Khamis, 25 Ogos 2011

Addin

Addin


Panas!! Kita Kena Tipu Lagi...

Posted: 25 Aug 2011 08:53 AM PDT

Setelah perdana menteri dan presiden Umno Najib Razak mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa pilihan parlimen bagi mengkaji pembaharuan di dalam sistem pilihanraya di dalam negara kita ini, rakyat kita telah mengalu-alukan penubuhan jawatankuasa bertaraf parlimen tersebut dengan harapan agar sistem dan perlaksanaan pilihanraya di negara kita dapat dirombak dan diperbaharui dengan segera bagi menampakkan ciri-ciri keadilan dan kesaksamaan. Harapan seterusnya oleh kita adalah struktur jawatankuasa pilihan parlimen bagi pembaharuan dalam sistem pilihanraya tersebut akan juga terdiri daripada wakil-wakil daripada semua pihak baik kerajaan BN mahupun Pakatan Rakyat berserta dengan ahli-ahli parlimen bebas dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan misalannya Fomca, Suaram, Aliran, Manfrel, Bersih 2.0.

Selain daripada itu, rakyat juga berharapan tinggi agar wakil Majlis Peguam juga dapat dilantik ke jawatankuasa tersebut bagi membantu dari segi perundangan dan perlembagaan.

Malangnya

Akan tetapi, adalah amat berdukacita sekali apabila kerajaan pusat BN mengumumkan struktur jawatankuasa pilihan parlimen tersebut yang hanya akan mengandungi sembilan orang ahli parlimen, di mana pihak BN akan mempunyai lima orang ahli, manakala Pakatan Rakyat akan mengandungi tiga orang ahli parlimen dan pihak Bebas akan mendapat satu tempat.

NGO yang berkepentingan di dalam perkara tersebut seperti Fomca, Suaram, Aliran, Manfrel, Bersih 2.0 kesemuanya telah diketepikan. Turut dinafikan adalah Majlis Peguam yang sangat disanjungi rakyat selama ini kerana sanggup mempertahankan kedaulatan undang-undang negara. Alasan BN untuk mengetepikan beberapa NGO ini dan Majlis Peguam adalah kerana mereka ini bukannya daripada kalangan kumpulan politik yang berkaitan.

Tidak Bertanggungjawab kepada Parlimen

Selain daripada itu, menteri di jabatan perdana menteri Nazri Aziz turut mengumumkan bahawa jawatankuasa pilihan parlimen bagi mengkaji pembaharuan sistem pilihanraya itu sebenarnya bukan bertanggungjawab terus kepada parlimen tetapi kepada kerajaan pusat BN melalui jabatan perdana menteri. Jadi apakah maksud jawatankuasa tersebut mempunyai taraf parlimen sedangkan ia tidak dapat bertanggungjawab terus kepada parlimen?

BN permainkan kita

Yang lebih memburukkan lagi keadaan adalah kenyataan Najib baru-baru ini yang rata-rata menegaskan bahawa jawatankuasa pilihan parlimen bagi mengkaji pembaharuan sistem pilihanraya tersebut tidak akan dapat menamatkan tugas-tugasnya sebelum pilihanraya umum ke-13 nanti dan ianya akan terus berfungsi sekalipun sekiranya parlimen telah dibubarkan.

Nyata-nyata di harapan mata kita semua, kerajaan pusat BN pimpinan Najib sekali lagi telah mempermainkan rakyat jelata dengan pelbagai karenah dan helah yang kononnya sedang "memberikan harapan besar" kepada negara kita ini yang akhirnya didapati hanyalah satu harapan kosong. Kita jelas telah ditipu oleh BN.

Lebih menyedihkan kita lagi adalah pengumuman kerajaan pusat BN yang seterusnya yang mengatakan bahawa mereka tidak akan melayan kebanyakan tuntutan keadilan dan kesaksamaan yang dikemukakan oleh Bersih 2.0 kerana gerakan tersebut adalah merupakan "pertubuhan haram".

Nampaknya, kerajaan pusat BN sejak dari awal lagi telah mempunyai niat untuk memperdayakan kita semua dengan pelbagai helah dan tipu muslihat agar mereka dapat berkuasa lebih lama lagi. Bukan sahaja Pakatan Rakyat, para NGO, malah seluruh rakyat jelatan nyata telah tertipu dengan janji-janji manis BN yang tidak berprinsip ini./mc

Muammar Gaddafi Dipercayai Berada Di Sini..

Posted: 24 Aug 2011 07:42 PM PDT

TRIPOLI - Sejak kumpulan pemberontak berjaya memasuki Tripoli kelmarin kini yang masih menjadi tanda tanya masyarakat dunia sehingga kini adalah di manakah pemimpin Libya, Muammar Gaddafi bersembunyi? Bagaimanakah nasib Libya selepas kejatuhan rejim pemerintahan yang dipimpin oleh beliau selama 42 tahun? Pemberontak Libya dipercayai telah menguasai hampir keseluruhan kawasan di Libya yang terletak di bawah kekuasaan Gaddafi.

Tetapi, kehilangan Gaddafi dan kegagalan mereka untuk menahan beliau selepas mengepung kediamannya dilihat sebagai satu kekurangan untuk mengisytiharkan kejayaan penuh mereka. 
Pemimpin veteran Libya itu dipercayai tidak muncul di khalayak ramai selama lebih daripada dua bulan. Beliau hanya membuat penampilan melalui rakaman mesej suara akhir, Ahad lalu dan menggesa semua penduduk bangkit untuk menentang pemberontak.

Sehingga kini kumpulan pemberontak masih tidak mengetahui lokasi sebenar di mana Gaddafi bersembunyi. Jurucakap Pentagon di Washington percaya beliau masih berada di Libya tetapi pelbagai spekulasi berhubung kehilangannya mula tersebar secara meluas.

Berikut adalah antara lokasi yang didakwa menjadi tempat persembunyian Gaddafi sejak berlakunya pemberontakan di negara itu kira-kira enam bulan lalu;

1. Hotel Rixos, Tripoli

Pada Mei lalu, Gaddafi pernah muncul dalam sebuah rakaman stesen televisyen semasa beliau menginap di Hotel Rixos di Tripoli tanpa disedari petugas media yang turut berada di situ. Kaki tangan hotel mendedahkan terdapat sebuah terowong rahsia yang menghubungkan hotel itu ke laluan bawah tanah. Laluan tersebut dipercayai mungkin digunakan oleh Gaddafi untuk memudahkan pergerakannya secara rahsia di seluruh Libya.

2. Tunisia

Gaddafi mungkin tidak bersendirian di Tunisia kerana Perdana Menteri , Al Baghadadi al-Mahmoudi dan ketua kesatuan televisyen, Abdallah Mansour sudah pun berada di Pulau Djerba di Tunisia. Petugas media masih gagal menjejaki beliau di lapangan terbang selepas khabar angin menyatakan pemimpin Libya itu dijangka akan menghantar isteri dan anak perempuannya untuk melarikan diri ke Tunisia.

3. Afrika Selatan

Terdapat spekulasi mendakwa Gaddafi diberi perlindungan di Afrika Selatan selepas sebuah pesawat negara itu dilihat mendarat di Tripoli, Ahad lalu. Bagaimanapun, Menteri Luar., Maite Nkoana-Mashabane menolak khabar angin tersebut dan menyatakan pesawat tersebut digunakan untuk mengambil sekumpulan pekerja.

4. Kompleks Bab al-Aziziya

Kediaman Gaddafi di Kompleks Bab al-Aziziya dipercayai menjadi lokasi utama tempat persembunyian beliau sejak dahulu lagi. Tetapi usaha kumpulan pemberontak mengepung kediamannya sejurus selepas memasuki Tripoli tidak memberi sebarang tanda bahawa pemimpin Libya itu bersembunyi di rumahnya.

5. Sirte

Sokongan terhadap Gaddafi masih terus kekal di bandar kelahiran beliau di Sirte di Mediterranean. Ada pihak mendakwa beliau melarikan diri ke bandar itu untuk bersembunyi.

6. Hospital di luar Tripoli

Stesen televisyen Al-Arabiya melaporkan Gaddafi bersembunyi di sebuah hospital di Tajoura terletak di pinggir timur Tripoli. Pada Mei lalu, ketua keselamatan Britain mendakwa Gadaffi berpindah-randah dari pelbagai lokasi hospital kerana dipercayai ia menjadi 'tempat' paling selamat dari sebarang bentuk serangan.

**Kerajaan Venezuela, Arab Saudi, Zimbabwe, Uganda turut percaya hospital di luar Tripoli menjadi lokasi utama persembunyian Gaddafi.

2 Juta Dinar Untuk Kepala Muammar Gaddafi

Posted: 24 Aug 2011 05:34 PM PDT

BENGHAZI - Dewan pemberontak Libya menawarkan hadiah 2 juta dinar Libya atau setara Rp 14 miliar untuk menangkap, hidup atau mati, Moammar Khadafy. Para pemberontak juga akan menjanjikan amnesti kepada orang-orang di lingkaran dalam Khadafy yang membunuh atau menangkapnya. Mustafa Abdel Jalil, Ketua Dewan Transisi Nasional atau Transitional National Council (TNC) mengatakan hal itu, Rabu (24/8/2011). Wang hadiah itu disediakan oleh dua pengusaha Libya di Benghazi.


Addin :

Hinanya seorang pemimpin yang bernama Gaddafi, di dunia lagi sudah dapat balasannya. Kepada diktator yang masih berkuasa, mungkin masa anda akan tiba sedikit masa lagi..awas!!!


Tiada ulasan: