PERAKITE |
- SUHAKAM nafi kenyataan Tiong Lai
- Provokator terus persenda kerajaan negeri Pulau Pinang: Polis mulai berang
- Cadangan tukar nama MPKK ke Tebing Lam Sayong ?
- gelang penuh berlian jacob n co?
SUHAKAM nafi kenyataan Tiong Lai Posted: 13 Jul 2011 09:12 AM PDT Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menafikan sekeras-kerasnya kenyataan tidak berasas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang menafikan tindakan kekerasan pihak polis ketika menyuraikan perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Sabtu lepas. Sebaliknya, Suhakam turut melihat sendiri penggunaan kekerasan melampau pihak polis terhadap para peserta, apabila Suhakam dengan 35 orang pegawainya turut memantau perhimpunan tersebut. Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah menegaskan, malah beliau sendiri yang turut turun ke perhimpunan itu bagi melakukan pemantauan turut melihat dengan jelas tindakan kekerasan pihak polis terhadap para peserta termasuk di lokasi yang dinafikan oleh Tiong Lai. Menurut beliau, kenyataan Menteri Kesihatan yang mengatakan polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin di Jalan Pudu ketika menyuraikan perhimpunan itu tidak benar. "Sebenarnya, pihak polis memang menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin. Saya sendiri telah lihat tindakan polis itu. "Saya sendiri juga turut melihat tindakan kekerasan yang dilakukan polis semasa menangkap peserta. Cara yang dilakukan polis untuk menangani peserta perhimpunan adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab, satu pencabulan, satu penyalahgunaan kuasa dan ia bertentangan dengan hak asasi manusia," katanya. Beliau berkata demikian pada sesi dialog sempena penyerahan memorandum oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia mengenai tindakan penggunaan kekerasan melampau pihak polis terhadap para peserta perhimpunan aman Bersih 2.0 di pejabat Suhakam, di sini, semalam. Menurutnya, tindakan polis menangkap peserta dan menempatkan mereka di Balai Polis Jinjang dan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) juga, merupakan satu pencabulan undang-undang. "Mereka (polis) telah merancang untuk menahan mereka, tetapi ia sekadar penahanan sahaja bukan untuk diambil keterangan. "Kita tidak boleh terima tindakan begitu dalam negara yang dikatakan negara maju, polis telah aniaya mereka dengan menggunakan kekerasan, peserta ditangkap, digari kemudian diarahkan menaiki trak dengan tangan di belakang," ujarnya. Sehubungan itu, beliau menggesa semua mangsa supaya tampil ke depan dan mengemukakan aduan secara terus supaya pihak Suhakam boleh memperkukuhkan bahan bukti yang diperolehi. Pada 11 Julai lalu, Menteri Kesihatan seperti yang dilaporkan media berkata, polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu. | ||||||||||
Provokator terus persenda kerajaan negeri Pulau Pinang: Polis mulai berang Posted: 12 Jul 2011 06:39 PM PDT Polis Pulau Pinang berang dengan tindakan biadap dan keterlaluan pihak tidak bertanggungjawab meninggalkan beg kononnya bom tetapi sebaliknya mengandungi anak babi, biawak dan itik hitam di Komtar, Georgetown. Ini merupakan siri terbaru yang dilakukan oleh puak tidak bertanggungjawab dalam mempersendakan kerajaan negeri Pulau Pinang, khususnya. Dalam kejadian petang semalam, Polis mengarahkan mengosongkan bangunan itu ekoran panggilan telefon mendakwa ada bom. Hasil siasatan menjumpai tiga beg mengandungi seekor anak babi, biawak dan itik hitam ditemui di depan pintu lif. Beg berwarna biru, hitam dan merah itu ditemui ditinggalkan di depan pintu lif di tingkat tiga bangunan yang menempatkan pejabat kerajaan termasuk Pejabat Ketua Menteri. Marah dengan perkara berkenaan, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayob Yaakob berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu. "Ini kerja gila dan kita akan siasat. Ini perbuatan tidak bertanggungjawab dan boleh mengundang padah. Saya bagi amaran kepada semua, jangan main-main. Ini sudah melampau," katanya ketika dihubungi. Mengulas kejadian itu, Ayub berkata polis menerima panggilan ancaman bom kira-kira pukul 4 petang. Susulan itu polis mengosongkan Komtar dan sepasukan Unit Pengesan Bom dan Unit Anjing Pengesan K9 dihantar ke situ. Polis menemui tiga beg yang dalam keadaan mencurigakan, namun apabila dibuka masing-masing mengandungi tiga ekor anak haiwan terbabit. Ayub berkata usaha mengesan pelaku sedang dibuat termasuk menerusi rakaman kamera litar tertutup. Kejadian itu dipercayai dilakukan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan pemimpin kerajaan negeri berdasarkan tag nama mereka yang diikat pada beg terbabit. | ||||||||||
Cadangan tukar nama MPKK ke Tebing Lam Sayong ? Posted: 12 Jul 2011 05:29 PM PDT | ||||||||||
gelang penuh berlian jacob n co? Posted: 12 Jul 2011 04:36 PM PDT Beberapa blog memuat naik foto sebentuk cincin permata berlian Rosmah Mansor bernilai RM24 juta. Itu baru satu bentuk cincin. Tengok pulak yang ni.. bangle berlian ni.. juga dari Jacob n Co. Sapa dia Jacob n co ini?Nah ini gelangnya lak?
cuba google 'jacob the jeweler' saper-saper deme ni? saper tahu rege gelang ni habak mai.. bukan gelang besi berani macam penyanyi yang suam-suam kuku tu jual? |
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan