Isnin, 15 Ogos 2011

Addin

Addin


Panas!! JKKK Mahu Kirim Botol Air Kencing Ke PM..

Posted: 15 Aug 2011 09:35 AM PDT

"Jangan sampai kami kirim kencing kepada Perdana Menteri gara-gara Shafie Apdal," kata Setiausaha JKKK Kg. Cenderawasih, Kunak, Ahmad Bin Andi Mangga yang telah menunjukkan aksi berani memasukkan kencingnya ke dalam botol minuman yang mempunyai gambar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan mengungkapkan kata-kata di atas sambil menunjukkan botol yang mengandungi kencingnya untuk rakaman video.

Ahmad menyatakan beliau terpaksa bertindak 'kurang ajar' untuk mengajar Shafie yang terlalu cuai dan kurang peka dengan aspirasi penduduk luar bandar terutama yang mengalami gangguan bekalan air disebabkan pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) yang dilaksanakan tanpa pemantauan KKLW.

"Selama ini kita tidak pernah mengalami gangguan air, tetapi projek demi projek yang dilaksanakan KKLW telah dibuat tanpa sebarang notis sehingga mengganggu bekalan air ke kampung kami. Kadang-kadang satu bulan tiada air. Terpaksa beli daripada lori," kata Ahmad yang berang kerana aduannya terhadap Adun Kunak, Datuk Nilwan Kabang dan Jabatan Air tidak diendahkan langsung.

Menurut Ahmad, bekalan air di Kunak cukup untuk tempoh tiga puluh tahun daripada sekarang, malah terpaksa dibuang setiap hari bagi membolehkan kontraktor (Lahad Datu water Supply) memenuhi kuota bekalan air bersih setiap hari.

"Kalau mau buat projek, buatlah. Maklumkan kepada JKKK atau penduduk. Sekarang zaman modern. Semua maklumat di hujung jari. Tetapi kenapa buat senyap-senyap dan pasang paip tanpa papantanda sehingga kerja-kerja berkenaan mengganggu bekalan air ke kampung kami," kaya Ahmad yang menuding jari kepada Shafie kerana ghairah meluluskan projek tanpa mengkaji kesesuaiannya.

Tegas Ahmad, hanya Sub-kontraktor yang menjalankan kerja memasang paip baru untuk projek BALB Tingkayu, namun kerja mereka tidak diselia oleh Jurutera Jabatan Air atau Juruperunding yang dilantik.

"Tetapi jangan jadikan kami mangsa projek. Mereka mau kayakah, mau telan itu wang projek, telanlah, tetapi kenapa bekalan air kami diputuskan? Bil kami bayar. Meter kami ada, tapi keluar angin saja. Mau bilang tangki simpanan Jabatan Air tiada air, penuh pula; sampai dibuang ke parit. Apa semuanya ini?," tanya Ahmad yang kesal kerana KKLW melantik kontraktor yang tidak berkelayakan menjalankan kerja penting berkenaan.

Oleh itu kata Ahmad, sebelum mereka bertindak memboikot pilihanraya umum akan datang atau memberikan undi mereka kepada pembangkang, Shafie wajib turun padang untuk melihat masalah penduduk kampung yang sengsara akibat pelaksanaan NKRA menyusahkan rakyat dan mengkayakan kroni Shafie.

RELA Dan Wataniah Komponen Politik BN

Posted: 15 Aug 2011 06:43 AM PDT

RELA atau nama penuhnya Ikatan Relawan Rakyat Malaysia telah ditubuhkan pada 11 Januari 1972 di bawah Akta (Kuasa-kuasa perlu) Darurat 1964, Pindaan 2005 (RELA). Pembentukan RELA adalah untuk memberikan peluang kepada rakyat jelata untuk tampil ke hadapan untuk berkhidmat untuk negara melalui penglibatan secara sukarela di dalam pasukan keselamatan tersebut, umumnya membantu kerajaan memelihara keamanan dan keselamatan negara.

Akan tetapi, RELA yang sepatutnya menjadi benteng keselamatan dan pertahanan negara selain daripada angkatan tentera dan pasukan polis, telah dipolitikkan oleh kerajaan pusat.

Penglibatan ramainya ahli-ahli dan pemimpin akar umbi parti-parti politik yang memerintah khususnya daripada kalangan Umno dan MCA telah mengakibatkan pasukan RELA tersebut telah dijadikan seperti satu lagi komponen politik untuk Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kuasa yang mereka sedang nikmati sekarang berikutan kemerosotan pengaruh mereka di dalam tsunami politik pada tahun 2008 yang lalu.

Pada asasnya seseorang yang baru menganggotai RELA perlu menjalani pelbagai jenis latihan dan kursus bagi menyediakan mereka untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh mengancam keselamatan negara pada amnya. Kursus Asas RELA adalah dikelolakan bagi melatih ahli-ahli RELA yang baru di dalam selok belok asas mengenai peperangan, pemetaan, jungle tracking dan sebagainya, manakala Kursus Ketua Platun pula dikhususkan untuk calon-calon daripada kalangan ahli-ahli RELA yang berpotensi untuk menjadi pegawai ataupun pegawai tanpa tauliah.

Pegawai RELA yang dimaksudkan adalah yang berpangkat Leftenan Muda ke atas (diikuti dengan Leftenan, Kapten, Mejar, Leftenan Kolonel, Kolonel, Brigadier Jeneral dan sebagainya), manakala pegawai tanpa tauliah adalah terdiri daripada Sarjan Mejar ke bawah (dituruti dengan Sarjan, Koperal dan Lans Koperal).

Politik mengatasi Profesionalisme RELA

Adalah amat berdukacita bahawa, pihak kerajaan, khususnya kementerian dalam negeri telah mempergunakan institusi RELA ini untuk tujuan-tujuan politik BN dengan sepenuhnya, sekaligus telah mengabaikan satu demi satu sistem latihan ketenteraan dan profesionalisme dalam badan keselamatan sukarela tersebut.

Didapati ramai ketua-ketua Bahagian Umno dan MCA yang berpengaruh telah diajak untuk menyertai pasukan RELA di bahagian-bahagian Umno dan MCA masing-masing dan terus dianugerah pangkat Leftenan Kolonel, Mejar, Kapten dan Leftenan tanpa perlu menghadiri pelbagai latihan dan kursus wajib bagi mengesahkan kebolehan dan tauliah mereka.

Malah ada juga menteri-menteri dan timbalan menteri diberikan pangkat Brigadier Jeneral dan Kolonel di kawasan-kawasan RELA yang tertentu. Keadaan yang mempolitikkan organisasi pasukan keselamatan RELA ini jelas telah menimbulkan rasa tidak puashati di kalangan ahli-ahli RELA yang telah bertahun-tahun bertungkus lumus berjuang untuk menegakkan keamanan dan keselamatan negara kita ini.

Apa yang mereka-mereka ini dapat pada akhirnya? Ya, hanya dinaikkan pangkat ke Lans Koperal, Koperal ataupun Sarjan sahaja, sementara pangkat Sarjan Mejar di kebanyakan kawasan telah tidak diisi lagi.

Yang menjadi pegawai-pegawai berpangkat tinggi di atas itulah terdiri daripada kalangan para pemimpin Umno dan MCA bahagian yang kebanyakan daripada mereka ini langsung tidak tahu menahu mengenai apa sebenarnya RELA. Yang mereka mengetahui adalah hanya berbangga dengan "pangkat" dan pakaian seragam yang mereka perolehi daripada kementerian dalam negeri bukannya hasil daripada titik peluh mereka dalam RELA tetapi lebih kepada kedudukan mereka sebagai ketua-ketua bahagian Umno dan MCA di kawasan parlimen masing-masing.

Dengan kebanggaan "pangkat" dan pakaian seragam yang mereka perolehi daripada pihak kerajaan, kedudukan istimewa mereka ini telah mengakibatkan ketua-ketua bahagian Umno dan MCA ini mula bertindak seperti panglima-panglima perang ataupun "warlord" di kawasan masing-masing, kononnya dengan "pangkat" dan pakaian seragam mereka, maka mereka juga "berkuasa" di sesuatu kawasan yang "diamanahkan" kepada mereka itu.

Wataniah turut dijangkiti politik

Yang memburukan lagi keadaan sekarang adalah pertubuhan Rejimen Askar Wataniah, iaitu sebuah pasukan simpanan sukarela tentera darat di setiap negeri turut mula dijangkiti dengan politik-politik Umno dan MCA tersebut seperti juga yang sedang dialami oleh RELA.

Di kawasan-kawasan parlimen atau dewan undangan negeri, di mana sekiranya slot-slot "pegawai" RELA telah dipenuhi oleh pemimpin Umno dan MCA yang tertentu, maka para pemimpin-pemimpin tempatan Umno dan MCA ini masih mempunyai peluang untuk mejawat "pangkat ketenteraan" di Rejimen Askar Wataniah.

Baru-baru ini kementerian pertahanan yang dipimpin oleh seorang naib presiden Umno telah mengemuka dan melaksanakan langkah-langkah agresif untuk membentuk pasukan-pasukan Askar Wataniah di setiap kawasan parlimen dan dewan undangan negeri di mana pasukan-pasukan tentera simpanan tersebut akan diletakkan di bawah jagaan ahli-ahli parlimen, ahli-ahli dewan undangan negeri ataupun ketua-ketua bahagian Umno dan MCA (sekiranya kedua-dua parti tidak mempunyai wakil rakyat di kawasan tersebut) dan diberikan pangkat "Mejar" atau "Kapten" tanpa perlu menjalani latihan asas ketenteraan yang wajib.

Akibat daripada itu, nampaknya pasukan tentera juga kini sedang menghadapi krisis dijangkiti penyakit politik yang sedang berleluasa ini yang dibimbangi akan juga terus menjejaskan organisasi dan profesionalisme di dalam pasukan tentera tersebut.

Apakah akan terjadi seterusnya?

Dengan penularan pengaruh politik yang berterusan di dalam pasukan keselamatan RELA dan pertubuhan Rejimen Askar Wataniah ini, ianya boleh mengakibatkan kedua-dua pasukan keselamatan tersebut disalahgunakan oleh para pemimpin-pemimpin Umno dan MCA bagi mencapai tujuan dan agenda politik mereka.

Dan apabila terjadi atau berlakunya peperangan, dan sekiranya ianya berlaku pada keesokan hari, adalah dibimbangi bahawa para "pegawai-pegawai" yang berpangkat Jeneral, Kolonel, Mejar dan Kapten semua ini akan terus lari bertempiaran meninggalkan divisyen, unit, kompeni dan platun pimpinan mereka kerana ketiadaan pengalaman danlangsung tidak menjalani latihan ataupun berkemungkinan besar akan dirasuah oleh pihak musuh.

Seterusnya, sekiranya pasukan tentera sepenuh masa juga turut tidak dapat bertahan, maka negara kita akan tumbang begitu sahaja.

Contoh di Iraq

Kita boleh lihat keadaan yang sama berlaku di negara Iraq sewaktu ianya diserang oleh Amerika. Iraq tumbang dengan begitu cepat sekali dengan hanya serangan peluru berpandu daripada tentera Amerika kerana jeneral-jeneral Parti Arab Ba'ath Iraq yang memimpin kebanyakan divisyen-divisyen tentera Iraq tidak mempunyai pengalaman dan hanya dilantik atas pengaruh politik parti mereka dan difahamkan mereka ini telah lari meninggalkan medan perang setelah dirasuah oleh agen-agen CIA yang berjaya menyusup masuk ke negara tersebut.

Akibat daripada itu, rakyat Iraq terus menderita kerana keganasan yang berterusan di negara tersebut sehingga ke hari ini. Jika benar perang berlaku, perlukah negara kita menghadapi keadaan yang sama seperti di Iraq? Oleh yang demikian, rakyat negara kita ini perlu peka terhadap keadaan sekarang. Campurtangan politik yang berterusan di dalam pasukan RELA dan Askar Wataniah perlu dihentikan segera agar kemantapan keselamatan di negara kita terjamin./mc

Perkasa Buat Kecoh Lagi

Posted: 15 Aug 2011 02:00 AM PDT

Perkasa membakar akhbar The Star sebagai memprotes akhbar itu menyiarkan iklan hidangan Ramadan baru-baru ini. Akhbar itu menyiarkan iklan juadah Ramadan mengandungi daging babi. Pembakaran itu diketuai oleh Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Idris. Dalam ucapannya, Irwan berkata. Penyiaran iklan oleh akhbar The Star itu menghina orang Islam. "Perkasa meminta akhbar The Star meminta maaf secara terbuka kepada orang Islam," katanya. 


Dalam ucapannyqa, Irwan juga menyelar MCA dan MIC yang dianggapnya suka menjaga hal ehwal orang Melayu. "Kamu kerjalah untuk kaum kamu sendiri kerana dalam pilihan raya tidak mendapat sokongan. "Tolong hormati kaum majoriti," katanya.

Konspirasi Yahudi dan Konspirasi Umno

Posted: 15 Aug 2011 12:00 AM PDT

Sebuah organisasi global Yahudi bernama B'nai B'rith International, telah mengecam akhbar Utusan Malaysia kerana menyebarkan kebencian anti-Semitik. Utusan mendakwa dalam editorialnya bahawa perhimpunan Bersih 2.0 adalah peluang untuk orang-orang Yahudi untuk campur tangan ke dalam hal-ehwal negara Malaysia. Ia juga mengingatkan umat Islam dan rakyat Malaysia supaya tidak membenarkan mana-mana pihak terutamanya orang-orang Yahudi daripada campur tangan dalam hal ehwal negara ini.


Sebelum ini, akhbar berbahasa Melayu itu juga telah membawa tajuk utama yang mengaitkan Bersih 2.0 dengan komunisme dan dibiayai oleh pertubuhan-pertubuhan Kristian antarabangsa dan juga akhir-akhir ini mendakwa bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang bekerjasama dengan Indonesia untuk menjatuhkan negara.

B'nai B'rith International mengatakan bahawan dakwaan itu "tidak munasabah", 'berbahaya' dan "menyakitkan hati" dan yang hanya digunakan untuk mengekalkan sikap anti-Semitik. B'nai B'rith merupakan organisasi perkhidmatan tertua Yahudi yang beroperasi dengan hampir 100,000 ahli danpenyokong di 50 buah negara .

Utusan, sebagai wakil media UMNO dan tunggak agenda berita nasional seharusnya menonjolkan rasa profesionalisme dan tanggungjawab dalam laporan editorialnya. Pembacanya bukan sahaja orang Melayu luar bandar, tetapi termasuk juga orang Melayu bandar yang bergantung pada akhbar untuk laporan berita yang tepat. Laporan yang tidak bertanggungjawab seperti ini hanya akan menyebabkan kecaman hebat antarabangsa.Sebuah organisasi Yahudi telah membacanya dan kini telah menunjukkan tidak berpuas hati yang amat jelas.

Amaran benar yang ditangguh terlalu lama

Sesetengah orang berfikir bahawa Utusan hanya diberi amaran ringan. Sesungguhnya, ia seharusnya lebih berhati-hati untuk tidak memandang rendah orang-orang Yahudi dan kuasa mereka dan pengaruh mereka di seluruh dunia. Juga tidak wajar membangkitkan kemarahan mereka kerana mereka mempunyai pengaruh untuk melumpuhkan Malaysia. Pengaruh mereka dalam Kongres Amerika Syarikat adalah sangat kuat dan mereka mempunyai ramai wakil rakyat. Dari segi sumber global dan hal ehwal kewangan global, orang-orang Yahudi mengawal sebahagian besar sumber-sumber dunia.

Perdana Menteri Najib Razak dan UMNO tidak seharusnya memperkatakan dengan cara mencaci mereka terutama apabila kekecohan yang terjadi adalah kerana Utusan sendiri yang membuat andaian yang salah, tanpa memikirkan atau menganalisa keadilan isu tersebut.

Utusan dan UMNO tidak seharusnya menabur benih benih hasutan terhadap Yahudi jika ia tidak boleh menahan kesannya. Dunia sudah pun memandang rendah terhadap Malaysia disebabkan oleh ketidakcekapan Najib and Co.Rakyat Malaysia dan orang Melayu tidak sepatutnya membenarkan golongan elit UMNO memusnahkan negara. Pendapat yang merebak di seluruh dunia kini ialah bahawa Utusan sedang menyemai kebencian dan perkauman terhadap kaum-kaum minoriti di Malaysia.

Bolehkah kita menyalahkan dunia dan orang-orang Yahudi kerana 'menipu' ? Bagaimana kita boleh berbuat demikian apabila kaum minoriti memberitahu kita perkara yang sama berulang-ulang kali? Bukankah portal berita tempatan bergema dengan kemarahan yang sama terhadap Utusan hampir setiap hari? Tidakkah Utusan berhak diserang 100%?

Oleh itu, marilah kita menjadi seorang yang matang dan mengakui kesilapan kita sendiri, terutama golongan elit UMNO. Seperti mana kita mengkritik Anugerah Kepimpinan Ibrahim Ali, saya tertanya-tanya jika mana-mana orang Melayu akan bangga jika disamakan dengan mana-mana golongan elit UMNO? Golongan elit UMNO suka mengutuk orang lain di dunia yang lebih rendah, tetapi ironinya, ini adalah disebabkan oleh rasa rendah diri mereka sendiri. Apakah kesalahan golongan elit UMNO, marilah kita hanya melihat dua ciri-ciri utama – bukankah ianya rasuah dan kepura-puraan?

Parti Kebencian

Seperti orang-orang Yahudi, orang-orang Kristian juga berkuasa. Eropah, Amerika dan Rusia juga saling berkaitan. Memalukan mereka hanya akan membawa kepada hubungan awam yang buruk yang akan menjejaskan pelaburan yang sangat diperlukan. Dan ia juga merupakan sikap yang dahsyat untuk berfikir yang kita perlu berbaik baik dengan mereka sehingga mereka - orang-orang Yahudi, Kristian dan orang-orang Cina - semata-mata supaya kita dapat akan menikmati khidmat mereka dalam hubungan perniagaan. Adakah anda benar-benar berfikir mereka begitu bodoh?

Jika orang Melayu berfikir seperti ini, maka sudah tiba masanya untuk mempertanggungjawabkan kepimpinan UMNO dalam mengasuh fikiran ini. Semestinya, orang Melayu harus mempunyai fikiran yang lebih baik. Kami, menjadi manusia yang beragama Islam, harus lebih bertimbang rasa kepada orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian kerana mereka juga manusia. Apa yang berlaku di Palestin adalah satu lagi perkara yang perlu ditangani dengan cara yang berbeza. Ini adalah kesederhanaan dan kematangan seorang manusia yang menggunakan akal fikiran. Bukannya jenis yang bercakap banyak tetapi tidak mengambil tidakan seperti contoh PM kita yang baik, Najib Razak..

Sudahlah Malaysia sudah merasakan bahang dari kecaman antarabangsa oleh media berita asing dan teori konspirasi Yahudi - sekali lagi daripada pihak UMNO - hanya akan membangkitkan kemarahan mereka lagi. Faham tak? Secara ringkas, berhenti menyalahkan orang apabila ia adalah kesalahan anda sendiri. Hentikan menggunakan kaum dan agama sebagai bahan-bahan dalam komplot untuk melanjutkan agenda politik UMNO. Ia cuma akan membawa masalah yang besar kepada negara kita dan golongan elit UMNO mestilah lebih bertanggungjawab.

Satu fakta yang nyata ialah orang-orang Yahudi dan Cina mengawal ekonomi dunia. Peralatan perubatan seperti imbasan CT dan 'pacer' jantung diperbuat oleh orang Yahudi begitu juga dengan Intel Corp - sebuah syarikat pengeluar gergasi cip yang memberi kuasa untuk komputer kita. George Soros, yang dipersalahkan oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad kerana penurunan nilai Ringgit, juga merupakan orang Yahudi.

Utusan mewujudkan suasana yang tidak selesa di kalangan orang orang Yahudi, Kristian dan Cina. Malah di kalangan orang Islam, ia masih menabur kebencian dan terus mengecam kaum Melayu PAS dan orang orang Muslim PAS. Ini hanya dipanggil Kebencian. Utusan adalah media parti UMNO, yang kini dilihat secara meluas sebagai sebuah entiti yang menabur benih benih Kebencian. Ini adalah apa yang diperkatakan oleh dunia dan juga rakyat kita sendiri dan sedih untuk menyatakan yang mereka tidak salah.

Suara orang Melayu atau kehinaan orang Melayu

Utusan adalah sebuah akhbar kebangsaan Melayu yang melaporkan berita dalam bahasa Melayu. Orang-orang UMNO yang mengawal karya yang disiarkan perlu menyedari yang ini tidak akan menghentikan wartawan antarabangsa dari memetik laporan berita yang hangat, dan memburukkan nama negara. Menggunakan orang-orang Yahudi sebagai mangsa merupakan tindakan yang tidak betul. Ia adalah sama seperti UMNO memusnahkan Malaysia dengan racun and kebodohannya sendiri.

Sensasi Utusan sering membuat kerajaan kelihatan bodoh, pada masa yang sama menyebabkan keharmonian antara kaum di negara ini tercemar. Ia menjadi raksasa yang terlalu besar untuk dikawal oleh kerajaan kerana yang memandu pucuk pimpinan UMNO adalah pemimpin pemimpin yang berkuasa . Dan orang orang ini sentiasa meletakkan diri mereka sendiri sebelum negara.

Menyebabkan perang dingin di antara negara-negara dengan teori konspirasi yang bodoh dengan tidak sengaja melibatkan Amerika, orang-orang Yahudi, Turki, Singapura dan akhir-akhir ini Indonesia, Utusan serius harus menimbang semula strategi propaganda mereka kerana ia membuatkan Utusan kelihatan ekstrim dan bodoh. Lanjutan daripada itu, mahukah kita melihat Melayu kelihatan bodoh di mata dunia kerana Utusan sentiasa menegaskan ia adalah suara orang Melayu?

Jika tidak, maka ia adalah masa untuk UMNO bertindak bijak. Menyingkirkan pengecoh pengecoh dalam parti dan ini bermakna golongan elit. Tetapi mungkin, ini adalah di luar peringkat akar umbi dan ahli-ahli pertengahan. Dalam semua pemilihan parti yang lalu, kurang daripada 0.1 peratus daripada jumlah keanggotaan parti boleh mengundi, tidak hairanlah golongan elit menjadi lebih kaya dan golongan akar umbi semakin miskin.

Seperkara lagi, Utusan, sebagai akhbar Melayu perlu sentiasa mengutamakan Islam, tetapi menyerang agama dan bangsa-bangsa lain tidak Islamik. Ambil contoh dari Pakatan Rakyat, sekurang-kurangnya ia telah bersusah payah untuk mengasingkan isu-isu dengan orang, dan bukannya menerjunkan diri ke dalam konspirasi yang luar biasa, satu demi satu.

"Pakatan Rakyat tidak menentang orang-orang Yahudi. Kami tidak pernah mengajar apa-apa bentuk ketaksuban terhadap orang-orang Yahudi. Dari hari pertama lagi, kita menentang APCO kerana amalan Zionis yang berkaitan dengan kerajaan Palestin dan tiada kaitan dengan orang-orang Yahudi dan Keyahudian," Naib Presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

Malaysia Chronicle melampirkan di bawah teks penuh kenyataan B'nai B'rith Antarabangsa

B'nai B'rith Menafikan Tuntutan Kerajaan Malaysia melalui akhbar miliknya Oleh Kemungkinan Gangguan Yahudi Kemungkinan Dalam Hal Ehwal Dalam Negeri

B'nai B'rith International condemns the editorial that ran in the July 18 edition of the Utusan Malaysia daily, a government-backed publication, warning against a possible attempt by "foreign Jews" to use a domestic reform movement to interfere in government affairs.

B'nai B'rith International mengecam editorial yang disiarkan dalam edisi 18 Julai 2011 Utusan Malaysia, sebuah penerbitan yang disokong oleh kerajaan, yang memberi amaran terhadap kemungkinan cubaan oleh "orang-orang Yahudi asing" untuk menggunakan pergerakan reformasi domestik untuk campur tangan dalam hal ehwal kerajaan.

Percubaan ini merujuk kepada perarakan di Kuala Lumpur 9 Julai lalu di mana kira-kira 20,000 orang yang menyokong pembaharuan pilihan raya sebagai satu peluang untuk kumpulan Yahudi untuk melemahkan inisiatif kerajaan di Malaysia.

Akhbar itu menyatakan bahawa rakyat Malaysia: "tidak boleh membenarkan sesiapa sahaja, terutamanya orang-orang Yahudi, untuk campur tangan dalam pemerintahan negara ini," dan bahawa: "Orang orang Muslim dan rakyat Malaysia tidak harus membenarkan mana-mana pihak, terutamanya orang-orang Yahudi, untuk senyap senyap campur tangan dalam pentadbiran negara."

Walaupun tiada plot yang khusus yang disebutkan dalam editorial, dakwaan kemungkinan gangguan Yahudi dalam hal ehwal dalaman Malaysia adalah tuntutan aneh yang menggalakkan sikap anti-Semitik. Oleh kerana ramai rakyat Malaysia bergantung kepada media yang disokong oleh kerajaan bagi berita dan maklumat, tuntutan ini adalah satu satunya berita yang diterima oleh sesetengah rakyat mengenai isu ini.

"Dakwaan ini tidak masuk akal dan menyinggung perasaan, yang dibuat terutamanya oleh kesahihan yang dihasilkan oleh penyebaran dalam akhbar yang disokong kerajaan dan berbahaya," kata Presiden Antarabangsa B'nai B'rith Allan J. Jacobs. "Mengunakan isu dalaman bagi pembaharuan dan menukarkannya kepada forum yang menjejaskan agama tidak boleh diterima, dan berfungsi hanya untuk merangsang sentimen anti-Semitik."

Malaysia, sebuah negara Islam, tidak mengekalkan hubungan diplomatik dengan Israel. Kerajaan Malaysia menyokong kuat Pihak Berkuasa Palestin dan tidak bersetuju dengan tindakan Israel di rantau itu.

"Merujuk kepada 'orang-orang Yahudi asing' dalam editorial adalah anti-Semitik dan usaha yang jelas untuk memusnahkan dan mengharamkan Israel dan adalah percubaan tanpa asas untuk memburuk-burukkan orang-orang Yahudi yang benar-benar tidak bergabung dengan gerakan reformasi dalaman," Naib Presiden Eksekutif B'nai B'rith Daniel S. Mariaschin berkata. "Tidak dapat diterima yang tuduhan membenci seperti ini disebarkan melalui media yang disokong oleh kerajaan."/mc



Puji Negeri China Di Anggap Pengkhianat, Kata "Balik Cina" OK..

Posted: 14 Aug 2011 10:00 PM PDT

Rakyat Sarawak, terutamanya masyarakat Cina merasa bimbang yang kesejahteraan antara kaum di negeri itu berkemungkinan akan lenyap apabila sekiranya BN Sarawak menikut jejak langkah UMNO dengan menggunakan sentiment perkauman untuk kekal berkuasa. Wong King Wei, yang mewakili Padungan, menggesa Speaker DUN untuk menyiasat Ahli DUN Tarat, Roland Sangah Wee Inn yang telah membuat kenyataan 'Balik Negeri Cina". Semasa siding media, Wong menyeru Speaker dewan untuk mengambil tindakan terhadap kenyataan itu untuk mencegah ia daripada berulang lagi kerana komen sebegitu akan tersebar seperti penyakit berjangkit dalam masyarakt Sarawak yang berbilang kaum.

Kata Wong, kata-kata yang berunsur penghinaan ini telah menjangkit kepada rakyat di mana seorang guru berbangsa Dayak telah memberitahu sekumpulan pelajar lelaki untuk balik ke Negeri Cina kerana penguasaan Bahasa Melayu mereka yang lemah.

Pengkhianatan dan mengikut jejak langkah UMNO

Roland telah menyebut kata-kata yang menyakitkan hati ini kepada Wong semasa sidang pada bulan Jun yang lepas, setealh Wong membuat perbandingan di antara infrastruktur China dengan Sarawak, Roland telah menyuruh Wong untuk kembali sahaja ke Negeri Cina.

Menurut Hansard yang bertarikh 29 Jun 2011, dalam hujah penggulungan beliau, Roland telah mengatakan "DAP telah menyifatkan kenyataan ini sebagai perkauman. Saya tidak rasa begitu kerana sekiranya anda memuji negara lain dan memperkecilkan negara sendiri, anda sebenarnya adalah seorang pengkhianat".

Hairan dengan definasi "perkauman" Roland, Wong berkata bahawa Speaker seharusnya menunjukkan contoh yang baik dan sekarang, terpulanglah kepada pentadbiran Taib untuk menjelaskan pendirian mereka terhadap isu tersebut. Akankah menggunakan cara UMNO dan menyemarakkan api perkauman atau mengambil langkah menapis orang seperti Roland hingga ke satu masa yang tidak ditetapkan?

Di sekolah pula, adakah pentadbiran Taib akan menghukum guru terbabit atau, mengambil langkah "pejam mata" seperti Muhyiddin Yassin?

"Datin Fatimah Abdullah, Menteri di Jabatan Ketua Menteri telah menyeru agar siasatan dilakukan oleh pengetua sekolah SMK Tun Abdul Razak setelah cerita tersebut tersebar di media. Saya tidak rasa kes ini akan disiasat. Ini kerana, sorang Ahli DUN telah mengutarakannya di dalam dewan dan beliau tidak pun dihukum. Kata Wong.

Hentikan perkauman sebelum ia menular

Wong menegaskan bahawa perlakuan ini hanya akan menyakitkan rakyat Sarawak di mana banyak berlaku perkahwinan antara kaum dan keharmonian yang telah ada selama ini. Beliau menggesa agar politik perkauman dihentikan segera. Tindakan juga harus diambil ke atas mereka yang menyuarakan kata-kata berunsur perkauman.

Minggu lepas, lima orang pelajar yang telah digantung sekolah kembali ke sekolah mereka untuk menyatakan sebab penggantunggan mereka. Mereka kemudiannya ditegur oleh seorang guru tingkatan 6 yang kebetulan lalu berdekatan mereka dengan kata-kata " Budak-budak bodoh, kalau tak pandai cakap BM, balik negeri cina sahaja."Pelajar-pelajar ini kemuadian menceritakan kejadian itu kepada guru yang lain.

Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen kemudiaannya menulis kepada Menteri Pelajaran dan pihak-pihak lain yang bertanggungjawab agar mengenakan hukuman yang sewajarnya kepada guru terbabit.

Yang anehnya, guru tersebut mempunyai ibu yang berketurunan Cina, manakala bapa Roland juga daripada Negeri Cina dan ibunya berbangsa Dayak. Kebetulan pula, sekolah dimana kejadian itu berlaku adalah dalam kawasan Roland, iaitu Tarat. Selepas kejadian tersebut, ibu bapa salah seorang pelajar itu telah pergi ke sekolah untuk mengadu akan hal tersebut dan guru itu telahpun memohon maaf.

Chong berkata bahawa itu tidak cukup. Guru tersebut seharusnya memohon maaf secara sukarela kepada semua ibu bapa dan kaum Cina kerana kebiadapan beliau. Dia juga harus berjanji kepada rakyat Sarawak bahawa perkara ini tidak akan berulang lagi. Kita semua orang Malaysia. Kenapa kita harus melayani orang lain dengan cara yang berbeza hanya kerana berbeza warna kulit. " Kata Chong lagi./mc
 
 

Perkasa Ugut Kerajaan

Posted: 14 Aug 2011 08:00 PM PDT

Perkasa hari ini mengugut akan "melakukan sesuatu" terhadap kerajaan jika gagal mengambil tindakan berhubung tiga perkara tertunggak — perhimpunan Bersih 2.0, video seks didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan "konspirasi Kristian" DAP.Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata ahli-ahlinya sudah hilang keyakinan ke atas pentadbiran Najib sambil mendakwa Putrajaya gagal mempertahankan keluhuran undang-undang. "Ini keputusan kami hari ini," kata beliau pada sidang media sempena majlis berbuka puasa Perkasa di Kelab Sultan Sulaiman di sini.

"Jika tiada tindakan diambil berhubung tiga isu ini dalam waktu tertentu, kami akan melakukan sesuatu," kata beliau sambil menambah, kelewatan keadilan bermakna keadilan dinafikan. Bagaimanapun Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini tidak menjelaskan tindakan mereka jika gesaan pihaknya tidak menemui hasil atau dipenuhi.

Katanya, Perkasa "sangat bersabar" meskipun berhadapan dengan penghinaan daripada pihak lain khususnya berhubung perhimpunan Bersih 2.0. "Kami dipanggil pengecut kerana tidak meneruskan perarakan kami apabila kami menghormati undang-undang dan nasihat Yang di-Pertuan Agong," selar Ibrahim.Pada awalnya Perkasa merancang untuk mengadakan perhimpunan balas pada 9 Julai lalu, hari Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bebas dan adil.

"Jadi sekarang, jika kerajaan tidak mengambil tindakan dalam tempoh masa tertentu, kami akan ambil tindakan dan kerajaan tidak harus menyalahkan Perkasa," katanya. "Kami diminta untuk menghormati kerajaan dan undang-undang, dan kami melakukan semua itu, tetapi kerajaan tidak responsif," katanya lagi.

Ibrahim juga mendakwa "majoriti senyap" kemungkinan akan menghukum pentadbiran Najib jika beliau gagal menyelesaikan tiga isu terbabit. Katanya, satu dunia tahu bahawa Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan yang bertindak secara tidak sah apabila meneruskan perhimpunan 9 Julai.

Katanya, pakar-pakar asing juga merumuskan bahawa 99.99 peratus lelaki dalam rakaman video seks adalah Anwar. Mengenai konspirasi Kristian yang dibawa oleh Utusan Malaysia, akhbar milik Umno, Ibrahim berkata seorang ahli DAP beragama Islam telah membuat laporan polis dan ia menunjukkan adalah betul.

"Apa lagi kita perlukan? Apa lagi perlu disoal siasat? Ada 4,000 laporan polis ke atas Ambiga, sebagai contoh. "Kami mahu Peguam Negara teruskan dengan tindakan ke atas isu-isu ini dan sama ada ada kes prima facie, biar mahkamah yang menentukan," kata Ibrahim.
 
 

Tiada ulasan: