WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
TERKINI - SEKITAR CERAMAH AKHIR BERSIH DI TAMAN MELEWAR - AYUH BANGKIT Posted: 08 Jul 2011 12:30 PM PDT Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Us Nasruddin Hassan Tantawi sedang berucap, Oleh: WFAUZDIN NS Agak lewat saya dan beberapa rakan sampai ke Markas PAS tersebut di mana Chegu Bard telahpun selesai menyampaikan pidatonya. Saya hanya sempat mengikuti pidato Us Nasruddin Tantawi yang berjaya menaikkan semangat lebih 5 ribu yang hadir. Beliau menyelar tindakan Najib yang berbohong dan mungkir janji dengan persetujuannya untuk menyediakan stadium buat BERSIH mengadakan perhimpunan hari ini. Kelihatan anak muda yang penuh semangat ingin melakukan perubahan. Keadaan sekitar meriah bagi menyambut perayaan demokrasi petang nanti. Penulis turut bersama bersantai bersama anak muda yang kelihatan begitu bersemangat. Namun katanya, kebangkitan rakyat yang sudah jemu dengan pembohongan SPR selama ini tidak akan dapat dihalang lagi umpama menghalang air yang terjun dari bukit. Kezaliman kerajaan semakin ketara dengan mewujudkan undang-undang sendiri bagi menghalang seramai 91 orang pemimpin yang menyokong BERSIH dari memasuki Ibu Kota termasuk beliau sendiri. Bahkan katanya, keluarganya termasuk bapanya di Pahang turut disoal siasat oleh pihak Polis untuk mendapatkan maklumat tentang beliau. Melalui Face Book dan Twitter sebentar tadi pun, dikatakan beberapa hotel di Ibu Kota telah diperiksa untuk mencari beberapa pemimpin yang menyokong BERSIH. Diberitakan di antara yang telah diganggu oleh mereka adalah Peguam Lateefa Koya dan juga YB Nizar. Bilik penginapan Chegu Bard juga sebentar tadi telah diketuk untuk cubaan menahan Pemimpin SAMM ini, namun kelicikan Chegu Bard beliau beserta beberapa orang anak buahnya berjaya meloloskan diri. Sekitar Ibu Kota umpama di tengah hutan sepi. Semua jalan ditutup menuju ke Pusat Bandar terutamanya menghala ke Stadium Merdeka, Masjid Negara dan Masjid Jame'. Melalui Face Book dan pesanan SMS, dianggarkan puluhan ribu sedang menghala ke Ibu Kota dari berbagai arah tanahair. Kesesakan lalu lintas menuju ke Ibu Kota amat teruk angkara tindakan tidak bertanggungjawab mereka yang ingin melindungi sebuah kerajaan yang takut berdepan dengan Perhimpunan Aman yang direstui oleh Ke Bawah DYMM YDP Agung. Usaha BERSIH untuk mencari jalan yang aman dan damai tidak berakhir. Difahamkan MB Selangor telah mengutus memohon Ke Bawah DYMM YDP Agung untuk mengarahkan agar sekatan terhadap BERSIH dihentikan serta membenarkan BERSIH berhimpun secara aman sepertimana hak yang terdapat di dalam Artikel 10, Perlembagaan Persekutuan. Kita masih berharap dan berdoa agar pintu masuk ke Stadium Merdeka dibuka menjelang tengahari esok agar semuanya berjalan dengan baik. Seandainya BERSIH gagal di dalam usaha yang terakhir ini, seperti yang diperkatakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Us Nasruddin Tantawi kita tiada pilihan lain. Awal pagi ini, di Markas PAS Taman Melewar kesemua yang menetap di situ untuk menanti siang nanti akan bangun bermunajat kepada Allah mohon agar dipermudahkan usaha murni BERSIH nanti. Bersamalah kita berdoa agar semuanya berjalan dengan aman dan tenteram nanti. Sukar untuk kita mempercayai bahawa anggota-anggota keselamatan, Polis dan Tentera akan sanggup bertindak ganas dengan rakyat yang selama ini tidak pernah bermusuh dengan mereka. Kami bukan musuh kamu. /wfauzdin.blogspot.com |
BERSIH - MAHU PERMIT ATAU MAHU BERHIMPUN? Posted: 08 Jul 2011 02:01 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS DIFAHAMKAN sehingga kini masih ada rundingan untuk merayu agar BERSIH diberikan permit berhimpun Di Stadium Merdeka seperti yang dijanjikan oleh Najib. Urusan permit tersebut sedang diuruskan oleh Penganjur BERSIH di Balai Polis Dang wangi dan kita mengharapkan kita tidak berunding dengan mereka yang `lidah bercabang'. Merujuk kepada KeadilanDaily, Naib Presiden PKR, YB Tian Chua menegaskan bahawa partinya tetap akan berhimpun di Stadium Merdeka esok mulai jam 2 petang sejajar dengan nasihat Ke Bawah DYMM YDP Agung yang mahukan perhimpunan diadakan di stadium tertutup. Di sekitar Ibu Negara sekarang difahamkan telah ramai penyokong BERSIH 2.0 berada di kediaman masing-masing termasuk penyokong-penyokong dari luar Lembah Kelang. Saya mula menjejakkan kaki ke KL mulai awal pagi tadi dengan menempuhi satu sekatan jalanraya berhampiran Tol Bentong. Pemeriksaan rapi telah dilakukan dan Alhamdulilah, kerana dengan niat kita bersih dan jujur tiada sebarang senjata dijumpai di dalam kenderaan saya. Sememangnya saya tidak pernah membawa sebarang senjata merbahaya di dalam kenderaan. Ada rakan yang berkata, peduli apa dengan `permit' kerana kita datang dari jauh bukan untuk mendapatkan permit tetapi untuk berhimpun secara aman? Agak lucu juga bila difikirkan, tetapi itu adalah undang-undang namun mematuhi undang-undang juga bukan jaminan. Contohnya, permit telah dipohon tetapi masih gagal juga. Gunakan stadium juga dipatuhi. Apa pun, tunggu saja arahan kepimpinan kita. Rata-rata kini tidak sabar lagi untuk berhimpun dengan aman kerana mereka faham bahawa Perlembagaan di dalam Artikel 10, telah membenarkan perhimpunan secara aman apatah lagi di dalam stadium. Harapan kita, tiada pihak yang sanggup menjadi kuda tunggangan sang Penguasa di dalam perkara ini./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan