Selasa, 12 Julai 2011

labun KulupSakah...

labun KulupSakah...


BERSIH2.0: Catatan mamat penakut...

Posted: 10 Jul 2011 11:38 AM PDT

aku sekeluarga masuk kota KL ketika orang muslim sedang makan pisang di masjid sebelum khutbah. hujan lebat tapi perjalanan lancar menuju hotel kelas kambing jalan chow kit. turut menuju ke arah yang sama ummu asiah dan suami, abang bad dan anas.
check in. tak puas hati kedudukan bilik yang tidak menghadap jalan, kami meminta tukar ke bilik lain. Dapat. Seorang lelaki bermisai menyapa menyatakan dia juga menginap di hotel itu. Aku mengambil sikap tidak melayan sangat orang yang tak dikenali.
Sekitar jam 3 petang kami keluar ke Pertama mencari makan tengah hari. Jalan sangat lengang tetapi di kompleks membeli-belah masih ramai. Orang masih bekerja.
Balik ke hotel, Sham dapati dompetnya tertinggal di rumah. Arghhh!!! Aku dah tak mahu keluar semula kerana malas bertembung kesesakan jalan semula waktu nak masuk KL nanti. Aku dapatkan LRT, kemudian berebut-rebut naik komuter yang penuh sesak dan naik teksi. Ambil barang dan dengan teksi yang sama aku ke stesen komuter semula. Dari dalam teksi, radio mereka menyatakan jalan di Cheras dan mana-mana nak masuk KL sesak teruk kerana road-block. Pemandu teksi merungut.
"Padan muka 91 orang tu tak boleh masuk KL. Gatal sangat nak buat demo. Buat susah je...patutke demo ni?" tanya drebar teksi tu.
Aku menggunakan kesempatan itu membelasah habis tentang kepincangan pilihanraya dan dia akhirnya mengaku.
"Betul, kawan saya budak Melaka kata dia diupah rm500 dulu mengundi di Kelantan dan balik semula ke KL mengundi lagi."
"itulah sebabnya kami berdemo" jawab aku.
Aku menaiki komuter. Punyalah jakun dah lama tak naik komuter aku termasuk koc wanita. Patutlah semua perempuan je...aku sorang je ada punai. Ceh!
Sampai stesen berikutnya aku masuk gerabak belakang. Hihiii..nasib baik aku tak dicabul.
Aku membeli makan malam untuk Sham dan keluarga Ummu Asiah. Jalan terus lengang. Ada beberapa kumpulan di sana-sini. kami pandang-memandang mungkin sukar mengagak kawan atau lawan.
Aku sudah letih sebab bersesak-sesak tadi. Lepas makan aku tidur dengan anak-anak. Sham dan keluarga Ummu Asiah ke bangunan Pas. SB penuh di tepi-tepi jalan. Laptop terus aku on untuk meninjau perkembangan di fb dan twitter.
Isham Rais sms - SB geledah hotel-hotel untuk cek nama-nama yang disyaki. waspada! Sial! Aku juga nampak di twitter, Chegubard punya status: SB cari dia tapi tersalah bilik. Chegubard tulis lain tapi masuk bilik lain. "jumpa kamu besok di Bersih" bakar Chegubard di statusnya. Budak-budak Srikandi Keadilan yang buat program di Hotel Brisdale juga khabarnya diganggu polis.
Mampus! Ummu Asiah dan kami menjadi paranoid. Psikologi terganggu walhal bukan tak biasa keadaan begini. Baju kuning menjadi beban, mahu dibuang atau disorok?
Receptionist mengaku SB telah datang meminta senarai nama penyewa sebentar tadi. Kemudian malam itu tidur kami tak lena sebab terdengar suara orang borak-borak di luar bilik.

......................................

Pagi Sabtu kami turun bersarapan. Jalan amat-amat lengang. Kami bergambar baring-baring di jalan. Abang Bad ambil kesempatan mengambil foto-foto senario ini.
"Pimpinan Pas sms suruh kita check out sebab dikhuatiri polis akan tangkap rambang di hotel-hotel." kata Ummu Asiah. Macam David Banner kami lari, check out menyusuri Jalan Raja Laut mencari ruang ke Brickfields.
Twitter rakan-rakan semacam kami tak percaya. Kata Zulhabri "2000-3000 sudah keluar di KTM. "
"Ye ke? Macam takde orang je..." Maju junction dibanjiri polis. Ketika itu berita Salahuddin Ayub dan Mahfuz ditangkap sudah keluar. Kawan-kawan yang tak datang sibuk sms dan telefon. Aku tak mau jawab. Datanglah woi! Buat hapa sms je? habislah kredit aku.
Lani, Amat, Intan,Pilin, Abang Rizal dan 2-3 orang lagi kawan dari kampung telefon mereka sudah di Taman Melewar dan akan memandu merempuh KL Sentral. Anak-anak muda dari geng Rimbabara Kajang yang tak pernah turun berdemo juga menelefon ondaway.
Kami sampai ke Brickfields. Orang punyalah ramai. KL Sentral macam sarang lebah.Polis sudah siap buat pondok di stesen minyak sementara crowd di stesen itu adalah orang-orang yang telah ditangkap. Aku melihat suasana tidak kondusif untuk Annisa dan An-Nur. Mereka menggila dan tangkap rambang. Tear gas dan water cannon boleh mencederakan anak-anak aku. Aku berundur dan hanya Sham saja merempuh KL bersama keluarga Ummu Asiah. Mereka menghantar laporan-laporan terkini untuk aku siarkan di fb dan twitter.
Aku bersama rakan-rakan akhbar Suara Keadilan- Nizam dan Fadli mengapdet berita-berita semasa. Ramai mengikutinya di fb dan twitter aku. Ada juga berita tak boleh pakai seperti Sidiqin ditangkap. Buat marah Tukartiub je kah kah!
Anwar dibedil, Hj.Hadi ditangkap, Azmin dan Khalid Jaafar kantoi, Fuziah Salleh pun sama. Izzah dan Dr.Dzul ditangkap tapi mereka blah sebab polis yang menangkap dok biaar je..
Sham dan Ummu Asiah beberapa kali ditahan polis tetapi mujur mereka dibebaskan. Orang tak putus-putus datang entah dari mana. Keretapi, LRT memuntahkan rakyat yang cintakan keadilan. Mereka dihambat, dipukul, ditembak, ditangkap - mereka berundur tetapi membentuk kumpulan lagi dan terus mara. Stadium Merdeka dipasang kawad. Gila!
Tembok kaum sudah runtuh, rakyat Malaysia tak kira apa bangsa bergabung menjadi satu kaum- kaum TERTINDAS yang bangkit melawan kum LANUN!
India Sentul dan Brickfields, Melayu Keramat dan Kerinchi, cina Petaling Street dan Jinjang sudah bersatu menyanyikan lagu rakyat. Lagu damai!
Kau orang lihatlah gambar ini di internet. Ia sejarah! Ia akan dikenang sampai bila-bila.
Aku gagal masuk ke dalam medan baru - dataran Maybank. Dataran Maybank ini sudah dilupakan kerana sewaktu era reformasi 98 di sinilah juga medan berkumpul dan hari ini tempat ini mencatat sejarah lagi.
Sham dan Ummu Asiah sampai sini. Mereka menghantar foto kepada aku. Puspa pun hantar dari sudut dia. Yap Weng Keong telefon melaporkan dari tempatnya. Melihat foto bulu roma aku meremang, dada aku bergoncang. Lautan rakyat! Lautan Rakyat! Aku dengar adik aku Najwan ditembak gas, Awang Lamun, adik tiri Sham ditangkap di KL Sentral dan Amat Tebu kawan kampungku membaca puisi demokrasi di Dayabumi dan menunjukkan punainya ke arah FRU. Tapi zip tak buka le...
Aku tak dapat masuk kerana aku menjaga Annisa dan An-Nur~ Dua puteriku yang menjadi mangsa kekejaman pemimpin rakus hari ini. Aku harap Tuhan faham...

Tiada ulasan: