WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
FOTO - CERAMAH SELEPAS BERSIH 2.0 DI TAMAN MELEWAR Posted: 10 Jul 2011 01:15 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS BERSIH 2.0 sudah pun berjaya kita laksanakan dengan cemerlang. Jumlah peserta perhimpunan aman tersebut amat memuaskan sehingga Stesyen TV Aljazeera melaporkan lebih kurang 100 ribu berkumpul di Ibu Kota yang telah dikepung oleh gerombolan. Stesyen BBC pula menganggarkan lebih dari itu, tetapi KPN pula menyebut hanya 6 ribu sahaja yang hadir. Pedulikan itu semua, tetapi yang lebih penting adalah Perhimpunan itu berjaya dengan cemerlang. TV 3 suku menyebut perhimpunan itu gagal, tetapi yang peliknya TV pencacai itu seperti `histeria dan gila babi' mengulas pasal perhimpunan tersebut. Jika gagal, mengapa sampai berhari-hari mahu ulas dengan cerita karut yang direka-reka? Mengapa Tok Jib laknatullah seperti meroyan menyerang Anwar? Mengapa Muhyiddin seperti hilang akal mengulas? Semua ulasan dari mereka serta pencacai murahan ditertawakan orang. Malam tadi, saya ke Markas PAS Taman Melewar untuk mengikuti ceramah dari pimpinan. walaupun baru sehari BERSIH 2.0 berakhir, program terus berjalan menandakan usaha kita tidak berakhir di Stadium Merdeka sahaja. Di antara penceramah yang hadir malam tadi adalah YB Lee Bon Chye, YB Anthony Santiago, Naib Presiden PAS YB Mahfuz Omar, YB Salahuddin Ayob, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, YB Siti Zailah dan juga Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said yang turut membacakan Puisi berkenaan BERSIH. Hampir kesemua penceramah malam tadi mengulas tentang kejayaan Perhimpunan BERSIH 2.0 di samping mereka menjawab beberapa isu yang dibangkitkan oleh pemimpin Umno tentang perhimpunan itu. Komitmen mereka adalah jelas iaitu untuk menentukan agar tuntutan 8 perkara yang dibawa oleh BERSIH itu akan diperjuangkan secara berterusan. BERSIH tidak akan terhenti di sini sahaja. Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said membacakan puisi berkaitan BERSIH dan beliau juga turut menceritakan bagaimana beliau terpaksa berdepan dengan `kegarangan' pegawai Polis semasa berunding untuk menyerahkan memorandum kepada Istana. Ketika itu, tayangan video tentang perhimpunan tersebut dan semasa rundingan untuk menyerahkan memorandum ke Istana turut ditayangkan kepada ribuan yang hadir./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan