Jumaat, 1 Julai 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


8 termasuk Mat Ezam Kotak ditahan di Pulau Pinang

Posted: 01 Jul 2011 06:24 PM PDT

GEORGETOWN - Polis semalam menahan lapan individu termasuk bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohamad Ezam Mohd Nor kerana menyertai satu demonstrasi di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, tujuh ditahan semasa demonstrasi manakala Ezam menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, kesemua mereka yang ditahan berumur antara 27 tahun dan 46 tahun.

"Mereka ditahan kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit dan berdegil kerana tidak mahu bersurai ketika diarahkan berbuat demikian manakala Ezam turut memberi ucapan pada perhimpunan itu," katanya dalam satu sidang akhbar di sini semalam.

Ayub berkata polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menganjurkan perhimpunan tanpa permit.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 27 Akta Polis 1967 kerana menyertai perhimpunan tanpa permit.

Terdahulu, seramai kira-kira 1,500 orang terdiri daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi secara aman dengan berarak dari Masjid Melayu Lebuh Aceh ke Komplek Tun Abdul Razak (Komtar), di sini semalam.

Perarakan sejauh kira-kira enam kilometer yang bermula 2.45 petang itu bagi membantah perhimpunan Bersih 2.0 dan pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng yang didakwa menyokong perhimpunan itu. - SH

Suami perdagangkan isteri untuk bayar ansuran kereta

Posted: 01 Jul 2011 05:50 PM PDT

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Raja Noraina Raja Rahim

KUALA LUMPUR: Seorang suami durjana memaksa isterinya melacur semata-mata ingin mendapatkan wang untuk menjelaskan ansuran bulanan keretanya.

Kejadian kira-kira jam 11 pagi kelmarin, di Bukit Bintang, di sini, bukan kali pertama wanita berusia 25 tahun itu diperlakukan sedemikian, sebaliknya lebih sepuluh kali dalam tempoh hampir setahun lalu.

Suami yang berusia lewat 20-an dan tidak mempunyai pekerjaan tetap itu memaksa isterinya menjual tubuh apabila kesempitan wang dengan dia bertindak sebagai 'bapa ayam' untuk mencari pelanggan.

Tidak tahan dengan tindakan jijik suaminya, mangsa yang meloloskan diri daripada kawalan suaminya membuat laporan di Balai Polis Tun H S Lee, di sini, tengah hari kelmarin.

Sumber polis berkata, dalam laporannya mangsa memberitahu dia melarikan diri daripada suaminya selepas selesai melayan seorang pelanggan di sebuah hotel murah di Bukit Bintang.

BERSIH 2.0 : baik kuning, merah, hijau atau kelabu, kita akan ambil tindakan.” - Khalid

Posted: 01 Jul 2011 05:15 PM PDT

KUALA LUMPUR: Polis semalam menutup pintu rundingan dengan penganjur perhimpunan haram 9 Julai ini dan bersedia mengambil tindakan tegas termasuk kemungkinan menahan mereka lebih awal bagi memastikan perhimpunan tanpa permit itu tidak diadakan. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, menegaskan pihaknya akan menggunakan semua peruntukan undang-undang termasuk tidak menolak kemungkinan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mereka yang terus berdegil mahu meneruskan perhimpunan haram itu.

Katanya, polis sudah mengambil pelbagai langkah dengan memanggil semua pihak terbabit termasuk secara bersemuka dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, tetapi mereka didapati tidak berganjak dengan pendirian untuk terus menganjurkan perhimpunan itu.

"Dalam tempoh dua hari lalu, Ketua Polis Negara dan saya sendiri jemput penganjur termasuk BERSIH, PAS, Pemuda UMNO dan PERKASA ke Bukit Aman. Kami beritahu mereka kebimbangan polis dan implikasi perhimpunan itu termasuk kekhuatiran peniaga, pengusaha pelancong dan orang ramai.

"Namun hasil pertemuan itu, mereka ingin juga meneruskannya, jadi kita akan gunakan apa juga peruntukan undang-undang untuk memastikan ia tidak diteruskan, kita sudah beri amaran sebelum ini yang kita tidak akan benarkan perhimpunan 9 Julai," katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.

Rabu lalu, Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Syed Hassan Syed Ali mewakili Presidennya, Datuk Ibrahim Ali serta Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim, dipanggil bersemuka dengan Ketua Polis Negara di Bukit Aman untuk diberi penerangan berhubung perancangan mereka mengadakan perhimpunan menentang BERSIH.
Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Datuk S Ambiga pula hadir ke Bukit Aman kelmarin.

Ditanya sama ada polis akan menahan penganjur lebih awal dan menggunakan ISA jika mereka tetap mahu meneruskan perhimpunan itu, Khalid berkata, "Saya tidak menolaknya... saya tidak menolak untuk mengambil tindakan mengikut undang-undang yang ada."

Mengenai kenyataan Ambiga yang beliau akan berjumpa sekali lagi dengan Ketua Polis Negara sebelum 9 Julai, Khalid berkata, pintu rundingan sudah tertutup.

"Tak payah... kita tak mahu buat rundingan lagi. Kita sudah memutuskan tidak membenarkan apa juga perhimpunan pada 9 Julai. Tidak ada rundingan lagi," katanya.

Khalid berkata, sehingga semalam, 115 individu ditahan di seluruh negara mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis kerana cuba mengadakan perhimpunan haram dengan 30 daripadanya masih direman di Pulau Pinang selain 2,136 laporan polis diterima berhubung bantahan terhadap penganjuran perhimpunan haram itu.

Ditanya sama ada polis akan menahan individu memakai baju merah tertera perkataan PATRIOT yang digunakan Pemuda UMNO untuk mengajak orang ramai menyertai perhimpunan menentang BERSIH, Khalid berkata, "Apa saja yang menunjukkan sokongan terhadap perhimpunan 9 Julai, baik kuning, merah, hijau atau kelabu, kita akan ambil tindakan."

Mengulas penemuan gambar mempunyai unsur komunis yang dirampas daripada 30 individu yang ditahan di Pulau Pinang serta di pejabat Sekretariat BERSIH di Petaling Jaya, Khalid berkata, polis sedang menjalankan siasatan lebih mendalam berhubung perkara itu memandangkan ia jelas mempunyai elemen fahaman komunis.

Mohd Hassan Juara Imam Muda 2

Posted: 01 Jul 2011 04:55 PM PDT

KUALA LUMPUR: Rezeki menyebelahi Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26, apabila dinobatkan juara Imam Muda musim kedua (IM2) pada pertandingan akhir di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sini, malam tadi.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu (al-Quran dan Hadis), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu menewaskan Nazarul Izwan Zolkiflee , 26, pemegang Diploma Pengajian Islam, Kolej Pengajian Islam dan Dakwah. Dengan kemenangan itu, Mohd Hassan menerima tajaan penuh biasiswa pengajian ke Universiti Antarabangsa Al Madinah (MEDIU); sebuah kereta Proton model Exora; pakej menunaikan ibadat haji dan umrah; pakej percutian ke Vietnam dan wang tunai RM25,000 serta telefon bimbit.

Hadiah lain yang mengiringi kejayaannya ialah pakej perabot jati bernilai RM15,000; wang tunai RM30,000 berserta iPad tajaan Astro; sebuah komputer riba Apple Macbook Pro; sebuah iPhone 3G; kamera digital; trofi Imam Muda musim kedua serta sijil penyertaan dan kad pentauliahan diiktiraf JAWI.

Mohd Hassan ketika berucap mendedikasikan kemenangan itu kepada ibu dan arwah ayahnya.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Astro, guru-guru, JAWI dan tenaga pengajar yang tidak kedekut ilmu, mursyid (mentor), mudir (pengetua), penonton dan wartawan yang menyebar luas program Imam Muda," katanya.

Naib juara, Nazarul Izwan pula membawa pulang biasiswa pengajian ke MEDIU, kereta Proton model Pesona; wang tunai RM20,000 berserta iPad tajaan Astro; pakej perabot jati bernilai RM10,000; trofi Imam Muda; komputer riba; sijil penyertaan; kad pentauliahan diiktiraf JAWI dan beberapa hadiah lain. Lapan peserta lain menerima biasiswa melanjutkan pengajian ke MEDIU. - BH

TERKINI - Ronnie Liu ditangkap polis

Posted: 01 Jul 2011 09:53 AM PDT

YB Ronnie baru ditangkap polis ketika pulang bersama saya (MB Khalid) Kereta kami yang diiringi polis dihentikan, dan polis memaksa YB Ronnie keluar. YB Ronnie ditangkap polis kerana meminta rakyat sertai perhimpunan aman Bersih. Beliau dibawa ke balai polis Serendah.
Berita lanjut menyusul

Gugur Hishamuddin gantikan dengan yang lebih matang - Husam kepada Najib

Posted: 01 Jul 2011 09:03 AM PDT

Harakahdaily

RANTAU PANJANG, Jul 1: PAS vice president Husam Musa has urged prime minister Najib Razak to sack Home minister Hishamuddin Hussein over the latter's 'panicky' reaction to the July 9 Bersih rally.

Hishamuddin says yellow shirts are banned

Drawing similarities between Hishamuddin and the staunchly pro-UMNO member of parliament Ibrahim Ali, Husam called on Najib to appoint someone who was "more mature" in handling the government's opposition to Bersih.

"He (Hishamuddin) is like Ibrahim Ali. I hope the prime minister will replace the Home Minister and appoint someone more mature who does not react emotionally in handling issues like Bersih," he said after meeting 100 Felcra settlers here last night.

Husam (left) said Najib should "think calmly" about the Bersih rally, saying provocative statements against it could undermine the country's image abroad and drive away investors.

He added that the government should heed the lessons from the Egyptian uprising earlier this year, in which people's anger were fuelled by the government's high-handedness.

He described the spate of arrests of Bersih sympathisers only showed that Barisan Nasional was clueless.

"If the democratic system is sullied, then it becomes our duty to clear the mess," said Husam

BERSIH 2.0 : "Potret Shamsiah Fakeh kami gunakan sejak Disember 2010" - Maria Chin

Posted: 01 Jul 2011 08:45 AM PDT

Ketua Empower dan kumpulan NGO wanita kecam tuduhan melulu polis.

PETALING JAYA: Pengarah Eksekutif Persatuan Kesedaran Komuniti Malaysia (Empower) Maria Chin Abdullah hari ini menjelaskan bahawa potret Shamsiah Fakeh disalahguna oleh pihak polis untuk menuduh mereka sebagai pertubuhan komunis.

Pada hari kelmarin pihak polis telah membuat serbuan tanpa waran ke atas pejabatnya yang turut berfungsi sebagai pejabat urusetia Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

"Sebenarnya potret Shamsiah merupakan salah satu daripada 10 gambar yang kami gunakan untuk program kesedaran wanita bernama 'Hidden Faces, Unheard Voices' sejak Disember 2010," kata Maria dalam satu sidang media di sini petang tadi.

Shamsiah Fakeh merupakan tokoh utama Angkatan Wanita Sedar (Awas) dalam perjuangan kemerdekaan era 1940an.

"Selain beliau, potret permaisuri Kelantan Cik Siti Wan Kembang dan tokoh wanita MCA BH Oon turut digunakan," tambah beliau.

Maria yakin bahawa tuduhan melulu polis bahawa Empower cuba menghidupkan komunisme merupakan kaedah untuk mencemarkan nama baik Bersih 2.0.

Beliau turut mendedahkan notis 111 telah dihantar ke rumah beliau oleh beberapa anggota polis berpakaian biasa pagi tadi.

"Mereka mahu ambil kenyataan saya pukul 9 malam ini di ibu pejabat polis Petaling Jaya Seksyen 8 tetapi saya akan beri kenyataan pada hari lusa sahaja," katanya lagi.

Berhubung Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai, mesej Maria jelas: "Tindakan menangkap saya dan ahli lain tidak akan menghentikan himpunan ini.

Tidak gentar

"Malang sekali….. jika kerajaan menyalahgunakan kuasa menangkap kerana tindakan intimidasi sebegini tidak menggentarkan sesiapa sekarang," ujar beliau.

Sementara itu, pengarah Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO) Ivy Josiah mendedahkan bahawa pihak polis pernah membenarkan pertubuhan NGO wanita berhimpun dan berarak tanpa permit dalam kempen 'Walk and Rock' sempena Hari Wanita Sedunia.

"Anggota polis begitu profesional dalam mengatur dan mengendalikan aliran trafik pada ketika itu," kata Ivy.

Sebelum itu, sejumlah 11 NGO wanita telah membidas tindakan keterlaluan pihak polis dan menyokong penuh sumbangan Empower dalam usahanya meningkatkan taraf pekerjaan wanita ke peringkat di mana wanita boleh membuat keputusan.

Antaranya, Persatuan Peguam Wanita, Sister's In Islam dan Tenaganita. - FMT

BERSIH 2.0 : Bekas S/U politik Mahathir hentam Najib

Posted: 01 Jul 2011 06:20 AM PDT

PETALING JAYA, Jul 1: Matthias Chang, the former political secretary of Dr Mahathir Mohamad, has spoken out against the government's political crackdown in the run-up to the July 9 rally for electoral reforms by Bersih.

Writing in his blog, Chang (right), a staunch loyalist of the former prime minister and no friend of Pakatan Rakyat, described the spate of arrests of Bersih sympathisers and the threats by UMNO ringleaders to thwart the rally as indicating "the administration's one track mentality in solving problems, not that the Bersih Rally is a problem."

Saying Bersih's organisers had already given assurance of the rally's peaceful nature, Chang called on authorities not to deploy the Federal Reserve Unit but instead assist them in controlling traffic during the gathering.

"Bersih has assured the nation that the rally would be peaceful and its intention is to deliver a memorandum for a fair and clean election to the King.

"How long would the Bersih Rally be, in the absence of any police action? At the most, one and half hours, and thereafter, they would have to disperse, again peacefully. End of the story," he wrote, adding that those behind Bersih was aware that allowing the rally to turn violent could only undermine the group's credibility.

'Sheer stupidity to ban t-shirts'

Chang also said prime minister Najib Razak should join hands with the Bersih protesters and accompany them in handing over the memorandum to the Agong.

"Be at the gate of the Agong's palace to stand in solidarity with the participants and show support for their civic-mindedness and assure all those peaceful participants that every effort will be made to ensure a fair and clean election as was the case in 2008 and all previous elections," he added.

Reserving some of his harshest words for UMNO Youth leader Khairy Jamaluddin and Perkasa leaders, Chang also rubbished as "sheer stupididy" the announcement by Home minister Hishamuddin Hussein banning the yellow Bersih t-shirts.

"To declare that it is a crime and or illegal to wear any clothing in yellow bearing the logo 'Bersih' is sheer stupidity. And the Home Minister is a lawyer by training!

"If such clampdown is to demonstrate the power of UMNO and nothing else, then the year long campaign that we are '1Malaysia' rings hollow and that the Barisan Nasional government has no faith in its policies especially its Economic Transformation Programme (ETP), the political crown jewel of Najib's administration," he said.

Last year, the 61-year old Chang, a lawyer by training, chose to go to jail for contempt of court after an argument with the High Court judge during a defamation suit he took against American Express for suspending his card. - HarakahDaily

Umno perlu tahu ... Lagi menekan lagi rakyat menyampah - Aspan Alias

Posted: 01 Jul 2011 01:41 AM PDT

2011,1 JULAI — Nampaknya tekanan terhadap Bersih bertambah hebat. Usaha untuk menggagalkan perhimpunan itu dengan paksaan awal dan tindakan pre-emptive dengan tangkapan terhadap mereka yang memakai baju-T Bersih.

Pada hari ini kedengaran Ketua Polis Negara juga berkata bukan saja setakat baju T tetapi kasut dengan bus juga tidak boleh melambangkan perjuangan untuk menuntut demokrasi secara adil dan saksama.

Omar Din seorang guru silat tersohor negara juga memberikan amaran jika Bersih teruskan juga rally itu jangan salahkan beliau jika anak-anak silat beliau akan bertindak kasar terhadap rakyat yang memperjuangkan keadilan. Sebelum ini Perkasa telah menggertak akan mengadakan rally itu jika bersih tidak membatalkannya.

Pemimpin-pemimpin Umno juga dilihat sebagai tidak bermaya dan terpaksa menggunakan Ibrahim Ali dan Perkasa untuk bercakap bagi pihak Umno. Sekarang Omar Din pula menjadi jurucakap Umno. Umno sendiri kehilangan hidayah dalam menghadapi rancangan perhimpunan yang akan dianjurkan oleh Bersih.

Banyak pihak yang tidak tahu untuk bercakap, telah dengan lancang bercakap dan tidak seorang yang mengeluarkan kata-kata yang boleh menyejukan keadaan tetapi keadaan itu diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk kehadapan mengambil kesempatan untuk menangguk di air yang keruh.

Masing-masing bercakap dengan garang dan "heroic" untuk menunjuk maco dengan harapan dianggap sebagai manusia yang mempunyai "consequence" yang hebat. Bermacam-macam cara untuk menempelkan diri kepada ramai yang mereka sayangkan negara sambil menonjolkan diri masing-masing dan mengharapkan dapat perhatian pihak yang tinggi.

Dalam kumpulan pemimpin yang banyak kelemahan, mereka selalunya amat bergembira dengan keadaan kucar kacir kerana dalam keadaan aman pemimpin-pemimpin pengecut ini selalu tidak akan timbul dan mendapat perhatian ramai. Itulah sebabnya terdapat mereka yang sudah berusia seperti saya masih lagi menjadi aktivis untuk meletakan diri dan wajah mereka berada di dada-dada akhbar khususnya di dalam media perdana.

Cara ini memangnya satu cara yang lazim dilakukan semasa dahulu dan rakyat akan terpengaruh dengan cara ini. Tetapi sekarang rakyat yang sudah terbuka pandangannya dengan pengaruh dunia moden ini mereka dengan mudah memahami maksud dan tujuan mereka berkelakuan begini.

Rakyat sudah pandai membaca dan membelek "air di dalam tunggak"; tahu yang mana satu yang jujur dan yang mana yang hanya berpolitiking dengan keadaan yang ada untuk menaiki tangga sosial melalui politik tadi.

Kita terlalu defensif seperti kita ini dari pihak pembangkang. Oleh kerana kita suka mengambil sifat seperti pembangkang saya merasakan yang rakyat akan meletakan mereka di tempat yang secucok dengan mereka, iaitu untuk duduk di kerusi pembangkang di dalam dewan-dewan lagisltaif negara.

Maka rakyat dari sekarang sudah mempunyai persepsi yang Umno dan Barisan Nasional sudah selayaknya untuk menyesuaikan dengan sikap defensive mereka itu dengan duduk di pihak pembangkang.

Cara dan sikap mereka pun akhir-akhir ini memang seperti parti yang hendak jadi pembangkang. Bagaimana rakyat hendak memberikan tempat sebagai pihak yang berkuasa jika sikap dan cara kita layaknya untuk menjadi pembangkang?

Jika Umno masih berselera untuk menjadi pihak yang memerintah, maka pemimpin-pemimpin parti ini wajar kembali kepada sifat dan kualiti sebagai pemerintah dan bersifat "magnanimous" yang tinggi… ada "class" kata anak-anak muda sekarang.

Orang tua-tua dahulu selalu berkata, seorang berdarah raja jika dia menjadi tukang sapu sampah pun dia tetap raja. Tetapi kalau orang itu sengkek (toman kata orang NS) jika kita letakan mahkota di kepala mereka pun, ia tetap sengkek.

Itulah sebabnya jika hendak menempah songkok, tempahlah dari tukang songkok. Jangan tempah dari pembuat kasut. Nanti songkok akan rupa kasut pula. Itulah yang berlaku sekarang. Yang tidak layak menjadi pemimpin di angkat menjadi pemimpin. Yang layak menjadi pemimpin sentiasa diketepikan.

Begitulah pentingnya "disposition diri" bagi mereka yang bercita-cita hendak jadi pemimpin. Jika tidak mampu untuk berbuat demikian elok duduk dengan saya di kedai kopi mamak sahaja. Sesudah makan tosai, kita pesan pula roti canai. Kita duduk di mana selayaknya kita.

Kepimpinan negara akan dilihat sebagai kepimpinan yang tempang jika orang yang memimpin itu bukannya yang selayaknya duduk di atas kerana ianya akan memudharatkan sistem kerajaan yang ada di bawahnya. Mereka yang jenis ini akan merasakan yang sistem yang "rigid" untuk kebaikan negara itu membebankan mereka. Sistem yang baik akan menghalang dari mereka menunjukan kuasa.

Kita harus mengambil isu kelayakan ini sebagai perkara besar di dalam kepimpinan negara. Jika kita hanya mereka yang sepatutnya berada di sana maka tidak timbul masalah "attitude" dalam kepimpinan. Jika kita pilih pemimpin yang baik tidak timbul ada permainan ilmu hitam misalnya kerana mereka yang mempraktikan ilmu hitam ini adalah orang yang paling rendah darjatnya kerana sanggup menduakan Tuhan yang maha Esa.

Tidak akan timbul juga tindakan menunjuk-nunjuk dengan "door gift" yang mahal seperti jam yang "diamond-studded" kepada jemputan yang menghadiri majlis pertunangan atau perkahwinan anak kita. Kekayaan kita tidak perlu ditunjuk-tunjuk kerana ianya akan membeza nilai keperibadian seseorang itu.

Jika pemimpin yang duduk dalam "public office" yang tinggi orang ramai akan bertanya. "dimanalah mereka ini dapat kekayaan hingga berkemampuan untuk memberi hadiah yang bermillion harganya ini?"

Itulah sebabnya kita melihat rakyat begitu ramai memberikan sokongan moral terhadap NGO Bersih ini… bukannya kerana mereka menyokong Bersih tetapi mereka terlalu mual dengan apa yang dilihat mereka di dalam kepimpinan negara kita.

Rakyat sayangkan negara mereka kerana ini sahajalah negara tempat mereka berteduh. Itu sebabnya rakyat akan melakukan apa sahaja untuk mempastikan negaranya ditadbir oleh mereka yang selayaknya diyakini.

Kita boleh salahkan sesiapa juga, tetapi jangan sekali-kali menyalahkan rakyat. — aspanaliasnet.blogspot.com

BERSIH 2.0 : NGO ni nak terjun Jambatan Pulau Pinang ramai2? ... hahaha mampuih pi kat hampa la

Posted: 01 Jul 2011 12:59 AM PDT

NGO adakan perhimpunan di jambatan Pulau Pinang jika perhimpunan haram 9 Julai diteruskan

GEORGE TOWN - Lebih sepuluh pertubuhan bukan kerajaan di Pulau Pinang merancang mengadakan perhimpunan di Jambatan Pulau Pinang pada 8 Julai ini jika perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai diteruskan.

Yang Dipertua Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Pulau Pinang Datuk Ahmad Saad berkata, tindakan itu sebagai membantah perhimpunan haram berkenaan yang ternyata hanya akan menyusahkan semua pihak.

"Kalau mereka tidak membatalkan perhimpunan 9 Julai ini, kita akan mengadakan perhimpunan di Jambatan Pulau Pinang pada 8 Julai. Kita boleh buat."Biar siapa pun tak boleh masuk atau keluar (Pulau Pinang). Kita tengok siapa yang akan susah," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, ketika itu, semua pihak yang berhasrat menyertai perhimpunan haram akan tahu dan sedar bahawa tindakan mereka itu boleh menjejaskan semua pihak.

"Kami rayu Ambiga (Datuk Ambiga Sreenevasan) dan kumpulannya supaya membatalkan perhimpunan haram itu," katanya.

Ahmad berkata, perhimpunan haram itu tidak perlu diadakan kerana terdapat pelbagai medium yang boleh digunakan oleh semua pihak untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka.

Beliau juga mendesak kerajaan menahan golongan yang merancang perhimpunan haram itu bagi mengelak daripada perhimpunan itu diteruskan.

Antara NGO yang hadir pada sidang media hari ini ialah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Pertubuhan Suara Anak-anak Malaysia dan Persatuan Melayu Tanjong.- Bernama

STONE : hahahaha nanti lepas demo hampa ramai-ramai terjun la  jambatan pulau pinang tu sekali ya. Tindakan macam budak-budak sekolah rendah je la ...

Memang SPR tak telus, pembangkang menang sebab SPR tak boleh nak tipu di sana . . .

Posted: 01 Jul 2011 12:03 AM PDT

Pakatan Rakyat tidak ada peluang langsung untuk memenangi kerusi pilihan raya sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak adil dan telus dalam mengendalikan pilihan raya di Malaysia.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata semua pilihan raya umum dan kecil akan dimenangi oleh BN sahaja jika SPR bertindak sedemikian.

"Kalau SPR tidak adil dan telus, bagaimana pembangkang boleh memenangi lima negeri pada pilihan raya umum lepas... tak kan nak menang semua negeri, baru SPR dianggap adil dan telus," katanya dalam temuramah dengan TV3 dan Bernama di Bangkok.

Beliau berada di Bangkok sebagai pemerhati antarabangsa atas jemputan Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand untuk memantau perjalanan pilihan raya umumnya yang akan diadakan Ahad ini. Malaysia adalah antara 13 negara yang dijemput.

Abdul Aziz berkata kemenangan atau kekalahan sesebuah parti atau calon pilihan raya bergantung kepada keadaan dan bukan kerana SPR memberi pertolongan atau tidak - mkini

STONE : Bro Aziz, kalau betul SPR telus, pembangkang akan menguasai lebih dari 5 negeri la ....

Tiada ulasan: