Rabu, 24 Ogos 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Pemandu Kelantan adalah bodoh?

Posted: 24 Aug 2011 05:44 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : Sikap Pemandu Di Bandar Kota Bharu Klntn Yg Bodoh.

Ini ditulis oleh orang Kelantan sendiri. Sahabat Zam Zamani. Antara tulang belakang dalam setiap program di Kelantan.

Gua dah lama gak nak tulis benda alah ni. Selalu berkongsi bercakap hal ini ialah Topeng Perak. Sebab Topeng membesar di luar hampir 30 tahun. Gua berada di luar Kelantan hampir 28 tahun. Memang berbezalah corak pemanduan orang Kelantan dengan luar.

Mengapa boleh jadi begitu? Gua lebih suka berfikir mencari kemungkinan2 sebab. Mengapa ia boleh menjadi begini dan begitu. Ianya boleh melenakan tidur gua. Jika tidak, ianya adalah beban kepada kepala otak gua.

Pemandu Kelantan perlahan.

Perlahan bos. Slow and steady. Kalau dah lampu hijau. Ada la dalam  3-4 saat baru respon. Masalah terjadi mungkin sebab di Kelantan tidak banyak jalan lebih dari 1 lorong. Belanjawan Negara N3 lain.

Kalau jalan yang ada 2 lorong seperti Jalan Tok Guru (baru tukar nama), pemandu perlahan pula ada di setiap lorong. Gua orang luar bro. Memang dah terbiasa cepat. So, lu boleh agak la betapa sensaranya gua. Haha.

Namun, bukanlah maksud gua, gua bawak kete macam pelesit. Kira standard biasa kelajuan orang2 luar la.

Kemungkinan terjadi budaya / fenomena ini.

1. Sikap tawadduk. Pendidikan Kelantan maybe lebih kepada kerohanian. Pendidikan agama wujud hampir setiap mukim. Bukan setiap daerah lagi, tapi setiap mukim. So, bawak kereta santai sambil berzikir kot. Gua selalu tengok muka pemandu yang perlahan setiap kali gua berjaya potong. Kebanyakan muka jenis jurus la.

2. Tidak banyak jalan lebih dari 1 lorong. Tiada highway. Di mana ini semua berperanan mempengaruhi corak pemanduan tempatan. Kat luar, kalau memandu sambil pegang tasbih di laluan laju, memang kena hi beam + hon + maki-mahun 2-3 bakul. Orang kapel yang memandu sambil bercinta pun tahu duduk lorong perlahan.

3. Peratus pemandu jenis cepat maybe berhijrah ke luar Kelantan. Yang tinggal di Kelantan ialah pakcik2 tua, pemilik2 perniagaan yang tidak perlu kejar masa punch card, pemandu2 yang berjiwa tuan / merdeka bukan berjiwa kuli, pemuda2 yang berbudaya memandu ala Kelantan. Tidak terdedah dengan corak pemanduan luar.

4. Maybe dalam bandar diorang releks anda steady ala2 cari rumah sewa. Tapi kalau pergi KL, KB-KL 4 jam.

Peranan signal.

Di luar, cara pemanduan kereta memang dianggap biadap kalau dilihat mata kasar. Tiba2 potong Q. Tiba2 tukar lorong. Tapi hampir semua menggunakan signal. Kita boleh agak dan faham perubahan keadaan kereta depan atau belakang. Malah, kalau kita lihat pemandu depan usha melalui cermin pandang belakang, kita dah bleh agak kereta tu nak tukar haluan.

Di Kelantan tidak macam tu. Maybe membazir kot kalau guna signal. Atau guna signal agenda Yahudi. Jangan ketawa. Gua ada member Tabligh. Dia naik kete sebelah pemandu dengan cara aneh. Seolah2 melompat. Sebab dia kata Yahudi sengaja cipta driver sebelah kanan. Supaya pemandu melangkah masuk dalam kereta dengan kaki kiri. Tu yang terjadi kemalangan. Oleh sebab itu dia masuk kereta di sebelah pemandu dengan kaki kanan dulu. Tinggal komputer lu kejap, dan pergi test.

Kembali bab signal, yang ni gua pening sket nak cari sebab. Kebanyakan peristiwa berlaku kalau lu nak melintas, ada kereta. Lu tunggu la. Bila dekat kereta tu rupa2nya belok simpang kita tanpa signal. Panas jer. Nak maki tak bleh. Muka ada nur. Pakai kopiah. Senyum jer pemandunya.

Hahaha.. lain padang, lain belalang maa... yang sama dengan luar ialah cara pemanduan Mat2 Rempit. Yang kereta, memang berbeza, bro..


Kumpulan yang mengaku Islam perlu berhenti dari berhujah mengenai Islam cara bodoh..

Posted: 23 Aug 2011 11:34 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : Malaysiakini

Kristian 'halal pelacuran': Sinar Harian mohon maaf.

Akhbar Sinar Harian hari ini memohon maaf atas penyiaran satu kolumnya semalam berhubung "rancangan pemusnahan umat Islam" yang didakwa didalangi kumpulan Kristian.

Kolum bertajuk 'Matlamat Gerakan Kristian' itu hari ini diakui "silap" dan "tidak tepat", menurut notis permohonan maaf yang disiarkan di halaman nasional akhbar tersebut hari ini.
Islam adalah agama yang tegak dengan hujah. Bukan dengan pedang, apatah lagi dengan pendekatan tuduhan yang tidak dibuktikan. Hujah adalah fakta. Jika tuduhan yang dikemukakan tidak dapat dibuktikan, ianya adalah backfire kepada Islam sendiri. Muslim Melayu terlalu bodoh dalam mengembangkan Islam di Malaysia.

Memang benar ada ayat Allah yang mengatakan ada pihak dari Nasrani dan Yahudi yang tidak senang dengan muslim selagi muslim tidak mengikut mereka. Ayat itu adalah dalam bentuk peringatan. Dan jika anda mendatangkan tuduhan dalam hujah, sila berikan bukti2nya.

Mari kita lihat bodohnya Melayu.
1. Gerakan Sosial / Keruntuhan akhlak - Galak pergaulan bebas, ramaja lelaki dan perempuan.

Tuduhan yang dikenakan ke atas Kristian. Apa buktinya? Akademi Fantasia siapa yang galakkan? Konsert2 menjelang merdeka, siapa yang galakkan? Pesta tari menari UMNO sempena Syawal, siapa yang galakkan? Kalau diri sendiri busuk, jangan tuduh orang lain busuk supaya tiada pihak yang wangi.

Kalau pemain bola sendiri bodoh, jangan haramkan pemain import supaya tiada pemain yang pandai dalam padang. Jika pengurusan bantuan Islam lemah, jangan sekat pengurusan bantuan agama lain yang cekap, supaya tiada pihak yang cekap. Melayu is bullshit.
2. Menghalalkan perlacuran - sebagai satu pekerjaan perkhidmatan.

Boleh dakwa atas nama hujah. Tapi sila kemukakan buktinya. Di kitab Bible, mazhab Kristian mana yang menghalalkan perlacuran. Kitab Kristian mana, mazhab Kristian mana yang mencipta Valentine Day.

Jika tidak hujah ini dlah bodoh. Backfire kepada Islam apabila meminta maaf semula. Sepanjang beratus tahun Melayu memeluk Islam, mengapa kadar pertumbuhan muslim sangat2 perlahan di tanah ini?

3. Filem dan muzik - Menyelitkan unsur2 melampau.
Memang gua setuju asalnya. Tapi sila berikan bukti semua ini untuk dikaitkan atas nama Kristian. Ada berjuta penganut Kristian yang akan terlibat dalam penghujahan ini. Bayangkan dosa kumpulan Melayu apabila kesemua mereka semakin jauh dengan Islam apabila 'kalah bodoh' dengan hujah ini.

Jika tidak dapat kaitkan nama Kristian akan hujah ini, atau sama sahaja unsur melampau filem Melayu (Islam mengikut akal penganut lain), lebih baik tumpukan penghujahan lain.

Konsep trinity misalnya. Nabi Isa misalnya. Perjanjian lama dan baru misalnya. Konsep dan falsafah agama itu sendiri. Bukannya penghujahan bull shit seumpama ini.


Tiada ulasan: