Senyum Tangis Sendu |
- Jangan Tipu Orang Celik sebab Kamu Buta
- Menteri Kesihatan Paling Bodoh dan Buta
- Kenyataan Bodoh Najib Tipu Orang Celik
Jangan Tipu Orang Celik sebab Kamu Buta Posted: 15 Jul 2011 04:40 AM PDT Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua menyifatkan kenyataan Hospital Tung Shin menafikan hospital itu menjadi sasaran tembakan gas pemedih mata dan pancutan air berkimia polis pada perhimpunan Bersih Sabtu lalu sebagai hasil tekanan kerajaan. Penafian oleh Lembaga Pengarah hospital itu dibuat ekoran pertemuan mereka dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai Isnin lalu. Tian berkata ratusan rakyat menjadi saksi dan menyaksikan apa sebenarnya yang berlaku hari itu di Hospital Tung Shin apabila Polis mengepung peserta Bersih yang berlindung di kawasan hospital berkenaan. "Saya anggap mereka (Kerajaan) cuba intimidasikan pihak hospital. Yang mereka tidak boleh tukar ialah kenyataan yang berlaku. Ratusan rakyat yang ada di Hospital (Tung Shin) dan kita ada video dan gambar. "Apa yang Liow Tiong Lai atau Chua Soi Lek cakap... pihak Tung Shin tak kan menafikannya," kata Tian ketika dihubungi TV Selangor. Presiden MCA Dr Chua Soi Lek kelmarin mendakwa gambar dan video rakaman tentang Polis menembak gas pemedih mata kedalam kawasan Hospital Tung Shin tidak semestinya menceritakan kejadian yang sebenar kerana ianya boleh dimanipulasi. Pengerusi Lembaga Pengarah Ng Beh Tong pula semalam menafikan dakwaan sebuah berita portal bahawa gas pemedih mata dan meriam air yang dilepaskan oleh polis untuk meleraikan perhimpunan haram Sabtu lepas, memasuki kawasan hospital itu sebepas bertemu dengan Tiong Lai. Tian yang turut menyertai dan ditangkap pada himpunan Sabtu lalu menyifatkan pembohongan Kerajaan Pusat hanyalah menipu diri sendiri sedangkan laporan sebenar tersebar di internet dan media asing. "Mereka (Kerajaan) seperti burung unta yang menanam kepala sendiri ke dalam pasir kerana cuba menafikan rakyat telah bangkit menuntut Pilihan Raya bersih dan telus.Mereka cuba nafikan bahawa polis telah lakukan kekerasan terhadap orang awam. Ini tidak akan mengubah apa yang terpahat di kepala rakyat yang hadir pada hari itu," tegas beliau. |
Menteri Kesihatan Paling Bodoh dan Buta Posted: 14 Jul 2011 11:32 PM PDT Bomba tengah sembur air kot? Gila punya menteri Dilihat sebagai perkembangan dilihat mengejutkan banyak pihak, Kementerian Kesihatan memutuskan untuk mengadakan satu jawatankuasa inkuiri tahap tinggi bagi menyiasat insiden pihak polis menyasakan Hospital Tung Shin di sini ketika cuba meleraikan perhimpunan Bersih 2.0 pada Sabtu lalu. Jawatankuasa itu akan diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Kamarul Zaman Md Isa, kata menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar) dalam satu kenyataan malam ini. Sehubungan itu kata Liow, beliau percaya langkah ini akan memperjelaskan pelbagai kenyataan yang bercanggah, yang dibuat pelbagai sejak beberapa hari lalu. "Pada 11 Julai lalu, lembaga Hospital Tung Shin memaklumkan menteri bahawa tiada gas pemedih mata dan air berasid dilepaskan ke arah kawasan hospital," kata Liow. "Pelbagai saksi yang melihat mendakwa keadaan sebaliknya," kata beliau. Justeru kata Liow, beliau percaya jawatankuasa tersebut akan mengadakan satu proses siasatan mendalam dan secara telus, yang menurutnya sangat penting dan perlu memandangkan keselamatan pesakit dan hospital adalah penting. "Orang ramai yang menyaksikan insiden itu boleh tampil membantu inkuiri. Mereka yang mahu identiti mereka tidak dikenali juga boleh berbuat demikian," kata Liow lagi. Dalam satu kenyataan awal pagi, Tony Pua, setiausaha publisiti DAP kebangsaan mahu kerajaan pusat sewajarnya memohon maaf secara terbuka kepada Hospital Tung Shin kerana melepaskan air berasid dan gas pemedih mata dalam menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0 pada Sabtu lalu. Pua mendakwa kerajaan cuba menutup kesalahan polis dan oleh itu, tidak berguna bagi kerajaan untuk terus menafikan apa yang telah berlaku. "Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar), Menteri Kesihatan dan Presiden MCA (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) harus dengan segera meminta maaf kepada Hospital Tung Shin kerana melanggar wilayahnya dan kepada semua rakyat Malaysia kerana cuba menutup kesalahan pasukan polis," kata beliau. Dalam satu kenyataan lewat malam tadi, sekumpulan 11 doktor menegaskan mereka bersedia untuk menyediakan afidavit berkanun untuk mengatakan bahawa pihak polis ada melepaskan air berasid dan gas pemedih mata ke atas kawasan Hospital Tung Shin dan Bersalin Cina di Jalan Pudu ketika perhimpunan Bersih 2.0. Seramai 11 doktor yang berkata berada di lokasi ketika kejadian menegaskan, mereka kecewa dengan tindakan polis itu tanpa mempedulikan keselamatan pesakit dan doktor. "Kami, doktor-dotkor yang menurunkan tandatangan di bawah, tidak mahu menyertai polemik perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011, tetapi mahu menjelaskan kebenaran tentang keadaan tidak selesa yang wujud (hari itu)," kata mereka. Justeru, kenyataan itu bercanggah dengan respons Liow yang telah menafikan polis ada melepaskan air berasid dan gas pemedih ke atas kawasan hospital, sebaliknya tambah beliau ia disebabkan oleh pergerakan angin pada masa kejadian. Kelmarin, Dr Chua, yang juga bekas menteri kesihatan pula berkata, pihak polis terpaksa bertindak demikian bagi melindungi pesakit-pesakit daripada peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang cuba berselindung di kawasan itu. Kenyataan media itu ditandatangani oleh Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong. "Adalah menjijikkan pihak berkuasa yang diamanahkan tanggungjawab kepolisian menjaga negara dan melindungi mereka yang lemah, tanpa rasa malu menafikan perbuatan mereka secara umum, di sebalik kejadian itu disokong banyak gambar, video dan pengakuan saksi termasuk pemerhati berkecuali," kata mereka dalam kenyataan itu. |
Kenyataan Bodoh Najib Tipu Orang Celik Posted: 14 Jul 2011 06:06 PM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pihak polis menggunakan tindakan yang sewajarnya dalam usaha menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu. "Ia (tahap tindakan polis) agak ringan sebab meskipun ia dikenakan, mereka (yang ditahan) telah dibebaskan selepas lapan jam dan mereka dilayan dengan baik," kata beliau dalam temu bual dengan CNN hari ini. "Tiada penggunaan tindakan yang tidak wajar dan penunjuk perasaan disuraikan dengan menggunakan pasukan yang minumum," katanya. Najib juga mengetepikan perhimpunan Sabtu lalu memperjuangkan pilihan raya bebas dan adil atas alasan ia bersifat tidak berkecuali dan menekankan pentadbirannya komited untuk "mengadakan (pembaharuan sistem pilihan raya) lebih baik." Sebelum ini, Najib dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mempertahankan tindakan polis. 5,000 orang kira polis yang bodoh Pihak penganjur mendakwa telah mengumpulkan kira-kira 50,000 peserta meskipun berhadapan dengan halangan polis di hampir seluruh negara. Polis menafikan angka itu dengan berkata hanya 6,000 orang berhimpun. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan