Rabu, 13 Julai 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


1Malaysia bangkit bersama BERSIH

Posted: 13 Jul 2011 07:47 AM PDT


BERSIH 2.0 telah meninggalkan seribu kenangan. Gempak satu dunia, beb!! Ha ha ha... Satu dunia melihat kita. Satu dunia bersama kita. Fuuh... glamor you!! Itu yang membuatkan gerombolan jeles...

Lantaran itu,, ada kalangan bermulut busuk berkata... BERSIH 2.0 ni ada agenda jahat. Weh... hangpa boleh mampuih pi!! Jahat apa ke bendanya, kalau yang diminta dan dituntut sesuatu yang baik. Lantas, mereka cuba kaitkan si Ambiga dengan tuntutan IFCnya. Weh... itu perkara lain. IFC dan BERSIH... dua entiti yang berbeza. Tuntutannya pun tak sama. Jadi.... jangan kaitkan IFC dengan BERSIH 2.0. Jangan cuba nak keliru dan perbodohkan rakyat. Siapa yang sudah termakan hasutan sang mulut busuk... sah bangang!!

Sebenarnya, mereka cuba nak gagalkan BERSIH 2.0... tetapi ternyata mereka gagal. Terbukti... rakyat menyokong tuntutan BERSIH 2.0. Makin menggila-gila sekatan jalan raya, diadakan.... makin berulat taik rakyat turun. Merenyut-renyut weh... Pada aku... BERSIH 2.0 telah berjaya menyatukan dan membangkitkan rakyat Malaysia, terutama anak-anak muda daripada pelbagai bangsa dan agama untuk menuntut yang hak. Malah, ini juga akan mereka 'translate'kan dalam bentuk undi pada PRU13 nanti. Tunggu...

Kehadiran rakyat pelbagai bangsa semasa BERSIH 2.0 ialah gambaran sebenar 1Malaysia. The real 1Malaysia. Truely Malaysian... yang menuntut keadilan dalam sistem pilhan raya Malaysia yang kotor dan berbau hancing. Aha... amat hancing di bawah pentadbiran piem 1Malaysia yang plastik dan kuat kencing. Sebab itu... kita bersama-sama BERSIH 2.0, mau kasi BERSIH dan kasi wangi itu bau hancing.

Ini juga sebagai satu langkah untuk memulihkan imej negara yang rosak teruk dari aspek demokrasi dalam sistem pilihan raya. Kita hanya mahu pilihan raya yang telus dan adil. Itu saja. Bercakap tentang imej negara ni.... ada pulak ler munkee yang kata BERSIH 2.0 telah berjaya meranapkan imej negara dengan sekelip mata. [sini]

Woit munkee... BERSIH tak da chance pun nak ranapkan imej negara, sebab... UMporNo@BN dah dulu meranapkannya. Bab-bab meranapkan imej negara ni kepakaran you all. Tang tu... you all memang advance. BERSIH 2.0 cuma berjaya meng'highlight-kan kesan daripada keranapan yang you all dah lakukan. BERSIH 2.0 hanya mahu memperbaiki semula apa yang telah ranap agar imej negara kembali pulih.

InsyaAllah.... imej negara akan kembali bersinar apabila UMporNo@BN tumpor dan masuk kubor. Sebab tu... rakyat sokong BERSIH 2.0.

Selain itu, BERSIH 2.0 juga telah membuktikan bahawasanya, Piem 1Malaysia adalah seorang penipu lidah bercabang yang rakyat tak boleh percaya. Dalam sesi penerangannya selepas BERSIH 2.0... dia gagal menyakinkan rakyat bahawa himpunan BERSIH 2.0 gagal. Sebaliknya, dia yang gagal.

Kenapa?? Kerana, dia cuba alih pandangan rakyat tentang kegagalannya membendung dan menghalang himpunan BERSIH 2.0 dengan menfokuskan sasaran kritikannya kepada Anwar Ibrahim. Dia cuba menutup kemaluannya dengan sikap sarcasmnya terhadap Anwar. Dia tak sedar, dengan berbuat demikian dia menjadi badut yang menjadi bahan ketawa seantero Malaysia dan dunia.

Ha ha ha... Dia hanya berjaya menjadi seekor badut. Ini ler taraf PM yang dok ada di Malaysia. Piem bertaraf badut!! Ciittt...!! Bikin malu Malaysia jer. Well... well... Piem serupa inilah yang menjatuhkan imej negara, bukan BERSIH 2.0.

Satu lagi yang rakyat dapat nampak daripada himpunan aman BERSIH 2.0 ialah sikap anti-rakyat yang ditunjukkan oleh PDRM, yang terangan-terangan menjadi anjing-anjing barua kepada UMporNO@BN. Mereka menggigit tangan TUAN yang menyuapkan makanan ke mulut mereka. Mereka lupa... rakyat yang mereka musuhi itulah, yang membayar gaji mereka. tak kenang budi langsung.

Demi menjilat bontot tuan politik mereka... rakyat mereka kasari dan rakyat mereka zalimi. Kejam.... kejam... Senario yang berlaku pada Sabtu 9 Julai yang lepas, membuktikan BERSIH 2.0 berpegang pada janji untuk berhimpun secara aman tanpa sebarang provokasi. Yang bertindak ganas dan brutal ialah PDRM. Mereka menjdai pengganas berlesen. Shame on you!!

Well... besaq kepala ler dengan kuasa yang ada. Tetapi ingat...

Burung merpati terbang tinggi
Hinggap sekejap di pohon cendana
Di dunia, amanah kau khianati, rakyat kau zalimi
Akhirat nanti... ko jawab, ya??

Apa-apa pun.... rakyat tidak akan teragak-agak untuk bangkit lagi, seandainya tuntutan-tuntutan mereka tidak diendahkan oleh SPR, satu lagi anjing durjana UMporNO@BN. Malah, setelah BERSIH2.0.... tidak mustahil BERSIH 3.0 pulak berlaku.

Hidup Rakyat!!

Tiada ulasan: