AdukaTaruna |
- Gua adalah 'produk' Tun Dr. Siti Hasmah.
- Kaizen BERSIH 2.0
- BERSIH perlu dijadikan program rakyat Malaysia tahunan.
Gua adalah 'produk' Tun Dr. Siti Hasmah. Posted: 10 Jul 2011 11:25 PM PDT Oleh : AdukaTaruna Sumber maklumat program : Link 1 | Link 2 Balik kg Seremban time BERSIH itu hari, gua belek2 album gambar lama. Terjumpa plak gambar gua masa darjah 2 ke darjah 4. Lupa dah gua. Gambar ni ketika gua jadi produk Tun Siti Dr. Hasmah. Time tu sekolah pilih budak2 yang suka bertekak untuk jadi ahli parlimen. Hua3... Jangan kutuk lebih2 bai.. gua skang PEKIDA PERKASA bai.. |
Posted: 10 Jul 2011 11:02 PM PDT Oleh : AdukaTaruna Gua di sini menyeneraikan beberapa kaizen yang mungkin boleh dipertimbangkan bagi pihak penganjur, dan bagi pihak peserta. Pihak penganjur. [1] Tukar gantikan Pengerusi BERSIH setiap siri. Ianya akan membuatkan pihak musuh2 demokrasi terpaksa berbelanja untuk menukar senjata. Sebarang penukaran senjata bakal mencipta lompong2 lucu. Dan ditegaskan cadangan kami, BERSIH perlu dibuat setiap tahun bagi menghambat SPR bersama tarikh PRU. BERSIH 1.0 diarahkan PR. BERSIH 2.0 diarahkan NGO di mana Ambiga sebagai pengerusi. BERSIH 3.0 dicadangkan diarahkan mahasiswa, tetapi pengerusinya Marina Mahathir. Jika Marina Mahathir menggantikan Ambiga, gua nak baca Awang Selamat tuduh Anwar kudakan Marina Mahathir. Atau Marina Mahathir kudakan PAS. [2] Tidak merasmikan port berkumpul secara khusus. Cuma minta peserta berjalan2 di atas jalan raya sekitar pusat kepada Kuala Lumpur. Mereka akan bergabung secara sendiri dan automatik nanti. PDRM tidak ada lokasi target untuk membuat sekatan. Untuk merencanakan halangan pengangkutan awam. [3] Disebalik penjualan baju rasmi, penganjur perlu tegaskan pemakaian pengikat kepala BERSIH. Baju sukar dibawa masuk. Tetapi pengikat kepala mudah. BERSIH 2.0 menyaksikan kekurangan seri apabila tiada keseragaman dari pakaian. Boleh diatasi seandainya semua memakai pengikat kepala yang sama, walau warna kulit berbeza, warna pakaian berbeza dan stail rambut yang berbeza. [4] Pemimpin PR dan BERSIH tidak boleh hadir secara berkumpulan. Ini kerja bangang. PDRM boleh menahan pemimpin PR dengan 'sekali jala' di KL Central. Mujur Mat Sabu cerdik. Hadir berasingan. [5] Pemimpin perlu memakai pelindung siku dan lutut dalam pakaian mereka. Ini kerana PDRM menggunakan kaedah jatuh dan ikat. Mat Sabu yang menunggang motor dilanggar pajero polis dari belakang. Jatuh dan ikat. Kecuali Khairy yang mengalami SOP yang aneh; ramai pemimpin PR dan BERSIH mengalami SOP yang sama. Terkam, jatuhkan dan ikat guna cable. So, apabila dijatuhkan, pasti otak kita mengarahkan lutut / tangan atau siku untuk menampung kejatuhan. Di sinilah kecederaan berlaku. Kalau nak lagi safety, guna kavler macam Datuk T. Pihak peserta. [1] Jangan berkumpul di stesen pengangkutan awam sehingga membentuk kelompok. Berjalan2 dan bersiar2 di laluan pejalan kaki jalan raya sementara menanti gelombang terbentuk. [2] Jika sukar membawa baju BERSIH, pastikan membawa pengikat kepala BERSIH walau apa cara. Terlalu banyak dan mudah untuk di bawa tanpa dijumpai PDRM. Keseragaman adalah psikologi yang sangat baik. [3] Pastikan berwuduk menjelang waktu solat. Dan jangan bersolat di masjid jika boleh. Tinggalkan masjid tempat selamat untuk wanita. Lelaki jangan provok PDRM bagi mengambil tindakan terhadap masjid. Lihat Sinar Harian. Bagaimana peserta BERSIH bersolat di celah2 pokok bunga, ruang pejalan kaki. Ambil wuduk guna air mineral. [4] Sepanjang gua menghadiri demo di Malaysia, rakyat Malaysia tertinggal satu unit psikologi selain keseragaman pakaian. Yakni bunyi. Gua harap, peserta demo akan datang boleh menyeludup masuk alat2 bunyi seperti perlawanan bola sepak. Alatan bunyi sebegitu ramai boleh didengari sejauh 5km. Ianya memudahkan peserta lain mengesan lokasi yang sedang berkumpul. Meriah dan membakar semangat. [5] Garam sudah menjadi sebab2 ditahan. Gantikan garam dengan paket kecil ENO. Dan sorokkannya dengan baik. Sebab, kalau dah ditulis, pasti ENO pula menjadi bahan haram. [6] Jika himpunan di sekat FRU, barisan hadapan harus merapati FRU sehampir mungkin. Jangan melebihi jarak 30 meter. Ianya adalah jarak lontaran manusia bagi objek seberat bom asap. Lontarkan kembali bom asap itu kepada FRU. Jika berhampiran sungai, lontarkan ke dalam sungai. [7] Unit Amal harus ada unit medic berbasikal. Bagi memberi bantuan kecemasan pertama. Tetapkan satu standard bahasa tangan yang menunjukkan tahap kesakitan. Contoh angkat dan geleng2kan tangan seperti pemain bola liga dunia buat ketika mengalami kesakitan yang amat sangat. (Time sakit mana boleh jerit minta tolong). Jika bahasa ini dipelajari dan difahami oleh peserta, maka, asbabnya bantuan dan perhatian boleh diberikan secepat mungkin. [8] Daftarkan nama rakan yang ditahan ke JUHAM. Barisan peguam PAS. Maklumat rujuk sini : http://www.facebook.com/pages/Jabatan-Undang-Undang-Hak-Asasi-Manusia/146990755327193?sk=info Jangan takut / melawan ketika ditahan. Polis zaman Najib bagi kita makan. Jadi, marilah bersama-sama ditahan dan ditangkap. Ada kita kisah? [9] Ada nampak Nik Abduh? |
BERSIH perlu dijadikan program rakyat Malaysia tahunan. Posted: 10 Jul 2011 10:11 PM PDT Oleh : AdukaTaruna Perlu dijadikan acara tahunan. Gua berpendapat, BERSIH perlu dinaiktaraf sebagai acara tahunan rakyat Malaysia. Walau suatu hari nanti BN sudah jatuh, indeks demokrasi Malaysia berada dalam 10 terbaik. BERSIH harus menjadi satu acara tahunan wajib. Kerana,
Kita melawan dalam kerangka perlembagaan. Kerangka undang2. kerangka hak asasi manusia. Semangat profesional. Inteltual. Bertamadun. Tiada langsung unsur2 perkauman. Dengan demokrasi BERSIH lah kita boleh menjatuhkan PKR, PAS, DAP, kerajaan Kelantan, Selangor. Demokrasi BERSIH adalah hak rakyat. Senjata setiap anak cucu kita.
Selepas era BN. Walaupun selepas era BN, seandainya PKR, PAS dan DAP terlalu lama berkuasa, terlalu bebas membuat apa sahaja kerana rakyat memilih berdasarkan sentimen, bukan berdasarkan intelek; maka, tidak mustahil indeks demokrasi negara akan kembali ke zaman BN. Walaupun selepas BN, seandainya PAS, DAP dan PKR tetap mengekalkan indeks demokrasi di peringkat terbaik, maka, BERSIH masih tetap perlu wujud dalam hati sanubari rakyat. Demokrasi adalah senjata rakyat. Itu doktrin yang perlu dipertahankan. Walaupun acara BERSIH pada saat itu hanya sekadar berarak dengan kebenaran dan kerjasama PDRM yang professional, atau simbolik semburan air biasa kepada peserta, atau sekadar pesta air seperti Thailand, tetapi, fahaman demokrasi adalah senjata rakyat harus ditanamkan. Pemimpin dipilih oleh rakyat. Bukan rakyat dipilih oleh pemimpin. |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan