Isnin, 11 Julai 2011

shalehudin

shalehudin


Jilat tak kena gaya, KANTOI... kahkahkah...

Posted: 11 Jul 2011 09:00 AM PDT

Pemuda Amal kecam akhbar ubah suai gambar
Khairil Abdul Rahim


TEMERLOH, 11 Julai: Seorang Pemuda Amal PAS kawasan ini mengecam tindakan sebuah akhbar harian semalam yang menyiarkan gambarnya dengan imej "pemuda bertopeng" semasa perhimpunan Bersih Sabtu lalu yang telah diubah suai bagi menggambarkan keganasan.

(Gambar yang disiarkan oleh sebuah akhbar yang tidak membayangkan hal sebenarnya dan membuat dakwaan palsu iaitu memegang pisau padahal bendera Malaysia sebenarnya.)

Sebaliknya beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Ajak, berkata tangannya memegang bendera jalur gemilang bukannya pisau sebagaimana mahu digambarkan akhbar berkenaan.

Serentak dengan itu, beliau yang menganggap akhbar kawalan Umno itu berniat jahat dan menipu rakyat negara ini menggesa jurufoto yang menggambil gambarnya itu menyiarkan gambar yang sebenar atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

"Saya turun ke Kuala Lumpur sebagai anggota Amal PAS yang mengawal keselamatan dan saya berada di hadapan Maybank bersama puluhan ribu rakyat ketika itu dan saya berada di depan sekali. Antara pimpinan yang ada ialah Dr Mohamad Hatta Ramli.

"Pada masa itu Polis Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan gas pemedih mata. Bagi mengawal pemimpin, saya sempat mengutip kelongsong gas yang masih berasap itu lalu membalingnya ke atas rumput bukannya ke arah polis," ujarnya.

Tambahnya, gambar yang masih disiarkan akhbar berkenaan seolah-olah memegang pisau dan membaling batu sedangkan beliau memegang bendera jalur gemilang dan membaling kelongsong gas kosong ke tepi.

Katanya, anggota Amal diajar dengan disiplin yang tinggi dan jika beliau memiliki pisau sudah lama ditangkap polis kerana perjalanan dari Pahang ke Kuala Lumpur terpaksa menempuh banyak sekatan polis.
(Gambar sebenar Ajak dengan bendera Malaysia yang dikatakan pisau oleh akhbar berkenaan disiarkan oleh sebuah akhbar bahasa Inggeris hari ini. Akhbar itu mahu buktikan ia gambar sebenar dalam demo itu bukannya gambar luar negara tetapi berikan bukti untuk Ajak menyaman akhbar bahasa Malaysia itu)

"Malangnya gambar tersebut telah diubah suai dengan niat jahat, menipu dan mengaibkan peserta himpunan menuntut pembaikan proses pilihan raya itu.

"Kenapa keluar gambar saya seorang, mana puluhan ribu lagi rakyat yang berarak dari Jalan Pudu hingga ke Maybank itu? Saya cabar akhbar itu siarkan gambar sebenar," katanya.

Mengenai pemakaian topeng, beliau berkata itu bagi mengelakkan terhidu gas berasid yang boleh memudaratkan kerana beliau sudah bepengalaman acap kali menyertai demonstrasi.

Dalam pada itu beliau sedang berbincang dengan seorang peguam terkenal di sini bagi membawa kesnya itu ke mahkamah kerana beliau sudah mula menjadi tumpuan umum akibat gambar yang mengaibkannya disiarkan secara berleluasa.

Tak payah laah... kahkahkah...

Posted: 11 Jul 2011 08:45 AM PDT

SIAPA YANG MALU?

WOIT... TAK PAYAHLAAH

RIZAL Abd. Rahman (duduk, dua dari kiri) bersama pelajar-pelajar Malaysia di Jakarta yang menentang tindakan penganjuran demonstrasi jalanan anjuran Bersih.

PELAJAR MALAYSIA DI INDONESIA KUTUK PERHIMPUNAN HARAM BERSIH - meloya

JAKARTA 10 Julai - Sekumpulan pelajar Malaysia yang sedang menuntut di beberapa universiti di sini mengutuk sekeras-kerasnya penganjuran perhimpunan haram oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) semalam.

Menurut mereka, demonstrasi di Kuala Lumpur sebagai menuntut sebuah pilihan raya umum yang telus dan adil disifatkan sebagai perkara yang memalukan.

Bahkan, demonstrasi jalanan itu hanya menggadaikan nama baik negara demi kepentingan peribadi sesetengah pihak.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... TAK PAYAHLAAA....kah kah kah..

woit... SETAKAT 13 ORANG ITU ... JAWATAN KUASA BERSIH LEBIH RAMAI LAGI... kah kah kah..

kah kah kah...SETAKAT BUKA DUA MEJA... TAK PAYAH LAAA.... kah kah kah..

kah kah kah..BERSIH BUKA MEJA UNTUK LEPAK LEPAS METING SAJE DAH 20 MEJA...kah kah kah..

kah kah kah..INI BELUM DEMO LAGI..... kah kah kah..

kah kah kah...DI INDON PELAJAR MALAYSIA PALING RAMAI.... kah kah kah

kah kah kah...ADA PULUHAN RIBU PELAJAR MALAYSIA DI INDON.... kah kah kah..

kah kah kah...TAK KAN TAK ADA 15000...OPSSS 15 EKOR.... kah kah kah...

kah kah kah... INILAH YANG MEMALUKAN.... kah kah kah..

woit... SETAKAT 13 EKOR INI...PERGI PA CHU CHING SAJE... kah kah kah

kah kah kah...TAK PUN PERGI CHAK WOW.... kah kah kah..

nota:
kalau tak tahu pa chu chung dan chak wow
jangan baca tukar tiub
kah kah kah

(Bro: TT)

Buang parti ketepi, hayati video ini....

Posted: 11 Jul 2011 06:47 AM PDT

Apa dah jadi ngan Umno ni? Haha...

Posted: 11 Jul 2011 05:52 AM PDT

Apa dah jadi ngan Umno ni? Mana dia pendekar pendekar alam maya diaorang yang kononnya hebat hebat sangat tu? Sepatutnya, time la ni lah media penjilat Umno ambik kesempatan hentam bersih betoi betoi. Dah dok kata sangat Bersih tu ganas, tunjukkan lah keganasan peserta himpunan Bersih tu kat Polis? Kalau dah sampai dapat cekup ngan parang dan molotov cocktail masa sebelum Bersih, awat tak tunjuk gambaq atau video ka tang mana parang panjang dan molotov cocktail yang terlepaih dan diletupkan?

Yang depa tau, dok pertahan Polis tak buat ganas ngan penyokong Bersih. Yang depa dok kalut tengok, luku kepala Anwar ngan Mat Sabu... haha...

Ni kisah Mat Sabu kena hentam ngan trak Polis ni apa hal pulak? Ada ka sesapa yang nak tuduh Mat Sabu cederakan diri dia sendiri ka?

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini mendakwa polis menggunakan trak merempuh motosikal yang diboncengnya ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 kelmarin. Mohamad berkata, ketika dalam perjalanan dari Masjid Negara, tiba-tiba sebuah Land Rover merempuhnya.

Ketika itu, tambahnya, beliau tidak tahu bahawa kenderaan itu dipandu pihak polis. Mohamad berkata lagi, setelah terjatuh di jalan, beliau dan penunggang motosikal itu dibawa dengan Land Rover itu ke klinik di Jinjang sebelum kes itu dirujuk ke hospital.- http://shalehudin.blogspot.com/

BERSIH tu menatang apa...

Posted: 11 Jul 2011 04:06 AM PDT

Pendedahan Situasi Sebenar Perhimpunan Bersih 2.0
Oleh: solihinzubir

Apa itu BERSIH 2.0?

BERSIH adalah singkatan daripada Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil. BERSIH bukannya sebuah parti politik yang akan bertanding dalam pilihanraya. BERSIH hanya ingin menuntut proses pilihanraya yang adil.

BERSIH merupakan badan bebas dan tidak mewakili mana-mana parti politik. BERSIH tidak peduli siapa yang menang dalam pilihanraya, asalkan ia dijalankan secara adil, saksama, telus dan menurut lunas perlembagaan. Secara logiknya, orang yang berprinsip sepatutnya menyokong 8 tuntutan tersebut, samada dari pihak parti pemerintah mahupun di pihak parti pembangkang.

Kenapa Ambiga?

Ramai yang mempersoalkan kenapa Datuk Ambiga dipilih sebagai pengerusi Bersih sedangkan dia pernah terlibat dengan isu murtad Lina Joy. Sehingga ada yang mendesak Ambiga dilucutkan kerakyatan.

Nak tanya.. Adakah jika kita menyokong BERSIH, bermakna kita menyokong akidah Ambiga? Iran menentang US. Adakah menyokong Iran bermakna kita menyokong dasar syiah mereka yang sesat? Adakah kita menyokong kelab bola sepak Manchester United bermaksud kita menyokong akidah player MU yang kafir itu?

Kita hanya menyokong Ambiga menuntut pilihanraya adil. Jika orang bukan Islam pun mahukan keadilan, adakah kita sebagai umat Islam hanya mahu jadi tunggul dan rela dipijak serta ditindas pemerintah zalim? Malu la sikit.

Kenapa perlu adakan perhimpunan untuk serah memorandum?

Memang boleh jika mahu terus menyerahkan memorandum kepada Sultan secara individu. Tetapi, pasti akan ada pihak yang mengatakan itu adalah tuntutan bermotifkan peribadi. Jika mengumpulkan rakyat dalam satu perhimpunan dan perarakan menyerah memorandum tersebut, impaknya lebih besar. Kebangkitan rakyat juga dapat dilihat sekaligus memberi tekanan kepada pemerintah untuk melaksanakan tuntutan tersebut. Selain itu dapat memberi amaran kepada orang ramai jika tidak mahu situasi tersebut berulang, haruslah turut sama menyokong tuntutan BERSIH itu agar dilaksanakan segera. Bukannya memaki hamun.

Perhimpunan aman menjadi huru-hara

Pada mulanya, perhimpunan BERSIH berjaya dijalankan dengan aman. Rakyat berarak dengan penuh disiplin tinggi. Tidak ada kerosakan, keganasan dan rusuhan yang berlaku seperti digembar-gembur media. Tidak ada yang membaling objek atau batu, dan tidak ada siapa pun yang mencetuskan provokasi. Akan tetapi, pencetus ketegangan dan huru-hara yang sebenar adalah pihak polis dan FRU, bukannya rakyat. Ramai yang ditangkap walaupun mereka belum berhimpun.

Apabila rakyat berjaya berhimpun secara aman dan hanya melaungkan slogan, mereka ditembak dengan gas pemedih mata dan dimandikan dengan water canon. Sekaligus membuatkan perhimpunan menjadi kucar kacir. Semestinya mereka terpaksa lari mencari perlindungan. Kemudian, mereka dikejar, ditangkap dan dipukul tanpa belas kasihan. Dan paling menyedihkan, ada yang meninggal dunia akibat sesak nafas kerana bom asap. Inilah punca sebenar keadaan menjadi tegang. Sedangkan kalau dibiarkan, rusuhan tidak akan berlaku.

Walaupun Yang di-Pertuan Agong perkenan menerima memorandum tersebut, tapi usaha itu dihalang oleh pihak berkuasa. Siapa yang derhaka pada Sultan sebenarnya? Kasihan polis dan FRU yang terpaksa bertindak mengikut arahan pemerintah zalim. Terima kasih kepada sebahagian polis yang masih berhati perut.

Jalan Sesak / Peniaga Rugi Besar

Semua nak salahkan jalan sesak sebab BERSIH. Yang sebenarnya, jalan sesak sebab polis buat roadblock, tutup jalan-jalan utama. Perjalanan LRT juga dihalang. Sama juga dengan rungutan peniaga yang mengadu mengalami kerugian. Kalau jalan tak ditutup, mesti hasil jualan melambung dek puluhan ribu penyokong BERSIH yang lapar dan dahaga. Adakah semua peserta demonstrasi membawa bekal nasi goreng? Sangat tidak logik mahu mengatakan peniaga rugi besar disebabkan lautan manusia memenuhi ibu kota. Pintu-pintu masjid pula dikunci sebab apa? Hingga orang ramai terpaksa solat di merata-rata. Mujur bumi Allah itu luas. Kewajipan tetap dilaksanakan.

Media Propaganda Putar Belit

Jika dilihat di berita TV3 suku dan akhbar pro-kerajaan, jumlah yang dilaporkan menyertai perhimpunan tersebut hanya sekitar 5 ribu orang sahaja. Tujuannya mahu membuktikan usaha kerajaan menghalang rakyat menyertai perhimpunan tersebut membuahkan hasil. Pujian melambung diberikan kepada pihak polis dan FRU yang kononnya dapat mengawal keadaan dengan penuh etika.

Hakikatnya? Perhimpunan tersebut berjaya mengumpul lebih 50,000 rakyat walaupun pelbagai sekatan, rancangan dan fitnah menggagalkannya dilakukan. Sakitnya hati bila melihat liputan media propaganda dan komen-komen pencacai yang sentiasa memutarbelit dan meracun fikiran rakyat yang tidak mahu ambil tahu hal sebenar dan hanya menyokong membabi buta. Sangat kasihan.

Semangat Juang Rakyat

BERSIH 2.0 berjaya dilaksanakan walaupun dihimpit dengan pelbagai halangan termasuk rampasan baju-baju kuning, ugutan daripada pihak polis dan dolak dalik pemerintah yang sekejap mahu beri permit, sekejap tidak. Provokasi daripada Perkasa, Patriot dan Pertubuhan Silat Lincah juga tidak melunturkan semangat. Sedangkan mereka-mereka itu yang lantang bersuara kononnya mahu duduk di barisan hadapan untuk menentang BERSIH, tapi langsung tidak kelihatan ketika hari perhimpunan. Manakala Patriot pula hanya mampu mengumpul sekitar 300 orang sahaja. Itupun terpaksa berlindung di belakang FRU?

Kesian bangsa Umno, jadi tempelan ja... hihi...

Posted: 11 Jul 2011 02:00 AM PDT

UMNO bersendirian dalam perhimpunan.
Oleh: farzu

Kuala Lumpur 9 Julai 2011 telah menyaksikan satu perhimpunan yang amat besar dengan tekanan dan ugutan. Perhimpunan berjaya juga dianjurkan. Tepat 2.00 petang berduyun-duyun manusia yang ingin menuntut keadilan dalam piliharaya berhimpun. Ramai dari mereka terkandas atau dihalang untuk menyertai perhimpunan tersebut tetapi tidak sedikit pun merapuhkan semangat. Banyak lokasi disekat dan dikepung bagi menghalang ribuan manusia yang ingin bersama dalam perhimpunan yang sangat bersejarah ini.

Bukit Bintang pula menyaksikan satu kumpulan manusia yang berpakaian merah dengan terpampang di dada PATRIOT, mereka bergerak dengan lingkungan 100 orang sahaja.Mereka dibekalkan pakaian, makanan, minuman dan sedikit imbuhan bagi menjayakan perhimpunan. Dalam kelompok yang sedikit berbanding lain-lain kumpulan ternyata hanya golongan yang bernama UMNO sahaja yang berada di dalam kumpulan tersebut. Kesian pulak bila dilihat sebelum ini mereka bersama-sama membentuk sebuah kerajaan di dalam BN tetapi bila memperjuangkan sesuatu isu hanya UMNO sendirian. Jika dilihat sekali lalu UMNO hanyalah sebagai tunggangan di dalam BN. UMNO digunakan hanya untuk BN memerintah. Maka terbuktilah UMNO tidak disenangi oleh lain-lain kaum di dalam BN.

Kesian bila dikenangkan sebuah parti kononnya mempunyai kedudukkan dalam sebuah kerajaan tetapi tidak mendapat sokongan dari mana-mana parti gabungannya. UMNO sepatutnya merasakan perkara ini amat malang, janganlah sekadar menjadi tunggang kepada parti-parti yang berada di dalam BN. Jika parti-parti di dalam BN ikhlas, sudah semestinya mereka bersama-sama dalam apa jua keadaan. Mungkinkah hanya menentukan kekuasaan UMNO sanggup ditunggangi?

Selain itu wira-wira Perkasa sebelum ini begitu gah telah menikus, mereka hilang entah ke mana. Ulu balang pula tak kelihatan sebelum ini mereka begitu gagah dengan jumlah keahlian. Akhirnya mereka cuma mampu muncul di dalam kaca-kaca televisyen. Inilah nilai perjuangan mereka, mereka akan bergerak hanya dengan adanya habuan.

Di sebelah pihak pula perhimpunan yang dihadiri hampir 100 ribu manusia, dipenuhi oleh pelbagai lapisan masyarakat. Perbezaan agama, kaum dan parti langsung tidak menjadi halangan. Mereka bergabung bagi menuntut hak-hak yang telah dinafikan. Mereka terus bergerak meskipun mereka terus dihalang dengan pelbagai provokasi, ugutan, tembakkan gas pemedih mata dan air kimia. Perhimpunan itu terus berjaya dengan sambutan dari segenap penduduk ibukota yang ingin melihat Malaysia bergerak dalam keadaan demokrasi yang adil.

Rakyat Malaysia seharusnya lebih celik kepada hak-hak mereka dan jangan terbelenggu sebaran media massa yang begitu berat sebelah. Mereka harus bangkit menyatakan hak dan menuntut keadilan untuk anak-anak dan pewaris yang akan datang. Fikir-fikirkanlah agar minda kita terus dipacu oleh pemikiran yang bebas. Semoga perjuangan ini akan membuka hati semua rakyat Malaysia.

Tolong kira sat berapa orang... haha...

Posted: 11 Jul 2011 01:00 AM PDT

Jumlah Peserta Bersih

Utusan kata – 6,000 orang saja... haha... kalkulator rosak kot...
Berita Harian – sejumlah kecik ja, sah... sekolah tak dan habih...
H Metro – Bersih tak berjaya kerana kawalan ketat Polis... sah kaki ponteng sekolah...
PDRM – 5,000 - 6,000 orang saja... haha... tapi depa tangkap saja dah 1,000 orang lebih..
Tapi Al-Jazeera – 100,000 orang... sah, Al-Jazeera pembohong pasai gambar di bawah ni menunjukkan hanya sekitar 360 orang ja... kahkahkah...

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
NEGARA DIKTATOR…
Najib bukan sahaja bersifat rasis tetapi juga tidak langsung melihat keperluan merombak proses pilihan raya negara ini yang banyak menguntungkan pemerintah selama ini.

Perdana Menteri dan sepupunya Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein juga mempamerkan kesanggupan luar biasa menggunakan polis untuk menangkap orang awam di atas sebab-sebab dangkal yang mirip sebuah negara diktaktor.

Walaupun mencanang dirinya sebagai adil dan berjiwa rakyat, BERSIH membuktikan Najib tidak akan teragak-agak menggunakan kuasa eksekutifnya untuk menumpaskan sesiapa yang dianggap sebagai musuh politik Umno. Dalam konteks Himpunan BERSIH, beliau melihat tokoh-tokoh seperti Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, Ambiga dan Presiden Jamah Islah Malaysia Zaid Kamaruddin sebagai musuh politiknya.

Semua mereka adalah aktivis berhemah tinggi, mempunyai kewibawaan dan keikhlasan mendokong agenda murni iaitu berjuang untuk proses pilihanraya yang lebih baik.

Kenapa agenda begitu digeruni oleh Umno dan Najib?

Inilah persoalan yang berlegar di minda rakyat sebelum dan pada 9 Julai , dan terus akan berlegar pada hari-hari menjelang pilihan raya umum ke 13.

Kebingkasan kerajaan mengeluarkan segala senjata yang ada padanya (media, khutbah jumaat, polis, mahkamah, pendaftar pertubuhan,) untuk menumpaskan BERSIH 2.0 menimbulkan banyak tanda tanya mengenai kepemimpinan Najib, khususnya bersabit keikhlasan beliau. …Malaysiakini

Best betoi la video nih...

Posted: 10 Jul 2011 11:00 PM PDT

Hari kebangkitan rakyat Malaysia tanpa mengira ras dan agama....
Demi satu cita cita, menginginkan satu pilihanraya yang adil dan telus...
Demi sebuah negara yang benar benar mewakili harapan anak bangsa...

Budak budak bukan pandai bohong... kahkahkah...

Posted: 10 Jul 2011 09:00 PM PDT

Tengok saja muka PM najib terus menangis budak di sebelah kiri tu…dia tak sanggup tengok muka Najib PM di depannya…samalah dengan seorang lagi budak yang PM tengah dukung tu…bila dia tengok je yang dukungnya itu ialah Najib PM terus je nak terjun turun…meluat betul dia kat Najib..kecil2 lagi dah pandai benci kat PM najib… (Pinkturtle)

Hampa jangan harap gambaq ni keluar TV3 suku

Posted: 10 Jul 2011 08:00 PM PDT

Ca tengok budak budak BERSIH 2.0 tuh....
Depa dok duduk saja masa depa ditembak dengan gas pemedih mata...
Dah tu baru Polis bodek mana tah yang pi tendang budak tu sampai terduduk...
Polis tu ketua bangsa Umno cawangan taman dia kot...
Atau Najib tu pak penakan dia... kahkahkah...
Or... memang Polis Malaysia camtu...
Kena pukui orang time orang tak melawan...

Kalau la depa tak ketegaq noo... haha...

Posted: 10 Jul 2011 07:00 PM PDT

Haha... Umno woii, korang suka tak suka ka, korang iktiraf tak iktiraf ka... BERSIH 2.0 sebenarnya telah berjaya dalam mencapai matlamat mereka. Depa nak suara rakyat yang inginkan pilihanraya yang bebas lagi adil didengari dunia tercapai...

Aku kagum dan tabik 100 kali buat para demonstran BERSIH 2.0 yang berjaya melepasi sekatan polis yang begitu mencengkam seluruh kotaraya Kuala Lumpur, pertama kali dalam sejarah negara. Dalam waktu amaran polis dan pimpinan Umno/BN sebelum tarikh ini bertubi-tubi.... mereka semua telah berjaya kuatkan semangat dan tekad untuk bersuara. Kekangan Polis bagai tak diendahkan, gertakan mereka tak berkudis pun...

Betul macam Pak Samad kata, India, Cina, Melayu, tua, muda, bahkan berkeluarga bersatu demi satu tujuan. Orang orang Sabah dan Sarawak juga, bersatu hati membuktikan kuasa rakyat lebih kuat dari kuasa polis. Ugutan saja tak boleh leburkan tekad mereka. Sekatan, serbuan dan gas pemedih mata adalah kecik sangat di mata kebangkitan rakyat yang sedar.

Terfikir jugak aku, kalau lah pemimpin Umno dan polis tak ketegaq dan dengaq nasihat Agung dengan mengizinkan perhimnpunan aman di Stadium, tak lah Umno dan polis dimalukan sebegini rupa. Tak lah dunia menjadi saksi Najib dan konco konconya sorokkan pilihanraya negara yang penuh dengan kecacatan dan penyelewengan untuk meneruskan talian hayat depa.- http://shalehudin.blogspot.com/

Gagahnya Polis kita berdepan rakyat tak bersenjata

Posted: 10 Jul 2011 06:00 PM PDT

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
"Hindarilah doa orang yang di zalimi, kerana sesungguhnya tidak ada antara doa nya itu dengan Allah SWT hijab yang mendindingi". H.R. Tirmizi. Di dalam Musnad Imam Ahmad dan Abu Ya'la dan Dhiya AL-Maqdisi.

"Jauhilah doa orang yang di zalimi walaupun ia seorang kafir, kerana doa nya tidak terdinding.
(Lihat Tuhfatul Ahwazi Juzu' 6 ms. 155)

Doa orang yang dizalimi sekalipun kafir atau fasiq adalah antara doa yg mudah dimakbulkan Allah. inilah yang dijelaskan oleh para ulama antaranya: Ibn Rajab al-Hanbali, Ibn Hajar al-Asqalani, Ibn Battal dalam syarah masing2 terhadap Sahih Bukhari.Maksud 'tiada hijab antara doanya dengan Allah' ialah doanya diperkenankan. Sebagaimana hadis lain menafsirkan "Doa orang yg dizalimi diperkenankan'.

Inilah demokrasi ala Malaysia... haha...

Posted: 10 Jul 2011 05:00 PM PDT

Depa tak takut...
Dan depa tak akan takut...
Menegakkan apa yang mereka fikirkan benar...
Meminta apa yang sepatutnya menjadi hak mereka sebagai rakyat merdeka...

Cinta la pulak... haha...

Posted: 10 Jul 2011 03:30 PM PDT

Menyentuh soal cinta, tentu saja cinta pada Allah s.w.t dan agama Islam anugerahnya adalah cinta yang unggul bagi semua manusia. Tapi jangan dok lupa, Tuhan juga bagi kita perasaan yang berhak kita sebagai hamba ni pergunakan sebaik mungkin. Perasaan kasih sayang dan rasa cinta umpamanya, perlulah kita bajai dan jaga dengan baik bagi pasangan kita.

Jadi bila sentuh soal cinta antara sesama pasangan ni, jangan pula kita dok lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.

Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:

1. Lupakan masa lalu

Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.

Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang

Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan

Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.

Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru

Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih

Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

6. Buat keputusan

Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.- http://shalehudin.blogspot.com/

Tiada ulasan: