Pulakdah! |
- WAYNE ROONEY Puji Peminat Pakai Jersi MAN U Tengok LIVERPOOL Berlatih
- Shahrizat Jalil REDHA Dikelilingi Warna KUNING
- Dapatkan Buku BERSIH A.Samad Said 'PUISI JADI SENJATA'
- Najib DIHIDANG Air Minuman KUNING Di London
- Van TERJUNAM Ke Dalam Tasik Kerana GPS
WAYNE ROONEY Puji Peminat Pakai Jersi MAN U Tengok LIVERPOOL Berlatih Posted: 16 Jul 2011 08:53 AM PDT Semalam di Bukit Jalil semasa sesi latihan Liverpool. Seorang mamat peminat Manchester United datang tengok sambil pakai jersi Man U. Akhirnya dia dikutuk dan dipaksa untuk membuka jersi nombor 10 dengan nama Rooney itu. Bagaimanapun aksi 'berani' beliau dipuji oleh Wayne Rooney sebentar tadi. Mesti bangga gila mamat ni...wakakaka. |
Shahrizat Jalil REDHA Dikelilingi Warna KUNING Posted: 16 Jul 2011 04:44 AM PDT Shahrizat Jalil bersebelahan Datuk Zuraidah Larian anjuran Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) itu berlangsung di stadium Universiti Kebangsaan Malaysia pada Sabtu dan Ahad ini. Penasihat Kehormat NCSM Datuk Zuraidah Atan berkata, warna kuning merupakan warna simbolik antarabangsa bagi kanser dan program ini telah masuk kali ketujuh. "Kebetulan tahun ini kami memilih warna kuning untuk baju larian," kata beliau dipetik Utusan Malaysia. Zuraidah berkata terdapat dua warna yang telah dipilih sempena program tersebut iaitu penghidap kanser akan memakai baju berwarna ungu manakala bukan pesakit akan memakai baju berwarna kuning. "Selain merah, jambu, hijau dan biru, kuning juga merupakan warna yang sering digunakan untuk program-program kanser. "Saya berharap tidak ada pihak yang salah faham atau cuba mengambil kesempatan di atas kebetulan ini kerana kami hanya menjalankan tugas murni untuk membantu pesakit kanser dan berharap orang ramai turut memberi sokongan yang sepenuhnya," katanya. Peserta berjalan kaki selama 16 jam tanpa henti di trek stadium sebagai lambang usaha yang berterusan melawan kanser. Penganjur dan penyokong Bersih 2.0 mahu menjadi setiap Sabtu sebagai hari mengenakan simbol berwarna kuning bagi meneruskan kempen pembaharuan pilihan raya di Malaysia. Sejak sebulan lalu, penggunaan warna kuning dan perkataan "bersih" menjadi polemik di kalangan rakyat negara ini. |
Dapatkan Buku BERSIH A.Samad Said 'PUISI JADI SENJATA' Posted: 16 Jul 2011 12:04 AM PDT |
Najib DIHIDANG Air Minuman KUNING Di London Posted: 15 Jul 2011 09:13 PM PDT Air minuman berwarna kuning turut menjadi hidangan pada majlis makan malam Perdana Menteri bersama warga Malaysia di London. Menurut tweet seorang rakyat Malaysia @Najmi Naim yang tinggal di Newcastle, UK. "Hadiri jamuan PM bersama rakyat dekat London. PM jemput makan kita makan, tapi lawan tetap lawan." Kredit :rockybru |
Van TERJUNAM Ke Dalam Tasik Kerana GPS Posted: 15 Jul 2011 08:56 PM PDT Petra Lang, 27, menjelaskan kepada penyelamat bahawa dia telah menaip ke dalam GPS kenderaannya untuk ke sebuah tasik - tetapi alat GPS itu 'benar-benar' membawanya ke tasik. Menurut seorang anggota kecemasan, Lang cuba mencari jalan pintas untuk sampai ke destinasi. Walau bagaimanapun, selepas di melalui sebuah jalan yang bersemak, dia akhirnya terus terjunam ke dalam tasik. "Beliau telah berkeras menyalahkan sistem navigasinya," kata seorang penyelamat. Lang berjaya menyelamatkan diri sebelum anggota penyelamat tiba untuk mengeluarkan van miliknya yang terjunam ke dalam tasik, dan berkemungkinan ia boleh mencemarkan sebuah tasik renang berhampiran bandar Bad Aussee di barat Austria. |
You are subscribed to email updates from Pulakdah! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan