AdukaTaruna |
Kekejaman PDRM : 1 peserta BERSIH meninggal dunia. Posted: 09 Jul 2011 08:04 AM PDT KUALA LUMPUR, 9 Julai: Seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang terkena semburan water canon dan gas pemedih mata di KLCC meninggal dunia sekejap tadi. Baharudin Ahmad, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan. Beliau yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan meninggal dunia kemudiannya. Jenazah beliau kini dibawa ke rumah beliau kemudiannya di Kelompok Camar, Jalan Ampang Ulu Kelang. Menurut rakan beliau, Suhaimi Long, Baharudin pengsan selepas terkena gas pemedih mata di bawa ke HKL di mana anak perempuan mangsa bertugas di situ sebagai seorang doktor. Isteri belaiu, Puan Rosni Melan ketika dihubungi Harakahdaily berkata, ketika kejadian beliau dan suaminya tidak duduk sekali kerana beliau ke Stadium Merdeka manakala suaminya ke KLCC. "Saya diberitahu, apabila polis menembak gas pemedih mata, suami beliau tidak loarat untuk lari dan duduk di situ. Apabila orang ajak lari baru mereka sedar suami saya sudah tidak sedarkan diri," cerita Rosni yang juga Ketua Wanita Cabang Setiawangsa itu. Suami beliau kemudiannya di bawa ke HKL dan disahkan meninggal dunia di sana. |
Cerita BERSIH gua. Thanks Allah kerana beri hujan. Posted: 09 Jul 2011 07:28 AM PDT Oleh : AdukaTaruna [1] Perancangan awalnya gua dengan set2 Klate naik 1 van. Tapi semakin rapat dengan tarikh 9 Julai, semakin tidak relevan ke KL 1 van yang penuh dengan lelaki2 muka ostad. Memang sohih nak g demo. Akhirnya, kami mengambil keputusan berpisah. Pergi asing2, tetapi masih secara berantai dalam hal2 bantuan ketika perjalanan. Untuk cerita peribadi gua, gua dan isteri macam biasa, naik kereta kuat yang banyak berjasa pada gua. Mazda 1982. Hanya berdua. Drive dari Kelantan. 9pm - 6am. Tidur kejap. Bangun dan ke KL. Wajah letih seorang pejuang. Dalam komuter. Warghh kah kah kah. Koya molek kawe. [2] Sebab gua plan base di rumah mak gua Seremban, maka; gua pun settlekan apa yang gua nak bawa balik. 5kg buah salak (kat Sban takdo bai), 2 anak pokok cili Siam. Maybe sebab mendapat bantahan 4 dari 6 adik-beradik, telur penyu jer yang gua failed cari. Hua3... Dari C++ yang menakut2kan gua bahawa no plate gua ada dalam list polis, maka, gua terpaksa wayang gantung uniform Pak Guard gua kat bahagian belakang. Mudah2an ianya membuatkan polis tiada berahi nak check no plate. Konon.. Gua berlatarkan kekecohan yang berlaku di dalam stesen Kuala Lumpur (Masjid Negara). Gua ingat, gua dengan bini gua jer selamba badak pakai baju kuning. Ngeee.... [3] Bertolak sekitar jam 9 malam. Sebelum itu Ayah Su Pox Nik kol gua dengan maklumat roadblock selepas bulatan Gua Musang. Untuk itu gua google alamat di Gua Musang, Kuala Lipis dan Bentong. Ianya adalah kegunaan menipu sunat kalau ditanya haluan gua. Gua akan menyatakan hala tuju lokasi yang terdekat dengan roadblock. Dengan bantuan kereta Mazda gua, insyaallah, kalau gua cakap nak pergi KL pun polis tak percaya. Hehe... Yang ini pula kumpulan awal berada di Masjid Negara yang telah dikumpulkan untuk ditahan. Peristiwa ni telah berlaku bila gua sampai. [4] Pendek cerita, alhamdulillah. Doa dari semua dimakbulkan Allah yang Maha lemah lembut. Hujan sejak malam di beberapa tempat membuatkan pemeriksaan dilakukan secara ala kadar. Gua belok ke Karak - Manchis - Kuala Klawang dan sampai di Paroi, Seremban pada jam 6 pagi. Settle apa yang patut, tutup hp bagi mendapatkan tidur yang berkualiti, dan bangun bersiap pada jam 8 pagi. Sampai di stesen komuter Seremban jam 9.45 pagi. Beli tiket 2 hala ke Bank Negara dan berlepas pada jam 10 pagi. Gua bersama rakan. Xenan dan adik-beradik, Ali Abu, Langkah Pertama pun ada. Ketika ni Xenan sedang menghasut gua supaya tidak join peserta kerana hujan lebat giler. Habes baju smart dia. [5] Sampai di stesen Kuala Lumpur (Masjid Negara), gua tengok ribuan orang sudah berkumpul. Ratusan yang dikumpulkan untuk di tangkap dikumpulkan di platform seberang. Tak jadi ke Bank Negara (Sogo), gua dan isteri turun di sini. Turut serta ialah Ali Abu. Ali Abu, Dayat, Bob dan lain2nya mengikuti group besar ke jalan raya. Ke luar dari stesen. manakala gua memilih menjauhi group kerana faktor isteri. Then, gua naik semula komuter ke stesen Bank Negara. Namun dihalau polis. Mereka memberi gua 2 pilihan. Melangkah garisan atau ditangkap. Kalau terjadi apa2 pada Hadi Awang petang tadi, maka pemuda inilah yang akan menggantikannya. Jangan baca statement ini sambil muntah. [6] Patah naik semula komuter menuju ke KL Central. Niat untuk jamak dan mentedarah. Sampai food court, gua nampak seorang pemuda sengeh2.. niamakahai. Uma rupanya. Orang berjihad, berjuang, berguling atas jalan raya, dia lepak makan2 dalam air cond. Hahaha. Atas nasihat syaiton Uma, gua pun join. Makan2. Then blah untuk settle apa yang patut. Tunggu komuter ke Masjid Negara pulak. Kerja gua sebagai pendemo BERSIH 2.0 ni ialah, mundar-mandir sekitar stesen jer. Haha. Lepas ni, kalau ada, gua nak single. Tengah tunggu komuter ke Masjid Negara, Xenan call. Nak datang KL Central. Gua suruh dia turun Masjid Negara. Sebab gua akan ke sana. Tak sampai 3 minit letak tepon, KL Central bergegar dengan laungan demo. Ah... sudah... gua bawah tanah ni. Ni kang kena bom, mampos. Tak tergambar betapa penatnya... betapa penatnya ke hulu, ke hilir setiap stesen kete api. Kah3.. [7] Komuter sampai, gua cecepat naik. Sms Uma tanya apa kes kat KL Central tingkat atas? Uma cakap FRU dah bom. Tapi dia dah lari awal2. Tionaseng. Macam perli gua. Sampai Masjid Negara, nampak Xenan dan adik-beradik dia sengeh2. Bangsat! Xenan pergi demo macam meeting ahli lembaga TNB. Punyalah hensem. Hujan mencurah2. Thanks Allah. "Jom la gerak." - Gua ""Malas la gua. Hujan. Gua kan pakai hensem2." - Xenan Gua bersapau kat situ sambil mengumpat. [8] Ali Abu dah bosan. Dia chow ke Petaling Street. Blogger UMNO ckp diorang tak kisah demo jalanan. Asalkan buat kat Petaling Street. Tempat Cina. Bukan kat Jalan TAR. Tak habes2 isu perkauman. Tapi hari ni, Petaling Street pon kono langgar. Lepas ni, gua syorkan demo buat kat disko. Biar disko rugi. Tak bleh bayar gaji ayah2. Menjelang Asar, gua mohon chow. Ambil gambar beramai2. Termasuk rakan baru gua. Adik2 dari Perak. Bukan Islam pun sekali join. Duduk bawah satu titik. BERSIH adalah perjuangan setiap anak Malaysia. Kerana dengan demokrasi BERSIHlah kita akan bersaing idea, bersaing dasar secara bertamadun. |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan