Isnin, 15 Ogos 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Kisah sound trouble Klate - N9

Posted: 15 Aug 2011 10:57 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Lu tahu tak sejenis lampu suluh yang dijual di pasar malam? Gua ada beli. RM15. Pasar malam Bachok. Stanby dalam Mazda gua. In case apa2 hal berlaku.

Menjelang Asar tadi, baju Jeming Hasan settle. Alhamdulillah. Gua sms.

"Bro.. Baju settle. RM124."

"Nak ambil mana?"

"Tempat kerja gua."

"Lu habes kerja kul berapa?"

"12 malam."

"Gua datang lepas terawih la eh."

"Bereh."

Surau tempat gua terawih 8 rakaat. Paling tinggi 20. Tapi Jeming 80 rakaat. Pukul 12 lebih dia kol gua.

"Ada mana bro?"

"Rumah."

"Nak mari ambil baju ni. Boleh ke?"

"Marilah."

"Tapi dah lupa lorong rumah."

"Tunggu depan kilang Eastern Garmen. Gua tubik jalan kaki."

Gua pun tubik. Bini gua nak ikut. Nak beli hamlet sekali. Ambil baju, ambil torchlight, tunggu Jeming depan kilang.

"Halo bro.. lu mana?"

"Gua depan kilang dah ni."

"Kilang tu yang ada asap tinggi tu ke?"

"Bukan la.. tu Terang Nusa. Sebelum kilang asap tu. Lu naik kete apa?"

"Ferrari. Takpala.. gua cari."

Port gua tunggu dekat simpang. 5 meter sebelum simpang. Tak sampai seminit, satu Kenari lalu. Beri signal arah gua. Jeming cakap Ferrari ke Kenari tadi? Kenari kot. Gua sound trouble. Teringat kisah Edyes dengan nasi air masa Langgar Hadi di muktamar Putik. Gua order Nasi Air. Edyes pun ikut sama. Bila menu sampai, Edyes bisik kat gua.

"Bro.. Nasi Ayam Kelantan camni ke?"

"Nasi Air bai. Bukan Nasi Aye (ayam)."

"Ooooo..."

Gua lambai2 Kenari tu guna torchlight. Guna lampu dekat. Bukan lampu jauh (tajam). Kenari terlajak ke depan. Then break. Gua lambai2 lagi. Lampu undur nyala. Undur dengan laju ke arah gua.

"Bakpo mu suluh2?" Sound driver Kenari dengan gedebe skali pada gua. Pundek ni... darah gua dah mendidih.

"Sori la be.. kito salah ore.. tunggu saing. Dio oyak dio naik Kenari." Cool.. releks.. benda small metter. Kena belajar jadi matang. Pengundi biasa jer pun. Bukan ulama Hadi Awang. Bukan boleh ubah polisi.

"Mu jange suluh2 ore. Mu buak gor dio sini?"

"Kito minta maaf dah be. Kito salah ore. Kalau mu tak cayo, tunggu menta. Mu tunggu sini."

Gua dah berbulu. Koya debe. Ngam2 satu Toyota Corolla bagi signal berhenti belakang Kenari.

'Nu.. saing kawe mari doh. Mari turun."

Masuk gear 1, terus blah. Jeming dengan member turun.

"Sapo tu?"

"Koya debe mano ntah. Gua ingat lu, gua lambai guna torch light. Maroh dio nyo."

"Sori bro.. gua up harga. Gua bagi lu RM130."

"Akala.. camni pun ada?"


Tiada ulasan: