DUNIACACAMARBA |
- [Wajib Baca] Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB Kecam Tindakan Regim BN Bertindak Melampau terhadap BERSIH!
- Ketagih Makan Ubat Nyamuk
- [Video] Najib Serah kepada Polis Beri Permit, Anwar Tegaskan Bersih Tidak Perlu Pohon Permit, PERKASA Tidak Diperkenan Menghadap Agong?
- Provokasi Melampau: "Bersurailah Kalau Tidak Kami Tembak" - GILA!
- Sudah-sudahlah Sandiwara Itu!
- Isteri Cuba Seludup Suami Keluar dari Penjara
- BERSIH Mahu Berhimpun di Stadium Merdeka?
- Kajian: Panjang Jari Ada Kaitan dengan Panjang Kemaluan Lelaki
- Juru Blog Milo Suam antara yang Ditahan kerana Baju BERSIH?
- [PANAS] Apa Kejadahnya Sekat Jalan Raya ke Kuala Lumpur?
- "Haruan" Menangis Ketika Prosiding Kes Ratah Anaknya
- Atlet Mengaku Perkosa Budak Bawah Umur, Dikenakan Hukuman Terlalu Ringan
- Berita Susulan Gadis Dirogol, Dikerat dan Dibakar
- Artis Rap 90-an Dicekup Khalwat
Posted: 06 Jul 2011 07:30 AM PDT
NOTA TAKLIMAT AKHBAR OHCHR – Malaysia Jurucakap Pesuruhjaya Tinggi PBB Hak Asasi Manusia: Rupert Colville Lokasi: Geneva 5 Julai 2011 Malaysia OHCHR baru-baru ini telah menerima laporan-laporan satu tindakan keras oleh pihak berkuasa Malaysia, termasuk gangguan, ugutan, penangkapan dan ancaman-ancaman, mensasarkan ahli-ahli Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) dalam menuju satu demonstrasi aman yang dijadual pada Sabtu, 9 Julai. Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, sekurang-kurangnya 150 orang telah disaman, ditahan atau didakwa, termasuk sejumlah Ahli Parlimen pembangkang. Pihak berkuasa turut dilaporkan menahan aktivis-aktivis hanya kerana memiliki kemeja-t kuning dan risalah kempen BERSIH. Kami sangat bimbang tentang pelbagai langkah-langkah yang diambil oleh pihak berkuasa menyekat kebebasan bersuara di Malaysia, termasuk tahanan pencegahan, dan keputusan kerajaan mengisytiharkan Bersih sebagai sebuah organisasi yang menyalahi undang-undang. Kami meminta pihak berkuasa membebaskan semua tahanan yang mempraktikkan kebebasan bersuara dengan cara aman. Kami juga menggesa kerajaan mengambil langkah-langkah untuk memansuhkan undang-undang pencegahan, termasuk Emergency (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) Ordinance 1969, seperti yang telah diminta oleh Working Group pada Arbitrary Detention. Untuk maklumat lanjut atau temu bual, sila hubungi jurucakap Rupert Colville (+41 22 917 9767 atau rcolville@ohchr.org ) atau pegawai-pegawai akhbar: Ravina Shamdasani (+ 41 22 917 9310 atau rshamdasani@ohchr.org ) atau Xabier Celaya (+ 41 22 917 9383 atau xcelaya@ohchr.org ) - Terjemahan Manjung Mari dengan sedikit pengubahsuaian. P/s: Tahniah Regim BN! | ||
Posted: 06 Jul 2011 07:00 AM PDT Kompas.com melaporkan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun bernama Abdillah Syarif gemar memakan ubat nyamuk. Selera aneh ini sudah tentulah berbeza daripada selera kanak-kanak lain yang gemar akan makanan manis seperti kek dan coklat. Dalam sehari, Abdillah yang berasal dari Polewali Mandar, Sulawesi Barat, mampu menghabiskan sebungkus ubat nyamuk. Ibu bapa Abdillah atau Adit sudah berusaha untuk menghentikan tabiat buruk anaknya itu tetapi bukan saja tidak berhasil, malah, ketagihannya kepada ubat nyamuk semakin bertambah. Tabiat aneh Adit menyebabkan anak keempat pasangan Syarifuddin dan Nurlina itu menjadi terkenal di desanya di Sabang Subik, Kecamatan Balanipa. Adit mula gemar memakan ubat nyamuk ketika berusia lapan bulan. Pada mulanya, Adit yang belum pandai berjalan ketika itu, mendekati ubat nyamuk dan tiba-tiba memakannya. Hingga kini, dia jadi ketagih dan tiada sehari pun dilalui tanpa memakan ubat nyamuk. Dia juga melakukan tabiat itu secara diam-diam kerana takut dimarahi ibu bapanya. "Enak dan manis," katanya ketika ditanya sebab dia gemar memakan ubat nyamuk. Usaha orang tuanya untuk menghentikan tabiat pelik anak mereka tidak berhasil. Walaupun sudah menyorokkannya di tempat lain, Adit akan mendapatkan ubat nyamuk dari rumah jiran mereka. "Biasanya kalau tidak menemukan ubat nyamuk di rumah, dia akan mencurinya di rumah jiran," kata Syarifuddin. Nurlina pula mengatakan tabiat Adit itu mungkin bawaan daripadanya. "Dulu ketika hamilkan Adit, saya memang gemar mencium asap ubat nyamuk dan mungkin ia menurun kepada anak saya," katanya. Menurut doktor pakar pediatrik di Dinas Kesehatan Polewali Mandar, Sih Harjo Boko, Adit menghidap penyakit pica, iaitu kelainan keadaan pola makanan pada kanak-kanak. Penyakit itu disebabkan kekurangan zat besi dalam diri kanak-kanak dan boleh pulih, bergantung pada keprihatinan ibu bapa menjaga anak mereka. | ||
Posted: 06 Jul 2011 05:18 AM PDT Berat benar Regim BN mahu membenarkan BERSIH mengadakan perhimpunan aman di stadium. Walaupun perhimpunan ini mendapat perkenan DYMM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, namun pelbagai alasan diberikan untuk menggagalkan perhimpunan aman Sabtu (9/7). DCM olah beberapa berita berkaitan dengan perkembangan terkini BERSIH. Najib yang sebelum ini memberitahu umum bahawa BERSIH boleh mengadakan perhimpunan di stadium kini sudah berdolak-dalik. Kata Najib BERSIH 2.0, masih dianggap sebagai pertubuhan haram, NGO yang menganjurkan perhimpunan ini perlu membuat permohonan rasmi kepada polis meskipun penganjur sudah memutuskan tidak akan mengadakan perhimpunan jalanan sebaliknya menerima tawaran perdana menteri berhimpun di stadium, lapor TMI. Sehubungan itu, Najib menjelaskan bahawa tawarannya untuk berunding mengenai satu lokasi yang sesuai dibuat bagi pihak pentadbirannya, bukannya atas kapasiti peribadi beliau. "Kami akan serahkan kepada pihak berkuasa. Polis akan membuat keputusan atas kepentingan keselamatan. Satu permohonan rasmi belum dibuat. "Saya tidak pernah berkata saya akan bertemu mereka secara peribadi. Sesiapa dalam kerajaan boleh berunding," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini. Sementara itu, TMI juga melaporkan bahawa Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga berkata pihaknya merancang untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka. Kata beliau, stadium itu dipilih memandangkan stadium itu banyak mempunyai kemudahan pengangkutan awam dan merupakan kawasan strategik untuk pertemuan orang ramai selain memudahkan polis mengawal keadaan. "Kami juga mohon polis, DBKL atau mana-mana pihak lain tidak memberikan apa-apa halangan kepada semua rakyat yang menghadiri perhimpunan di stadium pada pukul 2 hingga 4 petang nanti. "Kami bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi memastikan perhimpunan ini berjalan dengan aman dan lancar," katanya. Keputusan memilih stadium berkenaan dilakukan selepas satu mesyuarat diadakan malam tadi yang turut mengambil kira kapasiti yang boleh memuatkan kira-kira 50,000 orang pada satu masa. Namun, malangnya pihak pengurusan Stadium Merdeka enggan membenarkan perhimpunan tersebut diadakan di stadium tersebut. Perkara itu disampaikan melalui sepucuk surat kepada Maria Chin Abdullah. Surat ringkas itu menyatakan sebab pihak mereka menolak permohonan BERSIH. Manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata tiada keperluan untuk jawatankuasa penganjuran BERSIH untuk memohon permit polis berhubung dengan perhimpunan 9 Julai ini kerana sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan persetujuan Perdana Menteri. Anwar berkata, kira-kira 300,000 rakyat dari seluruh negara diseru untuk menyertai perhimpunan itu lapor BH. Dalam video di bawah Anwar menegaskan "Maklumat akhir, perdana menteri dan Kementerian Dalam Negeri sengaja memberikan pelbagai alasan untuk tidak membenarkan stadium digunakan. "Saya difahamkan BERSIH masih lagi merujuk kepada Najib supaya (beliau) mematuhi janji (dan) jaminan beliau untuk menyediakan stadium supaya BERSIH dapat menganjurkan majlis dengan teratur dan aman sepertimana semangat (ketika mengadap) dengan Yang di-Pertuan Agong. "(Sebab itu) Kita menyokong tindakan keputusan BERSIH untuk meneruskan perhimpunan itu di Stadium Merdeka," kata Anwar yang juga ketua umum PKR. Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat di Menara G di ibu negara petang ini. Anwar mendakwa Hishammuddin seolah-olah menganggap BERSIH sebagai pertubuhan haram walaupun selepas bertemu dengan Seri Paduka. "Maknanya Yang di-Pertuan Agong memanggil pertubuhan haram, kemudian semangat rundingan diketepikan begitu sahaja," katanya seperti yang dilaporkan oleh Malaysia Kini. Sementara itu, PERKASA yang dikhabarkan tidak mendapat perkenan Agong untuk menghadap masih terpekik terlolong meminta BERSIH dibatalkan walaupun perhimpunan kali ini akan diadakan di stadium. Malaysia Digest mendakwa sumber mereka memberitahu bahawa Agong enggan bertemu dengan PERKASA. Jika benar apa yang didakwa, maruah PERKASA yang kononnya membela Melayu sudah tentu tercalar dan tercabar.
Jika dahulu PERKASA dan Pemuda UMCO menjadikan demonstrasi jalanan sebagai punca menentang BERSIH, kali ini apa pula alasan mereka? BERSIH berhimpun memohon SPR membersihkan daftar pengundi dan menjalankan pilihan raya yang bersih dan telus, namun PERKASA mahu menghalangnya! | ||
Provokasi Melampau: "Bersurailah Kalau Tidak Kami Tembak" - GILA! Posted: 06 Jul 2011 04:04 AM PDT Malaysia Kini melaporkan pihak berkuasa memperhebatkan tekanan terhadap kumpulan yang bercadang menyertai perhimpunan atau demonstrasi dengan mempamerkan layanan yang bakal menanti mereka jika menyertai perhimpunan 'haram' 9 Julai ini. Antara yang paling menonjol semasa demonstrasi Ketenteraman Awam sempena Eksesais Bersatu Aman 2/2011 antara Angkatan Tentera Malaysia dengan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Kem Sungai Besi di Kuala Lumpur termasuklah sehelai kain rentang yang memberikan amaran kepada orang ramai supaya bersurai jika tidak mahu ditembak. "Bersurailah kamu kalau tidak kami tembak" - tertera di kain rentang itu yang turut memuatkan maksud yang sama dalam tulisan Jawi, Cina dan Tamil. Latihan itu melibatkan kekuatan 120 anggota Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan 120 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta lintas hormat pesawat dari Pasukan Unit Tentera Darat (PUTD) dan Unit Udara PDRM. Latihan itu kononnya bertujuan membuktikan kecekapan polis dan tentera menangani sebarang kemungkinan termasuk mengendalikan perhimpunan haram disiarkan di akhbar arus perdana, termasuk Utusan Malaysia. P/s: Gila! | ||
Posted: 06 Jul 2011 03:53 AM PDT
P/s: Aduhai, 1Malaysia tidak percaya! | ||
Isteri Cuba Seludup Suami Keluar dari Penjara Posted: 06 Jul 2011 02:00 AM PDT Berita Agensi melaporkan seorang wanita ditangkap kerana cuba menyeludup suaminya keluar dari penjara dengan menggunakan sebuah beg pakaian. Wanita itu ditahan ketika hendak meninggalkan penjara selepas melakukan lawatan untuk mengadakan hubungan seks dengan suaminya. Pengawal mengesyaki sesuatu apabila melihat Maria del Mar Arjona, 19, cuba meninggalkan penjara di Mexico dengan sebuah beg besar. Apabila memeriksa beg berkenaan, mereka menemui Juan Ramirez Tijerina merengkok di dalamnya. Ramirez menjalani hukuman penjara 20 tahun selepas didapati bersalah memiliki senjata secara haram pada 2007. Maria ditangkap dan menanti perbicaraan. P/s: Macam-macam! | ||
BERSIH Mahu Berhimpun di Stadium Merdeka? Posted: 05 Jul 2011 11:21 PM PDT Saya petik: [HD] KUALA LUMPUR, 6 Julai: Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) bercadang untuk mengadakan Himpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini di Stadium Merdeka. P/s: Mengapa mereka memilih Stadium Merdeka? Kapasiti stadium ini kecil. Adakah Ambiga dan BERSIH tidak yakin dengan jumlah kehadiran rakyat? Lebih baik pilih stadium di Selangor! | ||
Kajian: Panjang Jari Ada Kaitan dengan Panjang Kemaluan Lelaki Posted: 05 Jul 2011 09:45 PM PDT Selalu juga kita mendengar pelbagai teori tentang hal ini. Namun perihal panjang jari dikaitkan dengan panjang kemaluan lelaki ini telah dikaji oleh sekumpulan ahli urologi di Korea Selatan dan diterbitkan dalam Asian Journal of Andrology. Penemuan mereka ialah lelaki yang mempunyai jari telunjuk yang lebih pendek daripada jari manis berkemungkinan besar mempunyai zakar yang lebih panjang. Pembaca DCM, anda percaya? Sila buat penelitian sendiri. "Menurut data kami...lelaki yang memiliki jari telunjuk (jari kedua) lebih pendek daripada jari manis (jari keempat), maka dia berkemungkinan memiliki ketegangan zakar yang lebih panjang," tulis Tae Beom Kim dari Jabatan Urologi Hospital Universiti Gachon di Incheon, Korea Selatan semasa menjawab pertanyaan daripada Reuters. P/s: Masing-masing mengukur panjang jari? Kah kah kah! Sekadar maklumat tuan! Saiz bukan penentu "kejayaan"! | ||
Juru Blog Milo Suam antara yang Ditahan kerana Baju BERSIH? Posted: 05 Jul 2011 08:30 PM PDT Saya petik:
P/s: Kegilaan terhadap KUNING terus berleluasa walapun Agong sudah beri lampu hijau! Kemas Kini: Respons tuan badan di sini. | ||
[PANAS] Apa Kejadahnya Sekat Jalan Raya ke Kuala Lumpur? Posted: 05 Jul 2011 07:41 PM PDT Saya petik:
P/s: Pelik! DYMM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong tidak menghalang BERSIH. BERSIH pula menerima cadangan untuk mengadakan perhimpunan aman di stadium. Najib pula memberitahu umum bahawa kerajaannya bersedia memberikan ruang kepada BERSIH untuk berhimpun di stadium, apa kejadahnya polis membuat sekatan di jalan tertentu menuju ke KL? Banyak orang percaya sekatan itu untuk melumpuhkan BERSIH. Siapa yang memberikan arahan kepada polis untuk membuat sekatan jalan raya? Adakah PM kita bermain wayang? | ||
"Haruan" Menangis Ketika Prosiding Kes Ratah Anaknya Posted: 05 Jul 2011 07:30 PM PDT Saya petik: [HM] SHAH ALAM: "Sepatutnya kamu menjaga anak dan bukan merosakkannya," kata Hakim Mahkamah Sesyen, Latifah Mohd Tahar ketika menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan 10 sebatan terhadap pengawal keselamatan yang mengaku salah merogol anak keenamnya berusia 13 tahun di Kuala Kubu Baru, dekat sini, bulan lalu.
| ||
Atlet Mengaku Perkosa Budak Bawah Umur, Dikenakan Hukuman Terlalu Ringan Posted: 05 Jul 2011 06:45 PM PDT Saya petik: [HM] MELAKA: Bekas jaguh boling Kejohanan Remaja Kebangsaan ke-30 dan atlet Sukan Malaysia negeri terlepas daripada hukuman penjara apabila dilepaskan dengan bon jaminan berkelakuan baik selama lima tahun bernilai RM25,000 tanpa cagaran oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas kesalahan merogol seorang gadis bawah umur tahun lalu. P/s: Hukuman yang dikenakan kepada bekas atlet ini terlalu ringan. Apa kejadahnya? Pesalah lain dikenakan hukuman antara 5-20 tahun, mengapa atlet ini hanya diberi bon jaminan berkelakuan baik? | ||
Berita Susulan Gadis Dirogol, Dikerat dan Dibakar Posted: 05 Jul 2011 05:45 PM PDT Saya petik:
Berita awal di sini. Berkaitan: Keluarga kesal sikap sambil lewa teman lelaki [HM] JOHOR BAHRU: Sikap sambil lewa teman lelaki Nurrahayu Qomarodin, 16, disifatkan tidak bertanggungjawab menyebabkan mangsa bukan saja dipercayai dirogol, malah dibunuh sebelum dikerat dan dibakar. P/s: Memang lahanat punya lelaki! | ||
Artis Rap 90-an Dicekup Khalwat Posted: 05 Jul 2011 04:57 PM PDT Saya petik:
|
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan