Anak Sungai Derhaka |
- Anugerah Ibrahim Ali atau anugerah untuk Ibrahim Ali?
- Surat dari Penganut Katholik kepada Pope, mendedahkan Tembelang Najib.
- Pope diingatkan jangan ditipu oleh Najib.
- BERSIH from The Economist, Uncensored by KDN Version.. Pasal tak boleh nak sensor.
- BERSIH dikaitkan dengan YAHUDI pula...
- BERSIH 2.0 : Rakyat Lebih Tahu Apa Yang Berlaku..
- Ini barulah dikatakan BOHONG!!
- Gambar X-ray buktikan Mat Sabu berbohong..
Anugerah Ibrahim Ali atau anugerah untuk Ibrahim Ali? Posted: 19 Jul 2011 07:07 AM PDT Jika ada pengiktirafan untuk mahasiswa yang dinamakan Anugerah Pak Sako, Anugerah Usman Awang atau Anugerah Pendita Za'aba bagi mana-mana kolej atau universiti di Malaysia, pasti ibu bapa atau diri si penerima itu akan merasa bangga, kembang berbunga dan mekar mewangi. Kerana apa? Kerana ikon-ikon itu sememangnya diperakui kehebatan pemikiran, sumbangan idea dan karya mereka yang telah terbukti menjadi suatu tinta mata air ilmu pengetahuah buat anak-anak bangsa. Begitu juga kisahnya dengan Rural Industrial Development Authority (RIDA) yang ditubuhkan 1950.Ia adalah cetusan idea Dato' Onn Jaafar untuk membantu meningkatkan taraf hidup orang Melayu. Menjelang Merdeka, RIDA telah menubuhkan Dewan Latihan RIDA yang menawarkan kursus-kursus perniagaan, perakaunan dan kesetiausahaan. Kemudian, Kongres Ekonomi Bumiputera yang pertama pada 1965 telah mencapai rumusan untuk menukar nama RIDA kepada Majlis Amanah Rakyat atau MARA, dan dengan itu Dewan Latihan RIDA juga bertukar wajah menjadi Maktab MARA. Pada akhir 1960-an, ia sekali lagi bertukar nama menjadi Institut Teknologi MARA, yang lebih dikenali dengan gelaran 'Institut Tolong Melayu'. Sejak tahun 2000, ia telah dinaikkan taraf menjadi Universiti Teknologi MARA (UiTM). Hasrat asal penubuhan RIDA tidak lain dan tidak bukan untuk manfaat anak-anak bangsa yang datang dari kaum Bumiputera bagi mendapat latihan secara professional demi membangunkan taraf hidup orang-orang Melayu. Itu hakikat penubuhan dan perjuangannya. Dato' Onn sendiri, kita ketahui sebagai seorang nasionalis yang amat mengambil berat tentang tahap pendidikan kaum Melayu zaman itu. Justeru, penubuhan RIDA yang kini dikenali sebagai MARA telah mewujudkan ITM dan UiTM yang merupakan sebahagian dari hasrat murni beliau. Kini, zaman telah berubah. Niat asal untuk membantu meningkatkan taraf hidup Melayu dan Bumiputera telah bertukar menjadi institusi untuk satu kaum sahaja tanpa mengira paras kemiskinan, kemampuan dan keperluan. Walau pun UiTM dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan melalui hasil sumber negara dan wang cukai rakyat pelbagai kaum, institusi untuk membantu pelajar Bumiputera dari keluarga berpendapatan rendah telah menjadi medan untuk kumpulan-kumpulan ultra kaum menyebarkan dakyah mereka. Dengan itu, datang cadangan untuk memberi Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar yang "memperjuangkan bangsa". Pemberian anugerah pada zaman ini, rata-ratanya sekadar untuk syok sendiri. Dengan kata lain, untuk memuaskan nafsu dan publisiti politik. Tidak ada kewajaran dalam hujah ilmiah. Namun tidak mengapa, kerana itu adalah hak mutlak universiti terbabit, sama ada anugerah murahan seperti itu akan menjatuhkan imej institusi terlibat, ia terpulang kepada mereka yang bertanggungjawab meluluskannya. Mungkin dari satu sudut, Anugerah Ibrahim Ali ini sudah kena pada masa dan tempatnya kerana pemimpin Perkasa itu sememangnya seorang tokoh besar dalam politik Malaysia pada masa kini. Beliau antara ahli politik paling banyak melompat parti dan paling kerap mengubah prinsip perjuangan. Penerima anugerah itu pasti bangga dikaitkan dengan Ibrahim Ali yang mampu membuktikan kepada masyarakat Melayu bahawa politik melompat ke sana dan ke mari mengikut selera peribadi serta menyemai rasa benci dengan kaum-kaum lain adalah sesuatu yang hebat dan patut menjadi teladan. Sepatutnya UiTM sudah lama mewujudkan anugerah seprestij ini; mungkin perlu diperkenalkan sewaktu Ibrahim Ali meninggalkan UMNO untuk menyertai Semangat 46, atau selepas meninggalkan Semangat 46 untuk kembali bersama UMNO, atau meninggalkan UMNO sekali lagi untuk menziarahi dan mengisytiharkan sokongan kepada Anwar Ibrahim selepas bekas Timbalan Perdana Menteri itu dibebaskan dari penjara. Atau mungkin, selepas Ibrahim Ali menang pilihan raya umum 2008 atas tiket PAS, dan kemudian mengecam dan mengutuk PAS yang kini bersama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Begitu hebat sekali anugerah ini sehingga dapat kita samakan dengan Hadiah Nobel versi Ketuanan Melayu. Dan jangan kita lupa bahawa UiTM sememangnya sebuah institusi pengajian tinggi yang paling tepat untuk mengadakan anugerah sebegini. Secara tidak langsung, dengan adanya anugerah ini, Universiti Malaya atau Universiti Kebangsaan Malaysia misalnya akan semakin jauh ketinggalan dalam arus popular pemberian anugerah. Mungkin dengan adanya Anugerah Ibrahim Ali ini, rating UiTM akan naik mendadak di kalangan universiti-universiti terkemuka di dunia. Mahasiswa yang menerima anugerah ini pasti menggegarkan dunia dengan semangat anti-demokrasi, anti-kebebasan, anti-meritokrasi, anti-pilihan raya bebas, adil dan bersih, serta menjadi pendukung Ketuanan Melayu. Dan secara tidak langsung, UiTM yang lahirnya dari RIDA dan MARA akan menjadi penyumbang kepada penghasilan insan-insan yang akan menjadi ahli dan pewaris Perkasa yang suatu masa nanti bakal mencabar UMNO. Di sinilah terletaknya kebijaksanaan Ibrahim Ali yang memperkudakan institusi seperti UiTM, demi mencapai cita-cita politiknya. Mungkin pemimpin Perkasa itu sedar bahawa dengan sekadar, jika ada, Piala Ibrahim Ali bagi pertandingan futsal di peringkat daerah, ia adalah terlalu kecil berbanding dengan kebesaran, ketokohan dan ego kepimpinannya. Jika Dato' Onn masih hidup, pasti berlinangan air matanya. Roketkini.com |
Surat dari Penganut Katholik kepada Pope, mendedahkan Tembelang Najib. Posted: 19 Jul 2011 04:09 AM PDT Berikut adalah kandungan surat yang telah dikirimkan oleh 365 rakyat Malaysia penganut Katolik kepada Ketua Gereja Katolik, Pope Benedict XVI yang mendedahkan Perkembangan Politik dan Sosial di Malaysia. Surat ini telah disampaikan kepada wakil Pope Benedict di Singapura, delegasi Apostolik His Grace Archbishop Leopoldo Girelli. Surat ini mendedahkan kepada Pope akan sikap sebenar Pentadbiran Najib terhadap penganut Katholik di Malaysia.. __________________________________________________________________ His Holiness Pope Benedict XVI Apostolic Palace 00120 Vatican City Via His Grace Archbishop Leopoldo Girelli Apostolic Delegate to Malaysia 55 Waterloo Street #06 Singapore 1877954 Your Holiness Recent Political and Social Developments in Malaysia: Towards a More Comprehensive Understanding of the Realities in Malaysia We are a group of Catholics and some from other Christian denominations in Malaysia. Malaysia, a Muslim-dominant country, has a population of 28 million people with 2.2 million registered as Christians, of whom an estimated 850,000 are Catholics. We write to you with regards to our prime minister Datuk Seri Najib Tun Razak's official visit to the Vatican on 18 July 2011. We are anxious about recent developments concerning questions of democratic rights and religious freedom in Malaysia. In our letter we highlight these issues in order to help Your Holiness understand more critically and comprehensively the political and social realities in our country lest you are presented with a one-sided view of developments in Malaysia. A watershed The Malaysian media has reported that the visit of our prime minister to the Vatican is a 'watershed' that foreshadows the establishment of diplomatic relations between Malaysia and the Holy See. We believe that the establishment of diplomatic ties between the Vatican and Malaysia is a good step forward; after all, Malaysia is one of only 17 countries in the world that does not yet have diplomatic ties with the Holy See. Our concern is that of the timing in establishing these ties, on which we elaborate below. Christian-Muslim dialogue Church sources in Malaysia inform us that the visit also has to do with the Holy Father's desire to promote Christian-Muslim dialogue, an initiative that you wisely began to undertake beginning from 2005, shortly after you assumed the papacy. It might be that you find this sixth prime minister of Malaysia an attractive dialogue partner given that he goes around the globe promoting himself as the leader of a moderate Muslim country made up of various ethnic groups. As well, he has called for the formation of a 'Global Movement of the Moderates' and that it ought to take centre stage in the international arena. We believe that there are lessons that one can draw from the Malaysian experience. For ordinary Malaysians of different races and faith are respectful of one another's beliefs and customs, and have learnt to co-operate and live peacefully side-by-side. However, this is so in spite of the shameful conduct of some of our political leaders who have unabashedly manipulated ethno-religious sentiments all these years, and mobilized on ethno-religious grounds in order to stay in power. Cakap tak serupa bikin Indeed, the conduct of prime minister Najib and his Barisan Nasional (BN) government at home, at least recently, has been anything but moderate! In our Malaysian colloquialism, we might say of the prime minister that dia cakap tak serupa bikin, meaning that 'he does not do what he preaches', or that 'he does not walk the talk'! In this regard, we are very concerned about the timing of this official visit which follows immediately after recent repression of civil society groups which are fighting for clean and fair elections. We are also deeply concerned that some top leaders of this democratic initiative have been painted unjustly as 'anti-Islam' by the authorities without any basis whatsoever. Below we highlight a few recent events and episodes. Najib's heavy handed response to the Walk for Democracy Just last week on July 9, 2011, there occurred the controversy-ridden 'Walk for Democracy' that was initiated by the coalition of 62 NGOs calling themselves Berish 2.0 (bersih meaning 'clean' in Malay, our national language). The coalition had wanted to hold a peaceful street walk in support of an 8-point program to institutionalize clean and fair elections. Numerous glaring incidences that have occurred in past elections as reported in the media, and recounted and confirmed in studies by major researchers, have indicated that Malaysia's electoral system and the conduct of these elections have not been free and fair. Significantly, Malaysia has been ruled by a single party – the BN coalition dominated by Najib's United Malays National Organisation (UMNO) – since independence in 1957, more than 54 years ago! It was on account of frustrations arising from these inadequacies in the electoral system that Bersih was formed. Among others, the respected Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism, of which the Catholic church of Malaysia is a part, affirmed Bersih's right to conduct this peaceful walk for what it considered 'just demands'. In deference to the king, who intervened to head off a potential confrontation between Bersih supporters and its extremist detractors including from UMNO Youths, Bersih opted to hold a rally in the Stadium Merdeka. Yet Najib's BN government declared that Bersih was 'an illegal organization' and its proposal to hold the gathering in the Stadium was rejected by the authorities. On the eve of the gathering, a court order was obtained to ban 91 leaders of Bersih and the Opposition (and also those from anti-Bersih groups) from entering those parts of Kuala Lumpur around Stadium Merdeka under threat of 'arrest on sight'. Earlier, Najib's government had even banned the wearing of yellow Bersih T-shirts. The Bersih office was raided and six of their office workers were arrested. Bersih supporters who participated in 'roadshows' to publicise the upcoming event were also arrested. Six of them, also members of the Parti Sosialis Malaysia, were subsequently detained under the Emergency Ordinance (a Detention without Trial law) and are now held under solitary confinement. A leading lawyer has described these developments as signifying Malaysia's descent into 'a police state'. In the event, the police came down hard on Bersih supporters who turned up for the gathering in Kuala Lumpur on July 9. The police set up road blocks and barb-wire fences manned by hundreds of policemen thus creating huge traffic jams throughout the city. To disperse the Bersih supporters, the police resorted to use of water cannons and fired tear gas into the crowd, as though the people were the enemy. A total of 1,667 people including 151 women and 16 children were arrested. What was singularly laudable was that there was no incidence of violence on the part of the tens of thousands of Bersih supporters who came from all ethnoreligious backgrounds. Yet, prime minister Najib has claimed that the police had acted professionally, and condemned Bersih and the Opposition for tarnishing the image of the country. We urge you Holy Father and your Vatican officials to view the video clips that were taken of the goings-on. Significantly, the Bar Council of Malaysia has commented that the police had 'used force excessively'. Manipulating ethnoreligious sentiments Tellingly, two days before the July 9 event, Najib had addressed a gathering of Malay silat (martial arts) exponents whence, reportedly, he suggested that the silat groups could be mobilized as a third line of defence against enemies from within and outside the country. More than this, on July 2 in a gathering of about 20,000 people in the town of Kota Baru, Najib, in a live broadcast over Radio Malaysia, described Ambiga Sreenevasan, the chairperson of Bersih, as 'a threat to Islam' for the watching brief she held as the then president of the Bar Council in the Lina Joy case a few years earlier. Please continue yours reading HERE |
Pope diingatkan jangan ditipu oleh Najib. Posted: 19 Jul 2011 02:10 AM PDT KUALA LUMPUR: Seramai 365 rakyat Malaysia penganut Katolik menulis surat kepada Ketua Gereja Katolik, Pope Benedict XVI menyatakan kegusaran mereka terhadap lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Vatican 18 Julai lalu. Surat itu disampaikan kepada wakil Pope Benedict di Singapura, delegasi Apostolik His Grace Archbishop Leopoldo Girelli. Perkara itu didedahkan oleh penulis, Anil Netto dalam laman web Aliran.com semalam. Ia menyampaikan rasa hati penganut Katolik yang risau kemungkinan kerajaan dan pemimpin asing terpengaruh dengan Najib yang ghairah menyebarkan mesej kesederhanaan di luar negara sedangkan kerajaan Najib sendiri berulang kali menggunakan kekerasan terhadap rakyat dalam negaranya. Antara lain mereka menyebut tentang keganasan Najib menangani himpunan aman Bersih, manipulasi sentimen etnik dan keagamaan yang diamalkan Najib untuk kekal berkuasa, dan kekangan terhadap kebebasan beragama di Malaysia. Mereka juga risau Najib akan menggunakan lawatan tersebut untuk meraih undi dan mengekalkan popularitinya di kalangan penganut Kristian di Sabah Sarawak. "Kami risau jika terdapat agenda politik tersembunyi untuk memenangi sokongan pengundi Kristian di Sabah dan Sarawak bersempena lawatan Najib ke Vatican ini. "Akhir sekali, kami juga risau Najib cuba untuk mendekati Holy See pada masa ini untuk mendapatkan sokongan popular dalam pilihan raya umum akan datang yang bakal berlangsung menjelang awal 2013," tulis mereka dalam surat itu. Justeru, mereka meminta Pope Benedict agar berwaspada dalam berurusan dengan kerajaan pimpinan Najib "Kami berdoa agar Holy See akan mempertimbangkan isu-isu yang kami nyatakan ini dan mendapat petunjuk dari Roh Kudus dalam berurusan dengan kerajaan Malaysia," kata mereka. Akhbar arus perdana hari ini menyiarkan berita hubungan diplomatik yang baru termeterai di antara Vatican dan kerajaan Malaysia selepas Najib bertemu Pope Benedict XVI di istana musim panasnya di Castel Gandolfo. Lawatan itu dibuat Najib selepas beberapa minggu sebelumnya, Najib membuat kenyataan terbuka kononnya himpunan aman Bersih yang berlangsung 9 Julai lalu didalangi dan dibiayai gerakan Kristian luar negara. http://www.keadilandaily.com/?p=17031 |
BERSIH from The Economist, Uncensored by KDN Version.. Pasal tak boleh nak sensor. Posted: 19 Jul 2011 12:21 AM PDT Sila baca rencana asal The Economist ini diakhir entry.. "Laporan berita BERSIH The Economist keluaran 16 Julai ditapis/dihitamkan oleh Kementerian Dalam Negeri," kata ahli parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran dalam pesanan Twitter beliau. Menurut gambar yang diedarkan di laman blog mikro itu, laporan berjudul "Political affray in Malaysia: Taken to the cleaners" menunjukkan garisan hitam yang seakan menggunakan pen penanda dengan dakwat yang kekal. Malaysiakini belum dapat mengesahkan dakwaan itu, bagaimanapun, dibandingkan dengan versi dalam talian The Economist, bahagian yang dihitamkan itu berkaitan dakwaan salah laku polis dan kerajaan. Antara ayat-ayat yang dihitamkan itu adalah: - seorang lelaki mati akibat sakit jantung' (and one man died of a heart attack), pada perenggan pertama. - Perhimpunan itu kemudiannya diharamkan, meskipun pihak berkuasa menawarkan sebuah stadium untuk berhimpun - tetapi menarik balik tawaran itu' (The march itself was then banned, although the authorities offered Bersih a stadium to meet in - and then withdrew the offer') pada perenggan kedua. - Taktik polis mencetuskan kemarahan; kerajaan akur menjalankan siasatan rasmi berhubung dakwaan keganasan polis. Dalam satu kejadian (sempat dirakamkan dalam filem) polis seolah-olah menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah peserta himpunan yang berlindung daripada serangan belantan' (The heavy-handed police tactics have provoked a lot of anger; the government has conceded an official investigation into claims of police brutality. In one instance (caught on film), police seemed to fire tear gas and water cannon into a hospital where protesters were sheltering from a baton charge), pada perenggan keempat. Artikel asal dari The Economist ini mengesahkan akan kebenaran dakwaan ahli parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran.. Political affray in Malaysia : Taken to the cleaners An overzealous government response to an opposition rally Jul 14th 2011 SINGAPORE from the print edition MALAYSIA is one of South-East Asia's stabler nations; but a rally in Kuala Lumpur on July 9th in demand of electoral reform turned surprisingly nasty, leading to the arrest of more than 1,600 people. The police fired tear gas and water cannon into the crowd, and one man died of a heart attack. All those arrested were released fairly quickly, but Amnesty International, a London-based human-rights group, called it "the worst campaign of repression in the country for years". The government's reaction showed a lot of nervousness about how much opposition it can tolerate. In fact the crackdown started a few weeks ago after "Bersih 2.0" announced that it was going to stage the rally. Bersih, also known as The Coalition for Clean and Fair Elections, is a loose alliance of NGOs and activists (bersih means "clean"). It argues that all candidates should be given access to the mainstream media and that indelible ink should be used to stop people voting more than once. It all sounds uncontroversial, but not to the government. Bersih was declared illegal on July 1st and about 200 activists were rounded up. The march itself was then banned, although the authorities offered Bersih a stadium to meet in—and then withdrew the offer. Perhaps the government was looking back nervously to the first Bersih march, in 2007. On that occasion, too, thousands protested against the Barisan Nasional (BN) coalition government and demanded reform. Subsequently, in the 2008 general election, the BN lost its largest share of votes since 1957 when it started ruling the country after the British left. The current prime minister, Najib Razak, deputy prime minister in 2007 before taking over the top job in an internal party coup, must have feared that the second Bersih rally might be a similar portent. He has to hold an election before 2013, but wants to do so earlier to win his own mandate. Opposition politicians were quick to join Bersih. The pre-eminent leader of the opposition, Anwar Ibrahim, was shoved to the ground and injured in the affray. None of this bodes well for Malaysia. The heavy-handed police tactics have provoked a lot of anger; the government has conceded an official investigation into claims of police brutality. In one instance (caught on film), police seemed to fire tear gas and water cannon into a hospital where protesters were sheltering from a baton charge. Few old laws were left untouched in the attempt to round up suspects before the march. It was reported that 30 people arrested in Penang were investigated under Section 122 of the Penal Code for the charge of waging war against the king. Dragging in the constitutional monarch, Tuanku Mizan Zainal Abidin, seemed particularly desperate, reminiscent of the abuse of the monarchy's position in neighbouring Thailand. On the eve of the rally, the king came out with a statement reminding everyone that "street demonstrations bring more bad than good, although the original intention is good." Mr Najib defended the police and accused the marchers of sowing chaos. Dismissing the motives of Bersih, he cast it as a desperate attempt by Mr Anwar to grab power. The immediate upshot is that Mr Najib may choose to delay calling for an election for some time, to let things settle down. He presumably hopes that if he waits long enough, people will have forgotten about this ugly incident. But the longer-term effects are hard to judge. It might also help to unite a fractious opposition against what they portray as an assault on democracy. The Economist |
BERSIH dikaitkan dengan YAHUDI pula... Posted: 18 Jul 2011 09:00 PM PDT Sebelum perhimpunan BERSIH 2.0, aku yakin bahawa ramai yang sedia maklum bahawa BERSIH 2.0 telah dikaitkan dengan Komunis.. mungkin dirasakan isu itu kurang berkesan oleh media-media tunggangan UMNO maka satu isu baru pula dicipta. Oleh itu pada 26 Lidah Rasmi UMNO melaporkan.. KUALA LUMPUR 26 Jun - Gerakan yang mempunyai kaitan dengan Kristian yang berpangkalan di luar negara dikenal pasti sebagai penyumbang dana kewangan terbesar kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih). Gerakan tersebut yang berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak beberapa minggu lalu dikesan aktif menyalurkan bantuan kepada Bersih melalui NGO tempatan. Antaranya adalah Yayasan Konrad Adenauer dari Jerman yang mempunyai hubungan erat dengan Parti Kesatuan Kristian Demokratik di sana, serta Yayasan Canadian Allied dari Kanada. – berita penuh sila baca di (SINI) Tetapi semalam menurut Wisma Putra setelah Najib Razak mengunjungi Pope Benedict XVI di Rom dan hasilnya Malaysia dan Vatican telah bersetuju untuk mewujudkan hubungan diplomatik secara formal bagi memperkukuhkan kerjasama, Pertemuan berlangsung di Apostolic Palace, kediaman musim panas pemimpin penganut Katolik itu di Castel Gandolfo di pinggir Rom. Bila Najib sendiri sudah berjumpa dengan Pope bagi menjalin hubungan diplomatic ( Hubungan Diplomatic apa benda dengan Pope ni?) Lidah Rasmi UMNO mengaitkan pula BERSIH 2.0 dengan gerakan Yahudi pula.. Baca laporan ini.. 19 Juli 2011, KUALA LUMPUR, Hingga lebih dari sepekan setelah demonstrasi Bersih 2.0 usai, Pemerintah Malaysia terus berusaha memperburuk citra gerakan menuntut reformasi sistem pemilu itu melalui media. Terakhir, Bersih 2.0 diklaim didukung kekuatan asing, termasuk grup Yahudi. Klaim itu diungkapkan dalam tajuk rencana harian Utusan Malaysia milik partai berkuasa di Malaysia, Senin (18/7). Harian berbahasa Melayu terbesar di Malaysia itu mengatakan, kelompok-kelompok Yahudi di dunia berusaha mencari celah untuk ikut campur dalam urusan dalam negeri Malaysia dengan tujuan menghancurkan negara itu. "Ketika genderang atas nama hak asasi manusia semakin keras ditabuh, itu menjadi kesempatan bagi kelompok pro-Yahudi campur tangan di negara Islam mana pun," tulis editorial itu. Maaf ya bapak-bapak dan ibu-ibu.. aku copy dari Kompas.com tu.. sepenuhnya sila baca di (SINI) Ini pula adalah artikel yang di maksudkan itu.. Konspirasi Bersih dan kultus SEMASA Cuit ini ditulis, saya menerima SMS dari blogger Papa Gomo. SMSnya berbunyi: Salam, video Tulen Dato Johari Abdul PKR sahkan dan akui Anwar pelaku video seks di blog saya. Beberapa sahabat lain juga menghantar mesej yang sama. Bagi saya ia bukan cerita baru. Ia hanyalah satu penemuan baru yang dijangka keluar satu demi satu lagi mengenai kecurangan seks dan penyelewengan moral Anwar Ibrahim. Seperti yang saya katakan sebelum ini, seruan solat hajat daripada penyokongnya untuk menunjukkan kebenaran sudah terserlah dan sedang menjelma. Semua orang yang telah melihat video seks itu mengesahkan itu memang dia. Malah pakar forensik video dari Amerika Syarikat pun memberi pengesahan 99.9 peratus itu adalah tulen dan sama dengan Anwar. Oleh itu, apa lagi? Pembangkang mati-matian akan terus mempertahankan Anwar, walaupun mereka tahu dalam video itu memang Anwar. Tapi mengapa mereka terus menafikan? Senang saja, kerana tanpa Anwar, habislah pakatan pembangkang. Samalah seperti tanpa Nik Aziz, habislah Pas. Tanpa Lim Kit Siang habislah DAP. Pakatan itu sebenarnya terlalu rapuh. Kekuatannya bukan terletak kepada parti itu sendiri seperti BN, tapi bergantung kepada ikon yang telah dipuja supaya ia menjadi kultus peribadi atau cult. Ikon kultus ini memang dahsyat pengaruhnya. Ingat lagi pada 18 November 1978, sebanyak 918 warga Amerika dan 909 lagi ahli sebuah pertubuhan sesat yang taksub kepada Jim Jones meminum racun atas arahan pemimpin mereka itu – untuk ke syurga. Jim dalam rakaman suara sebelum mati berkata: ''Kami bukan bunuh diri, kami lakukannya sebagai tindakan revolusi membunuh diri membantah keadaan yang tidak berperikemanusiaan di dunia." Para pengikutnya yang taksub kepada pemimpin itu semuanya mati, termasuk 303 anak-anak mereka yang dipaksa meminum racun sainida itu. Banyak lagi kejadian yang sama berlaku selepas itu atas nama pemimpin, kultus peribadi dan ketaksuban. Teringat saya kata orang tua-tua: Seperti itik jawa pulang petang, seekor dilanggar lori, yang lain pun ikut sama. Sampai sekarang pengikut Al-Arqam masih percaya yang pemimpin mereka Ashaari masih hidup! Malah kini, kitab suci al-Quran pun sanggup ditafsir mengikut kehendak mereka bagi menjustifikasikan kebenaran yang dibawa. Ustaz-ustaz mentafsirkan mengikut kehendak politik. Diandaikan Anwar itu masih pemimpin UMNO, maka tafsiran al-Quran mengenai soal zina dan liwat akan menjadi cerita lain pula. Begitu juga di Malaysia yang aman, damai lagi sentosa ini. Para pengikut parti pembangkang mahu menghalalkan cara dengan mengadakan demonstrasi jalanan ala-Reformasi bagi menjatuhkan kerajaan. Mengapa? Senang saja jawapannya. Mereka mahu menyelamatkan Anwar bin Ibrahim. Anwar kini berada dalam peringkat akhir kes liwatnya terhadap Saiful. Anwar juga sudah tidak boleh berdalih mengenai pelakuan video seksnya. Bagaikan orang bersalah, apa nak jadi, jadilah. Maka demonstrasi Bersih akan tetap dilakukan pada 9 Julai ini. Ia, kononnya atas nama untuk membersihkan sistem pilihan raya Malaysia. Tapi baca pula kenyataan anaknya Nurul Izzah Anwar mengenai tujuan Bersih itu mahu diadakan: ''Rakyat perlu ambil semangat rakyat Mesir di Dataran Tahrir pada perhimpunan Bersih kali ini." Itulah niat sebenar mereka. Bapanya sedang tersepit. Anak yang baik mahu menyelamatkan bapanya dalam apa cara sekali pun, walaupun satu dunia tahu mengenai perbuatan bapanya itu. Itulah tujuan sebenar perhimpunan haram itu mahu diadakan. Ia bukan sangat soal pilihan raya yang bersih. Pilihan raya umum kita memang bersih sehingga mereka berjaya menang di lima negeri. Apa yang mahu dilakukan ialah memporak-perandakan negara untuk menyelamatkan bapanya. Nurul Izzah mahu samakan Malaysia dengan Mesir, yang rakyatnya hidup dalam kemiskinan walaupun mempunyai sumber asli dan duit pelancongan yang besar. Wahai Nurul Izzah, ironisnya Tun Dr. Mahathir Mohamad kini berada di Kaherah atas jemputan kerajaan baru negara itu hingga esok bagi berkongsi pengalaman Malaysia menjaga keharmonian selama ini. Di Malaysia bukan macam Mesir. Di sini wahai Nurul Izzah, semua orang senang. Masuk di kampung rata-rata pakai kereta atau memiliki sekurang-kurangnya motosikal. Jika hari raya, kampung sesak bagaikan Kuala Lumpur, dengan kereta-kereta berjenama mewah. Orang Cina kaya-raya di negara ini. Tiada lagi dengar berita rakyat kita mati kebuluran. Memanglah ada yang miskin, tapi tidaklah seperti di negara lain. Namun adakah kita sedar pula siapa di belakang yang memporak-perandakan negara-negara Arab sekarang. Yang peliknya negara-negara Arab yang akrab dengan satu kuasa besar tidak disentuh pun? Jordan misalnya, sampai sekarang aman (walaupun ada demonstasi tapi hanya kecil). Kuwait pun tiada apa-apa berlaku dan Arab Saudi sekutu kuat sebuah kuasa, juga aman damai. Kuasa besar itu tahu siapa yang perlu diporakperandakan dan dipulas telinga. Kini giliran Malaysia pula? Sebenarnya cubaan oleh kuasa asing untuk menumbangkan kerajaan Malaysia telah berlaku semasa gelombang reformasi dulu. Cuba Nurul Izzah tanya dengan ayahanda Anwar apa hubungannya dengan rakan-rakan akrabnya di Amerika itu? Selepas reformasi itu, Dr. Mahathir akhirnya turun secara sukarela tapi kerajaan BN yang mahu dihancurkan mereka gagal dijatuhkan. Di Indonesia, tempat bermulanya gelombang refomasi campur tangan asing itu, mereka bukan saja berjaya menjatuhkan Suharto tapi parti Golkarnya sekali turut tumbang. Di Malaysia, pada 9 Julai ini satu lagi cubaan mahu dilakukan. Jika semasa gelombang refomasi di Malaysia dulu, pelbagai NGO diwujudkan melalui dana yang dibawa masuk oleh kuasa-kuasa asing, kini ia berlaku sekali lagi. Saya mencabar pihak pembangkang dan Anwar menafikan fakta ini. Apakah kerajaan kita tidak sedar dengan campur tangan asing itu? Jika sedar apa tindakan seterusnya? Baca di bawah ini: WAKIL EJEN ASING TAJA BERSIH 2.0? (1) AIDCNews (26/06/11) - Laman web National Democratic Institute atau ringkasnya, NDI mengesahkan bahawa yayasan demokrasi itu menaja dan menyokong Bersih di Malaysia. "Program-program NDI di Malaysia ditaja oleh National Endowment for Democracy atau ringkasnya NED", lapor laman NDI, www.ndi.org. NDI adalah salah satu daripada empat cabang operasi NED. Selain NDI, tiga cabang NED lagi adalah IRI (International Republican Institute), ACILS (the American Center for International Labor Solidarity) dan CIPE (Center for International Private Enterprise). Allen Weinstein, penggubal dasar undang-undang NED mengesahkan operasi NED adalah seumpama operasi CIA yang pernah dilakukan sebelum ini. Anwar Ibrahim dari Malaysia, merupakan salah seorang pemikir NED, badan yang bertopeng demokrasi didalangi Yahudi itu. Muhamad Rahimi Osman, bekas Setiausaha Sulit Anwar sebelum ini pernah menunjukkan bukti surat Ketua Umum PKR itu memohon dana daripada NED untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-12. Surat bertarikh 18 Jun 2007 yang ditandatangani oleh Anwar Ibrahim dengan alamat AIA di 585 Grove Street, Suite 135, Herndon, Virginia, 20170 dihantar kepada NED beberapa bulan sebelum PRU-12. Hal ini diperkukuhkan lagi bantuan demi bantuan dari salah satu cabang NED, NDI yang membantu memperkasakan parti-parti pembangkang dan NGO-NGO Malaysia pro Anwar Ibrahim. "Pada bulan Februari 2005, NDI melancarkan program di Malaysia untuk menggalakkan perbincangan terbuka mengenai perkara-perkara perundangan dan kerajaan serta untuk menggalakkan parti-parti politik supaya lebih telus, demokratik dan komunikasi dalam hubungan mereka dengan orang ramai. "Program ini memupuk dialog antara parti-parti politik dan masyarakat awam (civil society) berkenaan isu-isu reformasi ke arah memperbaiki parti konstituen, mesej pembangunan dan kemahiran berkomunikasi," lapor cabang NED itu. NDI mengakui pihaknya telah mengadakan bengkel-bengkel dengan kerjasama sebuah NGO Malaysia yang dinamakan REFSA, salah satu NGO yang menjadi anggota Bersih untuk melatih kepimpinan dan pengurusan organisasi Bersih itu. Latihan NDI dijalankan secara berkala di Malaysia, mulai dari tahun 2005, 2006 dan 2007 untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia pada tahun 2008. REFSA adalah nama singkatan kepada Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (Research for Social Advancement), sebuah NGO Malaysia yang beralamat di 4A, Jalan Sepadu, Taman Bersatu, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur yang dianggap badan pemikir DAP, diketuai oleh YB Liew Chin Tong, Ahli Parlimen DAP, Bukit Bendera, Pulau Pinang. Selain REFSA, badan-badan NGO yang menganggotai Bersih adalah Amnesty International Malaysia (AIM), All Women's Action Society (AWAM), Centre for Independent Journalism (CIJ), Komuniti Masyarakat (KOMAS), Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Women's Aid Organisation (WAO), Writers' Alliance for Media Independence (WAMI), Majlis Peguam dan lain-lain. Kebanyakan badan NGO di atas ditaja oleh dana Yahudi, NED dan Open Society Institute (OSI), kepunyaan penyangak matawang Yahudi, George Soros. "Pada bulan Julai 2005, NDI menganjurkan bengkel peringkat kebangsaan kepada pemimpin parti untuk reformasi pilihan raya. NDI telah menjalankan bengkel-bengkel di seluruh Malaysia untuk menggalakkan reformasi pilihan raya dengan kerjasama REFSA, salah satu NGO yang menjadi urus setia Bersih. "Pada tahun 2006, NDI menjalankan bengkel untuk Bersih yang memberi tumpuan kepada memperbaiki pelan tindakan setiap peserta atau parti politik organisasi tersebut. "Pada tahun 2007, NDI dan Bersih mengadakan beberapa siri bengkel di wilayah politik yang diabaikan di Sabah dan Sarawak untuk mendidik semula aspirasi berpolitik," lapor laman NDI. (2) BLOG The Unspinners: Selain penangkapan aktivis Parti Sosialis Malaysia di tol Sungai Dua Pulau Pinang pada pukul 5:45 petang hari sama, seramai 29 ahli PSM telah ditahan di hadapan Kolej Matrikulasi Ledang. Mereka terdiri daripada 27 kaum India serta seorang warganegara Korea dan Filipina. Daripada maklumat yang diperoleh, lelaki Filipina itu bernama Romeo Castillo, 59 tahun dan berasal dari Manila. Dia datang sebagai tetamu PSM dan menyertai konvoi PSM sejak 23 Jun dari Semenyih. Sementara itu, warga Korea bersama mereka itu adalah Min Young Song, 24 tahun. Dia adalah wakil NGO Korea Selatan, Pertubuhan 18 Mei di Korea. Dia hadir atas jemputan dan pembiayaan National Democratic Institute (NDI) dan Electoral Integrity. Dia sudah masuk sejak dari 19 Mac dan cop semula di Tanjung Kupang pada 1 Mei lalu. NDI adalah satu organisasi daripada empat cawangan di bawah naungan National Endowment of Democracy. Kebetulan ada ceramah DAP di Tangkak dan Gobind Singh, Dr. Boo serta beberapa ahli DAP datang melawat tahanan. Mereka masih ditahan di Balai Polis Ledang. Kumpulan PSM telah mula membuat roadshow untuk memperomosi perhimpunan haram Bersih di bawah kempen "UdahLah Bersara" mulai 24-26 Jun. Mereka telah pergi Ke Johor, Kedah, Perak dan Pulau Pinang. Roadshow ini diketuai oleh Setiausaha Agung PSM, Arulchelvam. Mereka telah mengedar risalah Bersih dan menyeru orang ramai turun pergi demo. Semasa bas mereka ditahan, terjumpa t-shirt dan risalah yang mengagungkan komunis. Kebimbangan keselamatan bukan setakat elemen komunis, tetapi juga elemen militan dari selatan Siam boleh menular masuk menerusi perhimpunan Bersih. Lidah Rasmi UMNO.. Jika ditakdirkan selepas ini Najib bertemu pula dengan Perdana Menteri Israel.. dengan apa pula BERSIH akan dikaitkan agaknya??? |
BERSIH 2.0 : Rakyat Lebih Tahu Apa Yang Berlaku.. Posted: 18 Jul 2011 08:17 PM PDT SHAH ALAM 19 JULAI: Pakatan Rakyat secara konsisten mengalu-alukan tindakan polis mendedahkan salah laku peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang didakwa melakukan provokasi terhadap anggota polis. Namun menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, bukti itu tidak cukup untuk mengubah persepsi rakyat bersabit kekasaran yang dilakukan agensi itu kepada masyarakat yang berhimpun secara aman pada 9 Julai lalu. Justeru beliau menganggap kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) akan terus terputus hubungan dengan rakyat jika berterusan menunding jari ke arah kumpulan yang rata-rata terdiri daripada golongan pertengahan dan rendah menuntut reformasi pilihan raya. "Yang terus terhantuk ini BN sebab sampai sekarang masih belum jumpa satu jalan bagaimana untuk goncang keyakinan rakyat bahawa Bersih ini berjalan dalam keadaan aman dan berhasrat baik," ujar beliau. Dalam masa yang sama, Rafizi tidak menolak usaha pihak tertentu mencari jalan mencemuh imej perhimpunan Bersih seraya menutup tindakan keterlaluan yang dilakukan oleh anggota polis pada hari kejadian. "Hakikatnya semua orang tahu yang turun (perhimpunan) Bersih itu berniat berjalan dengan aman. Kalau tidak kerana polis mengambil pendekatan keras dan kasar, perhimpunan hari itu adalah aman dan akan diingati sebagai perhimpunan yang berbilang kaum," tambah beliau. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini meminta polis menyegerakan siasatan rakaman video untuk mempertahankan tindakan kasar agensi itu terhadap orang awam ketika perhimpunan Bersih 2.0 yang lalu. Katanya, gesaan itu dibuat bagi menangkis kecaman masyarakat termasuk media alternatif dan asing yang mendakwa polis bertindak kejam ke atas peserta-peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan bangsa. Muhyiddin sebaliknya menunding jari ke arah rakyat yang dianggap mencetuskan provokasi terhadap anggota polis selain melontarkan kata-kata kesat. Akhbar-akhbar pro kerajaan sehingga ke hari ini turut memainkan peranan menuduh peserta Bersih yang juga anggota Unit Amal, Abdul Razak Endut membawa pisau ketika himpunan itu dan bertindak membaling batu ke arah anggota polis menerusi sekeping foto pada 10 Julai lalu. Namun gambar itu ternyata satu manipulasi apabila Razak sendiri tampil menceritakan apa yang berlaku pada hari tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada akhbar terbabit. Mengulas hal itu, Rafizi berpendirian, taktik kuno Umno-BN dengan memanipulasi fakta dan imej untuk menghalalkan perbuatan kasar polis gagal memberi impak kepada rakyat. Ini kerana menurut beliau rata-rata masyarakat terdedah kepada sumber maklumat internet yang meluas sekaligus mampu menilai antara kesahihan dan penipuan. Katanya lagi, video yang disiarkan di laman Youtube merupakan hasil rakaman peserta-peserta yang hadir dan kebanyakkannya terdiri daripada rakyat jelata. "Sebab itu seperti saya sebut tadi kita tidak takut dengan propaganda BN sebab ceritanya terus bertukar tanpa bukti yang dibawa kepada rakyat," katanya. Jelasnya, walaupun terdapat segelintir masyarakat yang masih mempercayai propaganda Umno-BN namun ianya tidak akan merubah landskap politik Malaysia. Ini kerana menurut beliau, hampir 60 peratus pengundi atas pagar bergantung kepada maklumat alternatif selain media arus perdana. "Ada pepatah Inggeris berkata kita beri mereka lebih banyak tali, akhirnya mereka akan gantung diri sendiri. Dengan cara yang mereka buat sekarang, rakyat makin tidak yakin dengan BN sebab mereka menegakkan benang yang basah dengan jelas melalui media mereka," tambahnya lagi. TVS News |
Ini barulah dikatakan BOHONG!! Posted: 18 Jul 2011 10:52 AM PDT Seorang Doktor yang memiliki sebuah klinik di Pulau Pinang menulis didalam blognya panjang lebar mengenai isu kecederaan kaki Mat Sabu akibat dilanggar oleh Land Rover milik Polis, beliau merujuk kepada beberapa perbezaan yang kononnya amat ketara di dalam laporan kecederaan Mat Sabu kerana sebagai seorang doktor perubatan, beliau berpendapat laporan tersebut tidak kena dengan kecederaan yang dialami oleh beliau. Dipendekkan cerita.. beliau tak percaya akan Mat Sabu akan dibedah jumaat lalu atau dalam lain ayat Mat Sabu bohong perihal kecederaannya itu.. Jumaat jam 3 petang yang lalu Mat Sabu telah selamat menjalani pembedahan itu di Hospital Pakar KPJ Selangor di Shah Alam, ternyata beliau tidak berbohong mengenai kecederaannya itu.. lihat gambar X-Ray di ( SINI.) Takkan Mat Sabu saja suka-suka nak masukkan skru dalam kaki dia kot… Dr.? Patutlah klinik hang hidup segan mati tak mahu.. buat analisa berjela-jela tapi langsung tak tepat.. Kalau nak tahu apa dan bagaimana itu dikatakan BOHONG kat bawah ni ada contoh.. Pembohongan oleh Pemimpin UMNO.. Berita dari mana entah lah.. aku terjumpa dalam Blog Ketua Penerangan UMNO.. Mula-mula berita itu melaporkan KUALA LUMPUR 17 Julai - Kempen Sejuta Tandatangan bagi menyokong gagasan 1Malaysia anjuran Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) dan Yayasan Kemajuan Islam Nasional mencapai sasaran apabila 1,263,177 tandatangan berjaya dikumpul. Kejayaan tersebut menunjukkan majoriti senyap rakyat Malaysia menyokong gagasan yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, gagasan 1Malaysia akan memastikan perpaduan, kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara terus berkekalan. Tapi diakhir berita pula.. Sementara itu, Presiden Kimma, Datuk Syed Ibrahim Kader berkata, sebanyak 108,000 ribu tandatangan berjaya dikumpul sejak majlis pelancaran awal 16 Jun lalu dan semasa perlawanan pasukan kebangsaan menentang Liverpool di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam. Mamak tu kata 108,000 tandatangan.. tapi Ahmad Maslan kata 1,263,177 tandatangan.. Siapa bohong? Ahmad Maslan atau Mamak Presiden Kimma tu?? Yang pasti bukan Mat Sabu yang berbohong tapi salah seorang dari dua orang pemimpin yang ada kaitan dengan Barisan Nasional diatas.. Kempen Sejuta Tandatangan berjaya AHMAD Maslan menurunkan tandatangan selepas melancarkan Kempen Sejuta Tandatangan bagi menyokong gagasan 1Malaysia di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur semalam. Turut serta, Syed Ibrahim Kader (bersongkok). KUALA LUMPUR 17 Julai – Kempen Sejuta Tandatangan bagi menyokong gagasan 1Malaysia anjuran Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) dan Yayasan Kemajuan Islam Nasional (Yakin) mencapai sasaran apabila 1,263,177 tandatangan berjaya dikumpul. Kejayaan tersebut menunjukkan majoriti senyap rakyat Malaysia menyokong gagasan yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, gagasan 1Malaysia akan memastikan perpaduan, kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara terus berkekalan. "Hari ini kempen itu diadakan serentak di 212 lokasi di Semenanjung Malaysia dan ia merupakan cara kreatif bagi menunjukkan sokongan rakyat kepada kerajaan. "Kaedah aman untuk menyatakan sokongan rakyat yang berbilang kaum, agama dan berbeza fahaman politik itu dibuat tanpa perlu membuat porak-peranda di jalanan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Sejuta Tandatangan di sini hari ini. Beliau turut melancarkan Skuad Jom Berdaftar Yakin bagi membantu rakyat terutama ahli Kimma yang belum berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan melawat dari rumah ke rumah. Kimma menyasarkan lebih 100,000 India Muslim dapat didaftarkan sebagai pengundi sehingga hujung tahun ini. Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO, mengucapkan terima kasih atas usaha penganjur melaksanakan program baik seperti itu dan tandatangan tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri. Katanya, kempen itu secara tidak langsung membuktikan rakyat Malaysia cintakan keamanan dan perpaduan. Sementara itu, Presiden Kimma, Datuk Syed Ibrahim Kader berkata, sebanyak 108,000 ribu tandatangan berjaya dikumpul sejak majlis pelancaran awal 16 Jun lalu dan semasa perlawanan pasukan kebangsaan menentang Liverpool di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam. "Kimma berkeyakinan, sebanyak sejuta tandatangan dapat dikumpulkan petang ini berdasarkan sambutan yang begitu baik diterima. "Kami juga akan memastikan sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan ataupun revolusi akan ditentang habis-habisan," ujarnya. |
Gambar X-ray buktikan Mat Sabu berbohong.. Posted: 18 Jul 2011 09:57 AM PDT MALAM ni gua nak bongkar satu pembohongan yang telah dilakukan oleh Mat Sabu, Timbalan Presiden Parti Islam se Malaysia, PAS. Jelas sekali selama ini Mat Sabu memang berpura-pura sakit, beliau berbohong bahawa kekejaman Polis telah dilakukan ke atasnya. Gua tak cakap kosong bhai, gua ada bukti. Memang jelas sekali pihak Polis telah menjalankan tugas secara profesional. Tiada sebarang kekejaman yang berlaku ke atas Mat Sabu, semua itu hanyalah fitnah dan pembohongan terang-terangan dari pembangkang. Mana ada Mat Sabu kena langgar? Itu semua bohong, semua fitnah untuk memburukkan imej Polis yang sudah sedia buruk. Mat Sabu sengaja mencari simpati rakyat terhadapnya. Sebenarnya Mat Sabu tidak cedera sedikit pun, malah calar pun tidak itu semua fitnah! Sebagai bukti, gua sertakan sekeping gambar X-Ray kaki Mat Sabu, jelas sekali tiada sebarang kecederaan, tiada sebarang kesakitan hanya ada sebatang besi sahaja terpacak di kakinya. Besi itu terpacak di kaki Mat Sabu bukan salah Polis, tetapi salah doktor yang merawat beliau. Gua sarankan Mat Sabu untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas doktor kerana telah memacakkan sebatang besi ke dalam kaki beliau, dan berhentilah dari menyalahkan Polis. Aku ciplak 100% dari Milo Suam |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan