Jumaat, 15 Julai 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Projek mencari lokan.

Posted: 15 Jul 2011 04:16 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Minggu depan, insyallah design baru baju PAS Reform akan berada di pasaran. Yang membeli boleh pakai dengan falsafah sokong ikut tajuk. Agak2, di masa hadapan, anda dapati PAS Reform perlu dimusnahkan, maka musnahkanlah dalam rangka demokrasi BERSIH. Bersama Ambiga anda. Cewah..

N3 peribadi ni, mencatitkan pengalaman gua mencari lokan. Habes gua hasut bini gua sekali. Jika dizinkan (mudah2an amin) anak gua bleh tengok dia dari dalam perut lagi dah join BERSIH, dah terjun paya nipah. Kengkonon silibus pembelajaran awal para nabi la nih. Ngee... Nabi2 kan masa kecil dalam perut lagi dah macam2 ujian.

Mula2 gua masuk dulu. Servey keadaan paya nipah yang terletak di Tumpat nih. Agak2 ianya selamat pada tafsiran gua, gua patah semula. Jauh gak bai. Lebih kurang 1 km. Sensorang plak tu. Yakinkan bini gua dan harung menuju ke rakan2. Bawa 2 bekas. 1 utk handphone untuk perhubungan. 1 untuk bekas lokan.

Puak2 ni, memang terer habes. Nisbah jumpa gua ingat gua = 1, rakan = 5. Haha. Alhamdulillah. Banyak gak dapat. Tapi tak tau nak masak caner.

"Weih.. kat sini takda boye ke?" 
"Nate nih.."


"Weih.. kat sini takda pacat ke?"
"Mu nih.. air masin mana ada pacat."
"Bini gua tanya la.."


 Cubaan menipu anak gua nanti. Kengkonon gua yang dapat nih.


 Gua sebenarnya dah macam pengawai logistik jer. Haha. Tukang bawak barang.


 "Hidup.. hidup. Hidup BERSIH. Hidup.. hidup. Hidup demokrasi."
"Hancur.. hancur. Hancur BN."


 Tada... hasilnya. Tangkap dulu. nak masak caner, fikir kemudian.
Any suggestion? 


"Weih... kita benti kerja nak. Jadi nelayan."
"Tok ghokk!!"

Isu ramadan di Kedah.

Posted: 15 Jul 2011 03:00 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : Dari Cenangau ke Sanusi Md Nor

Kalau non muslim Kelantan, gua ingat diorang lagi faham agama dari Melayu bukan Kelantan. Masa gua hantar bini scan baby, di klinik milik non muslim, Doc tu tak benarkan gua ambil gambar. Aurat katanya.

Ini cakap2 orang yang tidak tahu keadaan sebenar di Kedah; untuk bab2 bukan Islam. Pada gua, lebih elok kalau Azizan mengeluarkan amaran kepada muslim bahawa keseluruh pusat hiburan akan dipantau dengan hebat dari kehadiran muslim sepanjang Ramadan ini. Bulan2 lain pun akan dipantau juga, tetapi untuk bulan Ramadan lebih2 lagi lah.

Apa pun, kalau Azizan dan PAS Kedah berasakan mempunyai space dari segi masa dan media secukupnya bagi menyerap hentakan, kekeliruan, etc; gua sokong sangat2 la. Mudah2an PAS Kedah dapat membudayakan non muslim Kedah seperti non muslim Kelantan.

Yang lain ada pandangan?

Wallahualam.


BERSIH : Perjuangan rakyat Malaysia di Britain.

Posted: 14 Jul 2011 03:52 PM PDT

Kenderaan Polis Britain menghalang pandangan Najib
dari melihat demonstrasi.

Fobia dengan warna kuning yang diharamkan olehnya di Malaysia baru-baru ini, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London dikhabarkan terpaksa meminta bantuan pihak Polis Britain bagi menghalang Najib dan rombongannya dari terlihat warna tersebut yang dipamirkan oleh rakyat Malaysia yang mengadakan demonstrasi di London.


Turut bersama delegasi Anak Najib dan Adik Najib (CEO CIMB)

Najib Altantuya dikhabarkan akan mengadakan sesi pertemuan dengan komuniti perniagaan United Kingdom jam 3.30 petang waktu London (10.30 malam waktu Malaysia) bersama pertemuan delegasi perniagaan Malaysia dan negara itu.

Delegasi Kerajaan Malaysia atau lebih tepat lagi dikatakan rombongan Keluarga Najib itu tiba di Mansion House, Garlick Hill, berhampiran dengan tebing Sungai Thames dengan mendapat sambutan meriah dari rakyat Malaysia di London.. meriah dengan kuning laa..


Bagaimanapun, menurut seorang rakyat Malaysia di sana yang memerhati, Najib meminta bantuan polis untuk berada di kawasan tersebut kerana berpuluh-puluh rakyat Malaysia menunggu sambil membawa kad berwarna kuning dengan tulisan PSM 6, Bersih dan Mansuhkan ISA.


Juga dikhabarkan keadaan di sana sedikit tegang dengan kehadiran trak polis yang membawa delegasi yang seolah-olah tidak mahu Najib melihat kelibat mereka yang menuntut supaya semua tahanan PSM di bawah Ordinan Darurat dibebaskan tanpa syarat!


Difahamkan, dua trak polis yang digunakan untuk membawa mereka kini diletakkan di hadapan rakyat Malaysia yang berdemo bagi menghalang pandangan Najib ke arah mereka.

Ada yang menanti Najib menandatangani kad yang mereka bawa supaya kesemua tahanan terbabit dibebaskan.
Sumber : Dari Anak Sungai Derhaka ke Jalan Pulang.


Tiada ulasan: