Rabu, 13 Julai 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Gambar: Polis Buat Kenduri Dalam Pulapol Untuk Pendemostran

Posted: 13 Jul 2011 03:28 AM PDT







Apakah motif buat majlis kenduri dalam pulapol? Ada anggota polis kahwin ke? Siap dengan pelbagai juadah bufet telah disediakan. Adakah ingin menutup keganasan polis tentang layanan peserta BERSIH kepada jamuan di dalam Pulapol itu?

Agak tidak masuk akal tentang penangkapan 1.667 orang peserta demonstrasi semat-mata untuk menghabiskan makanan yang telah disediakan oleh pihak Pulapol. Nampaknya perancangan mereka untuk melumpuhkan BERSIH gagal dan disediakan makanan bufet tersebut.

Polis dikatakan telah menyediakan untuk 1,000 orang majlis kenduri penangkapan peserta BERSIH. Malangnya dengan kebaikan polis ini gagal menutup kezaliman mereka diluar Pulapol. Keganasan mereka telah melenyapkan kebaikan mereka dengan penyediaan makanan. Usahlah berbohong kepada rakyat.

Bukan setakat juadaha makanan tetapi disediakan juga pasukan perubatan untuk merawat pesakit yang tercedera semasa berhimpun tempoh hari. Tempat solat disediakan dengan membeli sejadah baru itu telah menjadikan sikap double standard pihak kerajaan dalam membanteras perhimpunan aman tersebut.


Pengerusi SPR Mengamuk Kerana BERSIH

Posted: 13 Jul 2011 12:33 AM PDT


Apa sudah jadi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan tuntutan BERSIH? Terlalu banyak karenah yang dicipta oleh mereka dengan alasan BERSIH belum menyerahkan tuntutan. Adakah perlu tunggu tuntutan baru SPR perlu berubah?

SPR adalah badan yang dilantik oleh suruhanjaya melalui Agong. Adakah perlu bersekongkol dengan Barisan Nasional untuk memanjangkan jangka hayat BN untuk terus berkuasa? Timbul alasan memorandum tidak diserah kepada Agong dan perlukah ditunggu memorandum tersebut walhal rakyat telah mengkritik tindakan SPR yang tidak telus dalam pilihan raya.

Lagi satu mempertikaikan kenapa PAS bersama BERSIH menuntut pilihan raya. PAS itu sebuah parti politik yang berdaftar dan ada hak untuk pilihan raya yang adil dan bukannya BERSIH yang bertanding pilihan raya. BERSIH hanyalah sebuah gabungan daripada 62 NGO dan parti politik yang menuntut pilihan raya diadakan secara adil dan telus.

SPR tidak patut salahkan PAS. Lainlah kalau PERKASA dan Patriot yang menentang kerana mereka sebuah pertubuhan yang tidak terlibat dengan politik sebaliknya BERSIH dengan gabungan menuntut 8 tuntutan daripada 16 tuntutan untuk SPR perhalusi dan bukannya melenting dan macam orang gila.

Kita buat semua mengikut undang-undang yang telah ditetapkan, jadi (Timbalan Presiden Pas) Mohamad Sabu pun tidak boleh memaksa saya. Saya hairan kenapa Mohamad Sabu bercakap seolah-olah dia mewakili Bersih, pada hal sebelum ini Bersih 2.0 berkali-kali menegaskan tidak ada kaitan dan tidak menyebelahi mana-mana parti politik. 

Kenyataan pemimpin Pas itu dengan sendirinya menjelaskan kepada umum bahawa Bersih 2.0 memang didalangi oleh pihak pembangkang. Kita sendiri pun masih menanti maklum balas dari Istana Negara, jadi tidak wajar Pas mendesak SPR. 

Bersih juga perlu membuktikan keikhlasan kerana sebelum ini berjanji tidak terpengaruh dengan mana-mana parti politik, tetapi kini Pas pula campur tangan dalam tuntutan itu. - Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf 


Surat Rahsia Basmi BERSIH dari Pejabat Perdana Menteri

Posted: 12 Jul 2011 10:26 PM PDT


Laman web popular Malaysia Today hari ini membocorkan apa yang dilihat sebagai surat dari Pejabat Perdana Menteri (PMO) dengan garis panduan mengenai cara untuk menangani perhimpunan Bersih Sabtu lalu.

Surat tersebut, kononnya dikeluarkan pada 17 Jun dan ditandatangani oleh Ketua Komunikasi Negara Jalil Hamid, berkata kaedah itu perlu kerana perhimpunan tersebut "pasti akan melampaui isu-isu pilihan raya yang adil dan bebas" seperti inflasi, Teoh Beng Hock dan juga kontroversi loji Lynas.

Percubaan The Malaysian Insider untuk menghubungi Jalil dan  pegawai kanan akhbar Jabatan Perdana Menteri yang lain tidak berjaya.

"Bantahan, jika tidak ditangani, boleh melemahkan kerajaan, ekonomi dan keselamatan negara. Nota ini menggariskan panduan dasar apa yang patut dilakukan dan larangan-larangan dalam menguruskan isu ini, "garis panduan yang dikeluarkan oleh Malaysia Today pagi ini menyebut.

Dalam nota panduan itu, ia menyatakan ia telah ditulis selepas mesyuarat biro politik Umno untuk membincangkan isu Bersih dan juga diedarkan kepada ahli-ahli biro, kata surat tersebut.

Di dalamnya, PMO mengingatkan para media untuk menjatuhkan Bersih dan pemimpinnya sebagai "kumpulan ahli-ahli politik dan individu-individu yang cenderung kepada politik yang tiada kredibiliti" dan menegaskan bahawa perhimpunan itu adalah "perhimpunan haram".

Bersih juga dilabelkan sebagai satu barisan untuk pembangkang atau ejen asing serta satu cubaan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencari 'jalan pintas ke Putrajaya' secara yang tidak demokratik dan tidak mengikut perlembagaan.

Media telah diberitahu untuk mengetengahkan cerita-cerita bagaimana perniagaan, pelancong dan rakyat biasa akan terjejas; mengutarakan soalan mengenai pembiayaan Bersih itu; mensasarkan Anwar, Datuk Ambiga Sreenevasan dan "budak suruhan DSAI dan tali Barut DAP" (Anwar dan DAP) Mohamad Sabu; dan menggunakan fail gambar Ambiga dengan pemimpin-pemimpin pembangkang untuk menyerlahkan hubungan rapat mereka.

Akhbar juga diarahkan untuk menggunakan beberapa muka lama seperti Datuk Zulkifli Nordin dan Datuk Ibrahim Ali sebagai "anjing serangan" bagi memihak kepada pimpinan belia Barisan Nasional (BN Youth) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO); menggerakkan para bloggers; dan memainkan imej daripada demonstrasi jalanan yang hodoh di negara-negara lain.

Yang perlu dilakukan dan larangan-larangan terperinci:

* [Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua] dan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam akan memberikan taklimat ringkas kepada editor-editor media di KDN (Kementerian Dalam Negeri). Mesyuarat itu adalah untuk mengukuhkan penjenamaan sebagai "Perhimpunan haram" (illegal assembly), dan Bersih itu adalah sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang dan yang melakukannya adalah untuk mewujudkan keadaan huru-hara.

* KDN, yang mempunyai bidang kuasa ke atas semua media cetak, perlu memastikan semua media mengikut garis panduan.

* Membataskan ahli-ahli politik hanya membuat kenyataan politik. Biarkan polis melaksanakan tugas mereka.

* PDRM boleh mula memanggil penganjur Bersih berdasarkan beratus-ratus laporan polis yang telah dibuat setakat ini.

* Menggalakkan penggunaan pengesahan pihak ketiga.

* Menyediakan perasaan huru-hara dan gangguan (fear paradigm). "Menunjukkan kekerasan" oleh pihak Umno atau kumpulan silat menjelang dan sebelum 9 Julai mungkin berkesan untuk menghalang penunjuk perasaan.

* Suara yang memihak kepada kita MESTI datang dari seluruh negara dan merentasi garis etnik. Suara-suara itu perlu bukan sahaja terhad kepada orang Melayu atau mereka yang tinggal di Lembah Klang.

* Kita tidak boleh membenarkan perhimpunan tersebut dieksploitasi oleh unsur-unsur antarabangsa.

* Sebagai langkah pre-emptive, pihak berkuasa perlu menghentikan pelancaran Perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan pada 19 Jun di Dewan Perhimpunan Cina. Begitu juga, satu acara Perkasa yang dikenali sebagai "Lawan Persahabatan Bersih" di Kelab Sultan Sulaiman pada hari yang sama juga perlu dihentikan.

* [EC] SPR perlu membalas tuntutan Bersih untuk pilihanraya yang bebas dan adil dengan menonjolkan pelbagai inisiatif yang telah diambil setakat ini. Gunakan PRN Sarawak yang sangat berjaya sebagai model. SPR juga tidak harus bertemu dengan orang-orang daripada Bersih.

Surat itu berkata matlamat panduan tersebut adalah untuk meneutralkan suara pembangkang, mengukuhkan pandangan bahawa sentimen orang awam tidak bersama dengan Bersih dan pembangkang, menghantar mesej yang kuat bahawa kerajaan mengawal keadaan sepenuhnya dan mengelakkan kesan buruk ke atas keyakinan pelabur dalam Malaysia.

Bersih mendakwa kehadiran sebanyak 50,000 untuk demonstrasi jalanan pada hari Sabtu, yang berjalan tanpa kebenaran polis selepas rundingan berlarutan dengan pihak berkuasa.

Gabungan 62 NGO itu meneruskan perhimpunan dijalanan walaupun sebelum ini menerima tawaran Najib untuk menggerakkan perhimpunan ke stadium, selepas kerajaan enggan membenarkan perhimpunan itu berlangsung di Stadium Merdeka.

Bodoh Punya Zainuddin Maidin

Posted: 12 Jul 2011 08:17 PM PDT


Macam bodoh jawapan Zainuddin Maidin apabila diajukan soalan berkaitan tempoh kempen pilihanraya selam 21 hari. Jawapan yang bodoh ini bukannya dirasai oleh rakyat biasa tetapi pemimpin Pakatan Rakyat. Katanya semua perjalanan boleh disingkatkan kerana ada penerbangan.

Woi, engkau ingat semua orang boleh naik penerbangan ke? Sudahlah dihimpit dengan masalah kenaikan harga minyak dan barang. Jika mahu rakyat naik penerbangan, kekayaan perlulah sama rata dan bukannya kroni UMNO/BN sahaja yang kaya, barulah apa-apa penerbangan boleh dinaiki.

Bukan masalah penerbangan yang kita utamakan tetapi tempoh kempen yang perlu dipanjangkan agar semua kempen dapat dijejaki terutamanya di kawasan pedalaman. sesuai dengan tempoh kempen, calon-calon dapat meninjau kawasan dan tidak ada yang terbiar akibat tempoh kempen yang singkat.

Ditanya mengenai tempoh masa berkempen 21 hari dalam tuntutan Bersih 2.0, Zainuddin menjelaskan Suru­hanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini pernah meletakkan tempoh berkempen selama sebulan seperti tahun 1969 lalu.

Tempoh berkempen yang terlalu lama ini boleh menyebabkan parti politik dan calon-calon boleh menaikkan pelbagai sentimen jika tidak berhati-hati sehingga menyebabkan perkara yang tidak diingini.

Atas sebab perkara yang berlaku pada tahun 1969 telah menyebabkan SPR meletakkan tempoh kempen yang lebih singkat, kerana setiap parti biasanya ada organ sendiri yang sentiasa berkempen sepanjang tahun.

Sekarang kita tidak memerlukan tempoh kempen yang lama, kerana perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur hanya sekejap dengan penerbangan dan jalan yang selesa. Dulu biasanya perjalanan lebih lapan jam. - Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin 


Tiada ulasan: