Sabtu, 30 Julai 2011

shalehudin

shalehudin


Chelsea terima permohonan maaf FAM

Posted: 30 Jul 2011 11:00 AM PDT

HONG KONG: Chelsea menerima permohonan maaf daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung isu anti Yahudi terhadap pemain tengah Israel, Yossi Benayoun ketika perlawanan pra-musim di Kuala Lumpur dua minggu lalu.

Kelab bola sepak Inggeris itu membuat aduan rasmi selepas Benayoun diejek ketika perlawanan pusingan pertama jelajah Asia Chelsea di Kuala Lumpur pada 21 Julai lalu.

Sebelum ini, Chelsea tidak membangkitkan isu itu tetapi meneruskan aduan selepas mengkaji semula perlawanan.

Kelab itu berjaya bermain di Bangkok dan Hong Kong tanpa insiden dan kini gembira serta meneruskan aktiviti seperti biasa. - AFP

Polis sendiri yang mintak disaman...

Posted: 30 Jul 2011 10:18 AM PDT

Orang tua tua selalu pesan, kalau orang lain tak hina kita... jangan la kita dok hina diri kita sendiri... Macam tu jugak la ngan pasukan Polis kita, rakyat dok hormat depa sebagai penguatkuasa, tapi kelaku hodoh sesetengah dari depa jugak la yang meletakkan pasukan depa la ni tak dihormati langsung oleh rakyat jelata.

Tindakan hodoh yang menarik turun imej Polis bakal menenggelamkan terus zaman kegemilangan Polis dalam menabur bakti pada negara. Ini yang kita tak mau dan amat merisaukan ramai jelata... Demo aman bukan main korang hantam ngan sepak terajangnya, ngan gas pemedih matanya... tapi jenayah masih berleluasa mcam ngan tak dak tindakan pencegahan.

Terbaru, dua naib presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar masing-masing akan memfailkan saman terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan BN berhubung penahanan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap mereka pada 9 Julai lalu. Menurut laporan Harakahdaily, saman itu akan dikemukakan menerusi syarikat peguam Faiz Fadzil & Co dan akan dikendalikan bersama peguam Zulhazmi Sharif.

Menurut Salahuddin, tindakan itu terpaksa diambil memandangkan penahanan pihak polis terhadap mereka sempena himpunan aman BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu adalah tidak sah. Katanya, penahanan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap dia dan Mahfuz itu adalah di luar kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan untuk dimasuki oleh mereka.

Dia ngan Mahfuz ditangkap oleh pihak polis pada jam 11.50 pagi 9 Julai di sekitar KL Sentral. Kemudian ditahan di lokap polis di balai polis Jinjang dan dibebaskan pada jam 9.30 malam 9 Julai. Sepanjang berada dalam tahanan, pihak polis pun tak ambil apa-apa keterangan daripada depa dan tak bagitau pun sebab-sebab penahanan.

La ni bukan zaman mesin taip dah...

Posted: 30 Jul 2011 02:00 AM PDT

Sekarang bukan zaman mesin taip......
Oleh: tokpepijat

Setelah 2 minggu BERSIH 2.0 berlaku. Setelah berpuluh-puluh sedutan video dalam You Tube tersiar ke seluruh dunia, barulah polis dengan kerjasama media UMNO menayangkan filem BERSIH versi UMNO.

Mengapa begitu lembab polis bertindak? Itupun setelah menerima sumpah seranah rakyat akibat terlaku mengikut telunjuk UMNO.

Malangnya, filem BERSIH 2.0 versi UMNO diketawakan rakyat. Lebih-lebih lagi melihat lagak begitu bersungguh pegawai atasan Bukit Aman menjadi "penglipur lara" kepada 300 media untuk ceritakan kembali kisah 9hb. Julai.

Ini zaman IT dan teknologi. Nampaknya PDRM masih ketinggalan zaman akibat terlalu jadi "hamba UMNO".

Jika Peristiwa Memali 1985 , bolehlah polis dan media UMNO seperti Utusan dan RTM "menggoreng-goreng" rakyat. Dulu mana ada internet dan You Tube. Rakyat termakan tipu muslihat UMNO.

Barangkali PDRM masih merasakan hari ini adalah seperti hari-hari tahun 70 an dan 80 an. Iaitu pemikiran rakyat boleh dikawal dan di"basuh".

Inilah hakikatnya apabila melihat klip video arahan polis dan UMNO. Gaya penyiaran, edit dan persembahan jauh ketinggalan dari apa yang tersiar dalam You Tube.

Begitu juga fakta yang diberikan oleh polis tentang perlanggaran keatas Mat Sabu. Kesilapan fakta amat memalukan polis. Iaitu kenderaan yang melanggar Mat Sabu. Pegawai Bukit Aman cuba mengalih isu kenderaan yang melanggar Mat Sabu. Beliau menyatakan bukan Pajero yang melanggar Mat Sabu. Sedangkan dalam laporan Mat Sabu pada hari kejadian, kereta Wira polis yang melanggarnya.

Adakah Pengarah Keselamatan Bukit Aman belajar dari mantan IGP Musa yang mengubah-ubah tarikh dalam kes Anwar 1998? Biasalah...anak ikut bapa kencing berdiri!

Teringat ketika Malaysia sibuk-sibuk dengan zaman sibernya....masih ada lagi Balai Polis pakai mesin taip...mesin taip tua! "

Amboi... cepatnya Najib nafi yang ni... haha...

Posted: 30 Jul 2011 01:00 AM PDT

Najib nafi setuju projek paip gas

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam menafikan memberi persetujuan kepada sebuah syarikat tempatan melaksanakan projek paip gas trans-Asian sepanjang 8,000 kilometer yang menyalurkan bahan api itu dari Mersing, Johor ke tanah besar China.

Malah Perdana Menteri menegaskan pembinaan projek mega yang kosnya dilaporkan mencecah RM295 bilion itu tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Ekonomi (EC) yang dipengerusikannya.

"Tidak. Saya tidak tahu menahu mengenai perkara ini (projek paip gas trans-Asian)," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn di sini, semalam.

Najib mengulas mengenai dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif Panelpoint Sdn Bhd, Che Nordin Ismail kelmarin bahawa pihaknya mendapat 'mandat bertulis' daripadanya untuk meneruskan pembinaan fasa pertama projek itu di Selatan Semenanjung.

Syarikat itu yang dikatakan bekerjasama dengan syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat, Rochester Foundation dilaporkan akan membentuk konsortium bagi melaksanakan projek jaringan paip gas asli pertama di rantau ini yang menghubungkan paip gas di Mersing dengan kepulauan di utara Indonesia, Ho Chi Minh City dan Hanoi di Vietnam, Hong Kong sebelum disalurkan ke Guangzhou, China.

Ditanya mengenai khabar angin kerajaan akan menswastakan syarikat utiliti negara iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB), Najib berkata kerajaan tidak bercadang untuk berbuat demikian.- BH

Terbongkar, terkantoi mantoi... haha...

Posted: 29 Jul 2011 11:22 PM PDT

Terbongkar: Uthman melenting rahsia bocor dimajlis perjumpaan Mufti

Ulamak Uthman Al Muhammadi merasa kesal dengan dengan ketidakamanahan para ulamak yg mendedahkan beberapa fakta ketika perjumpaan mufti dan wakil majlis agama dengan Majlis Keselamatan Negara, baru baru ini.

Beliau menyifatkan perbuatan itu boleh mendedahkan rahsia dan musuh mengambil peluang. Lapur sinarharian tadi. Apabila ditanya apakah beliau menuding kepada Dr.Asri Zainal Abidin dan ulamak 40 Umno sebagai berfahaman Wahabi dalam pertemuan itu? beliau tidak mahu mengulaskan nya.

Uthman Muhammadi juga berkata "mereka sepatutnya sayangkan Negara dan jika ada musuh dalam Negara kita, musuh adalah orang Islam sendiri" malah beliau merasa kecewa kerana yg membocorkan ini adalah orang orang yg berpendidikan agama yg tinggi.

Walaubagaimana pun sebelum ini Mohd Thajudeen, setiausaha MKN menafikan yg beliau melabelkan mana mana ulamak yg berfahaman wahabi.

Haru dah ngan SPR nih...

Posted: 29 Jul 2011 10:22 PM PDT

SPR berdepan krisis kepercayaan?
Oleh Salhan K Ahmad

Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar hanya mampu mendepa tangan dan mengangkat bahu ketika ditanya mengenai masalah birokrasi dalam membersihkan daftar pemilih.

Wan Ahmad memberi reaksi sedemikian ketika mengulas mengenai amalan sedia ada yang mewajibkan waris pengundi yang meninggal dunia supaya memaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) apabila keadaan itu berlaku.

Jelasnya, JPN hanya dapat mengemaskini data berkenaan apabila mendapat laporan daripada waris berkenaan – yang membolehkan SPR mengemaskini data berhubung pengundi berkenaan.

"Tapi bawah sistem sedia ada, balai polis yang mengeluarkan permit mengkebumi jenazah tidak dirangkaikan dengan JPN.

"Kita tidak boleh hanya padamkan nama orang dalam daftar pemilih," katanya lagi yang mengundang keluhan daripada kira-kira 300 orang yang hadir di majlis forum anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) itu.

Bercakap dalam debat pusingan kedua bersama pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Wan Ahmad turut menjelaskan bahawa SPR berusaha membersihkan sehingga 7,000 nama pengundi yang meninggal dunia daripada daftar pemilih setiap bulan.

Menjawab soalan berhubung cadangan supaya pemilih didaftarkan secara automatik sebaik mencapai usia layak mengundi pula, Wan Ahmad berkata cadangan berkenaan boleh dikemukakan kepada kerajaan.

"Tetapi dalam sistem sekarang, kerajaan perlu setuju dengan pindaan itu dahulu, barulah rang undang-undang itu boleh didrafkan oleh Peguam Negara.

"Kita mungkin fikir perkara itu betul tapi ada orang yang berfikiran berlainan," katanya lagi yang menambah rakyat juga perlu diberi hak untuk memilih sama ada mereka mahu mendaftar sebagai pemilih.

Jawapan itu nyata tidak memuaskan hati beberapa orang yang hadir sehingga ada yang mencabar Wan Ahmad supaya bertindak meletak jawatan atas dasar prinsip sekiranya cadangan mereka enggan diterima oleh kerajaan.

Wan Ahmad turut dicabar sekali lagi supaya mendedahkan cadangan pindaan yang dikemukakan olehnya kepada kerajaan sebelum ini agar dapat memulihkan persepsi yang timbul terhadap badan pengurus pilihan raya itu.

Pengerusi jawatankuasa hak asasi manusia Majlis Peguam, Andrew Khoo berkata, SPR perlu tegas dalam mengemukakan pindaan itu atas dasar prinsip.

Seorang lagi yang mengemukakan soalan, bekas hakim kanan Datuk KC Vohrah berkata, Peguam Negara tidak berhak untuk menentukan perkara yang betul atau salah bagi pihak SPR.

"Saya tidak faham mengapa Peguam Negara perlu draf undang-undang anda. Sepatutnya anda pergi kepada peguam negara dan pertahankan pendirian anda," kata Vohrah lagi yang merupakan bekas penasihat kanan di Jabatan Peguam Negara.

Terdahulu, moderator forum berkenaan, Tan Sri Ramon Navaratnam turut meminta hadirin supaya mengangkat tangan sekiranya mereka melihat SPR sebagai badan yang tidak bebas.

Hampir kesemua yang hadir di majlis berkenaan mengangkat tangan apabila ditanya sedemikian.

Wan Ahmad dalam penjelasannya kemudiannya sekadar berkata, permintaan itu terlalu besar dan para hadirin sepatutnya perlu lebih munasabah.

"Anda perlu munasabah kerana kita bekerja dalam sistem. Hakim juga boleh tekankan apa saja reformasi tapi kita perlu bekerja di dalam sistem," katanya lagi dalam forum yang turut disertai peguam veteran Datuk Mohd Shafee Abdullah.M/Kini

Ahsraf yang gagal jadi Aleesha meninggal dunia

Posted: 29 Jul 2011 08:40 PM PDT

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu. - Bernama

Kena tunjuk anu dulu... kahkahkah...

Posted: 29 Jul 2011 07:33 PM PDT

Bakal Pengantin dikenakan tunjuk alat kelamin masing-masing?
Oleh Saiful Bahri

Perlu ke tindakan sedemikian. Siapa yang berhak membuat pemeriksaan? Para wali ke? Mungkin memalukan tetapi itulah jalan yang perlu diambil untuk menyiasat mereka yang bakal berkahwin benar jantina mereka. Bahkan zaman pelbagai penyakit ini, perlu juga dibuat pemeriksaan… yelah!

Mana tahu kot2 pasangan membawa penyakit berjangkit. Setengah tempat mensyaratkan pasangan bebas daripada HIV kerana dibimbangi jangkitan penyakit aids. Kalau tak pun… tersalah jantina… sama sejenis?

GOWA - Wa Ode Nurmalasari, warga daerah Gowa, Sulawesi Selatan, menyesal telah menjalani pernikahan dengan Jonathan @ Jonny kerana tanpa disadari telah hidup bersama sesama jenis selama dua tahun.

Ketika ditanya semasa ditahan pihak polis, Jonny mengatakan telah menikah tahun 2009 dan telah membina rumah tangga selama dua tahun. "Hubungan yang saya lakukannya dengan istri saya hanya sekadar menyentuh tubuh bagian atas. Saya tidak pernah berhubungan badan apalagi memakai alat bantu," ungkapnya.

Terbongkarnya identiti Jonny, ketika beliau hendak berkahwin lagi dengan seorang perempuan muda asal Gowa. Awal berkenalan melalui SMS dengan mengaku sebagai seorang pengawal keselamatan swasta.
Ayah perempuan itu, Syamsuddin mengaku, awalnya mereka mempercayai Jonny orang baik-baik dan bersetuju untuk mengahwinkan Jonny dengan putrinya. Tetapi setelah mendengar beberapa maklumat dan timbulnya kecurigaan dari beberapa keluarga terdekat lalu Syamsuddin memutuskan melakukan pemeriksaan.

"Awalnya tidak percaya, lalu ketika dia datang ke rumah dan terus memaksanya dengan memasukkannya ke dalam bilik untuk diperiksa ternyata betul dia perempuan," ucap Syamsuddin.

Isteri Jonny, Wa Ode Nurmalasari menyatakan tidak percaya atas apa yang dialaminya, ternyata beliau berkahwin sesama jenis. Pun begitu, Ia sempat curiga atas tingkah laku suaminya yang tidak pernah mau menunjukkan alat kelaminnya. "Dia merasa kurang senang kalau disentuh dadanya, tetap saya menjalani kehidupan meskipun ada rasa curiga. Dan saya masih lagi tidak percaya kalau suami saya itu ternyata seorang perempuan," ujarnya.

Ketua unit siasatan Polis Gowa, Ipda Hambali mengatakan, Jonny disabitkan kesalahan akta 266 tentang pemalsuan identiti. "Kami menahan beliau kerana melanggar pemalsuan identiti, " tegasnya.

Adakah perlu bakal suami atau isteri dibuat spot-chek alat kelamin mereka. Yelah… zaman pembedahan lelaki menjadi perempuan dan perempuan menjadi lelaki. Dengan bayaran mereka menukar alat kelamin mereka. Orang ramai tertipu dengan aksi mereka sehingga sanggup mengahwini mereka tetapi rupa-rupanya sama sejenis.

Dunia udah nak kiamat. Baru-baru ini seorang lelaki di Kuala Terengganu iaitu Mohd Ashraf Hafiz bin Abdul Aziz telah ditolak . mahkamah permohonannya untuk menukar kad pengenalannya yang mencatatkannya lelaki apabila beliau telah membuat pembedahan jantina. Kalau tengok kepada fizikalnya… dengan berjilbab, Fuhh!!! Memang perempuanlah. Sesuai sangatlah buat bini… tetapi rupanya jantan!.

Berhati-hatilah saudara. Nampak smart, jujur. Slogannya bersih, cekap, amanah. Rupanya kaki rasuah, penipu dan songlap hak rakyat!!!. penasihatnya APCO Yahudi. Macam tu nak buat pemimpin? Bawak banyak2lah mengucap.

http://ustsaifulbahri.blogspot.com

Macamana la bangsa Umno tak boleh nak paham benda mudah nihh... haha...

Posted: 29 Jul 2011 05:55 PM PDT


Macamana la bangsa Umno tak boleh nak paham benda mudah nihh... haha...

Intai intai sama Somalia tu camana...

Posted: 29 Jul 2011 03:30 PM PDT

KESEDIHAN Sainab Yusuf Mohamed tidak mampu dibendung lagi. Hatinya pilu dan luluh mengenangkan nasibnya yang kehilangan dua orang anak kesayangan dalam sekelip mata.

Namun, bagaikan sudah dijangka, naluri keibuannya selama ini sudah kuat berbisik bahawa masalah kebuluran yang melanda tanah airnya akan mengancam nyawa anak-anaknya.

"Kami tidak mempunyai bekalan makanan yang mencukupi. Tubuh anak-anak semakin kurus sehingga menampakkan rangka akibat kekurangan zat. Saya kasihan melihat keadaan mereka tetapi tidak mampu berbuat apa-apa.

"Sungguh sedih apabila dalam perjalanan merentas padang pasir yang kering-kontang bagi mendapatkan bantuan makanan, anak sulung saya meninggal dunia. Lebih perit, sebaik saja mengebumikan jenazahnya, anak kedua saya pula menghembuskan nafas terakhir," luah Sainab dalam nada bergetar.

Nasib malang Sainab turut dialami oleh Hassan Abdi. Dalam perjalanan ke kem pelarian, tangan kirinya mendukung cucunya yang kurus kering manakala tangan kanannya pula menjinjit sebuah beg kain berisi bijirin, gula dan sebotol minyak masak sumbangan agensi bantuan.

"Perut cucu saya sudah lembik kerana dia mengalami kelaparan terlampau. Saya fikir stok makanan yang diperoleh ini tidak mencukupi dan mampu bertahan untuk beberapa hari saja kerana kami perlu berkongsi dengan tujuh orang ahli keluarga lain," kata Hassan sambil menunjukkan perut cucu lelakinya yang berusia lima tahun itu.

Beginilah senario terbaharu di Somalia yang sedang berhadapan dengan krisis makanan kronik dalam tempoh dua dekad. Krisis kemanusiaan terburuk pada abad ke-21 itu telah menyebabkan separuh daripada rakyat tempatan bergelut mendapatkan bantuan makanan bagi meneruskan kehidupan.

CUACA kemarau mengakibatkan rakyat Somalia terpaksa berjalan kaki ke kem-kem pelarian untuk mendapatkan bantuan makanan.

Menagih bantuan

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan krisis kebuluran berkenaan akan merebak dalam tempoh dua bulan di Somalia sekiranya tiada bantuan dihulurkan.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Unit Analisis Keselamatan Makanan dan Nutrisi (FSNAU), seramai 3.76 juta rakyat Somalia terpaksa mengharapkan bantuan kemanusiaan dari segi makanan dan ubat-ubatan.

Oleh kerana tidak tahan lagi untuk menjalani kehidupan di tanah sendiri yang sudah kehabisan sumber makanan, majoriti rakyat Somalia sanggup merentas kawasan panas kering dan berkaki ayam di bawah terik matahari yang mencecah 50 darjah Celsius ke kem-kem pelarian yang menyediakan makanan.

Malangnya, belum pun sempat menjejakkan kaki di kem berkenaan, segelintir daripada mereka mati dalam perjalanan terutamanya kanak-kanak dan bayi. Cuaca panas dan kebuluran antara faktor utama yang meragut nyawa mereka. Sementara yang berjaya tiba di kem dalam tempoh 24 jam tampak lesu, tidak terurus dan kurus kering.

Dianggarkan secara purata setiap hari, seramai 60 bayi mati akibat kelaparan dan kekurangan makanan berkhasiat, selain kemusnahan tanaman dan haiwan ternakan.

Hari ini, Somalia yang terletak di timur Afrika merupakan salah satu negara yang berhadapan dengan ancaman kemarau dan kebuluran kronik selain di Habsyah, Djibouti, Sudan dan Kenya.

Berdasarkan statistik Program Makanan Dunia (WFP) mendapati seramai 3.5 juta orang di Kenya, 3.2 juta orang di Habsyah, 2.5 juta orang di Somalia dan lebih 100,000 orang di Dijbouti terdesak memerlukan bantuan makanan.

Menurut Ketua Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR), Antonio Guterres, krisis kemarau dan makanan di Somalia adalah antara yang paling teruk di dunia.

"Sukar diluahkan dengan kata-kata apabila menyaksikan banyak nyawa terkorban kerana musim kemarau dan panas terik. Saya tidak pernah melihat kem-kem pelarian sesak dengan orang ramai yang hadir dalam keadaan terdesak dan tidak bermaya.

"Paling menyedihkan adalah apabila melihat seorang ibu yang kehilangan tiga orang anak serentak ketika menuju ke kem pelarian," jelas Antonio Guterres mengenai satu perempat daripada 7.5 juta orang Somalia yang membanjiri kem pelarian.

RAKYAT Somalia menunggu giliran mengambil makanan yang disediakan di kem pelarian.

Masalah dalaman

Menurut Penganalisis Ekonomi dan Pensyarah Kanan Pengurusan Strategik Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Haim Hilman Abdullah, krisis kebuluran di wilayah Afrika tidak berkesudahan sekiranya masalah dalaman di negara itu tidak diselesaikan pada kadar segera.

Selagi isu rasuah, pergolakan politik dan perbalahan rakyat masih belum diatasi, maka secara tidak langsung ia menyebabkan ekonomi negara semakin merosot. Semua itu mengakibatkan Afrika kekal tersenarai sebagai negara mundur dan miskin.

"Selain kacau-bilau, kenaikan harga bahan api dan bahan mentah turut menyumbang pada krisis kebuluran di beberapa wilayah di Afrika.

"Disebabkan faktor itu, kebanyakan negara maju, badan korporat, individu dan agensi bantuan terpaksa mengehadkan perbelanjaan stok bekalan makanan yang ingin diagih-agihkan kepada rakyat Somalia.

"Kos pengangkutan dan penghantaran makanan ke negara itu juga dititikberatkan memandangkan ia melibatkan kos bahan api.

"Bagi rakyat Afrika pula, mereka mengalami kesukaran mengeluarkan sumber makanan daripada hasil pertanian kerana faktor cuaca yang panas dan kedudukan geografi," tambah Haim yang merujuk pada kawasan gurun dan tanah tandus di Afrika yang tidak sesuai dijadikan tapak pertanian.

Tambah Haim, isu kebuluran di setiap negara miskin dapat diatasi dengan baik sekiranya negara maju dan membangun seperti Eropah, Amerika Syarikat (AS), Jepun, Singapura atau negara sedang membangun seperti Malaysia bijak menguruskan sistem stok makanan dengan baik

"Pada pandangan saya, daripada stok makanan dibiarkan membazir begitu saja, lebih baik ia disalurkan pada negara-negara yang memerlukan," jelasnya lagi.

Kemarau berterusan

Cuaca panas dan kemarau berpanjangan telah menyebabkan 12 juta rakyat di beberapa wilayah itu terpaksa berjalan kaki ke kem pelarian bagi mendapatkan bantuan makanan dan ubat-ubatan.

Dalam pada itu, krisis kemarau tersebut turut mengakibatkan haiwan ternakan seperti kambing, lembu dan unta terkorban. Jika musim kemarau lima tahun lepas hanya mengorbankan antara 20 hingga 30 ekor haiwan ternakan setiap bulan tetapi kemarau tahun ini angka haiwan yang mati hampir mencecah 50 ekor.

WANITA ini hanya mampu berserah mengenangkan kesihatan badan anaknya yang semakin kurus akibat kekurangan makanan.

Kehilangan jumlah haiwan ternakan dalam jumlah yang banyak secara tidak langsung menyebabkan rakyat Somalia kehilangan sumber makanan.

Memetik ramalan saintis Pusat Geologi Amerika Syarikat (USGS), Chris Funk, menjangka musim kemarau di timur Afrika akan berterusan dalam tempoh yang sukar dipastikan. Lazimnya, bulan Mac hingga Jun merupakan musim hujan di Afrika.

"Namun sehingga ke hari ini, tidak menampakkan sebarang tanda-tanda hujan akan turun malah kadar purata hujan di Somalia mencatatkan di bawah paras paling rendah.

"Lebih memburukkan keadaan, isu pemanasan global dijangka meningkat dan faktor ini menyukarkan lagi usaha rakyat Afrika untuk menjalankan aktiviti bercucuk tanam kerana kekurangan sumber air serta tanah kering kontang," jelas Funk.

Setakat ini bagi menghulurkan bantuan makanan kepada rakyat Somalia yang kebuluran, UNHCR dan kerajaan Habsyah mengambil inisiatif menyediakan kem di Dolo Ado, Habsyah. Dianggarkan kem berkenaan menerima hampir 2,000 pelarian baharu setiap hari.

Persekitaran di Somalia bukan saja mempamerkan gelagat kanak-kanak bermain tanpa menyarungkan seluar malah turut menyaksikan penghuni kem sentiasa bersesak merebut makanan yang disumbangkan oleh pihak-pihak tertentu.

Keadaan yang sama turut berlaku di kem Dadaab, Kenya iaitu kem pelarian terbesar dunia yang kini dihuni kira-kira 382,000 orang sedangkan ia hanya mampu menampung 90,000 orang pada satu-satu masa.- Kosmo

Tiada ulasan: