Blog-list Malaysia |
- Sasterawan Negara, antara 600 penyokong Bersih tiba di Stadium Merdeka
- PATRIOT HANYA BERGERAK 200 METER SAHAJA.. HAHAHA
- TERKINI - 3.30 PETANG
- Anwar Ibrahim berdarah di kepala dan mencederakan di lutut.
- TERKINI - Anwar Cedera Terkena Tembakan
- Terkini 2.45 Petang - Ambiga Sreenevasan dan Maria Chin Abdullah ditahan.
- Perarakan: Gas pemedih mata, meriam air dilepaskan
- Para pemimpin bersih telah mula bergerak dari Hotel Hilton menuju ke Stadium
- FOTO PEMUDA PATRIOT @ MAMAK BERARAK KE STADIUM MERDEKA..
- BERSIH 2.0 - Terkini 1.50 Petang
- JOM LAYAN PERARAKAN PATRIOT.. KAHKAHKAH.. CIPUT..
- BERSIH 2.0 - Terkini 1.30 Petang
- Terkini Bersih 2.0 - Hotel Hilton Dikepung Polis.
- LANGSUNG Bersih 2.0: Polis lepas tembakan di Dataran Merdeka
- TERKINI BERSIH 2.0 - Suhakam memandang berat terhadap tangkapan beramai-ramai
- "Mereka arah kami buka beg, macam mana bom didalamnya,”
- TERKINI - ANWAR IBRAHIM KINI DI HOTEL HILTON!! MAHFUZ DAN SALAHUDDIN DITANGKAP!!
- Perarakan berterusan ke jalan Mahkamah
- "Semakin ditahan, ia akan terus melanda" - Abd Hadi
- BERSIH 2.0 - Terkini 12.25
- Kronologi Detik Cemas Chegubard Selamat Dari Taktik Polis Redah Hotel!
- BERSIH 2.0 - Terkini 9.50 Pagi
- Liputan Langsung BERSIH 2.0
- BERSIH 2.0: Sembilan ditangkap di Masjid Kg Baru
- Anwar: Saya ada cara sertai BERSIH 2.0
Sasterawan Negara, antara 600 penyokong Bersih tiba di Stadium Merdeka Posted: 09 Jul 2011 01:05 AM PDT KUALA LUMPUR, 9 Julai — Di sebalik sekatan dan halangan di samping meredah hujan sekitar pukul 2 petang tadi, sekumpulan 600 penyokong Himpunan Bersih 2.0 dengan diiringi Sasterawan Negara Datuk A Samad Said tiba di kawasan Stadium Merdeka. Mereka tiba di Stadium Merdeka meskipun tidak disertai pemimpin-pemimpin kanan mereka, yang sebahagian besarnya ditahan polis sejak 12.45 tengah hari tadi. Samad merupakan antara individu yang disoal siasat kerana berucap pada majlis pelancaran Bersih 2.0 di ibu negara bulan lalu. Tinjauan mendapati kumpulan penyokong itu menghampiri kawasan Stadium Merdeka sekitar 3 petang selepas siri tembakan gas pemedih mata oleh FRU di kawasan Hentian Puduraya-Menara Maybank. Pasukan keselamatan meningkatkan tindakan mereka ke atas penyokong Bersih 2.0 sejak awal pagi tadi dan menahan lebih 500 orang setakat 1 tengah hari tadi. Meskipun pemimpin kanan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat tidak bersama mereka, dalam kumpulan kecil-kecilan, menuju ke kawasan Stadium Merdeka. Di kawasan Stadium Merdeka polis terus melepaskan gas pemedih mata selepas meminta mereka bersurai. Terdahulu ketika bercakap kepada pemberita di Hotel KL Hilton, KL Sentral, tempat pemimpin Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat berhimpun, Samad berkata golongan seniman mesti bercakap terhadap salah guna kuasa dan harus memainkan peranan di pentas utama. |
PATRIOT HANYA BERGERAK 200 METER SAHAJA.. HAHAHA Posted: 09 Jul 2011 12:44 AM PDT 3.22pm: Bukit Bintang - 300 penyokong Pemuda Umno di Jalan Bukit Bintang di depan Hotel Federal mula bersurai selepas mengadakan rundingan dengan pihak polis. Sambil mendakwa telah mencapai kemenangan moral - walaupun hanya mampu bergerak 200 meter sepanjang Jalan Bukit Bintang - masih jauh dari destinasi mereka di Stadium Merdeka - Exco Pemuda Umno, Megat Omardin berkata mesej mereka sudah disampaikan. Katanya mereka telah datang dan telah mencapai tujuan mereka, diikuti dengan pembacaan doa. Kemudian, Ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Arman Azha memberitahu Malaysiakini bahawa exco Pemuda, Lokman Noor Adam serta 20 lagi ahli mereka telah ditangkap. 3:20pm: Pudu - Orang ramai mula berarak dari Pudu ke arah Jalan Sultan, sambil mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana memberi mereka laluan selamat. Kumpulan seramai 2,000 orang itu, juga menyanyi Negaraku ketika berjalan. 3.15pm: Pudu - Polis bersetuju memberi laluan selamat kepada ribuan penunjuk perasaan yang berkumpul di Pudu sehingga Jalan Sultan dengan syarat mereka hanya menggunakan separuh jalan dan berarak secara aman. Persetujuan dicapai selepas ahli parlimen Pakatan Rakyat, R Sivarasa dan Ngeh Khoo Ham berunding dengan pihak polis. |
Posted: 09 Jul 2011 12:28 AM PDT 3.00pm: TV Selangor melaporkan laman webnya digodam. Bagaimanapun ia masih bersiaran menerusi alamat www.itv.com/tv_channels/p5577 dan alamat pintas www.itv.com. Video perarakan perhimpunan BERSIH 2.0 ke Stadium Merdeka yang sedang berlaku boleh ditonton menerusi www.intisari tvsnews.blogspot.com 2.57pm: Bukit Bintang - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ditangkap ketika sedang membersihkan matanya ketika gas pemedih mata dilepaskan, di sebuah pondok yang terletak kira-kira 100 meter dari benteng FRU. Meriam air dan gas pemedih mata juga ditembak ke arah baki penyokong Pemuda Umno, menyebabkan mereka berundur 50m dari tempat asal mereka. Kumpulan itu tinggal kira-kira 200 orang. |
Anwar Ibrahim berdarah di kepala dan mencederakan di lutut. Posted: 09 Jul 2011 12:12 AM PDT 2.47 pm: Seorang wartawan TV Selangor, Radzi Razak dikasari pihak polis. Beliau didakwa dipijak beberapa anggota polis. Polis bagaimanapun melepaskannya selepas menyedari kad media yang dipakainya. 2.36 pm: Polis masih lagi menggempur peserta di kawasan Dataran Maybank Pudu. Peserta kini menuju ke Jalan Bukit Bintang. Hujan lebat yang turun mengurangkan kesan gas pemedih mat 2:50: KL Sentral - Naib presiden PKR, N Surendran memberitahu Malaysiakini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdarah di kepala dan mencederakan di lutut. 2.48pm: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ditahan. 2:45pm: KL Sentral - Datuk Seri Anwar Ibrahim tweet bahawa dia mengalami kecederaan dan dua anak perempuannya - Nurul Izzah dan Nurul Hana - juga telah ditahan. Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga mengesahkan beliau telah ditangkap. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut ditangkap. 2.43pm: KL Sentral - Huru hara berlaku di sini apabila polis melepaskan gas pemedih mata di kawasan tertutup. Penyokong BERSIH cuba melarikan diri dari stesen itu melalui Brickfields. Tembakan gas pemedih mata itu memaksa orang ramai bertempiaran ke dalam stesen. Wartawan di luar KL Sentral juga dilarang memasuki kawasan itu dan menyukarkan tugas mereka bagi mengesahkan keadaan sebenar situasi. Beberapa pemimpin Pakatan termasuk MP Batu Tian Chua, MP Pantai Dalam MP Nurul Izzah Anwar, MP Kuala Selangor Dzukefly Ahmad, dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga disahkan telah ditangkap. |
TERKINI - Anwar Cedera Terkena Tembakan Posted: 08 Jul 2011 11:53 PM PDT Laporan Langsung Dari Harakah Daily: 2.36 pm: Polis masih lagi menggempur peserta di kawasan Dataran Maybank Pudu. Peserta kini menuju ke Jalan Bukit Bintang. Hujan lebat yang turun mengurangkan kesan gas pemedih mata. 2.30 pm: DS Anwar Ibrahim didakwa cedera terkena tembakan semasa berada di KL Sentral, sekarang brada di Hilton.2.24 pm: Presiden PAS sedang menuju ke Dataran MayBank. 2.22 pm: Sebahagian peserta kini berlindung dalam bangunan stesen bas Pudu. 2.21 pm: Hampir 20 orang ditahan di Dataran Maybank selepas polis melepaskan gas pemedih mata. 2.06 pm: Peserta dari lebuh ampang sekitar 2000 kini memasuki Dataran Maybank. 2.03 pm: Menara MayBank - Polis sekali lagi melepaskan beberapa das tembakan gas pemedih mata kepada peserta himpunan. Hujan mula turun renyai2, peserta turut disembur air water cannon. Read more: http://kafesantai.blogspot.com/2011/07/terkini-9-ditangkap-di-masjid-kg-baru.html#ixzz1RaXzmUOz |
Terkini 2.45 Petang - Ambiga Sreenevasan dan Maria Chin Abdullah ditahan. Posted: 08 Jul 2011 11:47 PM PDT 2:42 PM: Ketua Perhimpunan Bersih Ambiga Sreenevasan dan Maria Chin Abdullah ditahan Polis semasa berarak di Brickfields. 2:38 PM: Polis melepaskan gas pemedih mata di Jalan Bukit Bintang. 2:38 PM: Kira-kira 600 orang menjerit dan melaungkan "Reformasi" terhadap benteng polis di Stadium Merdeka. 2:35 PM: Peserta Bersih bergerak berhampiran Stadium Merdeka menghadapi benteng polis. 2:33 PM: Sekumpulan 300 peserta Patriot berarak di hujung Jalan Bukit Bintang. 2:31 PM: Tian Chua Pemimpin PR yang terbaru ditahan. 2:27 PM: 300 lagi Peserta Bersih sampai diluar Stadium Merdeka 2:23 PM: Peserta Bersih berlindung di Hentian Puduraya, bagi menghadapi FRU 2:22 PM: Peserta Bersih di KLCC pula ditembak gas pemedih mata. 2:15 PM: Walaupun hujan lebat FRU tetap melepaskan tembakan gas pemedih mata kepada peserta Bersih di Jalan Pudu 2:13 PM : Hujan semakin lebat di Jalan Pudu, peserta Bersih berpegangan tangan bersama-sama menghadapi FRU. 2:09 PM: Helikopter terbang agak rendah di Jalan Pudu, sementara itu Polis mengejar peserta Bersih sekitar ibu pejabat Maybank. 2:05 PM: Hujan renyai-renyai di Stadium Merdeka sementara pihak polis bersiap sedia untuk peserta Bersih yang hanya beberapa kilometer lagi untuk sampai di Stadium Merdeka. |
Perarakan: Gas pemedih mata, meriam air dilepaskan Posted: 08 Jul 2011 11:40 PM PDT Sekurang-kurangnya lima lokasi dijadikan tempat berkumpul perhimpunan BERSIH 2.0 hari ini. Antaranya di Jalan Petaling, berhampiran Kompleks Daya Bumi, Masjid Jamek, Pudu dan Sogo. Polis terus melepaskan tembakan meriam air dan gas pemedih mata bagi menyekat kemaraan rakyat. Akibat asakan dan tangkapan ke atas tangkapan lebih 500 orang, penunjuk perasaan mula menuju ke kawasan Puduraya-Menara Maybank. Jumlah mereka kini dianggarkan tidak kurang 10,000 orang. |
Para pemimpin bersih telah mula bergerak dari Hotel Hilton menuju ke Stadium Posted: 08 Jul 2011 11:18 PM PDT 2.10pm: Puduraya - Polis dilaporkan semakin garang terhadap penunjuk peradsaan. Ada yang diheret. Seorang penunjuk perasaan juga dilaporkan cedera dengan kepalanya berdarah. 2pm: Hotel Hilton - Hujan masih turun di luar hotel dan suasana di dalamnya tegang ketika pemimpin Pakatan Rakyat bersedia untuk berarak. Bagaimanapun, mereka kelihatan bertenaga dan berikrar untuk meneruskan perarakan ke Stadium Merdeka bila dapat melepasi benteng polis di luar hotel yang menunggu kemunculan mereka. Pemimpin Pakatan dikelilingi oleh wartawan ketika mereka bergerak keluar perlahan-lahan. 1.59pm: Menara Maybank - Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah kira-kira orang ramai yang kini dianggarkan berjumlah tidak kurang 10,000 orang. Mereka berarak di hadapan bangunan Menara Maybank dan sepanjang Jalan Tun Perak. Mereka dari arah Masjid Jamek pula mula bergerak ke arah Puduraya. Polis melepaskan gas pemedih mata selepas tembakan meriam air gagal menyekat kemaraan rakyat. Ramai juga yang pulih selepas terkena tembakan gas pemedih mata bangkit semula dan terus berarak. |
FOTO PEMUDA PATRIOT @ MAMAK BERARAK KE STADIUM MERDEKA.. Posted: 08 Jul 2011 11:10 PM PDT |
BERSIH 2.0 - Terkini 1.50 Petang Posted: 08 Jul 2011 10:59 PM PDT 1:43pm: Masjid Jamek - Sekumpulan kira-kira 10 pegawai polis tugas am yang memakai topeng gas, mengejar penunjuk perasaan yang berlari lintang pukang ke dalam kawasan Masjid India. [video - 17 saat] 1:40pm: Menara Maybank - Tembakan meriam air dilepaskan terhadap 1,000 penunjuk perasaan. 1:38pm: LRT Masjid Jamek - Seorang pegawai polis dengan menggunakan pembesaran suara mengumumkan: "Perhimpunan hari in tak ada kebenaran jadi diminta semua bersurai serta merta atau kami suraikan dengan kekerasan." Pegawai itu juga memberi masa tiga minit kepada orang ramai supaya bersurai. Ia dijawab dengan laungan 'Takbir" dan ejekan dari orang ramai yang berjumlah kira-kira 500 orang. 1.35pm: Kenyataan akhbar dari IPK KL. Setakat ini, 540 orang telah ditangkap (479 lelaki, 58 wanita, tiga remaja bawah umur) untuk disiasat. Antara yang ditahan itu, 11 kerana memakai baju T kuning BERSIH 2.0 dan seorang yang memakai baju merah PATRIOT. Sementara itu, tiga individu yang dipercayai pemimpin perhimpunan itu juga telah ditangkap. Mereka adalah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, dan naib presiden Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar. 1.33pm: Jalan Tun Perak - pemimpin PAS Dr Hatta Ramli yang memegang sebuah pembesar suara memberitahu kira-kira 4,000 hadirin bahawa naib presiden parti itu Mahfuz Omar dan lebih 300 yang lain telah ditangkap. "Perjuangan rakyat memerlukan pengorbanan... Mereka di bawah umur 40 tidak pernah menyaksikan demokrasi di negara ini," katanya. Orang ramai menyambut ucapan itu dengan laungan "Allahuakbar". Terdapat marshal BERSIH yang mengarahkan orang ramai supaya membuka laluan kepada kenderaan supaya mereka boleh meneruskan perjalanan masing-masing. 1.30pm: Kira-kira 300 anggota Pemuda Umno telah berkumpul di Jalan Bukit Bintang. Mereka semua memakai baju-T- merah bertulis 'Patriot'. Baju-T itu juga didedarkan kepada orang ramai. Antara yang hadir ialah pemimpin Pemuda Umno Arman Azhar, Reezal Merican Naina Merican, Zaki Zahid, tetapi ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin tidak kelihatan. Pegawainya bertegas bahawa Khairy akan tiba kemudian. Kumpulan itu melaungkan "hancur Bersih" dan "Siapakah saya? Patriot!". Mereka berselisih dengan kumpulan BERSIH 2.0 yang melewati kawasan itu kira-kira 10 minit lebih awal. 1.22pm: Petaling Street - kumpulan beberapa ribu orang yang berarak ke Stadium Negara, berpatah balik ke Jalan Tan Cheng Lock selepas berdepan dengan satu sekatan jalanraya. Sekumpulan besar rakyat Sarawak melaungkan 'Hidup Sarawak', disambut tepukangemuruh dari yang lain. 1.20pm: Masjid Jamek - Jumlah yang berhimpun terus bertambah ramai dengan polis pula menunggu bantuan bagi memperkukuhkan sekatan mereka. 1.21pm: Pemimpin utama BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan, Haris Ibrahim, Wong Chin Huat dan Sadterawan Negara A Samad Said juga berada di Hotel Hilton. Mereka disertai oleh ahli politik William Leong, Datuk Kamaruddin Jaafar, Zaid Kamaruddin, Syed Azman Syed Nawawi dan Tian Chua. Berita timbalan presiden PKR Azmin Ali ditangkap kini disahkan. Sebelum ini, dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub juga telah ditangkap. |
JOM LAYAN PERARAKAN PATRIOT.. KAHKAHKAH.. CIPUT.. Posted: 08 Jul 2011 10:45 PM PDT |
BERSIH 2.0 - Terkini 1.30 Petang Posted: 08 Jul 2011 10:33 PM PDT 1:25 PM: Setakat ini Pemimpin PR yang ditahan Polis ialah Mahfuz Omar,Salahuddin Ayub,Azmin Ali,Khalid Jaafar & Fauziah Salleh. 1:22 PM: Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh ditahan Polis. 1:14 PM: Ambiga Sreenevasan berkata 10 ahli Bersih 2.0 akan menghantar memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong. 1:12 PM: Azmin Ali & Khalid Jaafar antara yang ditahan Polis. 1:10 PM: Presiden Pas, Tuan Guru Abdul Hadi Awang muncul di sidang akhbar di Hotel Hilton KL. 1:08 PM: Laungan 'Reformasi' bergema serentak dengan perarakan Bersih menuju ke Kota Raya. |
Terkini Bersih 2.0 - Hotel Hilton Dikepung Polis. Posted: 08 Jul 2011 10:13 PM PDT 1:06 PM: Pihak Polis mengepung Hotel Hilton dimana Pemimpin PR sedang mengadakan sidang akhbar. 1:00 PM: Polis mengesahkan bahawa 441 orang sudah ditangkap termasuk 20 orang wanita. 12:50 PM: Dianggarkan 200 Peserta Bersih berarak berhampiran Mydin di Jalan Tuanku Abdul Rahman. 12:30 PM: DSAI kini di Hotel Hilton. 2 Pemimpin Pas Ditangkap Mahfuz dan Salahuddin. 12:21 PM: Menurut laporan, sekitar 1000 orang sudah mula berarak berhampiran Pasar Seni dan melaungkan "Bersih, Bersih, Bersih SPR!" 12:05 PM: Azmin Ali dalam twitternya berkata "Saya cuba membolosi satu lagi halangan untuk tiba di Brickfields. Tolong doa untuk keselamatan rakyat Malaysia." 12:00 PM: Azmin Ali dikhabarkan akan mengetuai sekumpulan peserta Bersih sebentar lagi. 11:58 AM: Situasi di Sogo mulai tegang apabila polis cuba menahan sesiapa tanpa sebab. Orang awam yang tak bersalah ditahan sesuka hati. |
LANGSUNG Bersih 2.0: Polis lepas tembakan di Dataran Merdeka Posted: 08 Jul 2011 10:05 PM PDT 12.54 pm: Dianggarkan 5 tembakan gas pemedih mata dilepaskan di Dataran Merdeka. 12.52 pm: Sedang berlaku kejar-mengejar antara polis dan orang ramai di Masjid Jamek. 12.50 pm: Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub dibawa ke Balai Polis Jinjang. 12.40 pm: IPK KL memaklumkan 338 telah ditahan termasuk 321 lelaki 17 wanita. Mereka ditahan di sekitar DBKL, Istana Negara, Pasar Seni & Masjid Jamek 12.33 pm: Kumpulan dari Masjid Negara telah bergabung dgn kumpulan dari Pasar Seni menuju ke Dataran Merdeka. 12.31 pm: Kira-kira 100 orang peguam pemerhati memasuki jalan ke Stadium Merdeka dengan dikawal ketat polis dan FRU. 12.30 pm: "Dengan tangkapan polis ini, sahlah Malaysia sama kategori dengan Bahrain, Syria dan Libya," Datuk Kamaruddin Jaffar. 12.27 pm: Sekumpulan 30 orang ahli PAS Puchong ditangkap ketika sedang minum di Jalan Pasar, Pudu. 12.24 pm: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub ditangkap di stesen KL Sentral. "Saya belum dimaklumkan ke mana kami akan di bawa", kata Mahfuz kepada harakahdaily. 12.21 pm: 6 kereta polis dilihat sedang berkawal di hadapan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. |
TERKINI BERSIH 2.0 - Suhakam memandang berat terhadap tangkapan beramai-ramai Posted: 08 Jul 2011 10:00 PM PDT 12:42: Stesen lam KTM - Pesuruhjaya Suhakam James Nayagam berkata mereka memandang berat terhadap tangkapan beramai-ramai sehingga ini. "Polis kata, mereka akan ditahan di Pulapol (Pusat Latihan Polis)," kata sambil menambah bahawa pihaknya sedang memantau keadaan. Nayagam, bagaimanapun, tidak mahu mengulas sama ada polis kasar dalam tindakan mereka terhadap suspek. 12.34pm: Kira-kira 1,000 orang mula bergerak dari stesen lama KTM menuju Dataran Merdeka. 12.32pm: Masjid Jamek - Ahli Majlis MPSJ Michael Tamil dan Mohd Hafifudin, yang juga adalah pengerusi Persatuan Penjaja Bumiputera Masjid India, sedang memantau kawasan sekitar. "Saya di sini untuk lihat betapa banyak yang penjaja rugi kerana orang ramai tidak berani datang sini," kata Hafifudin yang kesal dengan tindakan polis hari ini. "Jika penjaja kerugian kerana jalan ditutup siapa yang patut mereka tuntut kerugian itu. Mereka patut tuntut daripada kerajaan," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di Bazaar Jalan Melayu. Hampir semua kedai dan gerai di kawasan sekitar ditutup hari ini. |
"Mereka arah kami buka beg, macam mana bom didalamnya,” Posted: 08 Jul 2011 09:47 PM PDT 12.40pm: Menurut Facebook polis, seramai 441 orang, termasuk 20 wanita, ditahan sehingga jam 12 tengahari. 12.20pm: KL Sentral - Selain Anwar dan Dr Wan Azizah turut berada di sini adalah ketua pemuda DAP Anthony Loke dan setiausaha PKR Saifuddin Nasution di Hotel Hilton yang terletak di bangunan itu. Mereka dijadual mengakan sidang akhbar sebentar lagi. Semua mereka adalah antara 91 individu yang dilarang memasuki Kuala Lumpur. 12.16pm: Masjid Jamek - Hampir tidak ada kedai yang dibuka, kebanyakan orang berlegar di jalan dan lorong belakang Little India, menunggu masa untuk berhimpun. Polis terus memeriksa dan menangkap mereka yang disyaki akan berhimpun. "Mereka arah kami buka beg, macam mana bom didalamnya," kata seorang wanita Melayu dari Klang yang berang apabila begnya diperiksa oleh empat anggota polis. "Kenapa kami tak boleh duduk sini? Ini hak asasi kami," kata seorang lagi wanita yang juga dari Klang. 12.15pm KL Sentral - Dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub ditahan ketika dalam perjalanan ke Hotel KL Hilton. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Ismail sudahpun berada di sana. 12:10pm: Menurut Facebook polis, mereka menafikan dakwaan twitter BERSIH 2.0 bahawa berlaku pertembungan antara penunjuk perasaan dan polis di KLCC dan menafikan juga gas pemedih mata telah digunakan. 12:12 pm: IPK KL - Seramai 338 orang telah ditangkap - 321 lelaki dan 17 perempuan. |
TERKINI - ANWAR IBRAHIM KINI DI HOTEL HILTON!! MAHFUZ DAN SALAHUDDIN DITANGKAP!! Posted: 08 Jul 2011 09:39 PM PDT TERKINI!! Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersama-sama dengan Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail serta Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke kini berada di Hotel Hilton, KL Sentral! Anwar dan barisan pimpinan Pakatan Rakyat akan mengadakan satu sidang media khas berhunbung tindakan zionis polis yang didalangi Mat Tuak aka Hishamuddin Hussein menangkap hampir 400 peserta Bersih 2.0 yang berarak secara aman. Sidang media itu akan diadakan sebentar lagi. SEMENTARA ITU! Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar kini ditahan di stesen KL Sentral menurut laporan Harakahdaily sebentar tadi. Dipetik dari Jalan Pulang |
Perarakan berterusan ke jalan Mahkamah Posted: 08 Jul 2011 09:37 PM PDT |
"Semakin ditahan, ia akan terus melanda" - Abd Hadi Posted: 08 Jul 2011 09:34 PM PDT KUALA LUMPUR, 9 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan, tindakan menyekat perjuangan menegakkan Islam akan berhadapan dengan rempuhan. Beliau menyifatkan ianya umpama gerakan air yang semakin ditahan, ia akan terus melanda dan melanggar benteng penahan. Ingatan ini dikeluarkan beliau menjelang perhimpunan Bersih di ibu negara petang ini yang kini berhadapan dengan sekatan umpama perang dari pihak kerajaan BN. Seluruh Kuala Lumpur dikepung dan bilik-bilik hotel dan tempat tinggal digeledah umpama mencari pesalah besar yang sedang mahu menghancurkan negara. Perhimpunan Bersih 2.0 dijadualkan berlangsung jam 2 hingga 4 petang ini di Stadium Merdeka namun pihak stadium serta polis tidak memberikan permit atau kebenaran. Padahal, sebelum pemimpin Bersih 2.0 menghadap Yang Dipertuan Agung, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mencadangkan agar perhimpunan ini diadakan di stadium dan berjanji akan menguruskan penggunaannya. Namun, selepas mesyuarat kabinet dan selepas Agung dan Bersih bersetuju agar ianya dipindahkan ke stadium, Menteri Penerangan Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan kabinet menolak penggunaan stadium di Kuala Lumpur. "Ingatlah sesungguhnya perjuangan menegakkan Islam ini ibarat aliran air yang ditahan, semakin ditahan, semakin dihalang ia akan terus melanda dan melanggar benteng penahan. "Lumrah alam juga telah menetapkan bahawa suatu masa dan ketikanya benteng pasti akan pecah, ketika itu maka terbuak buaklah aliran air tersebut membanjiri pelusuk muka bumi. Yakin lah!" ingat Presiden PAS itu kepada pemimpin negara. Ingatan itu dikeluarkan beliau melalui Facebooknya pagi ini. Dipetik dari Harakahdaily |
Posted: 08 Jul 2011 09:15 PM PDT 11.55pm: Stesen lama KTM - Masih ramai yang berlegar di sekitar stesen keretapi ini. Mereka diminta meninggalkan kawasan itu melalui jejantas berhampiran Mahkamah Syariah. Puluhan telah ditahan di kawasan ini. Polis juga dikatakan bertindak kasar terhadap suspek. Ada yang dicekup di tengkuk. Lori polis kedua yang penuh dengan tahanan beredar ke balai polis. Polis anti-rusuhan juga bersiap-sedia dan dipercayai akan bergerak masuk ke stesen KTM bagi menyuraikan rakyat yang cuba berhimpun itu. 11.50am: Timbalan presiden PKR Azmin Ali menulis di tweeter - "Saya sudah berjaya tiba di 'forbidden city of KL'." Beliau antara 91 individu yang dilarang oleh perintah mahkamah daripada memasuki Kuala Lumpur hari ini. 11.44am: Jumlah terbesar orang ramai yang berhimpun adalah di kawasan sekitar Masjid Jamek dan Masjid Negara. Namun, pintu pagar Masjid Jamek dikunci manakala di Masjid Negara polis tidak membenarkan mereka memasuki kawasan masjid. Ramai yang berkumpul sekitar kawasan stesen lama KTM. 11.35am: Stesen lama KTM - Ketegangan berlaku di disini. Anggota polis cuba menyuraikan orang ramai di dalam bangunan. 11.34am: Masjid Jamek - Seorang pemuda yang mempunyai baju BERSIH 2.0 di bagnya ditangkap di hadapan restoran McDonald. Dari jam 10.50 pagi hingga sekarang, jumlah yang ditangkap di kawasan ini adalah hampir 40 orang. Mereka dibawa dengan lori dan van polis. Polis juga mengarahkan lori baru kerana menjangkakan lebih ramai akan ditahan dan kenderaan itu digunakan sebagai tempat tahanan sementara. Stesen LRT Masjid Jamek yang dikawal ketat itu masih beroperasi dan orang ramai masih dibenarkan menggunakannya. Jumlah wartawan tempatan dan luar negara yang berada di sini berjumlah kira-kira 50 orang. 11.30am: Menurut Facebook PDRM, sehingga 11 pagi, 236 orang telah ditangkap 228 lelaki dan lapan wanita. Mereka melaungkan 'Allahu Akbar'. Sekurang-kurangnya enam orang ditahan di kawasan tersebut pagi ini. 11:25am: Menurut sumber, pemimpin Pakatan Rakyat telah bergerak ke pusat bandar. 11:12am: Sogo - Seorang daripada tiga lelaki yang ditahan di sekitar Masjid India berkata, polis memeriksa begnya dan menemui baju-T kuning. "Bubuh gambar saya, biar besar sikit," katanya sambil senyum sebelum dibawa menaiki trak polis. 11:10am: KLCC - Tiada bukti bahawa gas pemedih mata telah digunakan ke atas penunjuk perasaan di sini. Pengunjung kelihatan mundar-mandir seperti biasa. 11.04am: Stesen LRT Hang Tuah LRT kini ditutup kerana "sebab-sebab keselamatan". 11am: Satu sumber Bukit Aman berkata lebih 100 orang telah ditangkap pagi ini setakat ini. 10.55am: Stadium Merdeka - Polis menutup stesen monorail Maharajalela dan stesen Hang Tuah yang terletak berhampiran Stadium Merdeka. Perkhidmatan monorail masih diteruskan di stesen-stesen lain. 10.55am: Masjid Negara Kira-kira seratus anggota polis sedang mengawal pintu masuk ke Masjid Negara. Beberapa penyokong Pakatan Rakyat kelihatan sedang disoal. 10:45am: Kampung Baru - Sekumpulan lagi ditahan, termasuk seorang lelaki yang memiliki baju-T BERSIH. Beliau tidak ditempatkan bersama yang lain dan dibawa di tempat lain untuk disoalsiasat. 10:43am: Sogo - Tiga lagi lelaki, membawa beg galas, ditahan di sekitar kawasan tersebut. Seorang daripadanya yang berbadan tegap dan berjanggut kelihatan memakai tag akhbar Bernama. Ketika ditemui kemudiannya, wartawan Bernama itu berkata, dia dilepaskan apabila polis berpuashati dengan penjelasannya. Katanya disoalsiasat kerana membawa walkie-talkie. Bagaimanapun, dua orang lagi dibawa menaiki trak polis. 10:25am: Masjid Jamek - Terdapat lebih banyak tangkapan di sekitar stesen LRT Masjid Jamek. Trak polis yang diletakkan di sebelah masjid Masjid Jamek mempunyai sekurang-kurangnya 16 orang di dalamnya. 10:23am: Laporan PDRM - sehingga jam 9 pagi, 'Operasi Polis Perhimpunan 9 Julai 2011' membabitkan 21 tangkapan. 10:21am: KLCC - BERSIH tweet bahawa berlaku pertembungan polis dengan penyokong. "Kanister gas digunakan," katanya. Malaysiakini sedang cuba mengesahkannya. |
Kronologi Detik Cemas Chegubard Selamat Dari Taktik Polis Redah Hotel! Posted: 08 Jul 2011 07:25 PM PDT Aksi bermula ketika balik dari ceramah di Taman Melewar, Gombak. Selesai ucapan chegubard kami terus bergegas balik ke Hotel, mengejar waktu sebelum jam 12. Andai melebihi jam 12, pasti terbit kesukaran untuk masuk ke Kuala Lumpur ditambah lagi dengan susuk Chegubard berada dalam kereta. Sepanjang perjalanan balik ke hotel, hanya menempuhi satu sekatan polis. Berkat bacaan selawat dan doa berlima dari dalam kereta, pihak polis tidak mengecam ada pimpinan yang diharamkan menjejak kaki di KL. Kami lepas sekatan tersebut dengan penuh debaran. Namun ketika sampai di hotel, baru kami perasan ada ekor di belakang. Kami tak sedar sejak bila diekori namun kereta persona hijau itu terus berlalu melepasi kawasan kami parking. Keadaan itu menyebabkan kami lebih berhati-hati memastikan Chegubard sampai ke bilik hotel yang telah di'decoy'. Sampai di bilik, kami fikir semuanya selamat namun meleset setengah jam kemudian. Keadaan kembali cemas apabila bilik 'decoy' yang dihuni oleh 26 pejuang SAMM (2 bilik conecting) telah diketuk pihak polis. Rupanya seorang pejuang SAMM telah ditahan di lobby hotel dan BlackBerry beliau telah digunakan oleh pihak polis untuk mencari Chegubard. Kami yang berada di bilik yang terasing telah mengambil langkah untuk meninggalkan hotel dan bergerak ke satu penempatan rahsia di pinggir Kuala Lumpur. Dengan berhati-hati, kami berjaya membawa Chegubard keluar dari hotel melalui tangga kecemasan dan menyusup keluar dari parking hotel. Daripada 8 orang penghuni bilik, hanya 3 orang sahaja yang stay termasuklah tetamu kami Poji TPU yang sepanjang hari ini bersama edyes. Mereka selamat hingga pagi ini. Ok selesai satu bab! Sementara itu di bilik kembar pejuang SAMM, pihak polis yang diketuai oleh si 'tiga paku satu crown' masih di luar pintu bilik. Lebih mengejutkan pihak polis telah menggunakan Poji (Pejuang SAMM yang ditangkap di lobby hotel) untuk memujuk rakan SAMM yang lain membuka pintu bilik. Menyedari ianya adalah tipu muslihat, pejuang SAMM tidak membuka pintu bilik. BlackBerry Poji bundle juga digunakan sebagai perangkap tetapi apabila ditanya kod rahsia, tiada jawapan selepas itu. Aku cukup berdebar kerana kami di luar sini menyangka Poji yang dimaksudkan ialah Poji TPU, kerana ketika itu Poji TPU tinggal di bilik asing. Persoalan ketika itu, adakah bilik yang diasingkan ini juga diserbu? Sekitar jam 3pagi baru kami tahu Poji TPU selamat di bilik tetapi Poji SAMM yang ditahan pihak polis. Sehingga sekarang Poji SAMM masih tidak dapat dihubungi. Sebelah pagi (sekarang); Kami bersama Chegubard sedang bersiap untuk kembali meredah sekatan untuk ke Kuala Lumpur. Dengan tekad, tiada sebab untuk kami dihalang untuk memasuki ibu negara. InsyaAllah kami akan sampai ke tempat berhimpun. Ini bukan Palestin, ini bukan semenanjung Gaza yang disekat keras oleh Israel !! Ini adalah negara kita, ibu negara kita, tanah tumpahnya darah kita!!! Tidakkah sama wataknya dengan yahudi lakhnatullah, apabila menyekat rakyat negara sendiri untuk memasuki ibu negaranya? Keadaan di bilik yang dihuni puluhan pejuang SAMM juga selamat apabila tiada lagi polis mengawal pintu bilik sejak subuh tadi. Difahamkan mereka semua telah sedia untuk bergerak keluar walau apapun terjadi. Rakan SAMM di beberapa hotel lain tiada masalah dan juga bersedia untuk berhimpun. Semoga semua pejuang demokrasi selamat dari sebarang ancaman berupa yahudi! Doakan kami selamat. Difahamkan telah ada tangkapan pagi ini, tapi kami tidak gentar! Kami datang dengan aman untuk berhimpun. Kepada rakan pengunjung yang inginkan maklumat terkini, sila follow akaun twitter @edyesdotcom . Jika tiada akaun twitter, sila buka satu. EDYES @ edyesdotcom Melaporkan Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone |
BERSIH 2.0 - Terkini 9.50 Pagi Posted: 08 Jul 2011 06:57 PM PDT 9.45am: Masjid Negara - Sekurang-kurang 1,000 penyokong BERSIH 2.0 berjaya berkumpul di kawasan sekitar ibu pejabat lama KTM dan sedang melaung-laungkan slogan. 9.41am: Istana Negara - Sebuah trak meriam air dan anggota polis pencegah rusuhan berkawal di kawasan ini. Kawasan ini di Jalan Mahameru kini ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melaluinya. 9.40am: IPK Kuala Lumpur - Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan 21 orang telah ditangkap pihak polis. Secara tidak rasmi, seorang lagi pegawai berkata tidak kurang 100 orang yang telah ditangkap. 9.38am: Kampung Baru - Tambahan 18 lagi ditahan dipercayai penyokong BERSIH di sekitar kawasan ini. Jumlah itu tidak termasuk dengan tangkapan pertama pada kira-kira sejam sebelum ini di mana sembilan orang dicekup. 9.35am: Masjid Jamek - Tujuh orang ditahan. Alasan penahan mereka belum dapat dipastikan. Wartawan tidak dibenarakan berada berhampiran trak tempat mereka ditahan. "Awak tak boleh berada di sini. Sila bercakap kepada pegawai saya jika awak mahu berada di sini," kata anggota polis itu. 9.30am: Maju Junction - Empat lelaki ditahan apabila polis menjumpai sehelai baju berwarna kuning di begnya. |
Posted: 08 Jul 2011 06:35 PM PDT 9.15am: DBKL - Kira-kira 60 anggota polis dan sepuluh trak dilihat berada di persimpangan T di hadapadan bangunan DBKL. 9.05am: KL Sentral - Polis sedang memeriksa bag-bag ke4punyaan penyokong PAS yang baru tiba dari Kelantan. 9.00am: Stadium Merdeka - Jalan ke stadium itu dari Jalan Maharajalela sudah dikepung dengan halangan kawat berduri. Wartawan yang ingin memasuki kawasan itu perlu berdaftar dengan polis. 8.50am: Dataran Merdeka - Police telah menutup kawasan Dataran Merdeka. Lebih enam trak FRU, termasuk trak meriam air diletakkan di lokasi ini. Sepanjang Jalan Tun Perak, berhampiran stesen Masjid Jamek, puluhan trak FRU dan sebuah trak meram air bgersiap sedia. Kawasan ini adalah lokasi yang lazimnya menjadi tempat berkumpul bagi penunjuk perasaan. Dianggarkan tidak kurang 300 anggota FRU dan anggota polis lain berkawal di sini. "Tiada sesiapun yang yang boleh masuk kawasan ini," kata seorang polis apabila wartawan Malaysiakini cuba meninjau kawasan sekitar Dataran Merdeka. 8.45am: Ibu pejabat PAS - Belum kelihatan anggota polis berpakaian seragam mahupun kenderaan mereka. Namun sekumpulan yang tidak dikenali dilihat memasang kamera video bertentangan bangunan itu. Adalah dipercayai pemimpin utama PAS sedang berkumpul di sana. 8.40am: Jalan Tunku Abdul Rahman - Pasukan pemantau Majlis Peguam turun ke jalanan dengan berpakaian suit hitam dan tag 'Pemantau' di jaket mereka. "Kami akan pantau perhimpunan ini dan merakamkan gambar jika perlu. Terdapat kira-kira 100 pemantau Majlis Peguam. Ada yang membekalkan khidmat guaman," kata HR Dipendra, yang mengetuai pasukan 15 pemerhati. 8.30am: Kampung Baru - Sembilan penyokong BERSIH 2.0 ditangkap dan dihumban ke dua lori polis berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru. Jalan menuju masjid itu juga telah ditutup kepada orang ramai. 8.25am: Sogo - Pusat membeli belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman lebih mirip seperti pangkalan polis. Lebih 10 trak polis dan 100 anggota juga berada di kawasan ini. Terdapat sekatan jalan di kawasan ini. Setiap kenderaan juga diperiksa. 8.10am: Hotel Tune - Persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tunku Abdul Rahman kini dikawal tidak kurang 100 anggota polis yang memeriksa semua kenderaan yang melalui kawasan ini. Pelancong dilaporkan sukar mendapatkan teksi. 8.00am: Jalan Bukit Bintang - Kawasan pelancongan di Bukit Bintang masih kosong. Tidak banyak kereta mahupun pejalan khaki. Tidak terdapat ramai anggota polis di kawasan ini. Lokasi ini akan dijadikan tempat berkumpul Pemuda Umno pada jam 1.30 petang nanti. |
BERSIH 2.0: Sembilan ditangkap di Masjid Kg Baru Posted: 08 Jul 2011 06:20 PM PDT Kuala Lumpur yang lazimnya sesak pada setiap pagi Sabtu kini sunyi dan dikawal ketat dengan ribuan anggota polis bagi mengaggalkan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada jam 2 petang ini. Di sebalik sekatan jalan raya di kebanyakan lokasi di Kuala Lumpur, keadaan lalu lintas masih lancar tetapi keadaan trafik dilaporkan sesak di kawasan luar bandar di mana polis cuba menghalang penunjuk perasaan daripada memasuki ibu negara. Sebahagian besar polis juga ditempatkan di kawasan yang sering menjadi tumpuan orang ramai akan berdemo seperti di persekitaran Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan kawasan membeli-belah Sogo. Kenderaan yang memasuki kawasan berkenaan juga diperiksa ketat. Masjid Negara juga menyaksikan kehadiran polis yang ramai. Dipercayai ramai lagi anggota polis yang tidak memakai pakaian seragam juga sedang berlegar di kawasan-kawasan berkenan. Setakat jam 8.30 pagi ini, perkhidmatan LRT berjalan seperti biasa dengan semua stesen boleh dituju. LAPORAN LANGSUNG: 7.50am: Masjid Jamek - Kehadiran polis yang ramai. Jalan di hadapan masjid telah ditutup kepada orang ramai. Dipetik dari Malaysiakini |
Anwar: Saya ada cara sertai BERSIH 2.0 Posted: 08 Jul 2011 06:00 PM PDT Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau akan turun bersama rakyat dalam himpunan BERSIH 2.0 hari ini. Anwar berkata beliau mempunyai cara dan akan hadir ke Stadium Merdeka serta menyokong himpunan awam berkenaan. "Saya nak ke Stadium Merdeka esok (hari ini). Adalah caranya nak ke situ," kata beliau kepada hadirin pada program tazkirah perdana di Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur malam semalam. Anwar merupakan antara 91 individu yang dilarang polis berada di tempat tertentu di pusat bandar Kuala Lumpur hari ini. BERSIH 2.0 telah diisytihar sebagai pertubuhan haram dan diasak oleh kerajaan BN dengan menggunakan polis dan akta-akta 'kuku besi' seperti Akta Ordinan Darurat 1966 sehingga lebih 200 individu telah ditangkap atau didakwa. Pada cermahnya, Anwar juga mengimbau surah Al-Kahfi yang menceritakan kisah anak muda yang diberi bantuan Allah kerana menolak kezaliman pemerintah. Anwar turut menyatakan kekaguman dengan anak muda yang berani memperjuangkan hal keadilan dan yakin dengan perhimpunan ini, rakyat akan menyedari kezaliman Umno-BN. "Kita bukan hamba, kita orang merdeka. Ini kemahuan anak muda kita," katanya. Dipetik dari Malaysiakini < |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan