WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
PERHIMPUNAN AMAN - TAHNIAH LIM GUAN ENG YANG MENGAJAR KERAJAAN PUSAT ERTI HAK BERSUARA Posted: 01 Jul 2011 06:43 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS HARI ini marilah kita mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri P.Pinang yang dipimpin oleh KM, Lim Guan Eng kerana berjaya `mengajar dan mendidik' Kerajaan Pusat bagaimana memerintah dan menghidupkan demokrasi khususnya di dalam aspek hak asasi manusia. Siang tadi, satu demontrasi jalanan telah diadakan di negeri tersebut oleh kumpulan yang anti-Kerajaan PR P.Pinang berbaju merah diketuai oleh raja sesumpah, Ezam. Apa yang cantiknya pada masa dan tarikh tersebut tiada satu pun kumpulan dari penyokong-penyokong PR yang membuat demontrasi jauh sekali untuk membuat provokasi. Ini adalah kerana Kerajaan Negeri di bawah PR menghormati hak berhimpun secara aman seperti yang termaktub di dalam Artikel 10, Perlembagaan Persekutuan. Melihat kepada situasi perhimpunan itu, tiada setitik pun air kimia (water canon) atau rempuhan dari FRU berlaku. Perhimpunan tersebut berjalan dengan aman walaupun mereka tiada modal langsung untuk memburukkan KM P.Pinang, melainkan menaikkan sepanduk dengan tuduhan liar. Namun, kumpulan ini dibenarkan bebas berhimpun secara aman. Mengapa perhimpunan kumpulan ini berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang kekecuhan? Ini adalah kerana tiada provokasi dari pihak lain, samada dari penyokong-penyokong PR dan juga tiada provokasi atau semburan air/gas dari FRU. Menonton melalui TV 3 sebentar tadi, saya terasa mahu ketawa apabila melihat raja sesumpah, Ezam yang berkokok umpama tiada tenaga lagi seperti waktu beliau berada di pihak pejuang rakyat. Beliau tiada hujah yang mantap untuk menunjukkan penyelewengan, kezaliman atau salah laku kepimpinan Lim Guan Eng. Sejurus selesai perhimpunan, seolah-olah seperti `VIP' Ezam sesumpah tanpa digari, tanpa diheret atau dikasari dengan `rela' masuk sendiri ke dalam kereta Polis dengan senyuman. Kesimpulannya, selepas PERKASA di bawah raja katak Ibrahim Ali, kemudiannya Pemuda Umno di bawah KJ, seterusnya Lokman Adam dengan `Patriot' yang datang membuat `rombongan' di tengah malam ke Ibu Pejabat PKR di Tropicana bersama lebih kurang 300 budak-budak suruhannya, dan yang terbaru menampilkan raja sesumpah Ezam, jelas menunjukkan mereka memasang strategi untuk mengagalkan Perhimpunan BERSIH. Lojikkah untuk menentang perhimpunan atau demontrasi mesti dibuat dengan cara demontrasi juga? Hipokrit. Persoalan yang masih bermain di fikiran kita, adakah Kerajaan Pusat atau PDRM boleh belajar dari perhimpunan di P.Pinang siang tadi? Susah sangatkah untuk mengawal perhimpunan aman? Sekali lagi, tahniah kepada Kerajaan Negeri P.Pinang yang memberi ruang untuk rakyat yang kebanyakannya seperti `mamak' itu untuk berhimpun. /wfauzdin.blogspot.com Foto: Ihsan Blog Manjung Mari |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan