Rabu, 13 Julai 2011

shalehudin

shalehudin


Dr Asri ni tegoq kerajaan Sudan kot... haha...

Posted: 13 Jul 2011 08:46 AM PDT

Dr Asri: 'Islam tak beri pemerintah lesen lakukan apa sahaja'
Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Dalam pandangan dilihat menyentuh kesan perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Putrajaya telah mempergunakan pemimpin agama untuk mempertahankan kuasa sebagaimana disaksikan di rantau Timur Tengah.

Bekas mufti Perlis (gambar) berkata pemerintah di Timur Tengah yang sebahagian besarnya adalah "korupsi dan zalim" mempergunakan pemimpin agama untuk membela mereka.

"Mereka (pemimpin agama) memahami nas-nas al-Quran dan Hadis secara literal dan menganggap urusan muamalat dan siasah sama seperti ibadat khusus yang tidak boleh dilakukan pembaharuan dan tokok tambah," kata tokoh agama yang memperlihatkan pendirian progresif.

Tenaga akademik dari Universiti Sains Malaysia ini memberitahu, keadaan itu wujud apabila kelompok terbabit mentafsir hadis-hadis politik secara literal, yang seakan-akan Islam memberikan 'lesen' besar kepada pemerintah untuk melanyak rakyat dan rakyat pula diikat kaki, tangan dan mulut dengan nas-nas agama dari bertindak atau membantah.

"Lebih hodoh lagi, hanya nas-nas yang 'kelihatan' propemerintah sahaja yang dibaca, diforumkan, diwar-war dalam pelbagai saluran sedangkan nas-nas yang memberikan amaran terhadap kezaliman pemerintah tidak pula dicanangkan," kata beliau.

Di Malaysia kata Asri, "kita dapat melihat fonomena ini semasa isu demonstrasi panas baru-baru ini dalam masyarakat."

"Di sini bukan bertujuan menyokong atau menentang demonstrasi aman, tetapi sekadar ingin membincangkan kefahaman sesetengah pihak mengenai hadis-hadis berkaitan," kata beliau dalam satu kenyataan.

Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 anjuran Bersih 2.0 untuk menuntut transformasi pilihan raya yang perlu dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan dan disokong Pakatan Rakyat mengemukakan lapan tuntutan yang perlu dilaksanakan iaitu membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat ditahan.

Jelas Asri, tindakan berbentuk keganasan tidak boleh dilakukan terhadap rakyat sekiranya tiada pententangan dilakukan termasuk perkara yang boleh menyebabkan kerosakan yang lebih besar.

"Hadis tentang taat dan patut sekali pun dirampas harta dan dipukul itu, ia merujuk kepada keadaan di mana jika penentangan dilakukan akan menyebabkan kerosakan yang lebih besar seperti pemerintah akan membunuh atau memusnah orang lain yang tidak bersalah sedang kita tidak mampu memberikan sebarang kesan kepada mereka.

"Ini terutama di zaman dahulu yang terkenal dengan penumpahan darah. Begitu juga di bawah rejim-rejim yang zalim yang hanya merugikan para penentang dan negara secara umumnya," katanya.

Jelas beliau, keadaan kini sudah berubah yang mana setiap negara terikat dengan peraturan antarabangsa terutamanya mengenai hak asasi manusia.

Namun, katanya, apabila dunia berubah negara-negara terikat dengan peraturan antarabangsa mengenai hak asasi rakyat.

"Juga, apabila negara-negara itu meletakkan dalam perlembagaan mereka tentang hak-hak rakyat, dalam ertikata lain membantah pemerintah dalam negara demokrasi aman itu adalah sesuatu yang tidak boleh dianggap menentang negara kerana diiktiraf dan dijamin oleh perlembagaan negara dan persetujuan antarabangsa," katanya.

"Maka, konteks Hadis sudah berbeza," kata Asri sambil menambah, "Islam bukanlah agama yang memberikan lesen kepada pemerintah untuk berbuat apa sahaja dan rakyat wajib mendiamkan diri."

Oleh itu tegas beliau, jangan bawa tafsiran zaman Abbasiyyah ke zaman yang sudah berubah.

Dengan mengambil contoh daripada Hadis, Asri berkata "Rasulullah sendiri sebagai pemerintah membenarkan diri Baginda dibalas."

Tegas beliau, pemerintah tidak dibenarkan sama sekali untuk bertindak sewenang-wenangnya apatah bertindak ganas terhadap rakyat.

"Jika pemerintah itu diberikan wewenang untuk memukul dan mengambil tanpa dipersoalkan, apakah ertinya sesuatu pemerintahan itu?

"Apakah mereka seperti penzalim dan perompak berlesen yang dilindungi oleh nas-nas agama? Maha Suci Allah dari menurunkan agama yang seperti itu," katanya.

Hebatnya manusia bernama Najib nih... hihi...

Posted: 13 Jul 2011 08:30 AM PDT

170,000 di Facebook desak Najib berundur

Petisyen Facebook bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan telah mendapat sokongan daripada 170,000 orang.

Laman "100,000 People Request Najib Razak Resignation" (100,000 rakyat tuntut Najib Razak berundur) ditubuhkan Sabtu lalu, iaitu hari yang sama polis menangkap lebih 1,600 orang yang terbabit dalam perhimpunan bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara ini.

Menurut laporan AFP, laman itu berjaya menarik sekitar 300 orang setiap minit yang menekan butang like (suka) dengan sasaran mendapatkan 100,000 penyokong tercapai pada Isnin lalu.

Jumlah itu dikatakan terus meningkat dan mencapai 172,868 "likes" pada pagi ini.- Malaysiakni

Anwar Gabra... kahkahkah...

Posted: 13 Jul 2011 07:07 AM PDT

Menteri yang tak berbudaya tapi kena jaga budaya, Rais Yatim membidas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim kerana dilaporkan berkata kepada akhbar Indonesia bahawa Malaysia sudah mendekati revolusi selepas perhimpunan aman BERSIH 2.0 Sabtu lalu.

"Kita tidak terima sebarang bentuk revolusi sebab revolusi bermakna juga tumpah darah, perubahan yg membawa kepada pelbagai pihak, Raja-raja Melayu, hak adat istiadat, Islam, institusi Diraja dan dan institusi Parlimen," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet di kementeriannya.

Akhbar milik Umno - Utusan Malaysia - memetik akhbar Indonesia tyang melaporkan Anwar sebagai berkata: "Kita sudah dekat dengan revolusi".

Menurut Rais, perkataan revolusi yang disebutkan ketua umum PKR itu membawa konotasi keganansan, kekerasan dan menggunakan pelbagai alat bagi mencapai tujuan politik sesuatu pihak.

Penjuru terdesak

"Datuk Seri Anwar sudah sampai ke penjuru terdesak dan gabra, boleh saya katakan. Beliau mencari jalan supaya apa yang dianjurkan ini akan mengalih pandangan masyarakat daripada kes-kes yang dihadapi atau tanggungan yang dihadapi dan pada masa yang sama mungkin mahu menonjolkan bahawa beliau mampu membawa revolusi ke Malaysia mengikut telatah yang pernah berlaku di negara lain.

"Tapi saya mengatakan pula beliau tidak akan berjaya sebab niatnya adalah niat jahat atau niat yang tidak mahu mengukuhkan perjuangan menerusi institusi Parlimen," katanya.

Rais juga meminta supaya rakyat berfikir, meneliti dan tidak terus mengikut apa yang disarankan oleh pihak penganjur untuk mengadakan demonstrasi jalanan tanpa tahu tujuan sebenar ia diadakan.

"Jadi pada rakyat, kita harus beritahu, suara majoriti di negara ni adalah suara yangg dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dia (Anwar) hanya mewakili satu minoriti, tapi dia guna istilah revolusi, yang sangat bertentangan dengan inistitusi demokrasi di Malaysia," katanya.

Menurut Rais institusi Parlimen adalah saluran terbaik dan tepatuntuk menyuarakan sesuatu atau membawa pembaharuan kepada perjuangan, undang-undang atau struktur sosial yang hendak dilakukan.

Berwaspada

"Institusi Parlimen lah yang terbaik digunakan oleh beliau (Anwar) dan konco-konconya serta sahabat-sahabat beliau dan tidak menggunakan revolusi seperti yang beliau sebutkan itu. Jika dilakukan juga, maka institusi Parlimen kita akan jadi nombor tiga atau empat," katanya.

Justeru, Rais menyeru agar rakyat di negara ini berwaspada dengan perkataan revolusi yang cuba dibawa oleh Anwar yang disiarkan oleh media luar negara dan tidak termakan dengan angan-angan politik beliau yang boleh merosakkan keamanan dan kesejahteraan Malaysia.

"Mereka (media asing) berjaya kepada sistem sensasi, pihak-pihak yang menyiarkan (berita perhimpunan) di seberang laut, lebih suka memberi satu gambaran, kononnya Malaysia sekarang berada dalam keadaan yang dikhuatiri, sebenarnya tidak.

"Mereka suka lihat ini berlaku dan terima gambaran-gambaran negatif yang membawa perkara negatif yang tak akan menguntungkan Malaysia," katanya.

Rais juga membidas media di dunia siber yang didakwa memberi liputan perhimpunan Sabtu lalu dengan cara yang tidak berpatutan berbanding media cetak.

"Media cetak sebenarnya beri liputan saya kira berpatutan, cuma yg dikhuatiri apa yg dikeluarkan melalui (media) siber, (tetapi) kita tak boleh pantau semua," katanya.

Depa picit teloq orang, depa yang jerit lebih... haha...

Posted: 13 Jul 2011 07:00 AM PDT

9 Julai: Usah lempar batu sembunyi tangan
Oleh Wira Arjuna

Apakah takrif keganasan yang digunapakai oleh Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan polis sendiri? Bagi rakyat biasa, sesuatu pihak dikira melakukan keganasan apabila menyerang dengan segala kudrat dan senjata yang ada pada mereka (gas pemedih mata, air berkimia, menumbuk dan memijak) terhadap sasaran yang tidak bersenjata (kecuali botol air mineral) tetapi hanya berhimpun secara aman.Inilah yang berlaku pada 9 Julai.

Tidak perlu Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengemukakan video untuk membuktikan sebaliknya kerana begitu banyak rakaman yang sudah sedia ada dalam laman-laman blog untuk tatapan seluruh dunia.

Dan jika bukti video itu tidak mencukupi, gambar-gambar Mohamad Sabu di atas kerusi roda dan foto enam jahitan di kepala ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad boleh juga boleh diperolehi dengan mudah oleh Najib, Hisham dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar untuk melakukan penilaian.

Kalau masih tidak memadai, mungkin ada pihak perlu memberi peringatan bahawa sebuah keluarga kini berkabung kerana kehilangan ketua keluarga mereka yang menyertai perhimpunan BERSIH 2.0.

Kematian allahyarham Baharuddin Ahmad diselubungi dengan pelbagai dakwaan namun hakikatnya ialah beliau menemui ajal semasa asakan polis bagi menyuraikan sebuah perhimpunan bersih dan aman.

Remehkan kecederaan

Namun semua fakta ini tidak akan memberi kesan kepada Najib, Hishamuddin dan Ismail kerana mereka terpaksa mempertahankan kredibiliti Polis Diraja Malaysia.

Maka, oleh kerana itulah Najib meremehkan kecederaan yang dialami oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun mengakui ketua pembangkang itu ditembak dengan gas pemedih mata.

Ketua Polis Negara sebelum ini menafikan Anwar ditembak dengan gas pemedih mata, sungguhpun visual dan keterangan saksi menunjukkan keadaan sebaliknya.

Hishamuddin pula enggan mengakui polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan air berkimia ke perkarangan Hospital Tung Shin di Jalan Pudu.

Ismail sekali lagi menafikan insiden memalukan itu sungguhpun, wujud foto dan keterangan saksi yang menempelak penafian itu.

Tentunya Najib dan Hishamuddin tidak mahu mengambil tanggungjawab di atas sebarang kekerasan polis sungguhpun apa yang berlaku Sabtu lalu lebih berpunca daripada keputusan-keputusan yang dibuat oleh mereka berdua.

Bertukar ganas

Persoalan asas ialah bila dan pada tahap mana perhimpunan aman BERSIH 2.0 bertukar menjadi ganas Sabtu lalu?

"Keganasan" itu jelas tercetus apabila polis mula menyembur air berkimia dan gas pemedih mata serta melakukan tangkapan rawak ke atas sesiapa disyaki mendokong BERSIH 2.0.

Namun "keganasan" yang berlaku adalah pada satu pihak sahaja. Tidak ada tindak balas daripada rakyat yang menjadi sasaran.

Respon paling "agresif" beberapa peserta BERSIH ialah melontar balik sarung gas pemedih mata ke arah polis atau membuangnya ke dalam longkang dan sungai berdekatan.

Mereka mengharungi segala kesakitan akibat terhidu gas beracun atau terkena pancutan air berkimia atau kedua-duanya sekali. Rasa pedih dan loya dan sesak nafas hanyalah sebahagian daripada pengalaman yang terpaksa diharungi mereka.

Hakikat bahawa polis akan menggunakan kekerasan menjadi satu kepastian jauh sebelum 9 Julai menyingsing.

Aparatus polis

Ia menjadi satu hakikat apabila Hishamuddin bingkas mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebuah pertubuhan haram minggu lalu.

Hanya beliau dan Najib boleh menerangkan keperluan untuk sebuah rangkaian kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang termasuk Sasterawan Negara Datuk A Samad Said tiba-tiba boleh menjadi musuh kerajaan hanya kerana menuntut pilihan raya adil dan telus.

Apa yang jelas ialah Hishamuddin dan Najib menggunakan segala aparatus polis untuk memaksa penganjur BERSIH 2.0 membatalkan perhimpunan mereka, dengan disokong oleh media arus perdana dan institusi awam yang lain.

Namun rancangan itu tersasar kerana BERSIH 2.0 tidak beralah daripada matlamatnya mengadakan perhimpunan aman walaupun penyokongnya mula ditangkap di seluruh negara dan pemimpinnya diaibkan di media arus perdana.

Terima tamparan

Najib dan Hishamuddin juga menerima tamparan apabila Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengambil peranan negarawan dan berjaya "memujuk" BERSIH 2.0 membatalkan perarakan di jalan raya.

Campurtangan Seri Paduka itu membuka ruang untuk Najib dan Hishamuddin menyelesaikan kemelut BERSIH 2.0 secara baik, khususnya apabila penganjur bersetuju untuk menerima tawaran kerajaan supaya perhimpunan diadakan di sebuah stadium.

Namun belum sempat rakyat menarik nafas lega, gandingan sepupu ini mengisytiharkan bahawa BERSIH 2.0 pertubuhan haram dan tidak layak memohon permit.

Permohonan BERSIH 2.0 menganjurkan perhimpunan aman di Stadium Merdeka ditolak dan sebaliknya penganjur "diarah" mengadakan perhimpunan di stadium-stadium yang terletak di negeri–negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Tujuan arahan itu adalah jelas – Perdana Menteri cuba menyempitkan gerakan BERSIH 2.0 kepada sesuatu yang didalangi oleh pembangkang dan bukannya cetusan suara rakyat.

Justin Bieber lebih berhak

Najib memberi alasan kononnya Stadium Merdeka tidak boleh digunakan oleh BERSIH 2.0 kerana ia adalah mercu atau simbol negara, tidak masuk akal.

Stadium Merdeka telah berkali-kali digunakan untuk konsert rock dan hiburan termasuk pertunjukan Justin Bieber pada 21 April lalu.

Apakah Justin Bieber lebih berhak menggunakan Stadium Merdeka daripada ribuan rakyat negara ini yang mahu menyuarakan keperluan pilihan raya yang adil dan telus secara aman?

Tentunya tidak. Namun inilah alasan yang dijaja oleh Najib kepada penyokong-penyokong Umno, ahli pertubuhan silat dan sebagainya, sehari selepas perhimpunan BERSIH 2.0.

Penganjur BERSIH menyedari perangkap yang diletakkan oleh Najib dan Hishamuddin dan terus berpegang kepada hak mereka mengadakan perhimpunan aman di Stadium Merdeka, walaupun di luar perkarangannya.

Ini kerana Stadium Merdeka adalah kawasan "neutral" dan adalah "milik" rakyat Malaysia serta bukan di bawah telunjuk mana-mana parti politik.

Patahkan BERSIH

Apabila penganjur mengambil ketetapan ini, maka arahan dikeluarkan kepada pihak polis untuk melakukan apa yang perlu bagi mematahkan rancangan BERSIH.

Justeru diadakan sekatan-sekatan jalanraya, penutupan kawasan tertentu, pembekuan permit bas ke Kuala Lumpur dan pemeriksaan di hotel-hotel menjelang 9 Julai.

Perintah mahkamah diperolehi untuk menghalang penganjur dan pemimpin politik tertentu daripada memasuki Kuala Lumpur. Ibu negara seolah-olah dalam keadaan darurat.

Dengan kongkongan sebegitu, tidak hairanlah pada 9 Julai, pancutan air berkimia, gas pemedih mata polis menunggu puluhan ribu rakyat pelbagai kaum yang keluar beramai-ramai menghala ke Stadium Merdeka.

Hak mereka untuk berjalan secara aman dicabuli dengan sewenang-wenang di atas nama memelihara keamanan dan kesejahteraan negara.

Najib harus menerangkan bagaimana satu "perjalanan demokrasi" oleh rakyat untuk dua tiga jam di beberapa kerat jalanraya boleh menjadi isu keselamatan negara dan mendatangkan kerugian berbilion ringgit kepada peniaga, jika tidak ada provokasi polis!

Rakyat dihukum

Jika polis telah memberi kerjasama kepada lebih 5,000 pengawal yang disediakan oleh penganjur BERSIH untuk mengawal lalu lintas dan aspek keselamatan lain, apakah kita akan menyaksikan adegan-adegan yang terpampang di Internet sekarang.

Rasanya tidak!

Akibat agenda politik Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, puluhan ribu rakyat yang "berani" menyokong BERSIH seolah-olah dikumpulkan di Kuala Lumpur dan "dihukum" dengan tembakan gas pemedih mata dan air berkimia.

Lebih 1,600 orang ditangkap untuk diheret ke mahkamah, seorang mati dan tidak kurang yang menyimpan parut luka atau kenangan "ikhlas"dari polis.

Justeru, janganlah Perdana Menteri dan sepupunya terlalu bingkas menuding jari kepada penganjur BERSIH 2.0 di atas kekecohan Sabtu lalu.

Tidak dinafikan keganasan berlaku, tetapi siapa yang mencetuskannya dan siapa pula yang mengganas?

Bak kata Karam Singh Walia dari TV3: Siapa pula yang melontar batu dan menyembunyi tangan?.M/Kini

Awat blogger Umno bengong sangat? Kahkahkah...

Posted: 12 Jul 2011 11:00 PM PDT

Lawak Ketua Polis Malaysia Pasal Senjati Api & Bom Petrol
Blog PenorehGetah

Masih ingatkah anda? Ketua Polis Malaysia dan Ketua Polis Selangor beriya-iya dalam TV mengatakan penemuan senjata yang dipercayai didalagi oleh pihak BERSIH untuk merusuh di ibukota pada 9 Julai 2011 nanti. 

Wartawan menjadi lembu untuk opera ini. Akhbar pula menjadi lidah syaitan untuk pembohongan ini.

Seramai 1667 orang di tahan polis atas arahan Najib, hanya jumpa beberapa bahan bahaya iaitu Air mineral dengan botalnya sekali. Garam dan tuala. Rasanya IGP perlu buat pemeriksaan mata untuk bezakan antara garam dengan bom petrol dan antara botol air mineral dengan parang!! Stupid punya IGP!

Seorang peserta himpunan BERSIH yang patah kaki akibat dipijak oleh polis tidak dapat membuka ikatan tangannya kerana tak ada sebilah pisau walaupun pisau asah pensil!

Takkan ini pun blogger UMNO tak ada akal nak fikir. Bengong betul!!

Haji Shurhadi ini pun masa sakit tak ada dikalangan peserta boleh potong dengan mana-mana parang. Stupid betul dia orang ingat nak gotong royong bersih kubur ke??

Nasib baik ada wartawan tolong keratkan ikatan ini.

KENAPA BLOGGER UMNO BODOH SANGAT??

http://penorehgetah.blogspot.com

Sib baik aku bukan Umno... kahkahkah...

Posted: 12 Jul 2011 09:00 PM PDT

Ya Allah... malunya aku kalau jadi bangsa Umno... takkan tahap cipan ni saja perangai dan tingkah laku Piem Umno? Najib patutnya berasa teramat malu bila dengaq dan tonton balik video nih.... boleh kudong kepala wooo... haha...

Amat tak layak sorang Piem Malaysia berbangsa Umno yang sepatutnya Piem bagi semua rakyat Malaysia tapi rupa rupanya sorang badut yang miskin akhlak.... Jawatan Piemnya hanya Piem bagi Umno saja, tapi musuh bagi semua rakyat yang menentang kelaku hodohnya terutama sekali Anwar...

Tak paaa.... ahli Umno tetap akan jilat dan sokong Najib sampai bila bila... haha... kalau muka tak malu laa...

Mesra taik kucing hampa lagu nih... hakk ptuuihh...

Posted: 12 Jul 2011 07:00 PM PDT

Ca hampa tengok pak cik ni, bukan dia berdiri buat gaya lucah pun... dia dok duduk elok elok, tapi polis mesra rakayt kita masih dok tembak gas pemedih mata.... tak tau langsung nak layan demonstran, mentang mentang la depa tak rasa pedih mata....

Malah bukan takat tu saja.... siap ngan bagi penerajang lagi.... ishhh.... kalau tak terajang orang memang tak nama polis laa... Ca tengok ataih ni detik rakaman kekejaman polis kepada mereka yang tak melawan.... Ini kah layanan mesra yang ditonjolkan di media massa terutama media luaq negara yang kita ni negara Islam?

Perbodohkan yang telah bodoh... kahkahkah...

Posted: 12 Jul 2011 05:00 PM PDT

Perut rakyat tak kenyang hanya dengan slogan 1Malaysia
Oleh Muhammad Zir

Seperti demam slogan "Wawasan 2020" dan "Islam Hadhari" suatu ketika dahulu, keghairahan jenama 1Malaysia kini semakin menjadi-jadi, kadang-kadang lucu dan tak masuk akal.Yang pedih, walau pun banyak antaranya slogan kosong, ia memakan belanja besar wang rakyat untuk promosi slogan-slogan tersebut.

Sekarang timbul pula Menu 1Malaysia.

Atas nama rasminya – Program Menu Rakyat 1Malaysia – kelolaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), ia bertujuan menyediakan pakej sarapan dan makan tengahari yang murah.

Program itu telah disertai oleh ahli-ahli Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India (PRISMA), Persatuan Kedai Kopi Malaysia dan Singapura serta restoran Melayu di bawah koperasi.

Pakej makanan itu bertujuan menjimatkan perbelanjaan makanan yang dijual dengan harga RM2 bagi pakej sarapan dengan sekeping roti canai dan segelas teh tarik manakala pakej makan tengah hari termasuk nasi, sayur, telur dadar, air sirap atau teh 'O' ais berharga RM4.

Harga-harga berkenaan lebih kurang sama dengan kebanyakan gerai-gerai di kawasan-kawasan Bandar sekitar Kuala Lumpur.

Kita menyanjung tinggi usaha kerajaan ini dalam membantu meringankan beban kenaikkan harga barangan terutamanya makanan setelah kerajaan memotong subsidi yang mengakibatkan kenaikan harga bahan keperluan termasuk minyak dan gas.

Namun di sebalik usaha yang nampak seperti murni ini, ada sesuatu yang tidak kena dan seolah-olah menyimpang dari matlamatnya.

Hakikatnya, kita semua berdepan dengan dua perkara penting, iaitu harga barang naik tetapi gaji dan upah tidak naik. Isu sebenarnya bukan menu yang ada lauk apa, atau sayur apa.

Selagi gaji dan pendapatan keluarga tersekat di takuk lama dan tidak naik-naik sejak lama, selagi itu tekanan kenaikan harga barang dan perkhidmatan akan mencengkam keluarga.

Isu yang masih belum terjawab adalah, kenaikan harga barang semakin menjadi-jadi ditambah pula dengan bebanan dari gaji yang rendah.

Ini permasalahan ekonomi yang tidak mungkin boleh ditangani dengan pakej 'menu' makanan. Menyeragamkan menu tersebut adalah sama dengan menyeragamkan cita rasa, kehendak dan kemampuan kita. Ini tidak masuk akal sama sekali.

Malah, kalau diletakkan harga RM1 untuk sarapan atau RM3 untuk makan tengah hari sekali pun, timbul pula masalah "isi" menu berkenaan, iaitu sama ada ia berkualiti, seimbang dan berkhasiat.

Jangan permainkan harga dan kualiti makanan semata-mata mahu menunjukkan kerajaan prihatin terhadap masalah rakyat. Tolonglah jangan perbodohkan rakyat lagi.

Malah ia ibarat pemerintahan komunis yang mahukan rakyatnya bekerja dengan uniform yang sama, gaji yang sama dan makanan yang sama. Selalunya DAP yang anti-komunis dituduh komunis, sedangkan kerajaan UMNO-BN yang lebih komunis caranya melayan rakyat.

Yang rakyat mahu ialah kuasa membeli dan memilih. Justeru, fokuskan kepada masalah cukai, inflasi, kenaikan harga barang dan pertumbuhan peluang pekerjaan dan kadar upahnya.

Lebih buruk daripada jenaka Pak Pandir, kerajaan UMNO-BN menunjukkan betapa "bijak" pemerintahan mereka dengan cara memotong subsidi barang keperluan, kemudian baru sedar rakyat tertekan dek kenaikan harga barang, dan selepas itu mahu kononnya membantu rakyat dengan "menu" 1Malaysia.

Kalau alasan kerajaan menarik balik subsidi ialah kerana mahu menjimatkan perbelanjaan, bukankah peruntukan tambahan untuk menjayakan "menu" ini bererti kerajaan terpaksa membelanjakan lebih banyak wang lagi?

Bukankah lebih baik jika kerajaan tidak memotong subsidi barangan keperluan rakyat? Bukanlah lebih mudah jika kerajaan membenarkan kenaikan gaji di semua sektor untuk membolehkan rakyat mengurangkan tekanan inflasi?

Program Menu Rakyat 1Malaysia hanyalah slogan. Perut dan tubuh badan rakyat tidak akan kenyang dan sihat hanya dengan berslogan!

Panas... Panas... Panas... haha...

Posted: 12 Jul 2011 04:00 PM PDT

Bersih 2.0 dan 'Sajak Orang Kepanasan' Rendra.
Oleh: abuhikam

Perhimpunan Bersih 2.0 gagal. PM kata gagal. Media kata gagal. UMNO kata gagal. Tidak pasti apakah dunia juga mengatakan gagal. Pabila menatap TV dan akhbar, ternyata hampir benar. Dan seluruh rakyat diberitahu bahawa perhimpunan Bersih 2.0 yang dirasuk komunis dan menghakis ketuanan melayu itu gagal.

Pastinya sebahagian rakyat kecil menarik nafas panjang dan percaya sebulat-bulatnya. Dan sebahagian lagi tersenyum sumbing di sudut bibir, entah apa maknanya.

Membuka laman maya, tiba-tiba kita dikejutkan dengan potret yang berbeda dan sebaliknya. Kota Raya Kuala Lumpur digenangi manusia-manusia pelbagai bangsa dan umur dengan wajah perjuangan. Lautan manusia pemberani memenuhi lorong dan jalan-jalan kota raya.

Anihnya, kesatria Bersih 2.0 ini bisa lolos dan bertebaran pada semua lokasi, meski seluruh denai dan terowong dikepung dan disimen waja. Persis koloni semut sakti dan misteri, kesatria ini merayap dan memenuhi jalan-jalan kota raya meski di tengah-tengah ledakan asap dan air beracun.

Syabas kesatria Bersih 2.0!. Kalian terbilang. Kalian manusia perjuangan.

Bersandar puas di kerusi sambil mereguk kopi jantan, ku gapai buku'Ketika Rendra Membaca Sajak' terbitan Burung Merak Press, Jakarta Timur, buat melempias degup jantung dan adrenalin yang berkecamuk kencang di dalam dada.

Membuka halaman yang mencatat sebahagian sajak Rendra yang bertajuk 'Sajak Orang Kepanasan' yang di baca di Taman Ismail Marzuki pada Disember 1989.

Percayakah anda?. Bahawa untuk menonton Rendra membaca sajak anda harus membayar 3,000 hingga 10,000 rupiah. Mencecah 20,000 rupiah karcis di pasar gelap. Seandainya anda terlewat, anda akan bersama puluhan ribu rakyat hanya berlegar di luar dewan.

Hebatnya, rakyat sanggup membayar atau berlongo di luar dewan, hanya untuk bereksperesi bersama Rendra Si Burung Merak. Bersama Rendra untuk berbicara tentang ketidakadilan masyarakat bargouis, berbicara tentang pemerintah yang tirani, berbicara tentang korupsi,nepotisma, berbicara tentang penindasan keatas masyarakat marhaen dan petani miskin. Berbicara tentang perjuangan rakyat kecil.

Perhatikan sebahagian bait-bait sajak ini;

Kerana kami tidak bisa memilih

Dan kamu bebas berencana

.........................................

Kerana kami cuma bersandal

Dan kamu bisa memakai senapan

.........................................

Kerana kami harus sopan

Dan kamu punya penjara

............................................

Maka TIDAK dan TIDAK kepadamu


Perjuangan rakyat kecil Indonesia menjadi sia-sia di ujung senapang pemerintah. Ada yang dihabisi di lapangan dan ada yang disembunyikan dalam sel-sel pengap di ujung dunia. Perlawanan rakyat seakan-akan menentang raksaksa berapi yang punya seribu tangan waja bersengat racun berbisa.

Tapi rakyat kecil tetap bangkit dan melawan persis arus sungai, meski kecederaan dan luka-luka nan parah.


Kerana kami arus kali

Dan kamu batu tanpa hati

Maka air akan mengikis batu

Sejarah Indonesia mencatatkan, pemerintah yang bagai raksaksa itu akhirnya rebah ke bumi tempat rakyat sujud mengadu dan memohon pertolongan tuhan.

Kesedaran adalah matahari

kesabaran adalah bumi

keberanian adalah cakrawala

Dan perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata

Selamat Jalan Rendra!

Kami masih punya A.Samad Said

Kami masih punya Dinsman

Kami masih punya kesatria bangsa!. "

Tiada ulasan: