AdukaTaruna |
Tolak campur tangan asing di Libya : Sokong Presiden PAS Posted: 23 Aug 2011 02:03 AM PDT KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Rakyat Libya diingatkan agar memastikan tiada ruang yang dibuka oleh mereka kepada kuasa luar khususnya negara-negara Barat daripada campur tangan dalam urusan politik, pembinaan negara dan infrastruktur yang musnah dalam kebangkitan rakyat, dalam tempoh peralihan kuasa di negara itu. PAS tidak mahu campur tangan kuasa luar dalam menentukan jatuh bangun politik dan ekonomi Libya, sebaliknya ingin urusan tersebut diserahkan sepenuhnya kepada rakyat Libya untuk menentukan kepimpinan dan membangunkan negara mereka. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sehubungan itu menyeru pemimpin-pemimpin negara umat Islam dan OIC memainkan peranan segera untuk memastikan tiada campur tangan asing di Libya yang akan mengakibatkan kemusnahan kedua selepas kejatuhan Gaddafi. Menurut beliau, amat malang bagi rakyat Libya dan masyarakat dunia amnya jika berlaku campur tangan kuasa asing selepas kejatuhan regim Gaddafi. Katanya, PAS mengucapkan tahniah kepada Majlis Peralihan Negara Libya dan rakyat Libya keseluruhannya di atas kejayaan menguasai Tripoli, sekali gus memberi isyarat kejatuhan rejim Muammar Gaddafi yang memerintah Libya secara kuku besi selama lebih 40 tahun. "Kejayaan ini merupakan satu menifestasi kebangkitan rakyat yang inginkan perubahan dan kebebasan setelah sekian lama dikongkong dan dizalimi oleh pemerintahan Muammar Gaddafi yang juga banyak membunuh dan memenjarakan rakyat yang tidak sehaluan dengannya," katanya. Setiausaha akhbar beliau, Mohd Nasaie Ismail ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini, berkata, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut menegaskan, dunia juga mengetahui bagaimana rakyat Libya memulakan kebangkitan dengan jalan damai iaitu berdemonstrasi di jalan raya. Namun, ia berakhir dengan penuh kemusnahan kepada negara akibat tindakan ketenteraan yang dimulakan oleh pihak kerajaan sehingga membawa campur tangan asing yang memburukkan keadaan. Katanya, kini pemerintahan regim Gaddafi telah berakhir di Libya dan PAS mendesak supaya pemimpin diktator yang dijatuhkan itu dibawa kepada proses pengadilan dan tidak dijatuhkan hukuman sebarangan mengikut kehendak masing-masing. "Mereka perlu dibicarakan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) bagi melalui proses perbicaraan yang adil sebelum sebarang hukuman dikenakan," kata Abdul Hadi. |
Bergambar : 4 lelaki Russia bersalah rogol dan rakam pelajar Malaysia. Posted: 22 Aug 2011 11:59 PM PDT Empat pemuda Rusia daripada keluarga kaya menggunakan iPhone untuk merakam aksi mereka merogol seorang pelajar kolej swasta eksklusif berusia 18 tahun di selatan London. Keempat-empat pemuda Rusia yang baru berada di Britain selama dua minggu itu telah melakukan serangan seksual kepada pelajar Malaysia selama dua jam dan setengah. Pelajar Malaysia itu menuntut di sebuah kolej esklusif yang mengenakan bayaran £30,000 setahun. Kesemua tertuduh berusia antara 19 dan 23 tahun, memberikan komentar menjijikkan - malah merakamkan pengakuan tentang rancangan untuk melakukan serangan seksual itu sehari sebelum kejadian. Oleg Ivanov, 23, Norayr Davtyan, 22, Armen Simonyan, 19, dan Gregory Melnikov, 23, menafikan tuduhan yang dikenakan terhadap mereka, namun juri di Mahkamah Woolwich Crown sebulat suara mendapati mereka bersalah. Davtyan menyifatkan gadis itu sebagai 'mesin' dan di dalam kotak saksi memanggilnya sebagai 'sl **'. Mahkamah diberitahu bahawa Ivanov berasa 'kasihan' terhadap mangsa, apabila melihat dia menangis tetapi dipujuk oleh rakannya Davtyan. Pendakwa Peter Clement, berkata: "Ahli geng ini melihat aksi antara satu dengan yang lain, memberikan kata-kata semangat antara satu dengan yang lain, dan melontarkan kata-kata komentar tentang perkara yang telah dan akan mereka lakukan terhadap mangsa." Menurut keterangan mahkamah, pelajar Malaysia itu menghadiri sebuah parti dan meneguk segelas wiski sebelum ke disko.Walaupun tidak ada bukti kukuh yang menyatakan bahawa minumannya itu diletakkan bahan tertentu namun pelajar itu dilaporkan mabuk sebelum kembali kepada parti, muntah-muntah lalu tertidur. Pada keesokan paginya, mangsa bangun yang menyedari seorang lelaki sedang melakukan seks dengan dirinya. Dia tidak dapat bergerak. Mangsa memberitahu polis: "Saya hanya mahu dia berhenti, saya tidak dapat bangun, saya tidak dapat berdiri, saya berasa benar-benar, benar-benar, benar-benar letih, saya tidak dapat berbuat apa-apa saya tidak boleh menggerakkan tangan saya .. . "Saya hanya mahu menutup mata saya, saya hanya ingin mati, saya tidak rela akan perlakuan mereka." Davtyan telah disabitkan atas dua tuduhan rogol, Melnikov disabitkan dengan satu tuduhan rogol dan cubaan rogol manakala Ivanov dan Simonyan kedua-duanya disabitkan atas satu tuduhan rogol. Mereka masih ditahan sehingga mahkamah menjatuhkan hukuman esok. - dailymail/DCM |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan