shalehudin |
- Ni lagi satu aku heran nih...
- Polis tak buat apa, pijak kaki bagi patah jaa...
- Hishamuddin berani ka nak jawab nih...
- Kita sudah menang...
- Tak ramai, ada la dua tiga orang... kahkahkah...
- BERSIH 2.0: Kesimpulan Dr Asri... hihi...
- Mengkagumkan, ini yang dikatakan perhimpunan aman...
- Mai tengok perut Anwar boroi ka dak...
- Hebat Pak Janggut kita... haha...
- Depa kena belajaq dari Pak Samad... haha...
- Ke Istana Negara
- Kahkahkah... dah habih wayang, kami pun blah... kahkahkah...
- Anwar cedera, 672 orang ditangkap...
- Bubar Suaram, buat apa ada kalau tak ikut...
- Ramainya baju merah 'patRIOT'...
- Gambar Anwar cedera...
- Tak ramai... ada la dua tiga orang... haha...
- Arahan... alahaiii... sedihnya
- Dr Asri puji Umno woiii... haha.. cayalah...
- Polis start tunjuk kaler depa dahhh...
- Hebat negaraku... kahkahkah...
- Pakai baju merah 'patRIOT' tak pa... haha...
- Tandas masjid pun Polis jaga... haha...
- Lagi dihalang, lagi pecah tembelang
- Benteng depa dah nak pecah dah...
Posted: 09 Jul 2011 11:00 AM PDT Apa pun aku nak salute kat Sasterawan Negara Datuk A Samad Said atau Pak Janggut yang berjaya sampai ke destinasi tanpa dicekup. Terer betoi laa... hajat dia nak letakkan seniman dipinggir kebangkitan dan kesedaran rakyat tercapai dan amat kita sanjung. Bagaimanapun, apa yang mengherankan kita bilamana Pak Samad ni mendakwa Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan untuk menerima memorandum daripada perwakilan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) hari ini tetapi dihalang oleh polis. Ewwahhh.... Polis lebih hebat dan lebih ranggi pulak!! Awat yang keraih kepala sangat ni? Sapa yang lebih tinggi sebenaqnya antara PDRM ngan Agong? Iskk... makin pelik negara ku yang tercinta nih.... |
Polis tak buat apa, pijak kaki bagi patah jaa... Posted: 09 Jul 2011 10:18 AM PDT |
Hishamuddin berani ka nak jawab nih... Posted: 09 Jul 2011 07:50 AM PDT Sayang, Bersih kali ni tak berapa berseri pasai bang Mat Sabu kita tersangkut. Bukan kata Dr Hatta tak baguih tapi syok tengok Mat Sabu berpidato dan jadi kepala perarakan... haha... tak pa lah, lain kali kita himpun lagi, baguih jugak ada Umno ni, kita boleh dok berhimpun bagi kerap sikit... haha.... Tapi apa yang membimbangkan kita telah terjadi, Polis kita yang sepatutnya membantu dalam melicinkan perhimpunan Bersih kali ini telah bertindak kasar dan tidak keterlaluan disesetengah tempat itu agak biadap dan tak berperikemanusiaan. Dakwaan demi dakwaan yang seharusnya pihak Polis jawab pada rakyat. Bagaimana pulak dengan dakwaan dari Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang mendakwa telah dilanggar kereta polis sebelum beliau ditahan dekat kawasan Masjid Negara tengah hari tadi. Dalam e-mel yang diperoleh The Malaysian Insider petang ini, Sivarasa menulis bahawa ketika kejadian Mohamad (gambar)sedang membonceng motosikal di kawasan Masjid Negara di sini untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0. Mohamad merupakan salah seorang daripada 91 individu dilarang memasuki kawasan ibu negara hari ini. Mat Sabu dikatakan membonceng motosikal menuju ke Masjid Negara kira-kira 12.30 tengah hari apabila sebuah kereta polis mengesan beliau dan dengan sengaja melanggar motosikal untuk menahan beliau. Motosikal itu jatuh. Lutut kanan beliau cedera teruk. Meskipun tidak patah, tetapi tidak boleh berjalan. (Malah) tidak boleh berdiri tanpa sokongan. Sivarasa juga berkata beliau merasakan Mohamad perlu dibawa ke hospital, bukannya diletakkan di lokap. Persoalannya, adakah ini arahan dari pihak atasan cara untuk menangkap pimpinan Pakatan Rakyat yang tersenarai dalam senarai hitam PDRM? Inikah caranya seorang pemimpin rakyat dilayan oleh pihak berkuasa kerana ianya berlainan pendapat dan ideologi dari kita? Nyata sekali, kekasaran pihak Polis akan membuatkan Umno jatuh lebih cepat dari jangkaan... Tahniah... |
Posted: 09 Jul 2011 06:47 AM PDT |
Tak ramai, ada la dua tiga orang... kahkahkah... Posted: 09 Jul 2011 06:00 AM PDT |
BERSIH 2.0: Kesimpulan Dr Asri... hihi... Posted: 09 Jul 2011 05:40 AM PDT |
Mengkagumkan, ini yang dikatakan perhimpunan aman... Posted: 09 Jul 2011 04:15 AM PDT |
Mai tengok perut Anwar boroi ka dak... Posted: 09 Jul 2011 04:10 AM PDT |
Hebat Pak Janggut kita... haha... Posted: 09 Jul 2011 02:00 AM PDT Sasterawan Negara, antara 600 penyokong Bersih tiba di Stadium Merdeka July 09, 2011 KUALA LUMPUR, 9 Julai — Di sebalik sekatan dan halangan di samping meredah hujan sekitar pukul 2 petang tadi, sekumpulan 600 penyokong Himpunan Bersih 2.0 dengan diiringi Sasterawan Negara Datuk A Samad Said tiba di kawasan Stadium Merdeka. Mereka tiba di Stadium Merdeka meskipun tidak disertai pemimpin-pemimpin kanan mereka, yang sebahagian besarnya ditahan polis sejak 12.45 tengah hari tadi. Samad merupakan antara individu yang disoal siasat kerana berucap pada majlis pelancaran Bersih 2.0 di ibu negara bulan lalu. Tinjauan mendapati kumpulan penyokong itu menghampiri kawasan Stadium Merdeka sekitar 3 petang selepas siri tembakan gas pemedih mata oleh FRU di kawasan Hentian Puduraya-Menara Maybank. Pasukan keselamatan meningkatkan tindakan mereka ke atas penyokong Bersih 2.0 sejak awal pagi tadi dan menahan lebih 500 orang setakat 1 tengah hari tadi. Meskipun pemimpin kanan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat tidak bersama mereka, dalam kumpulan kecil-kecilan, menuju ke kawasan Stadium Merdeka. Di kawasan Stadium Merdeka polis terus melepaskan gas pemedih mata selepas meminta mereka bersurai. Terdahulu ketika bercakap kepada pemberita di Hotel KL Hilton, KL Sentral, tempat pemimpin Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat berhimpun, Samad berkata golongan seniman mesti bercakap terhadap salah guna kuasa dan harus memainkan peranan di pentas utama.- TMI |
Depa kena belajaq dari Pak Samad... haha... Posted: 09 Jul 2011 01:22 AM PDT 4.10pm: Stesen LRT yang masih ditutup, menurut RapidKL - Pasar Seni, KL Sentral, Masjid Jamek dan Dang Wangi. 4.01pm: Facebook PDRM - Antara pemimpin teratas yang ditahan ialah: Mahfuz Omar - KL Central Salahuddin Ayub - KL Central Mohamad Sabu - Jalan Mahameru Fauziah Salleh - KL Central Tian Chua - KL Central S Ambiga - KL Central Hadi Awang - KL Central Azeez Rahim - Jalan Bukit Bintang |
Posted: 09 Jul 2011 01:13 AM PDT 3.50pm: Istana Negara - Sekumpulan ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 menuju ke arah istana dari Hotel Midah Hotel. Mereka sedang menunggu kelulusan pihak istana untuk menyerahkan petisyen BERSIH 2.0. 3.50pm: Pasar Seni - Pemimpin BERSIH, Wong Chin Huat, selepas membaca lapan tuntutan BERSIH 2.0, meminta orang ramai bersurai. Orang ramai mula bersurai secara aman tetapi ada yang masih melaungkan 'Reformasi' dan 'Bersih' di bawah stesen LRT Pasar Seni. Polis bertindak dengan menembak gas pemedih mata ke arah mereka. 3.38pm: Pudu - 2,000 orang kini di Pudu selepas dinafikan laluan selamat yang didakwa dijanjikan sebelum ini menuju ke Jalan Sultan. Polis anti rusuhan terus melepaskan meraim air dan gas pemedih mata kepada mereka yang cuba mendapatkan perlindungan di Hospital Tung Shin.- Malaysiakini |
Kahkahkah... dah habih wayang, kami pun blah... kahkahkah... Posted: 09 Jul 2011 01:00 AM PDT LAPORAN LANGSUNG: - Malaysiakini 3.22pm: Bukit Bintang - 300 penyokong Pemuda Umno di Jalan Bukit Bintang di depan Hotel Federal mula bersurai selepas mengadakan rundingan dengan pihak polis. Sambil mendakwa telah mencapai kemenangan moral - walaupun hanya mampu bergerak 200 meter sepanjang Jalan Bukit Bintang - masih jauh dari destinasi mereka di Stadium Merdeka - Exco Pemuda Umno, Megat Omardin berkata mesej mereka sudah disampaikan. Katanya mereka telah datang dan telah mencapai tujuan mereka, diikuti dengan pembacaan doa. Kemudian, Ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Arman Azha memberitahuMalaysiakini bahawa exco Pemuda, Lokman Noor Adam serta 20 lagi ahli mereka telah ditangkap. 3:20pm: Pudu - Orang ramai mula berarak dari Pudu ke arah Jalan Sultan, sambil mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana memberi mereka laluan selamat. Kumpulan seramai 2,000 orang itu, juga menyanyi Negaraku ketika berjalan. 3.15pm: Pudu - Polis bersetuju memberi laluan selamat kepada ribuan penunjuk perasaan yang berkumpul di Pudu sehingga Jalan Sultan dengan syarat mereka hanya menggunakan separuh jalan dan berarak secara aman. Persetujuan dicapai selepas ahli parlimen Pakatan Rakyat, R Sivarasa dan Ngeh Khoo Ham berunding dengan pihak polis. |
Anwar cedera, 672 orang ditangkap... Posted: 09 Jul 2011 12:40 AM PDT 3.10pm: Facebook PDRM Facebook - Jumlah yang ditangkap setakat jam 2.30 petang tadi adalah 672 orang. 3.00pm: TV Selangor melaporkan laman webnya digodam. Bagaimanapun ia masih bersiaran menerusi alamat www.itv.com/tv_channels/p5577 dan alamat pintas www.itv.com. Video perarakan perhimpunan BERSIH 2.0 ke Stadium Merdeka yang sedang berlaku boleh ditonton menerusi www.intisari tvsnews.blogspot.com 2.57pm: Bukit Bintang - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ditangkap ketika sedang membersihkan matanya ketika gas pemedih mata dilepaskan, di sebuah pondok yang terletak kira-kira 100 meter dari benteng FRU. Meriam air dan gas pemedih mata juga ditembak ke arah baki penyokong Pemuda Umno, menyebabkan mereka berundur 50m dari tempat asal mereka. Kumpulan itu tinggal kira-kira 200 orang.2.55pm: Bukit Bintang - Kira-kira tiga orang ditangkap apabila penyokong Pemuda Umno cuba melepasi benteng anggota FRU, menyebabkan berlaku pergelutan dan gas pemedih mata dilepaskan. 2:50: KL Sentral - Naib presiden PKR, N Surendran memberitahu Malaysiakini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdarah di kepala dan mencederakan di lutut. 2.48pm: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ditahan. 2:45pm: KL Sentral - Datuk Seri Anwar Ibrahim tweet bahawa dia mengalami kecederaan dan dua anak perempuannya - Nurul Izzah dan Nurul Hana - juga telah ditahan. Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga mengesahkan beliau telah ditangkap. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut ditangkap. 2.43pm: KL Sentral - Huru hara berlaku di sini apabila polis melepaskan gas pemedih mata di kawasan tertutup. Penyokong BERSIH cuba melarikan diri dari stesen itu melalui Brickfields. Tembakan gas pemedih mata itu memaksa orang ramai bertempiaran ke dalam stesen. Wartawan di luar KL Sentral juga dilarang memasuki kawasan itu dan menyukarkan tugas mereka bagi mengesahkan keadaan sebenar situasi. Beberapa pemimpin Pakatan termasuk MP Batu Tian Chua, MP Pantai Dalam MP Nurul Izzah Anwar, MP Kuala Selangor Dzukefly Ahmad, dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga disahkan telah ditangkap. 2:41pm: Facebook PDRM: Sehingga jam 2 petang, 644 ditahan - 597 lelaki dan 47 wanita. 2:40pm: Puduraya - Orang ramai berpecah kepada kumpulan yang lebih kecil. Mereka percaya akan mengambil laluan yang berasingan menuju ke Stadium Merdeka. 2:35pm: Bukit Bintang - kumpulan Pemuda Umno berhenti di hadapan Hotel Royale Bintang di mana mereka berjalan menuju ke arah satu lagi kumpulan BERSIH di persimpangan Jalan Pudu-Bukit Bintang. 2.30pm: Puduraya - Orang ramai yang berjumlah tidak kurang 10,000 itu kini mula berkumpul semula dan dipimpin oleh oleh pemimpin PAS Dr Hatta Ramli dan pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin. Mereka juga sedang menuju ke pusat bandar. Polis dilaporkan terus melepaskan gas pemedih mata bagi memaksa orang ramai supaya bersurai. 2.30pm: Brickfields - Penyokong Pakatan Rakyat dan BERSIH 2.0 berjaya keluar dari KL Sentral yang sebelum ini dikepung oleh polis dan menuju ke Jalan Tun Sambanthan dimana mereka disertai oleh kira-kira 1,000 lagi penyokong. Ketua BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Kit Siang dan beberapa lagi dilihat berada bersama penyokong mereka. Dalam perjalanan menuju pusat bandar beberapa tong gas pemedih mata dilepaskan ke arah mereka. Ambiga dan seorang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah kemudiannya dilapor juga ditangkap. 2:20pm: Puduraya - Kumpulan 10,000 orang yang diketuai oleh pemimpin PAS, Dr Hatta Ramli dan pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin berkumpul semula dan bergerak ke arah pusat bandar. Bagaimanapun, polis menembak satu lagi pusingan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka. 2.18pm: Pudu-Bukit Bintang - Walaupun basah kuyup akibat hujan, semangat orang ramai tidak pudar dan mereka mula terus melaungkan "Bersih! Bersih!". 2.15pm: KL Sentral - Pemimpin Pakatan Rakyat dan Bersih lsedang berarak ke Hotel Hilton menuju ke KL Sentral sambil melaungkan "Bersih! Bersih!" tetapi dihalang oleh police. Orang ramai bersama pemimpin PKR, termasuk naib presidennya Tian Chua berjaya melepasi sekatan polis dan terus berarak. Beliau kemudiannya ditangkap polis. Mereka dipercayai sedang menuju ke Stadium Merdeka. 2.10pm: Puduraya - Polis dilaporkan semakin garang terhadap penunjuk perasaan. Ada yang diheret. Seorang penunjuk perasaan juga dilaporkan cedera dengan kepalanya berdarah. 2.05pm: Puduraya - Polis terus bertindak menangkap lebih ramai penunjuk perasaan dengan anggota polis bergerak dalam kumpulan lima dan enam orang bagi menangkap individu tertentu. Mereka juga didakwa dilihat menumbuk dan menolak tahanan. Beberapa tahanan wanita juga dilaporkan dikasari.- Malaysiakini |
Bubar Suaram, buat apa ada kalau tak ikut... Posted: 09 Jul 2011 12:26 AM PDT Aku cadang Suaram di bubarkan pasai mengutuk kerajaan Najib... kahkahkah... |
Ramainya baju merah 'patRIOT'... Posted: 09 Jul 2011 12:19 AM PDT |
Posted: 09 Jul 2011 12:02 AM PDT |
Tak ramai... ada la dua tiga orang... haha... Posted: 08 Jul 2011 11:54 PM PDT |
Arahan... alahaiii... sedihnya Posted: 08 Jul 2011 11:32 PM PDT imammudaasyraf IM Asyraf Sy rapat dgn rmai pihak polis..tp hr ni sy trlalu sedih dgn polis..lbh sdih lg kpd rkan polis sy yg tpksa ikut 'ARAHAN' |
Dr Asri puji Umno woiii... haha.. cayalah... Posted: 08 Jul 2011 11:20 PM PDT realDrMAZA Dr Mohd Asri Manusia yg betul fitrahnya benci keadilan dan layanan yg tdk adil pd prkara yg mnjadi hak bersama. Yg atas pagar pun muak mcm itu. Kahkahkah... |
Polis start tunjuk kaler depa dahhh... Posted: 08 Jul 2011 11:17 PM PDT 2.10pm: Puduraya - Polis dilaporkan semakin garang terhadap penunjuk peradsaan. Ada yang diheret. Seorang penunjuk perasaan juga dilaporkan cedera dengan kepalanya berdarah. 1.59pm: Menara Maybank - Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah kira-kira orang ramai yang kini dianggarkan berjumlah tidak kurang 10,000 orang. Mereka berarak di hadapan bangunan Menara Maybank dan sepanjang Jalan Tun Perak. Mereka dari arah Masjid Jamek pula mula bergerak ke arah Puduraya. Polis melepaskan gas pemedih mata selepas tembakan meriam air gagal menyekat kemaraan rakyat. Ramai juga yang pulih selepas terkena tembakan gas pemedih mata bangkit semula dan terus berarak. 1.57pm: Hotel Malaysia - Khairy Jamaluddin muncul di perhimpunan Pemuda Umno dan memberi ucapan ringkas. Katanya, BERSIH 2.0 tidak boleh disokong kerana ia telah resapi parti-parti pembangkang. Beliau kemudian mengetuai kumpulan itu berarak menuju ke Stadium Merdeka. 1.55pm: Hujan mula mencurah di Kuala Lumpur. 1.52pm: Masjid Jamek - Terdapat sekurang-kurangnya empat trak polis di stesen LRT Masjid Jamek sekarang ini. Orang ramai yang berhimpun terpaksa bersurai kerana polis telah melepaskan gas pemedih mata tetapi mereka dijangka berkumpul semula.- Malaysiakini |
Hebat negaraku... kahkahkah... Posted: 08 Jul 2011 11:10 PM PDT |
Pakai baju merah 'patRIOT' tak pa... haha... Posted: 08 Jul 2011 11:00 PM PDT 13:30pm: Kira-kira 300 anggota Pemuda Umno telah berkumpul di Jalan Bukit Bintang. Mereka semua memakai baju-T- merah bertulis 'Patriot'. Baju-T itu juga didedarkan kepada orang ramai. 1:22pm: Petaling Street - kumpulan beberapa ribu orang yang berarak ke Stadium Negara, berpatah balik ke Jalan Tan Cheng Lock selepas berdepan dengan satu sekatan jalanraya. Sekumpulan besar rakyat Sarawak melaungkan 'Hidup Sarawak', disambut tepukangemuruh dari yang lain. 1.20pm: Masjid Jamek - Jumlah yang berhimpun terus bertambah ramai dengan polis pula menunggu bantuan bagi memperkukuhkan sekatan mereka. 1.21pm: Pemimpin utama BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan, Haris Ibrahim, Wong Chin Huat dan Sadterawan Negara A Samad Said juga berada di Hotel Hilton. Mereka disertai oleh ahli politik William Leong, Datuk Kamaruddin Jaafar, Zaid Kamaruddin, Syed Azman Syed Nawawi dan Tian Chua. Berita timbalan presiden PKR Azmin Ali ditangkap kini disahkan. Sebelum ini, dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub juga telah ditangkap.- Malaysiakini |
Tandas masjid pun Polis jaga... haha... Posted: 08 Jul 2011 10:30 PM PDT 1.15pm: Angka rasmi tangkapan setakat ini ialah 514 - 478 lelaki dan 36 wanita. 1.15pm: Masjid Negara - Masjid ini hampir kosong dan dipenuhi anggota polis. Ada yang mengadu tandas dikunci sehingga menyusahkan orang ramai. 1.14pm: Akaun twitter palsu @bersihrally dikesan. Ia diwujudkan pagi tadi jam 9.42. Twitter yang mendakwa akan "menyiarkan laporan langsung perhimpunan BERSIH 2.0 dengan bantuan sukarelawan yang membuat liputan" itu menyebarkan berita palsu. Antaranya berlaku kejadian menjarah di Pasar Seni, pertembungan dengan polis di KLCC dan juga tembakan dilepaskan di Bangsar. Selepas dikesan oleh pengguna Twitter lain, @bersihrally akhirnya mengalah dengan mesej ini: "Took you guys long enough to figure it out. I've done my job. Thanks for playing." 1.00pm: Masjid Jamek - Jumlah penunjuk perasaan semakin ramai dengan tidak kurang 1,000 orang yang bersiap sedia untuk berarak. Sebelum itu, seorang pelajar dilaporkan terkena tembakan kanister gas. Beliau memohon gambarnya yang cedera tidak disiarkan kerana bimbang akan dikenakan tindakan oleh kerajaan kerana beliau seorang pelajar. 12.51pm: Hotel Hilton - Pemimpin PKR Nurul Izzah Anwar, Syed Husin Ali, Lateefah Koya tiba di bilik hotel Anwar Ibrahim. Wartawan tempatan dan luar negara sudah bersiap sedia untuk sidang akhbar yang dijadualkan itu. 12:50: Kira-kira 3,000 hingga 4,000 orang berarak dari Petaling Street menuju ke arah ke Stadium Negara. Mereka melaungkan 'Bersih, Bersih, Pilihanraya' dan 'Hidup, Hidup, Rakyat'. Enam penunjuk perasaan pertengahan umur mula menyanyikan Lagu Negaraku, dan terus disambut oleh yang lain. Salah seorang daripada mereka, Dr Wong Fort Pin, berkata, mereka meraikan keamanan.- Malaysiakini |
Lagi dihalang, lagi pecah tembelang Posted: 08 Jul 2011 10:24 PM PDT 12.45pm: Kampung Baru - Lagi 16 orang yang dipercayai penyokong BERSIH di kawasan sekitar ditangkap. Seorang daripada mereka membawa baju kuning BERSIH. Sebelum itu, polis kelihatan mengejar dipercayai penyokong BERSIh yang duduk di sekitar masjid di Jalan Raja Abdullah menyebabkan mereka lari bertempiaran. 12.45pm: Beberapa perarakan daripada pelbagai lokasi mula bergerak dari arah yang berbeza, manakala pihak polis bertindak dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata. Di Dataran Merdeka, polis melepaskan gas pemedih mata ke atas kumpulan penunjuk perasaan yang berarak ke arah kawasan tersebut. Kumpulan ini dipercayai telah berarak dari bekas ibu pejabat KTM berdekatan. Kumpulan itu dianggarkan sekitar 1,000 orang. 12.45pm: Pusat Latihan Polis (Pulapol)- Menurut sumber PKR, timbalan presiden parti itu ditangkap di Pulapol, Jalan Semarak. Malaysiakini sedang cuba mengesahkan laporan itu. 12:42: Stesen lama KTM - Pesuruhjaya Suhakam James Nayagam berkata mereka memandang berat terhadap tangkapan beramai-ramai sehingga ini. "Polis kata, mereka akan ditahan di Pulapol (Pusat Latihan Polis)," kata sambil menambah bahawa pihaknya sedang memantau keadaan. Nayagam, bagaimanapun, tidak mahu mengulas sama ada polis kasar dalam tindakan mereka terhadap suspek. 12.34pm: Kira-kira 1,000 orang mula bergerak dari stesen lama KTM menuju Dataran Merdeka. |
Benteng depa dah nak pecah dah... Posted: 08 Jul 2011 10:17 PM PDT "Ingatlah sesungguhnya perjuangan menegakkan Islam ini ibarat aliran air yang ditahan, semakin ditahan, semakin dihalang ia akan terus melanda dan melanggar benteng penahan. "Lumrah alam juga telah menetapkan bahawa suatu masa dan ketikanya benteng pasti akan pecah, ketika itu maka terbuak buaklah aliran air tersebut membanjiri pelusuk muka bumi. Yakin lah!" Presiden PAS, Haji Hadi Awang |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan