shalehudin |
- "Bersih" jadi haram dalam bangsa Umno yang gemar kotor
- Kita mintak SPR adil, apasal Najib pulak yang lelebih...
- Pening dok pikiaq, depa tengok HARAM tu camana...
- Saja buat buat tak paham...
- Umno ni bengong ka bangang... kahkahkah...
- Saja buat buat tak paham...
- Bukankah Islam itu keadilan
"Bersih" jadi haram dalam bangsa Umno yang gemar kotor Posted: 02 Jul 2011 09:00 AM PDT Kenyataan Surendran Berkaitan Pengharaman Bersih Kenyataan Media 2 Julai 2011 Pengharaman BERSIH Kami mengutuk keras tindakan Menteri Dalam Negeri yang mengisytiharkan Bersih sebagai pertubuhan haram di bawah seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966. Bagaimanakah sebuah pergerakan untuk pilihan raya yang adil menjadi ancaman kepada keselamatan? Bagaimanakah sebuah perhimpunan aman dengan matlamat demokrasi yang murni menjadi ancaman kepada keselamatan awam? Arahan yang dibuat Menteri adalah tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan. Seksyen 5 Akta Pertubuhan adalah bercanggah dengan Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan berpersatuan untuk rakyat. Menteri turut menyalahgunakan kuasanya di dalam mengeluarkan perintah tersebut memandangkan tindakan tersebut bermotifkan politik dan berhasrat mengekang kritikan terhadap Kerajaan BN. Kami menuntut perintah tersebut dibatalkan dan semua yang ditahan berkaitan dengan Bersih dibebaskan serta-merta. N. Surendran Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat |
Kita mintak SPR adil, apasal Najib pulak yang lelebih... Posted: 02 Jul 2011 08:30 AM PDT Himpunan Bersih 2.0 bukannya bertujuan merampas kuasa Putrajaya, tapi depa berhimpun mintak pembaharuan supaya SPR menjadi pengadil yang adil. Tujuan utama Bersih 2.0 ni nak tengok SPR dihormati bukan mengkhianati dan jadi tunggangan BN. Jangan dok memperlekehkan kebijaksanaan pengundi, dengan menuduh Bersih nak tawan Putrajaya secara ganas. Bab nak tawan Putrajaya adalah isu yang berbeza, itu adalah cita cita utama Pakatan Rakyat. Depa memang berjuang nak jatuhkan hampa. Tapi isu hari ini ialah memastikan adanya pilihan raya yang adil dan bersih, sebagai jalan yang sama rata memenangi hati rakyat mengemudi Malaysia antara BN dan Pakatan Rakyat... itu saja. Yang Najib jadi kecut teloq tu pasai apa. Kita nak SPR menjadi pengadil yang baik dan adil. |
Pening dok pikiaq, depa tengok HARAM tu camana... Posted: 02 Jul 2011 07:23 AM PDT Putrajaya hari ini mengisytiharkan Bersih sebagai sebuah pertubuhan haram - seminggu sebelum ia merancang untuk menganjurkan Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara menuntut pembaharuan sistem pilihan raya. Ia perkembangan terbaru dalam siri tindakan keras diambil oleh Putrajaya sejak lebih seminggu lalu. "Menteri Dalam Negeri telah mengisytiharkan bahawa pertubuhan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 berkuat kuasa 1 Julai (semalam)," kata Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman hari ini.... selanjutnya |
Posted: 02 Jul 2011 07:08 AM PDT Nak kata depa tak paham, memasing sekolah tinggi tinggi bukan main. Memang depa ni sesaja ja buat buat tak mau paham. Depa saja ja cipta pelbagai masaalah agar Bersih dilihat kotor dan pengotor dilihat bersih. Bersih 2.0 adalah sebuah badan NGO yang menuntut pilihanraya yang bakal diadakan di negara kita ini bersih dari unsur unsur yang mengotorkan pilihanraya itu sendiri. Bukan kuasa yang mahu dirampas mereka tapi rakyat cuma mahu dan berhak meminta sebuah pilihan raya yang bersih. Itu saja... Depa canang yang bukan bukan kononnya jika pilihan raya di Malaysia tak bebas, adil dan tak bersih, bagaimana Pakatan Rakyat boleh menang lima negeri dan dapat menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional dalam pilihan raya umum 2008? Masaalahnya, kalau pilihan raya kita benar benar bebas, bersih dan adil, puak Pakatan Rakyat dah lama berjaya membentuk kerajaan pusat dan memenangi hampir semua kerajaan negeri dalam PRU 2008. Hakikatnya amalan dan proses pilihan raya selama ini memang tidak adil, pasai tu lah parti-parti yang bukan dari kalangan BN payah nak menang kerana terlalu banyak amalan tidak adil, kongkongan keras dan tekanan berat daripada BN yang menyalahgunakan segala jentera, agensi, jabatan dan apa sahaja milik kerajaan hasil wang rakyat. http://shalehudin.blogspot.com/ |
Umno ni bengong ka bangang... kahkahkah... Posted: 02 Jul 2011 05:46 AM PDT Bab ni memang depa tak pernah bengong... kahkahkah... Hampa rasa Umno ni bengong ka bangang... kahkahkah... Bersih mintak pilihanraya yang bersih, tapi depa ajar Bersih main kotor. Bersih mintak depa beri laluan untuk rakyat tunjuk rasa, tapi depa ajar rakyat bagaimana menyalahgunakan kuasa... Bila saja Parlimen dan DUN dibubarkan, bermakna tak dak "kerajaan" yang memerintah. Tapi di Malaysia, kerajaan BN yang dikuasai Umno dengan tak malunya terus memerintah dan menyalahgunakan kuasa "sementara" (caretaker) untuk berkempen. Ini yang Bersih mau bersihkan... Kempen BN menggunakan agensi dan jabatan kerajaan yang mana semua itu dibiayai oleh hasil sumber negara dan wang cukai rakyat, dan bukannya milik poket peribadi BN. Pemimpin pemimpin depa telah menyalahgunakan kedudukan sebagai Piem, sebagai menteri, sebagai ketua menteri, sebagai MB dan segala mak nenek jawatan lagi semata mata nak kelabui mata rakyat dan menyalahgunakan jentera dan kenderaan rakyat. Bab menyalahguna pakai peralatan kerajaan tok sah kira la seperti kereta, lori, helikopter, bot, kapal terbang dan sebagainya atas kedudukan calon-calon BN yang disalahgunakan sebagai pemimpin kerajaan. Ejen ejen kerajaan seperti RTM, Bernama dan Jabatan Penerangan secara terang terang disalahguna untuk berkempen bagi depa dan menghentam parti-parti lain yang bertanding. Depa tu semua dibayar gaji mereka dengan duit rakyat melalui cukai kepala rakyat. Memang busuk perut. Ternyata tentangan mereka terhadap Bersih 2.0 adalah semata mata takut pilihanraya yang bersih dan mereka akan hilang kuasa ditangan rakyat... itu saja... http://shalehudin.blogspot.com/ |
Posted: 01 Jul 2011 07:00 PM PDT Nak kata depa tak paham, memasing sekolah tinggi tinggi bukan main. Memang depa ni sesaja ja buat buat tak mau paham. Depa saja ja cipta pelbagai masaalah agar Bersih dilihat kotor dan pengotor dilihat bersih. Bersih 2.0 adalah sebuah badan NGO yang menuntut pilihanraya yang bakal diadakan di negara kita ini bersih dari unsur unsur yang mengotorkan pilihanraya itu sendiri. Bukan kuasa yang mahu dirampas mereka tapi rakyat cuma mahu dan berhak meminta sebuah pilihan raya yang bersih. Itu saja... Depa canang yang bukan bukan kononnya jika pilihan raya di Malaysia tak bebas, adil dan tak bersih, bagaimana Pakatan Rakyat boleh menang lima negeri dan dapat menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional dalam pilihan raya umum 2008? Masaalahnya, kalau pilihan raya kita benar benar bebas, bersih dan adil, puak Pakatan Rakyat dah lama berjaya membentuk kerajaan pusat dan memenangi hampir semua kerajaan negeri dalam PRU 2008. Hakikatnya amalan dan proses pilihan raya selama ini memang tidak adil, pasai tu lah parti-parti yang bukan dari kalangan BN payah nak menang kerana terlalu banyak amalan tidak adil, kongkongan keras dan tekanan berat daripada BN yang menyalahgunakan segala jentera, agensi, jabatan dan apa sahaja milik kerajaan hasil wang rakyat. http://shalehudin.blogspot.com/ |
Posted: 01 Jul 2011 05:00 PM PDT Ada Apa Dengan Ambiga? Oleh: zuhairy Saban hari media perdana negara kita yang masih di bawah ketiak BN memomokan bahawa Perhimpunan Bersih 2.0 adalah haram yang bakal mencetuskan kacau-bilau yang maha dahsyat. Perhimpunan yang belum lagi dilaksanakan itu digambarkan dalam bentuk yang hodoh, kotor dan jijik seolah-olah seperti di Mesir ataupun Syria. Tak cukup dengan laporan berat sebelah, Pengerusi Bersih itu sendiri dihentam bertalu-talu. Di antaranya, Ambiga dilaporkan sebagai seorang yang beragama Hindu dan anti Islam, menjadi peguambela kepada seorang wanita Islam yang murtad iaitu Lina Joy, pendukung dan penggerak IFC ( Interfaith Commision) dan lain-lain lagi. Dari satu sudut, mungkin kita boleh bersetuju dengan dakwaan seperti itu jika ianya benar. Tetapi, itu semua bukan pokoknya kerana ia boleh dibincangkan kemudian dalam platform yang lain. Isunya sekarang bukan Ambiga tetapi ia mengenai tuntutan rakyat yang mahukan pilihanraya yang adil dan bersih. Saya nak bertanya kepada individu yang mempertikaikan latar belakang Ambiga. Jika yang menggerakkan Bersih 2.0 ini adalah individu lain yang beragama Islam, adakah anda akan menyokongnya? Saya rasa tidak! Bersih 2.0 adalah mengenai kebebasan dan keadilan Perhimpunan Bersih 2.0 ini adalah menifestasi rakyat tentang ketidakpuasan hati dengan sistem pilihanraya sekarang yang tidak adil dan bersih. Ia bukan sama sekali bertujuan untuk menjatuhkan parti pemerintah melalui jalanraya seperti di Mesir. Rakyat yang menyokong pembangkang mahukan pilihanraya yang adil dan tidak mempunyai unsur-unsur penyelewengan. Jadi, apabila Bersih 2.0 digerakkan, maka rakyat yang merasakan pilihanraya masih tidak adil akan menyokongnya walaupun yang menggerakkannya adalah individu yang bernama Ambiga. Keadilan tak mengenal siapa anda Harus ditekankan bahawa perhimpunan ini bukan tentang Ambiga tetapi ia mengenai keadilan. Kerana itu, persoalan tentang siapa Ambiga bukan lagi maudu'. Sewajarnya, kita harus merenung semula kisah bagaimana Saidina Ali terpaksa akur dengan keputasan hakim agar menyerahkan baju besi miliknya kepada seorang pencuri yang berbangsa Yahudi. Ramai yang mengetahui kisah yang masyhur ini. Kerana kegagalan Saidina Ali mengemukakan bukti yang kukuh mengatakan Yahudi tersebut telah mencuri bajunya, maka beliau tewas dengan keadilan yang tidak berpihak kepadanya. Jika bangsa dan agama dijadikan sandaran, maka tiadalah makna keadilan dalam perbicaraan itu. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Maidah, ayat 8 : Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. Begitu jugalah dalam hal menuntut keadilan dalam pilihanraya yang bersih ini. Jika bangsa dan agama dijadikan justifikasinya, maka anda sendiri telah mengotori keadilan yang menjadi teras syiar Islam. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan