat seumpama idea UG. Gua mau berbuka di Radix FC Kubang Kerian. Hujan semakin lebat seperti mentertawakan gua. Parking belakang Radix FC. Jelas tile di kaki limanya yang cantik. Berkilau kebasahan. Gua park dengan bahagian bini rapat bangunan. Mula2 bini gua keluar dan masuk di area kaki lima. Skang turn gua plak. Sedia dan ready. 1. Kunci pintu bini gua, buka kunci pintu gua. 2. Masukkan jari kanan di bahagian pembuka pintu. 3. Tangan kiri stanby tutup kunci. Kete gua takda auto lock. 4. Tarik pembuka pintu, tolak pintu dengan siku. Keluar dengan cepat, tekan kunci pintu. Tutup dan lari ke kaki lima Radix FC. Berdebup! Sekelip mata gua dalam lopak air. Tile licin. Gua dapat rasa kesemua mata dalam Radix FC memandang gua dengan kagum. Radix FC pun ada jual badak berendam ke abah? Fakap! Apa gelak2? |
Antara beg tangan Rosmah hasil duit tabung dari kecil. Bukan duit pembayar cukai. Posted: 24 Aug 2011 11:52 PM PDT |
Gua nyaris kena bahan di Program Makan Colek malam tadi. Posted: 24 Aug 2011 06:29 PM PDT Oleh : AdukaTaruna Ada la menghampiri angka 500 orang malam tadi kot. Beberapa orang kena petik untuk 'karaoke'. Termasuk Cuping Merah dari negeri UMNO totok. Johor. Hahaha. Jeming paling kelakar. Gila2 punya kelakar. Berucap sambil tidak menutup butang (zip jenis butang) seluarnya. Pastu selamba cakap : "Menta.. menta deh.. bute suar tak kacing pulok." Settle majlis, upacara makan ala2 Somalia. Baru 2-3 minit makan colek sambil berebut2, Hjosama Gi umum besday gua guna mic. Mapoh. Mapoh. Gua dah terdengar suara2 minta telur, air kerang, mandi, etc. Sek2 perogol 4 ekor pun memang dendam dengan gua. Mapoh.. mapoh.. Sek2 Klate ni bukan kira ada pimpinan kat depan ke, YB ke. Tengah syok diorang kupas kerang ke 10 biji gitu, gua chow awal. Wakakakaka. Selamat gua. |
Posted: 24 Aug 2011 06:05 PM PDT SAFIAN MENUNGGU RAWATAN MEMINTA BANTUAN PEMBACA Adik Safiah Mardhiah, 5 tahun akan menjalani pembedahan 'open heart surgery' bagi menutup lubang pada jantungnya. Dia merupakan anak kepada salah seorang aktivis Anwar Ibrahim Club (AIC) dan anggota Angkatan Muda KeADILan, Mohd Zulfadzli Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Zul Bumilangit. Ini adalah pembedahan kedua setelah prosedur pertama pada disember 2010 menggunakan tiub TEE gagal kerana diameter lubang yang terlalu besar. Pembedahan kedua ini lebih berisiko kerana melibatkan tulang dadanya dibelah untuk mengeluarkan jantung. Untuk pengetahuan, semua kos perubatan dan pembedahan ini tidak ditanggung oleh pihak insuran kerana ia dikira kecacatan sejak lahir. Dalam pembedahan kali kedua ini akan dijalankan di Institut Jantung Negara pada hari raya ke 10 (10 September 2011) dan dijangka menelan kos sebanyak RM25,000 yang mana sebahagian daripadanya ditanggung pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat. Selain itu, isteri beliau terpaksa berhenti kerja untuk penjagaan pos surgeri yang mengambil masa sekitar 2 - 3 bulan sebelum Safiah boleh ke sekolah semula. Harapnya, disebalik kemeriahan kita menyambut hari raya, ada yang sudi menghulurkan bantuan dan sumbangan bagi meringankan beban, apatah lagi pada bulan Ramadhan ni. Sumbangan boleh disambungkan terus kepada Mohd Zulfadzli (Maybank) 162209905368 atau hubungi beliau di 0192717548 atau melalui emel di mohdzulfadzli.abdulhalim@malaysiaairlines.com atau jonbuobage@yahoo.com Kes adik Safiah Mardhiah boleh dirujuk di IJN melalui no MRN: 215319 |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan