SharpShooter |
- Ceramah Agama Menjelang RAMADHAN oleh 5 "EX.."
- Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tentang cicak tokek
- Mat Sabu.."Najib bohong..perdana menteri bohong.. "
- Mat Sabu berkerusi roda ceramah di Seberang Jaya
- Amk P.Pinang desak Berita Harian mohon maaf atas penipuan gambar BERSIH
Ceramah Agama Menjelang RAMADHAN oleh 5 "EX.." Posted: 11 Jul 2011 11:19 PM PDT Penceramah :- 1) Sham KAMIKAZE ex Artis, gitaris, pengkritik 2) Dr Mujahid Rawa ex Pensyarah USM, 3) Ust Noor Azman Mohd ex Imam Masjid Ampangan, 3) YB Taufek ex Eng. Samsung 4) CheGuBard ex Pendidik Pada 17.07.2011 di Dataran Senawang, TAIPAN (depan Maybank) Penampilan istimewa : Azhan ex Juara Akademi Nasyid & Norazizi SAMM ex As SHAMS Pertanyaan : 0123696474 (Azizi) Tolong SEBARKAN Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone |
Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tentang cicak tokek Posted: 11 Jul 2011 09:27 PM PDT PETALING JAYA: Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang buat kali ke-95 pada 16 hingga 18 Jun lalu memutuskan hukum memakan dan berubat dengan menggunakan cicak tokek adalah haram. Dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman web e-fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Fatwa Kebangsaan berpandangan bahawa para ahli fekah telah mengklasifikasikan cicak tokek sebagai binatang yang haram dimakan kerana ia tergolong dalam kategori yang menjijikkan serta mempunyai racun. "Justeru, masyarakat Malaysia diseru tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan. "Sehingga kini, tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan penggunaan cicak tokek mampu menjadi penawar kepada penyakit-penyakit tertentu," menurut kenyataan yang dikeluarkan itu. Sebelum ini laporan akhbar pernah menyebut permintaan cicak tokek amat tinggi dan didakwa dijual pada harga ratusan ribu bagi seekor cicak jika ia dijual. Ada juga dakwaan yang menyebut cicak ini mampu mengubati penyakit HIV bagaimanapun sehingga kini tiada kajian yang dapat mengesahkan kesahihannya. "Justeru, Jawatankuasa Muzarakah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum memakan cicak tokek adalah haram di sisi Islam. "Manakala untuk tujuan perubatan penggunaan cicak tokek adalah diharuskan dengan syarat keberkesanannya dapat dibuktikan sekiranya tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit berkenaan," katanya. Mei lalu, media melaporkan seorang ahli perniagaann Nazaruddin Saidin diculik berpunca daripada keinginannya bertemu dengan penjual cicak tokek, yang hanya dikenali sebagai Ghafar , di selatan Filipina. Nazarudin, 38, bapa kepada enam orang cahaya mata ini dilaporkan diculik sekumpulan 10 lelaki bersenjata ketika berada di selatan Filipina ketika dia sedang menguruskan pembelian cicak tokek di negara tersebut. Sehingga kini pihak berkuasa masih belum dapat menemuinya. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone |
Mat Sabu.."Najib bohong..perdana menteri bohong.. " Posted: 11 Jul 2011 08:06 AM PDT Laungan oleh Mat Sabu.."Najib Bohong..Perdana Menteri Bohong" bergema di Seberang Jaya malam ini. "Kamu boleh melukakan lututku..tetapi kamu tidak boleh melukakan otakku.." kata Mat Sabu Mat Sabu menyeru kepada polis agar menjaga keselamatan rakyat bukan menjaga keselamatan umno. Mat Sabu mengingatkan peringatan Ustaz Hadi bahawa 9 Julai 2011 adalah satu permulaan..kita akan ajak rakyat turun ke jalan raya jika kerajaan dan SPR terus pekak dan tidak mahu penuhi 8 tuntutan BERSIH. Mat Sabu cerita beliau mahu ke masjid tiba-tiba polis yang langgar beliau. Begitu kejam polis apco sanggup langgar pemimpin rakyat sendiri. Bil air di rumah perdana menteri rm30 ribu sebulan.. "ini bukan orang yang mandi tetapi badak yang mandi.." "Malaysia dah gila..baju kuning kena tangkap..kalau berak tahi kuning pun mungkin kena tangkap.." sindir Mat Sabu. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone |
Mat Sabu berkerusi roda ceramah di Seberang Jaya Posted: 11 Jul 2011 07:24 AM PDT Kalau laporan utusan meloya esok mungkin hanya 300 orang saja yang hadir malam ini di Seberang Jaya. Guan Eng berkata "bukan kita tak mahu buat perhimpunan BERSIH di Pulau Pinang tetapi kita mahu buat di tempat yang kotor..kita mahu BERSIH tempat yang kotor..." Guan Eng memulakan ucapan dengan mengajak rakyat bertafakur seminit mengenangkan kematian Allahyarham Baharudin yang menghembus nafas terakhir akibat terhidu gas pemedih mata fru polis apco.. Berita lanjut akan menyusul... Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone |
Amk P.Pinang desak Berita Harian mohon maaf atas penipuan gambar BERSIH Posted: 11 Jul 2011 04:57 AM PDT Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) hari ini mengecam sekeras-kerasnya imej yang dipaparkan oleh akhbar Berita Minggu bertarikh Ahad (10 Julai 2011) bertajuk 'KL Tegang' dengan memaparkan imej kononnya seorang lelaki mahu merusuh dengan bersenjatakan pisau. Setelah mengkaji foto tersebut dengan teliti dan membandingkannya dengan foto asal lelaki tersebut, beliau hanya memegang bendera dan bukannya pisau Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) juga meluahkan kekesalan rakyat Malaysia atas tindak tanduk akhbar perdana tersebut. Di sini hanya ada dua kemungkinan, 2) Pihak Berita Harian hanya menyiarkan olahan grafik yang dihantar kepada mereka. Namun, apa pun alasan yang diberikan, pihak editorial Berita Harian telah melakukan kesalahan yang besar dengan memfitnah perhimpunan aman tanpa senjata rakyat Malaysia semasa BERSIH 2.0 dan dalam masa yang sama menghasut & menakut-nakutkan rakyat Malaysia dengan suasana keganasan. Untuk kepastian, pihak AMKPP telah meminta pandangan pakar fotografi dan juga beberapa blogger untuk mengenalpasti keaslian foto lelaki 'berpisau' berkenaan. Setelah membuat perbandingan dengan foto asal lelaki tersebut, nyatalah imej bendera (jalur merah putih) yang asal telah sengaja 'dikaburkan' dan yang tinggal hanyalah batang bendera yang turut diedit untuk menyerupai gagang sebilah pisau. AMKPP turut mengambil kesempatan ini untuk menasihatkan Berita Harian berhenti menyiarkan artikel-artikel & imej yang menimbulkan kegelisahan rakyat Malaysia. Tentu rakyat Malaysia masih ingat dengan kartun berkenaan Tsunami di Jepun yang cukup memalukan tempoh hari, yang masih lagi menimbulkan persepsi negatif dunia pada Malaysia. Maka, dengan mengambil kira akhbar Berita Harian dengan imejnya sebagai salah satu akhbar cetak yang tertua di Malaysia dan wajar memberikan contoh kepada media-media baru, AMKPP mendesak agar pihak editorial Berita Harian supaya dengan kadar segera; 1. Menarik balik gambar & imej yang mengelirukan rakyat Malaysia tersebut 2. Memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia secara lisan & bertulis dalam laporan mereka 3. Menghentikan segera siaran sebarang foto, imej & artikel yang menimbulkan suasana tegang dan ganas di negara ini. Justeru, dengan ini AMKPP percaya pihak editorial Berita Harian dapat secara waras dan profesional melaksanakan ketiga-tiga tuntutan ini, demi menepati garis etika kewartawanan yang tulen. Berita Harian perlu menyampaikan maklumat tepat kepada rakyat, dan bukannya menjadi agen putar belit dan terus-menerus menakut-nakutkan rakyat. |
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan