Sabtu, 30 Julai 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Terima kasih pada Nik Amar.

Posted: 30 Jul 2011 06:03 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Sentimen bola sepak kat Kelantan ni tak macam negeri lain. Kat sini, padang bola penuh petang2. Kat KB la.. kat daerah lain gua tak tahu. Maybe sama cam N9. Penuh dengan lembu dan kambing. Hehe..

Dan rupa2nya ada, dan telah ada satu pendekatan kerajaan negeri Kelantan mengawal belia2 mereka melalui aktiviti bola sepak. Di tempat gua, kepalanya ialah Nik Amar. DUN Panchor melahirkan berbelas2 team bola sepak. Merebut gelaran DUN.

Kawasan tempat gua tinggal, Padang Tembak masuk final. Lu tahu final kat mana? Stadium negeri bai. Usaha yang bagus. Dan terima kasih pada Nik Amar. Dari maklumat rakan2, kalau menang, akan bertanding Piala Tok Guru. maybe main kat Stadium Wembley kot. Haha.

Tapi malangnya kalah 0-2. Pemikiran gua untuk N3 ni, bukanlah base on player. Tapi base on pemerhati politik cabuk. Insyaallah, program2 sebegini membuatkan belia2 begitu rapat pada kerajaan negeri. Harap negeri2 lain, termasuk UMNO buat lebih baik dari negeri Kelantan. Insyaallah.


Kisah lelaki 'One man show'.

Posted: 30 Jul 2011 05:31 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Gua tak tahu istilah gua betul atau tidak. Tapi gua just mengimbau kenangan dulu2. Rakan gua. Berasal dari keluarga sederhana di Felda. Dari sekolah teknik, sampai Politeknik gua bersama (tempat belajar) dia, walau tidaklah rapat sangat.

Latar belakang keluarganya, kalau nak bandingkan dengan gua, memang gua lebih 'kaya' lah. Tapi apa yang buat gua kagum ialah 'one man show'nya. Menguruskan masa depannya secara berseorangan. Keluarganya tidak mampu untuk hadir.

Semasa pendaftaran poli, dia datang berseorangan tanpa sesiapa. By bas. Sampai sehari awal. Tidur di bus stop depan poli. Menguruskan pendaftaran. Menguruskan pinjaman. Sem 1 dapat asrama. Sem 2 kena blah.

Sem 2, seminggu dua tumpang rumah sewa kawan2. Pinjaman masuk, baru bleh join. Gua offer rumah sewa gua. Join dgn member2 serumah gua lah. Tapi dia tolak sebab tak sama kelas. Lagi pun jauh. Dia nak cari rumah yang dekat sebab senang nak menapak.

Skang 11 tahun berlalu.. Kini dia seorang guru di sekolah teknik. Gua caya lu bro..


Tiada ulasan: