Khamis, 14 Julai 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Blog / Web / FB pimpinan PAS tak perlulah highlight news 'campur' dr negara luar.

Posted: 14 Jul 2011 04:17 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : Cina Islam.

Kalau pengikut, memang la 'takpa'. Walau sikap gua ialah menolaknya. Tapi kalau laman pimpinan, PAS terutamanya, menyiarkan news atau bahan2 yang berbau campurtangan dari negara luar, gua bantah la.

Semasa kes Anwar yang mengundang 'campurtangan' parlimen Autralia dulu, gua menyokong pendirian Hadi Awang yang menolak akan itu. Gua gua bantah habes2an hasrat PKR memberikan pentas kepada ayah Altantuya ketika PRK Permatang Pauh dulu.

Apa yang terjadi dalam negara kita, biarlah kita yang selesaikan. Biarlah mat Sabu, biarlah TGNA, biarlah TGHA, biarlah Ambiga, biarlah Anwar yang selesaikan. Gua rasa sedih kalau kita seolah2 bergantung harap kepada kuasa bukan Islam untuk menumbangkan musuh negara sendiri. Ianya menyerupai menyertai PKM (kuasa Russia) bagi menghalau British.

Sebab utulah gua tidak menyiarkan berita / mengulas mengenai British yang tidak memberi layanan rasmi kepada Najib baru2 ni. Atau seperti yang Cina islam siarkan dalam web rasminya. Walau itu hak masing2, tapi gua nak ajak kepada yang bersetuju. Biarlah kita bina Malaysia baru bersama Ah Seng yang lahir dan cintakan negara, bersama Muttu yang lahir dan cintakan negara. Dari bergantung harap, mengundang dan pelbagai bentuk lain kepada kuasa luar yang bukan bersifat kekhalifahan.

Wallahualam.


Najib diminta blogger UMNO menjadi diktator seperti Mahathir.

Posted: 13 Jul 2011 09:22 PM PDT

Sumber : Perak Today.



NAJIB PERLU BERHENTI JADI MR.CLEAN! 

Walaupun secara rasminya, BERSIH 2.0 gagal menepati sebagaimana yang dijanjikan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat, namun dalam kegagalan itu, sebenarnya Pakatan Rakyat meraih keuntungan yang sangat besar. Keuntungan yang dimaksudkan ialah, indikasi menunjukkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat, kalaupun tidak bertambah, tetapi masih lagi utuh. Dengan hanya SMS, blog, portal, Twitter, Facebook dan panggilan telefon, mereka masih mampu mengumpulkan ramai manusia di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur untuk menunjuk perasaan.

Kalau hendak menyedapkan cerita, boleh sahaja bercerita yang kerajaan sebenarnya telah berjaya mengekang pengaruh Pakatan Rakyat kerana gagalnya Pakatan Rakyat mengumpulkan 300,000 orang sebagaimana yang diuar-uarkan. Namun hakikatnya, demonstrasi yang ternyata tidak mampu dikekang, membuktikan bahawa segala usaha yang dijalankan selepas PRU12, sebenarnya kurang memberi impak di sebalik cerita-cerita indah tentang kerajaan dan Najib Abdul Razak.

Ramai yang melihat Najib Abdul Razak sedang mengulangi perangai Abdullah Badawi yang lambat bertindak dan lambat membuat keputusan. BERSIH 2.0 adalah bukti yang sangat nyata. Walaupun blog-blog pro-UMNO-BN telah mulai memerangi BERSIH 2.0 berminggu-minggu sebelum 9 Julai, namun kerajaan hanya kelam-kabut membuat keputusan pada dua minggu terakhir. Pun begitu, dalam keadaan kelam-kabut itu, kerajaan sekadar memberi amaran, peringatan dan nasihat tanpa tindakan yang lebih konklusif untuk mematahkan demonstrasi 9 Julai sekaligus mengurangkan kerugian yang dialami oleh sektor ekonomi di pusat Bandaraya Kuala Lumpur.

Luahan tidak puas hati tentang keputusan yang diambil oleh Najib yang dilihat terlalu mementingkan populariti, banyak tertumpu kepada salah seorang menterinya yang juga merupakan sepupunya iaitu Hishamuddin Hussein Onn yang ditugaskan menjaga Kementerian Dalam Negeri.

Pelbagai cadangan telah diberikan. Pelbagai desakan telah dibuat, malangnya Menteri KDN sekadar tersenyum, ketawa berdekah-dekah dan paling lebih pun, sekadar memberi amaran keras tanpa sebarang tindakan.

Najib dan pentadbirannya perlu berhenti daripada berpura-pura jadi MR.CLEAN. Najib perlu bertindak tegas bukan sahaja terhadap para perusuh tetapi lebih-lebih lagi terhadap pemimpin Pakatan Rakyat yang sangat aktif dengan hasutan BERSIH mereka. Malah Najib juga perlu bertegas apabila berhadapan dengan media-media antarabangsa.

Setidak-tidaknya Najib perlu mencontohi Tun Dr.Mahathir dalam menangani masalah provokasi yang dibuat oleh media asing. Tun Dr. Mahathir tidak pernah memperlihatkan ketakutannya terhadap media-media besar dunia, termasuklah TIMES, WSJ dan sebagainya. Bahkan pernah suatu ketika, Tun Mahathir tidak membenarkan sebarang media asing membuat liputan atau menemubualnya.

Dan kerana itulah, banyak media asing terpaksa membuka cawangan operasi mereka di Malaysia, termasuklah Bloomberg Asia yang beroperasi di Menara Berkembar Petronas dalam usaha untuk mengambil hati Tun Mahathir. Namun apabila Tun Dr. Mahathir turun jawatan selaku Perdana Menteri, media-media asing ini kembali semula ke tempat asal mereka. Dan sikap mereka juga kembali seperti asal.

Sekarang, kita dapat melihat bagaimana media-media asing sudah mula memainkan peranan mereka untuk melihat kekacauan dan kekecohan berlaku di Malaysia dengan membesar-besarkan sebarang cerita yang berpihak kepada Pakatan Rakyat. Pentadbiran Najib juga dilihat TIDAK BERANI berhadapan dengan media asing ini kerana bimbang reputasi serta nama Najib dikotorkan oleh media-media tersebut di peringkat antarabangsa.

Sampai bila sebenarnya Najib akan terus berlagak sebagai MR.CLEAN dan benar-benar menjalankan peranannya sebagai memenuhi aspirasi sebahagian besar rakyat Malaysia yang telah meletakkan UMNO sebagai parti tulang belakang pemerintah dan Najib sendiri sebagai Perdana Menteri?

Sampai bila sebenarnya Najib akan benar-benar melakukan tindakan tegas yang tidak popular demi rakyat dan keselamatan negara?


Tiada ulasan: