Suhaizan Kayat |
BERSIH Bukan Suatu Pertubuhan Tapi Sejenis Kempen Posted: 06 Jul 2011 03:03 AM PDT Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Pusat Rabu 6hb Julai 2011 BERSIH bukan suatu pertubuhan Saya sangat tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussin yang telah menuduh BERSIH adalah sebuah pertubuhan haram. Atas tuduhan ini maka pihak polis telah menangkap lebih daripada 100 orang, melarang ceramah-ceramah, mengeledah rumah suspek, membuat sekatan jalan raya, melarang memakai baju BERSIH dan lain-lain lagi. Saya berpendapat BERSIH bukan sejenis pertubuhan tetapi adalah sejenis kempen. Dalam Akta Pertubuhan di bawah seksyen 2 akta ini menyatakan bahawa sesuatu pertubuhan ditakrif sebagai termasuk mana-mana kelab, syarikat, perkongsian atau persatuan dengan tujuh (7) atau lebih orang tidak kira apa jua jenis atau tujuannya, sama ada sementara atau kekal. Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka kempen pula bermaksud segala usaha (kegiatan dan tindakan) yang dirancangkan dan dilaksanakan dengan menggunakan penerangan(rayuan dll) untuk mempengaruhi pendapat umum atau mendapatkan sokongan umum terhadap sesuatu(matlamat dll) BERSIH adalah sejenis kempen untuk menjayakan suatu pilihanraya yang adil dan bersih. Kempen ini disingkatkan sebagai BERSIH. Bagi menjayakan kempen ini maka ditubuhkan jawatankuasa yang dianggotai oleh 63 NGO yang diketuai oleh Datuk Ambiga . Jawatankuasa kempen ini bergerak keseluruh negara untuk mendapatkan sokongan bagi mengadakan Himpunan Bersih pada 9hb Julai 2011. Kempen BERSIH adalah seperti Kempen Tak Nak Rokok dan Kempen Kami Benci Dadah. Kempen-kempen ini dianggotai oleh agensi-agensi kerajaan dan NGO seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Penerangan, Kementerian Luar Bandar, Pemadam, Pengasih dan lain-lain lagi. Kempen ini tidak memerlukan pendaftaran dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan yang diwujudkan pada tahun 1966 untuk menguatkuasakan Akta Pertubuhan 1966. Kempen ini adalah sejenis aktiviti agensi kerajaan dan NGO sahaja. Oleh itu Kempen Bersih adalah aktiviti 63 NGO terbabit. Saya berpendapat adalah wajar Menteri Dalam Negeri menarik balik tuduhan BERSIH sebagai pertubuhan haram. Menteri Dalam Negeri sebenarnya gagal membezakan antara pertubuhan dan kempen. Oleh itu tuduhan-tuduhan di bawah seksyen 47 dan 50(3), Akta Pertubuhan 1966 yang melibatkan kesalahan menyebarkan bahan-bahan berkaitan dengan pertubuhan haram hendaklah digugurkan dengan segera. Suhaizan Bin Kaiat Ketua Pemuda PAS Negeri Johor. Pengerusi Pemulihan Demokrasi Dan Mobilisasi Rakyat, Pemuda PAS Pusat. |
You are subscribed to email updates from Suhaizan Kayat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan