Sabtu, 16 Julai 2011

Suhaizan Kayat

Suhaizan Kayat


Pemuda PAS Mohon Penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Posted: 15 Jul 2011 05:46 PM PDT


Kenyataan Media

Dewan Pemuda PAS Pusat

Jumaat 15hb Julai 2010

Pemuda PAS Mohon Penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) telah berjanji kepada rakyat Malaysia untuk membuat beberapa perubahan dalam perlaksanaan pilihanraya akan datang. Antaranya adalah pengundian awal(Advance Voting) dan pengesahan secara biometrik bagi setiap pengundi. Dewan Pemuda PAS Pusat merasakan perlu SPR menjelaskan kepada rakyat Malaysia beberapa persoalan di bawah ini.

1. 1. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Bin Mohd Yusof pernah membuat kenyataan media pada 26 Mei 2010 bahawa SPR bersedia melaksanakan pengundian awal pada Julai 2011. Setakat ini rakyat belum nampak pindaan-pindaan dibuat di Parlimen berhubung dengan perlaksanaan pengundian awal. Persolannya, bilakah tarikh sebenar SPR bersedia melaksanakan proses pengundian awal dan pengesahan kad pengenalan secara biometrik?

2. 2. Apakah status sebenar mereka yang dibenarkan membuat pengundian awal? Apakah mereka berstatus pengundi awam atau pengundi pos ?

a. Jika status mereka adalah pengundi awam :-

Persoalannya, bilakah nama mereka yang sedang tersenarai sebagai pengundi pos akan dikeluarkan daripada pengundi pos?

b. Jika status mereka adalah pengundi pos :-

Persoalannya, pengerusi SPR pernah menyatakan bahawa pengundian awal adalah seperti pengundi awam di mana mereka tidak perlu mengisi borang 2. Sedangkan dalam Peraturan-peratuan Pilihanraya(Pengundi Pos) 2003 dinyatakan dengan jelas setiap pengundi pos perlu mengisi borang 2. Persoalannya, bilakah tarikh SPR akan membuat pindaan terhadap pengunaan borang 2 dalam seksyen 7(2), 8(b), 15(2), 15(3),15(5), 15(6), 15(7), 15(8), 15(9), 15(10) dan 16 dalam Peraturan-peratuan Pilihanraya(Pengundi Pos) 2003?

3. 3. SPR tidak akan menghapuskan undi pos sepenuhnya kerana terdapat mereka yang tidak dapat mengundi pada hari pengundian seperti anggota tentera di medan perang. Setelah perlaksanaan pengundian awal, selain daripada anggota tentera di medan perang, siapakah lagi mereka yang dibenarkan menjadi pengundi pos sebenar?

4. 4. Pelajar yang berada di luar negara contohnya Mesir mempunyai lebih 7,000 orang pelajar bukan dalam bidang yang kritikal dan mereka boleh mengundi di kedutaan masing-masing. Apa rasionalnya pelajar di luar negara mengundi sebagai pengundi pos? Kenapakah mereka tidak dibenarkan mengundi di kedutaan masing-masing sebagai pengundi awam ?

5. 5. Kakitangan SPR boleh memohon untuk menjadi pengundi pos selepas penamaan calon dibuat. Permohonan mereka sebagai pengundi pos akan diluluskan sedangkan nama mereka tidak sempat dibatalkan oleh SPR sebagai pengundi awam dalam daftar pemilih yang diserah kepada calon pada hari penamaan calon. Persoalannya, bukankah terdapat dua nama iaitu sebagai pengundi pos dan sebagai pengundi awam bertentangan dengan Perkara 119(1) Perlembagaan Malaysia yang menyatakan "tiada sesiapa pun boleh mengundi dalam pilihanraya yang itu juga, dalam lebih daripada satu bahagian pilihanraya" ?

6. 6. Kemungkinan besar terdapat masalah untuk mengesan kad pengenalan seseorang pemilih menggunakan biometrik, contohnya cip kad pengenalan pemilih rosak atau kad pengenalan hilang(hanya membawa kad pengenalan sementara) atau terdapat pemilih yang enggan melalui proses pengesahan biometrik. Dalam Perkara 119(1) Perlembagaan Malaysia menyatakan setiap warganegara berumur 21 tahun layak mengundi dan tidak dinyatakan mereka perlu melalui proses biometrik. Persolannya, di manakah hak SPR menghalang seseorang pemilih mengundi jika kad pengenalan seseorang pemilih tidak dapat disahkan oleh sistem biometrik ?

7. 7. SPR menjelaskan bahawa pengunaan dakwat kekal atau indelible ink bertentangan dengan Perkara 119(1) Perlembagaan Malaysia. Sedangkan pengunaan dakwat kekal bukannya untuk menghalang seseorang mengundi tetapi hanya mengesahkan seseorang itu telah mengundi. Persoalannya di manakah pengunaan dakwat kekal yang bertentangan dengan Perkara 119(1) Perlembagaan Malaysia ?

8. 8. SPR telah pernah membelanjakan lebih kurang RM3 juta untuk membeli dakwat kekal sebelum pilihanraya ke-12 malangnya telah dibatalkan di saat akhir. SPR telah terbukti membazirkan wang rakyat untuk membeli sesuatu yang tidak boleh digunakan dalam pilihanraya. Persoalannya, sudahkan SPR membuat kajian keberkesanan perlaksanaan sistem pengesahan menggunakan biometrik? Berapakah kos yang diperlukan oleh SPR untuk membeli segala peralatan, menyediakan kakitangan mahir dan lain-lain yang diperlukan untuk melaksanakan proses pengesahan melalui sistem biometrik? Sudahkah kerajaan meluluskan peruntukan perbelanjaan tersebut ? Apakah mekanisma SPR untuk mengelakkan kesesakan di pusat pengundian setelah perlaksanaan biometrik ?

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar telah menyatakan bahawa pihak SPR akan membuat penjelasan kepada rakyat berhubung isu-isu berbangkit. Dalam akhbar Sinar Harian pada hari ini 15hb Julai 2011, Datuk Wan Ahmad juga menuduh pembangkang memanipulasi dengan menyatakan "Selama ini, apabila SPR beri penjelasan isu berbangkit, sebagai contoh tuntutan Bersih, pembangkang akan manipulasi isu, diputarbelitkan dan dicampur aduk dengan andaian-andaian tanpa bukti " . Dewan Pemuda PAS mencabar Datuk Wan Ahmad Bin Wan Omar untuk berdialog secara terbuka dengan pemuda PAS berhubung dengan isu-isu berbangkit.

SUHAIZAN BIN KAIAT

Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Rakyat, Dewan Pemuda PAS Pusat

Ketua Pemuda PAS Negeri Johor.

019-7285174

Tiada ulasan: