SharpShooter |
- umporno edar risalah lucah ke Masjid, Surau dan sekolah?
- DAP perlu hormati PAS
- BERSIH 2.0 -Hishamuddin disaman
umporno edar risalah lucah ke Masjid, Surau dan sekolah? Posted: 16 Jul 2011 03:02 AM PDT PAS kawasan Lenggong semalam membuat satu laporan polis berhubung penyebaran risalah berunsur lucah oleh pihak tidak bertanggungjawab di beberapa buah sekolah, surau, masjid dan tempat-tempat awam di sini. Laporan itu dibuat di balai polis Lenggong diketuai Timbalan Pesuruhjaya III PAS Perak, merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Lenggong, Razman Zakaria bersama 50 masyarakat (gambar) kampung di sini. Razman berkata, risalah mengandungi gambar lelaki dan wanita dalam keadaan berbogel itu ditemui orang ramai di Masjid Gua Badak, Masjid Kampung Kuak, Sekolah Azalan Shah, Pasar Pekan Lenggong, kedai makan kampung Sumpitan dan kampung Tanpan Air. "Setelah mendapati isi kandungan risalah lucah tersebut dengan jelas, saya bergegas ke balai polis bersama-sama masyarakat Melayu, Cina, India di daerah Lenggong untuk membuat laporan polis mengenai kejadian itu. "Kami juga membuat aduan kepada Pejabat Agama Islam Islam Lenggong, bagaimanapun kakitangan pejabat yang ditemui menjelaskan bahawa, perkara itu diluar bidang kuasa mereka," katanya lagi. Difahamkan risalah tersebut ada kaitan dengan video seks yang disebar di internet yang didedahkan oleh trio Umno yang mengaitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya lagi, tindakan itu menimbulkan kemarahan masyarakat di sini kerana telah mencemar tempat-tempat penting institusi masyarakat Masyarakat di daerah itu. "Persoalannya sekarang, mengapakah gerombolan-gerombolan yang mengedarkan risalah ini mahu menjatuhkan maruah tertuduh, sedangkan gerombolan-gerombolan ini telah menjatuhkan maruah, akhlak, moral mereka sendiri daerah Lenggong pada ketika ini." Selaku Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Lenggong, Razman berkata, Pakatan Rakyat mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan hina tersebut yang kini dilihat sangat terdesak sehingga terpaksa menggunakan politik lucah. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone |
Posted: 15 Jul 2011 07:41 PM PDT Tindakan kerajaan Kedah di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengeluarkan arahan bertulis mengarahkan semua pusat hiburan di negeri itu menghentikan operasinya pada Ramadan ini adalah satu tindakan yang betul. Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menyokong penuh tindakan tersebut kerana ia menguatkuasakan undang-undang yang telah sedia ada iaitu Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang perlu dihormati oleh setiap rakyat tanpa mengira kaum. "Tindakan Datuk Seri Azizan adalah satu tindakan yang betul kerana ia berdasarkan undang-undang. Oleh itu, Isma menyokong tindakan beliau dan tidak timbul isu ia perlu dirunding semula," kata presidennya, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman dalam satu kenyataan. Katanya, sebagai menghormati bulan Ramadan yang mulia, pihak pengusaha pusat hiburan perlu mematuhi arahan tersebut walaupun sepatutnya aktiviti maksiat diharamkan bukan sahaja pada bulan Ramadan semata-mata. Sharpshooter - Mengapa DAP sering menggunakan media untuk menghentam PAS atau Keadilan? Ini bukan kali pertama DAP bertindak demikian malah itulah sikap sesetengah pimpinan DAP yang sering gunakan media dan bukannya saluran dalaman yang sepatutnya mereka gunakan. Jika pimpinan PAS atau Keadilan gunakan media menghentam DAP atau rakan Pakatan Rakyat, akan dikenakan tindakan tetapi jika pimpinan DAP hentam PAS atau Keadilan seolah-olah ianya diharuskan. Di manakah keadilannya? Adakah pimpinan DAP di Pulau Pinang buat keputusan semuanya berunding dengan Keadilan dan PAS? Jawapannya ada yang tidak, contohnya perlantikan YDP MPSP dan MPPP, langsung ianya tidak pernah dibincangkan bersama Keadilan dan PAS. Tidak perlulah didedahkan semuanya tetapi apa yang perlu adalah mesyuarat Pakatan Rakyat di peringkat negeri wajib diadakan segera demi untuk kebaikan Pakatan Rakyat. |
BERSIH 2.0 -Hishamuddin disaman Posted: 15 Jul 2011 05:57 PM PDT Seorang ahli PAS memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan tiga yang lain memohon deklarasi bahawa tangkapan ke atasnya pada 24 Jun lalu didakwa "tidak sah." Musafri Abdullah Azmi, 27, berkata penahanan yang dibuat kira-kira pukul 11.20 malam di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan, Padang Jawa di Klang adalah tidak sah selain tidak dimaklumkan alasan dia ditahan. Dalam writ saman yang difailkan melalui Tetuan Abang & Associates hari ini, Musafri menuntut mahkamah membuat satu deklarasi berhubung tangkapannya itu. Dia memohon agar mahkamah membuat satu deklarasi bahawa tangkapan yang dibuat pada 24 Jun lalu tidak sah dan mahu deklarasi bahawa rampasan berupa lapan helai kemeja-T berwarna kuning bertulis "Bersih 2.0 Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil" adalah tidak sah dan mahu ia dikembalikan semula. Selain itu, Musafri juga mahu mahkamah membuat satu deklarasi bahawa polis menyalahgunakan kuasa, menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk, kos dan lain-lain perintah yang difikirkan adil. Selain Hishammuddin, Musafri menamakan pegawai penangkap, pegawai yang mengambil keterangan Inspektor Misbahudin Hamdan dan Ketua Polis Shah Alam ACP Zahedi Ayob sebagai defendan. Tindakan hari ini merupakan yang pertama dalam siri saman yang bakal difailkan ekoran perhimpunan Bersih 2.0 dan Musafri adalah individu pertama yang ditahan di Selangor. Sementara itu Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Selangor Zainal Said berkata, tindakan yang diambil polis ke atas Musafri adalah tidak sah dari sudut undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan. "Tangkapan yang dilakukan polis ini adalah tidak sah, dalam undang-undang setiap rakyat ada hak ke atas hartanya dan polis tiada hak untuk merampasnya. "Ini bukan soal warna kuning atau warna apa, apa yang dilakukan polis ini bertentangan dengan undang-undang dan Perlembagaan," katanya pada sidang media selepas memfailkan saman pemula. Jelas beliau, pihaknya mahu agar saman pemula yang dibuat itu akan menjadi panduan kepada mana-mana individu yang turut ditahan atas perkara sama. "Ini hanya permulaan dan saya harap mana-mana yang ditahan atas perkara sama juga boleh maklumkan kepada kami," katanya. Musafri tidak hadir di mahkamah kerana ada urusan lain. Berkuat kuasa 1 Julai lalu, Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram. Selain itu, Hishammuddin juga mengumumkan kemeja-T Bersih 2.0 yang dijual dan dipakai adalah bahan haram dan menyalahi undang-undang-undang negara. Ekoran daripada pengumuman Hishammuddin itu, lebih 200 aktivis Bersih 2.0 dan pemimpin politik Pakatan Rakyat telah ditahan sebelum 9 Julai lalu. Sabtu lalu, lebih 1,600 orang ditahan kerana menyertai perhimpunan Bersih 2.0. Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya. Sharpshooter - sudah sampai masanya rakyat bukan sahaja berani turun ke jalanraya tetapi dalam masa yang sama turut berani saman pak menteri. Syabas kepada Musafri, semoga yang lain akan ikut jejak Musafri... Ayuh kita kuningkan hari ini Sabtu dengan memakai baju kuning..Ratu Elizebert pun pakai baju kuning..kini gelombang kuning menghantui Najimah.. |
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan