shalehudin |
- Penerbit filem ditahan...
- Kes bunuh jutawan kosmetik
- Pengecut dan bengong...
- Pasai apa Kit Siang tak kena tahan...
- Dah la pengecut, bengong pulak tuu...
- Time perang pun musuh tak serang hospital... haha...
- Sedap gak gurindam nih... haha...
- Jangan ubah siaran anda...
- Sah, Najib benar benar hebat... kahkahkah...
- Pilot dia mesti orang Umno... kahkahkah...
Posted: 14 Jul 2011 11:00 AM PDT Penerbit filem Raja Azmi ditahan gagal hadir mahkamah SHAH ALAM, 14 Julai — Penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman ditahan di rumahnya 12 tengah hari tadi dan dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam atas perintah waran tangkap terhadapnya kerana gagal hadir perbicaraan kes saman sivil. Ini adalah kali ketiga Raja Azmi, 52, isteri pemain badminton negara Jalani Mohd Sidek, dikenakan waran tangkap bagi kes yang sama kerana gagal hadir ke mahkamah. Laporan Berita Harian menyebit dalam prosiding hari ini, Hakim Datuk Lim Yee Lan membenarkan Raja Azmi diikat jamin RM30,000 dengan dua penjamin sebagai syarat supaya dia hadir dalam perbicaraan kes akan datang pada 22 Julai ini. Pada Ogos tahun lalu, Raja Azmi ditahan kerana kegagalannya hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberi keterangan sebagai saksi dalam kes saman sivil berhubung penjualan tanah berharga RM5.9 juta. Hakim Datuk Lim Yee Lan mengeluarkan waran tangkap terhadap penerbit filem "Dalam Botol" itu kerana kegagalannya hadir pada 12 Julai 2010 yang menyebabkan prosiding mahkamah terganggu sekali gus mengakibatkan kelewatan perbicaraan kes tersebut.- TMI |
Posted: 14 Jul 2011 09:00 AM PDT Bongkar kes di Ladang Gadong AKHTAR TAHIR (tengah dan berkopiah) bersama barisan pendakwaan dan pembelaan melawat Ladang Gadong, Banting tempat Sosilawati dan tiga yang lain dibunuh 30 Ogos tahun lalu. SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu penahanan empat lelaki termasuk tiga yang didakwa membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya di Ladang Gadong, Banting dekat sini bermula daripada siasatan satu kes pembunuhan lain di Gombak. Saksi pendakwaan ke-27, Pegawai Staf Unit Siasatan Khas (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Supritendan Dennis Leong Sung Kuai (gambar kecil) berkata, pasukannya menahan T. Thilaiyagan, 20; R. Matan, 21; R. Khatavarayan, 31, dan U. Suresh, 27, selepas mengunjungi ladang itu pada 9 September tahun lalu. Thilaiyagan, Matan dan Khatavarayan serta bekas peguam, N. Pathmanabhan, 42, merupakan tertuduh dalam kes bunuh Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shamsuddin, 44; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohamad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32. Suresh, seorang pekerja ladang telah dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan itu. Sung Kuai berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir. Ketika menjawab pemeriksaan balas oleh peguam bela, Manjeet Singh Dhillon, Sung Kuai berkata, pada peringkat awal tangkapan itu dibuat berhubung kes bunuh di Gombak. "Apabila saya pergi ke ladang itu, saya turut menjalankan siasatan dengan satu kes bunuh di Gombak. Pada masa sama, kami juga menyiasat kehilangan Sosilawati di situ," katanya. Sung Kuai berkata, sehubungan itu beliau tidak memberi butiran mengenai kes kehilangan Sosilawati dalam laporan polis yang dibuat ketika menahan Thilaiyagan, Matan, Khatavarayan serta Suresh.- Kosmo |
Posted: 14 Jul 2011 08:10 AM PDT Bersih ni sebuah badan NGO yang berkempen dalam BERSIH 2.0 untuk menuntut sebuah pilihanraya yang bebas dan telus. Depa mintak 8 perkara ja, bukan banyak pun... permintaan tu pulak bukan benda baru, dah lama diperjuangkan oleh Bersih demi untuk negara yang bersih. Tapi, kalau kita tengok feedback dari Umno, dari segi tulisan dan kata kata depa berkenaan BERSIH 2.0 ni, memang amat memalukan negara. 8 perkara tuntutan BERSIH yang depa dikemukakan adalah satu perkara yang asas pada pilihanraya yang adil dan telus. Bukan mintak Najib turun takhta walaupun itu yang kita alu alukan... haha... Tapi cara depa menangani isu perhimpunan BERSIH 2.0 tu yang meletakkan Umno dan BN sebagai tak layak langsung menjadi kerajaan pada sebuah negara yang inginkan keharmonian. Malah amat mendukacitakan bila layanan sebegitu buruk masih boleh terjadi di era negara yang sedang membangun ini... Setelah meneliti balik layanan tahap pengecut dan bengong Umno BN terhadap rakyat sendiri melalui kuasa Polis, apa lagi yang kita boleh kata kat Umno-BN selain dari pengecut dan celaru tahap gaban. Penyakit pengecut depa ni dah cukup kritikal, macam tak dak ubat dah selain dari perjatuhkan depa pada PRU ke 13 nanti dan buang ke laut buat tukun... haha... Najib ibarat bapak yang sedang mabuk kuasa, hilang kawalan terhadap anak pinak. Atau memang bapak tu sendiri yang mengarahkan anak anaknya bertindak buas dan nakal terhadap rakyat bawahan. Polis Diraja Malaysia patutnya bagi la seluruh ketaatan terhadap Yang Dipertuan Agong, dah hampa tu namanya PDRM tapi telah ingkar dengan menajdi pak yet pada telunjuk Menteri Dalam Negeri. Patutnya BERSIH yang telah mendapat perkenan Agong dibolehkan untuk meneruskan himpunan seperti mana syarat yang telah tentukan kerajaan dan pihak Istana sendiri. Depa hanya nak berhimpun secara aman, luahkan perasaan secara jantan... sampaikan mesej jelas pada negara untuk bersihkan SPR, serahkan memorandum rakyat pada raja mereka... kemudian bersurai dengan aman... Apa masaalahnya sehinggakan rakyat sendiri telah dilayan bagai anjing buruk kepala nih... memang KEJAM lah... |
Pasai apa Kit Siang tak kena tahan... Posted: 14 Jul 2011 06:10 AM PDT Khalid Samad: Bersih 2.0, pengalaman saya Khalid Samad Pengalaman saya bersama Perhimpunan BERSIH 2.0 bermula pada jam 11 pagi apabila saya dengan seorang teman dari PAS Shah Alam menuju ke Kuala Lumpur. Pada mulanya kami mencuba Lebuh Raya Persekutuan. Ianya sesak dari sebelum Tol Batu 3. Kami cuba pintas melalui Glenmarie. Trafik sesak di hadapan kilang pengedar kereta BMW. Kami memutuskan untuk berpusing balik dan mencuba pula melalui ELITE/PLUS menuju ke KLIA. Masuk di Batu 3, keluar di Tol USJ. Seterusnya menuju ke arah Puchong. Seterusnya kami menyusuri Jalan Gasing dan melalui kawasan Universiti Malaya sehingga keluar di Jalan Pantai. Dari situ terus menuju ke KL Sentral. Sekatan jalan oleh polis di merata tempat. BN menyusahkan rakyat semata-mata kerana hendak menghalang program yang menegur mereka. Turut bersimpati dengan pihak polis, berpanas dan mendapat sumpahan rakyat berbakul-bakul semata-mata kerana UMNO/BN. Hanya pencuri dan BN yang bergembira dengan penggunaan polis secara sebegini. Tetapi, kalau difikirkan, memang terdapat persamaan di situ. Pencuri mencuri secara 'illegal', BN mencuri harta rakyat melalui cara 'legal'. Setibanya kami di jalan Brickfields, saya turun di tepi jalan dan berjalan kaki menuju ke KL Sentral. Terserempak dengan sahabat bermotosikal dan membonceng ke hadapan kawasan KL Sentral. Berjalan kaki pula menuju ke Hotel Hilton yang berada di sebelahnya. Saya berjalan berhampiran beberapa anggota polis tetapi mungkin oleh kerana saya bertegur sapa seorang pelancong dari Australia dan bersembang sambil berjalan dengan beliau, mereka tidak perasan akan saya. Mungkin juga saya dianggap sebagai 'pemandu pelancong' ataupun tourist guide. Saya masuk ke Hotel Hilton dan dari lobi, terus menuju ke atas untuk bersama pimpinan. DSAI telahpun berada di situ bersama Dato Ambiga dan Lim Kit Siang. Beberapa pimpinan PAS juga sudah di situ apabila saya sampai. TG Hj Abdul Hadi sampai pada jam 1 tengah hari. PC dibuat dan mereka menyatakan secara jelas apa itu BERSIH 2.0 dan matlamat yang ingin dicapai. PR juga menyatakan sokongannya terhadap BERSIH 2.0. Selepas solat Zohor yang diimamkan TG Hj Abdul Hadi kami mula bergerak ke bawah. Sampai sahaja kami ke Lobi, pelanggan di restoran di kawasan Lobi hotel itu tiba-tiba berdiri dan menepuk tangan menunjukkan sokongan. Termasuk pelancong-pelancong yang mengikuti perkembangan Negara, mereka semua faham apa yang kami inginkan akan membawa kebaikan untuk Negara. Hanya UMNO tidak mahu faham kerana mereka lebih pentingkan kebaikan diri mereka sendiri! Ada dikalangan pelanggan, bangun untuk turut bersama. Sambil menunggu tadi, mereka minum di restoran hotel, membawa business juga pada hotel tersebut nampak gaya! Kami keluar pintu utama Hotel dan terus tuju ke bangunan KL Sentral. Sambil keluar saya menoleh ke belakang dan mata saya mengesahkan, tiada meja yang diterbalikkan, tiada kerusi yang dicampak dan tiada bahagian yang dibakar di Hotel Hilton! Kami himpunan aman, bukan perusuh. Sambil keluar saya melihat hari sedang hujan. Hujan rahmat yang akan mengurangkan kesan keperitan gas pemedih mata, terfikir saya. Bila tiba di salah satu pintu masuk KL Sentral, ada anggota polis yang cuba menghalang kami dari masuk, tetapi tidak berjaya. Kami masuk ke dalam dan tiba-tiba, orang ramai yang berada di dalam bersorak menyambut ketibaan kami. Jumlah yang asalnya hanya berpuluh, tiba-tiba disertai ramai yang telah berada di dalam, menjadi beratus! Kami terus mara dan keluar dari bangunan KL Sentral, dibawa melalui tangga besi ke tingkat bawah. Yang menyertai kami di KL Sentral terdiri dari rakyat biasa yang menyokong kami. Mereka menunggu kami dan sambil menunggu, mereka membeli minuman dan makanan di kedai-kedai di KL Sentral. Semasa mereka bangun untuk menyertai kami, tiada kedai yang dibakar, kerusi yang dibaling atau meja yang dipecahkan. Kerana kami berhimpunan secara aman yang ingin menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, bukan perusuh. Kami ingin lawan melalui pilihan raya, bukan melalui huru hara. Itu sebab pilihan raya perlu adil dan bersih. Di tingkat bawah, kami berada di kawasan yang bagaikan sebuah terowong, kiri kanan berdinding. Mereka yang di depan membawa kami terus mara lagi menuju ke jalan keluar untuk ke Stadium Merdeka. Bila sampai di pintu 'terowong' tiba-tiba kelihatan satu barisan anggota FRU menghalang jalan. Kami berada lebih kurang 20 meter dari mereka. Kami berhenti, pimpinan berada di saf hadapan. Saya di saf yang ketiga. Tiba-tiba berbunyi siren dari belakang. Landrover FRU menuju ke arah kami dari belakang, inginkan laluan untuk ke depan. Kami memberinya laluan tanpa apa-apa tindakan khianat dari pihak kami. Setelah landrover tersebut berada di hadapan, saya menoleh ke belakang, ingin melihat sekiranya ada pasukan FRU yang sedang mara ke arah kami. Orang sudah ramai, beresak-esak, dalam keadaaan kebimbangan kerana kami terperangkap dalam terowong tanpa adanya jalan keluar. Di depan FRU dan di belakang pun sudah begitu. Kami datang bukan untuk berentap dengan FRU tetapi BN menghantar FRU untuk menyerang kami. Tiba-tiba saya mendengar bunyi tembakan dan dengan serta-merta, cermin-mata saya terpelanting ke depan. Asap gas pemedih mata mula berkepul-kepul. Tembakan datang dari depan dan belakang. Pada saat itu saya terfikir saya perlu mencari cermin-mata kerana semua menjadi kabur tanpanya. Tetapi suasana kelam kabut menyedarkan saya bahawa itu tidak mungkin saya lakukan. Gas pemedih mata mula terhidu. Saya teringat beg plastik yang berada di dalam kocek seluar saya dan dengan segera membukanya sehingga dipenuhi udara serta bernafas melaluinya dengan menutup hidung dan mulut saya dengannya. Beg plastik itu adalah pembalut baju BERSIH 2.0 yang diberikan kepada saya semasa diatas. Pada ketika itu saya tidak sedar bahawa kepala saya terkena kelonsong gas pemedih mata dan sudah mula berdarah. Saya bersama rakan saya dari Shah Alam, saudara Zainal, yang ditugaskan untuk menemani saya, bergegas ke belakang dan ternampak 'lubang' di tepi dinding di sebelah kanan kami. Kami menuju ke lubang tersebut. Sambil ke sana saya melihat A. Samad Said terduduk tersandar di tepi dinding. Beliau orang lama, pasti umurnya lebih 70 tahun. Dia tentu tidak mampu untuk beredar dari terowong yang semakin penuh dengan gas pemedih mata. Turut kelihatan beberapa pemuda yang duduk bersama beliau. (Khalid Samad sejurus selepas terkena botol gas pemedih mata yang ditembak ke atas kepalanya. Ketika gambar diambil, kepala sudah berbungkus dengan kain puteh) Semasa sidang akhbar sebentar tadi A. Samad Said turut bercakap. Beliau berkata, telah tiba masanya untuk sasterawan terlibat dalam pencorakan Negara kerana kerosakan yang semakin melanda. Saya kagum dengan beliau. Kebiasaannya, orang seperti dia akan berehat di rumah, bermain dengan anak cucu. Malangnya kebobrokan pemerintah memaksa beliau ke jalan raya, walaupun sudah cukup berusia. Mengapa? Kerana dia tidak ingin mewariskan kepada yang muda suatu negara yang hancur dan budaya politik yang muflis dari segi akhlak dan amanah! Celaka BN kerana merampas ketenangan zaman usia emas darinya! Kelihatan juga beberapa wanita yang terduduk di atas jalan, tercungap-cungap kepedihan, hadiah dari BN yang ingin terus mempertahankan proses pilihan raya yang kotor. Mereka sedar akan risikonya tetapi mereka ingin juga melihat perubahan dan keadilan. Apa akan mereka warisi sekiranya kepincangan diteruskan dan kekayaan negara terus disalah-gunakan? Oleh itu mereka datang walaupun tahu kemungkinan mereka akan dilayani sebegitu rupa oleh BN. Pada ketika itu saya tersedar bahawa beg plaktik yang saya bernafas melaluinya sudah mula basah, berisi dengan sesuatu cecair yang berwarna gelap. Sahabat saya lantas memberitahu saya bahawa saya telah terluka di bahagian kepala. Beg plastik dipenuhi darah! Saudara Zainal membawa saya terus menuju ke lubang yang kelihatan tadi. Terpaksa kami melalui di bawah dua batang paip air untuk sampai ke lubang tersebut. Sebaik sahaja melalui lubang itu, kami dapati kami memasuki kawasan pembinaan. Ada beberapa pekerja di situ. Kami bertanya jalan keluar dan dengan segera mereka menunjukkan kami jalan untuk melepas diri. Zainal meminta saya berhenti dan baju Bersih 2.0 yang saya pakai di atas baju T-shirt saya digunakan untuk membalut kepala saya untuk mengurangkan pendarahan. Pada masa itu kelihatan baju saya penuh dengan kesan darah. Saya duduk sambil dia dan beberapa lagi rakan seperjuangan membalut kepala saya. Ada bersama pemuda dari kawasan Selayang. Ada juga pemuda dari Sarawak! Pemuda dari selayang memberikan saya tuala kecil yang sudah dibasahkan untuk membersihkan muka dari kesan darah. Sambil itu semua dilakukan, dua orang lagi pemuda keluar dari kawasan pembinaan tersebut untuk mendapatkan teksi untuk saya. Bila ada teksi ditahan, maka mereka memanggil saya untuk menaiki teksi tersebut. Zainal menutup kepala saya dengan beg plastic kuning yang dia bawa bersama. Takut luka dibasahi hujan. Pemuda Sarawak memberi pula jaket hitamnya untuk menutup kepala saya juga, takut air hujan akan membasahi luka saya. Saya dan Zainal menaiki teksi dan meminta pemandu membawa kami ke Hospital. Pemandu itu melihat pada saya dan terus menyedari saya salah seorang yang menyertai perhimpunan BERSIH. Dia nampak saya sedang cedera dan dengan segera dia membawa kami pergi. Sambil dalam perjalanan dia cukup berhati-hati, mengelak kawasan yang dijaga polis. Setibanya kami di Hospital, di bahagian kecemasan, saya dibawa untuk bertemu doktor yang bertugas. Pembantu Hospital (HA) ramai bertanya akan keadaan di Kuala Lumpur sambil menunjukkan sokongan mereka terhadap apa yang diusahakan. Sambil berbincang saya dicucuk dengan cucukan anti-tetanus, tekanan darah dibaca dan keadaan jantung diperiksa melalui ECG. Orang biasa yang berada di hospital turut bertanya apa yang sedang berlaku. Sambil menunggu keluarga mereka yang dirawat, sokongan mereka terhadap apa yang dituntut oleh BERSIH jelas disuarakan. Ada seorang peserta himpunan aman BERSIH yang cedera telah tiba di Hospital sebelum saya. Beliau lagi parah. Kelongsong gas pemedih mata terkena di dadanya dan melantun ke atas melanggar dagunya. Tulang dagunya patah menyebabkan dia tidak boleh bercakap dengan jelas. Para doktor dan jururawat yang merawat saya begitu bersimpati dengan usaha kami. Sambil menjahit luka saya setelah kepala di x-ray, ada yang bertanya kehairanan terhadap cara perhimpunan itu ditangani. "Apa salahnya? Kenapa tidak dibenarkan sahaja? Apa yang diminta sememangnya patut" kata salah seorang doktor sambil menjahit 6 jahitan dikepala saya. "Kami sokong, tapi terpaksa menikus" katanya lagi. Itulah Malaysia, negara kesayangan kita semua. Bumi di mana golongan bijak pandai ditakut-takutkan. "Kalau bersama himpunan BERSIH, tindakan akan diambil! Semua pegawai kerajaan diharamkan untuk berserta! Mahasiswa, mahasiswi, pensyarah, cikgu-cikgu, kalau terlibat, nahas kamu!" kata-kata perangsang pemerintah yang memerintah melalui penindasan dan ugutan. Ya Malaysia, bukannya Myanmar ataupun Kampuchea di bawah Pol Pot. Kehebatan negara ini dan segala kelebihannya hancur di tangan pemerintah yang mementingkan diri. (Kesan jahitan pada kepala Khalid Samad) Itulah sebabnya perubahan itu perlu. Perubahan demi membebaskan Malaysia dari barisan pemimpin yang sudah lupa diri, tenggelam dalam harta dan kemewahan yang dicuri dari rakyat. Ianya hanya dapat dilakukan sekiranya pilihan raya itu adil dan bersih. Itulah sebabnya mengapa usaha BERSIH perlu diteruskan. Pada masa itu waktu sudah pukul empat petang. Saya menerima sms bahawa TG Hj. Abd Hadi telah ditahan. DSAI dihantar ke hospital kerana turut cedera. Lebih kurang 1,400 orang ditahan polis. Tetapi, LKS tidak mampu ditahan polis walaupun beliau 'separuh rabun' kerana baru sahaja menjalani pembedahan mata! Sedangkan beliau bersama di saf hadapan. Adakah ini merupakan sebahagian dari tipu muslihat mereka? Ingin ditonjolkan kononnya bahawa hanya Melayu sahaja yang terlibat sambil mengelakkan kemarahan masyarakat Cina? Namun demikian, maklumat seterusnya yang saya terima melalui SMS menyatakan, himpunan BERSIH 2.0 berjaya dihadiri berpuluh ribu rakyat berbilang kaum di beberapa tempat termasuk di Stadium Merdeka dan Pudu Raya! Sambil itu, perhimpunan turut diadakan di beberapa bandar utama di serata dunia! Saya kembali ke rumah selepas itu, walaupun perit gas pemedih mata masih terasa dan luka di kepala masih menyengit, tetapi hati tetap gembira dengan kejayaan perhimpunan tersebut. Saya kemudiannya dikunjungi beberapa sahabat yang kembali dari Kuala Lumpur. Mereka menceritakan pengalaman mereka sambil ingin tahu keadaan saya. Semua merasa bangga dengan kejayaan perhimpunan tersebut dan tiada sesiapa, termasuk saya, merasa kesal kerana telah bersama. Ini adalah kerana, kami telah turut menyertai suatu perhimpunan yang telah melakar sejarah dalam mencorak masa depan tahah air. InsyaAllah, angin perubahan kencang akan terus kekal bertiup di bumi Malaysia ini! WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD |
Dah la pengecut, bengong pulak tuu... Posted: 14 Jul 2011 05:00 AM PDT Bersih ni sebuah badan NGO yang berkempen dalam BERSIH 2.0 untuk menuntut sebuah pilihanraya yang bebas dan telus. Depa mintak 8 perkara ja, bukan banyak pun... permintaan tu pulak bukan benda baru, dah lama diperjuangkan oleh Bersih demi untuk negara yang bersih. Tapi, kalau kita tengok feedback dari Umno, dari segi tulisan dan kata kata depa berkenaan BERSIH 2.0 ni, memang amat memalukan negara. 8 perkara tuntutan BERSIH yang depa dikemukakan adalah satu perkara yang asas pada pilihanraya yang adil dan telus. Bukan mintak Najib turun takhta walaupun itu pun kita alu alukan... haha... Tapi cara depa menangani isu perhimpunan BERSIH 2.0 tu yang meletakkan Umno dan BN sebagai tak layak langsung menjadi kerajaan pada sebuah negara yang inginkan keharmonian. Malah amat mendukacitakan bila layanan sebegitu buruk masih boleh terjadi di era negara yang sedang membangun ini... Setelah meneliti balik layanan tahap pengecut dan bengong Umno BN terhadap rakyat sendiri melalui kuasa Polis, apa lagi yang kita boleh kata kat Umno-BN selain dari pengecut dan celaru tahap gaban. Penyakit pengecut depa ni dah cukup kritikal, macam tak dak ubat dah selain dari perjatuhkan depa pada PRU ke 13 nanti dan buang ke laut buat tukun... haha... Najib ibarat bapak yang sedang mabuk kuasa, hilang kawalan terhadap anak pinak. Atau memang bapak tu sendiri yang mengarahkan anak anaknya bertindak buas dan nakal terhadap rakyat bawahan. Polis Diraja Malaysia patutnya bagi la seluruh ketaatan terhadap Yang Dipertuan Agong, dah hampa tu namanya PDRM tapi telah ingkar dengan menajdi pak yet pada telunjuk Menteri Dalam Negeri. Patutnya BERSIH yang telah mendapat perkenan Agong dibolehkan untuk meneruskan himpunan seperti mana syarat yang telah tentukan kerajaan dan pihak Istana sendiri. Depa hanya nak berhimpun secara aman, luahkan perasaan secara jantan... sampaikan mesej jelas pada negara untuk bersihkan SPR, serahkan memorandum rakyat pada raja mereka... kemudian bersurai dengan aman... Apa masaalahnya sehinggakan rakyat sendiri telah dilayan bagai anjing buruk kepala nih... memang KEJAM lah... |
Time perang pun musuh tak serang hospital... haha... Posted: 14 Jul 2011 04:29 AM PDT Sebelas doktor tampil sahkan hospital diserang Sekumpulan doktor kanan dan pakar perubatan telah mengeluarkan kenyataan membidas kerajaan berhubung 'serangan polis' ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu di dua buah hospital. Sehubungan itu, dalam satu kenyataan media kepada organ rasmi PAS Harakahdailyhari ini, doktor berkenaan yang bertugas di Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu berkata mereka akan mengemukakan afidavit bagi menyokong hujah bahawa hospital diserang. Mereka mendakwa tindakan polis pada Sabtu lalu jelas mencabul pengiktirafan antarabangsa apabila hospital sebagai tempat santuari diserang. Malah menurut sebeles doktor berkenaan, semasa peperangan hospital juga tidak akan diserang tetapi dalam kes di Malaysia, polis memasuki bangunan hospital bagi mencari peserta yang melarikan diri daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan air berkimia. "Apa yang paling menakutkan dan disaksikan ramai bahawa serangan yang tidak dihasut itu berlaku di kawasan hospital dan beberapa peserta masuk ke hospital bagi mencari perlindungan daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan meriam air," kata mereka. Ini adalah reaksi pertama oleh sekumpulan pakar perubatan berikutan penafian pihak polis dan kerajaan bahawa tidak ada gas pemedih mata dilontarkan ke perkarangan hospital pada 9 Julai lalu. Isnin lalu, menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0. Katanya, dakwaan yang berlegar di media internet berhubung tembakan ke arah hospital itu adalah tidak benar. Liow juga berkata sebenarnya polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan. Beberapa rakaman video dan gambar yang dikemukakan terus diperlekehkan oleh kerajaan termasuk anggota jemaah menteri. Menurut kesebelas-sebelas doktor berkenaan, pihak berkuasa tanpa rasa malu terus menafikan serangan itu di sebalik pelbagai bukti yang dikemukakan dan ramai saksi yang tampil membuat pengakuan. Kenyataan media itu ditandatangani oleh Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong. "Adalah menjijikkan pihak berkuasa yang diamanahkan tanggungjawab kepolisian menjaga negara dan melindungi mereka yang lemah, tanpa rasa malu menafikan perbuatan mereka secara umum, di sebalik kejadian itu disokong banyak gambar, video dan pengakuan saksi termasuk pemerhati berkecuali," kata mereka. Doktor-doktor itu berkata mereka tidak berhasrat menyertai polemik selepas perhimpunan itu, tetapi sebahagian daripada mereka yang sedang bertugas ketika kejadian, bersedia memberi keterangan bersumpah, jika diperlukan bagi memberitahu apa yang sebenarnya berlaku. |
Sedap gak gurindam nih... haha... Posted: 13 Jul 2011 09:00 PM PDT Siakap Senohong Gelama Ikan Duri Oleh: ustaznik Siakap Senohong Gelama Ikan Duri Janji bohong, stadium tak diberi Siakap Senohong Gelama Ikan Duri Bercakap bohong, lama-lama jadi menteri Siakap Senohong Gelama Ikan Duri Titah Agong, Menteri tak hormati Siakap Senohong Gelama Ikan Duri Najib Dan Hishamudin Sombong, Hanya Besar Diri Siakap Senohong Gelama Ikan Duri Media Pembohong, Sekarang Dah Zaman Sains Teknologi Siakap Senohong Gelama Ikan Duri Media pembohong, suka fitnah peribadi Siakap Senohong Gelama Ikan Duri Kroni ditolong, duit rakyat dicuri Siakap Senohong Gelama Ikan Duri Kos belanja PM melambung, rakyat gigit jari Siakap Senohong Gelama Ikan Duri Buat pilihanraya bohong, nak selamatkan diri Siakap Senohong Gelama Ikan Duri Agensi kerajaan dikongkong, untuk kepentingan diri Siakap Senohong Gelama Ikan Duri APCO Yahudi ditolong, Palestin sedikit diberi Siakap Senohong Gelama Ikan Duri Sumpah laknat bohong, nanti makan diri Siakap Senohong Gelama Ikan Duri Pemuda Berbondong Dah Mula Sedar Diri |
Posted: 13 Jul 2011 07:00 PM PDT Tolong jangan ubah siaran anda... Percayalah, ini bukan di Semenanjung Gaza... Ini tempat kita, Malaysia tercinta... Ini memang cara kita layan rakyat kita... |
Sah, Najib benar benar hebat... kahkahkah... Posted: 13 Jul 2011 05:00 PM PDT Kredit: Manjung Mari NST Online Banyak orang ternanti-nanti gambar Najib turun dari kapal terbang apabila sampai di UK. Mengapa? Apa kaitannya dengan karpet merah? Sila baca di sini. Menurut jurublog Manjung Mari yang menonton berita petang tadi, Najib hari ini yang tiba di UK untuk lawatan rasminya disambut TANPA karpet merah, malah wakil UK yang menyambutnya di lapangan terbang hanyalah Setiausaha Negara bahagian Luar Komanwell. Semuanya mungkin angkara "kemesraan" polis melayan peserta BERSIH 9 Julai lalu. Jika benar tiada karpet merah, pengalaman yang dihadapi Najib itu sungguh memalukan! P/s: Patutlah gambar Najib ketika tiba di UK tidak dipaparkan secara penuh! |
Pilot dia mesti orang Umno... kahkahkah... Posted: 13 Jul 2011 04:00 PM PDT Kapal terbang perang mendarat tegak DUXFORD, Britain - Sebuah kapal terbang yang pernah digunakan dalam pertempuran Perang Dunia Pertama mendarat dalam keadaan menegak, lapor sebuah akhbar semalam. Pesawat itu mendarat dalam keadaan tegak kerana terdapat tiupan angin di bahagian muncung semasa ia membuat pendaratan pada Ahad lalu di sini. Angin tersebut menyebabkan pesawat model Fokker Dreidekker itu hilang imbangan sekali gus menyebabkan ia mendarat secara menegak. Orang ramai kemudian membantu juruterbang itu turun dari pesawat tersebut yang berada dalam keadaan menegak selepas ia mendarat. Kejadian itu berlaku pada satu pertunjukan udara di Muzium Perang Imperial di sini. - Agensi |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan