Senyum Tangis Sendu |
- Sebelum Polis Dedah, Media Sudah Dedah dan Telanjangkan Polis
- Gambar Ini Punca IKIM Kata Remeh Temeh
- Gambar Ini Yang Akan Didedah Oleh Polis? Kantoi Bro..
Sebelum Polis Dedah, Media Sudah Dedah dan Telanjangkan Polis Posted: 19 Jul 2011 07:55 AM PDT Polis dijangka mendedahkan bukti video dan gambar berhubung perhimpunan haram di ibu negara 9 Julai lepas kepada media pada minggu ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, bahan bukti tersebut akan dipertontonkan kepada media di Dewan Theatrette di Bukit Aman. Pada masa yang sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar baru bangun dari tidur dan dia baru tahu mengira matematik apakah yang membezakan penjodoh bilangan mengenai ribu, puluh ribu atau ratus ribu. Bukti yang beliau baru tahu mengira ialah seperti di bawah ini. Kita perlukan masa. Kita perlu tahu jumlah sebenar orang ramai yang hadir semasa perhimpunan itu. Kami juga terpaksa temu bual anggota kami sendiri dan memanggil orang awam bagi mendapatkan fakta. - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar Sahlah bahawa Ketua Polis Negara ketika demonstrasi beliau sedang tidur sehinggakan membuat kenyataan hanya 6,000 orang sahaja yang terlibat. Hampir dua minggu baru cuba untuk bertanya kepada anggota sendiri berapa ramai yang turun demonstrasi. Polis mahu bukti apa lagi kepada media kerana media sudah telanjangkan kezaliman polis pada hari yang sama manakala pihak polis mengambil masa hampir dua minggu untuk membuktikan layanan polis yang dikatakan agak "lembut". Bimbang dengan keadaan itu, beliau meminta semua pihak tidak mudah membuat kesimpulan termasuk menimbulkan persepsi negatif terhadap polis yang akan mengeruhkan keadaan, memandangkan siasatan masih berjalan. |
Gambar Ini Punca IKIM Kata Remeh Temeh Posted: 19 Jul 2011 01:36 AM PDT Beginikah cara Islam ajar menutup aurat bagi kaum hawa. Islamkah mereka ini? Mudah sahaja mahu kenal orang Islam dengan bukan Islam. Tengok cara mereka menutup aurat. Kalau tidak tutup aurat, kita boleh anggap mereka bukan Islam kerana mereka sendiri pun tidak mahu akan Islam. Tidak semestinya menutup aurat perlu mengenakan jubah. Abu Jahal semasa zaman Rasulullah pun memakai jubah tetapi beliau bukan Islam. Jadi tidak hairanlah kalau setakat pakai tudung semata-mata untuk menghadiri kematian dianggap sebagai menutup aurat dikala jambul terjojol keluar. Adakah perlu menunggu kematian baru memikirkan tentang aurat? Menanti tua baru insaf dan mendekatkan diri pada Islam? Jangan lupa. Buah kelapa yang ada diatas pokok akan jatuh tidak kira sama ada buah itu muda (putik kelapa) atau pun buah itu telah tua dan kematian akan menjemput walau tidak diundang. Gambar di atas ialah di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur di mana Dr. Lo' Lo', ahli parlimen Titiwangsa disemadikan di tanah perkuburan tersebut yang meninggal akibat kanser. [Al-Fatihah]. Hari ini juga Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) Datuk Nik Mustapha Nik Hassan membuat satu kenyataan seperti beliau bukan beragam Islam mengenai isu larangan operasi pusat hiburan pada Ramadan di Kedah, umat Islam patut menumpukan perkara yang lebih besar. Soal ekonomi yang merisaukan saya sebagai seorang ahli ekonomi. Kita jangan buang masa terhadap perkara-perkara yang remeh-temeh, mari kita teruskan (usaha) untuk membina negara kita. Jadi sudah pastilah, hak agama itu... mengapa kita nak menafikan, tetapi kita mestilah hormat-menghormati (antara satu sama lain). - Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia Orang ini layak digelar golongan murtad. Golongan banyak murtad datang dari kalangan pemimpin yang juga menegak benang yang basah disebalik UMNO. Akibat jahil tentang agama, maka agama dijadikan 'alas kaki'. Kepenting dunia lebih diutamakan daripada kepentingan akhirat. |
Gambar Ini Yang Akan Didedah Oleh Polis? Kantoi Bro.. Posted: 18 Jul 2011 08:24 PM PDT Polis minta rakyat bekerjasama untuk pendedahan mengenai gambaran BERSIH yang berlaku tempoh hari dan manakah yang diperkatakan oleh polis mengenai video dan gambar yang akan didedahkan kepada media dan mengapa polis minta dari rakyat? Adakah polis tidak mempunyai bukti yang sebenar? Orang ramai diminta bekerjasama dengan polis bagi menyerahkan rakaman video berkaitan perhimpunan haram pada 9 Julai lepas untuk dijadikan bukti sama ada terdapat dakwaan polis bertindak ganas semasa menyuraikan perhimpunan itu. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, kerjasama itu perlu bagi membolehkan polis mendapat gambaran sebenar kejadian yang berlaku setelah banyak pihak mendakwa berlaku kekasaran polis semasa menangani perhimpunan itu. Cuba lihat dalam gambar di atas, adakah polis bertindak lembut dengan membawa senjata api ke perhimpunan BERSIH. Untuk apa polis bertindak demikian? Adakah polis sudah seperti penjenayah. Jika ini bukti yang diperkatakan oleh polis bertindak lembut, adakah ini situasi di luar negara? Jika polis masih terus menipu rakyat, kemungkinan besar banyak lagi pendedahan yang akan dibongkar oleh rakyat. Bagi yang mempunyai bukti-bukti, usahlah terpedaya dengan pihak polis bagi menyerahkan bukti video dan gambar. Sebarkan sahaja untuk menjelaskan kepada rakyat. Ayat-ayat yang cuba dikencing oleh polis walhal sudah terbukti video dan gambar tentang kezaliman polis Kita akan siasat secara telus, terperinci dan polis tidak akan sembunyikan apa-apa fakta yang benar. Sehubungan itu, polis menubuhkan enam jawatankuasa yang diketuai seorang pegawai kanan bagi menyiasat dakwaan berlaku kezaliman polis ketika bertugas menangani perhimpunan tersebut. Siasatan akan diselesaikan secepat mungkin dan polis telah panggil beberapa saksi untuk siasat tohmahan itu. Polis ingin tahu tohmahan itu benar ataupun tidak. Bagaimanapun tohmahan yang disiasat itu tidak termasuk kejadian di Hospital Tung Shin, Pudu. - Timb. Ketua Polis Negara |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan