Senyum Tangis Sendu |
- Senarai 90 Nama Tidak Dikendaki 9 Julai Ini
- Berapakah Jumlah Yang dibelanjakan Oleh Setiap PM?
- Kerajaan Akan Sekat Akses Internet Mulai Malam Ini?
- Apabila Menteri UMNO Sudah Gila Babi
- Burger Terbesar dan Terberat di Dunia
| Senarai 90 Nama Tidak Dikendaki 9 Julai Ini Posted: 07 Jul 2011 05:02 AM PDT PERKASA Dato' Paduka Ibrahim Ali Daruk Ab Rahman bin Abu Bakar Syed Hassan bin Syed Ali Irawah Fahmi bin Ideris Roslan bin Kassim Sharifuddin bin Abd Hamid Dr Zubir bin Harun Hj Ameir bin Hj Hassan Dato' Ahmad bin Saad Ahmad Zaini bin Ismail Muhammad Zaid Md Arip Abdullah Mansor Zaira bte Jaafar Norkhaila binti Jamaludin PEMUDA UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar Dato' Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican Megat Zulkarnaian Dato' Omardin Rizalman Dato' Mokhtar Tengku Azman bin Tengku Zainol Abidin Lokman Noor Adam Datuk Abdul Azeez bin Rahim Ungku Saleh bin Ungku Jamal Arman Azha bin Abu Hanifa Tun Faisal Ismail bin Aziz BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan Mohamad bin Sabu Hishamuddin bin Md Rais Khairul Anwar bin Ahmad Zainuddin Maria Chin Abdullah Chua Tian Chang (Tian Chua) Kamarulzaman bin Mohamad Dr Mohd Hatta bin Md Ramli Syed Shahir bin Syed Mohamud Syed Ibrahim bin Syed Noh Teresa Kok Suh Sim Badrul Hisham Shaharin (CheguBard) Shamsul Iskandar bin Mohd Akin Arutchelvam A/L Subramaniam Wong Chin Huat Ong Boon Keong Enalini A/P Elumalai Haris Fathillah Sathiasingam bin Mohd Ibrahim Dato' Khalid Yunus Dato' Zulkifli Noordin Dr Zubir bin Harun Dato' Seri Abd Hadi Awang Datuk Seri Anwar Ibrahim Lim Kit Siang Nik Abdul Aziz bin Nik Mat Nurul Izzah bt Anwar Kohila A/P Yanasekaran Zaid bin Kamaruddin Khoo Teng Swee Fadiah Nadwa binti Fikri Yap Swee Seng Salahuddin Ayub Dato' Mahfuz Omar Nasarudin Hasan Mazlan Aliman Dr Syed Azman Syed Nawawi Dr Dzulkifli Ahmad Dr Mujahid Yusof Khalid Abd Samad Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin Azman Shapawi Abd Rani Suhaizan Kaiat Nor Azli bin Musa Mohd Firdaus Jaafar Loke Siew Fook Lau Wen San Mohd Azmin Ali Mat Shuhaimi Shafie Satipul Bahari bin Amamt Wan Hassan bin Mohd Ramli Mohamad Izzudin Hilmi bin Mohd Zaini Mohd Shazni Munir bin Mohd Ithnin Muhammad Hilman bin Idham Mohd Shukri bin Che Ab Razab Mohd Syukri bin Kamaruddin Ahmad Syazwan bin Muhammad Hasan Choo Chon Kai Sarasvathy A/P Muthu Soh Sook Hwa Nurul Izham bin Nurul Anuar Abd Rahim bin Osman Mohd Sibri bin Ismail Mohd Lukam bin Muda Datuk Prof Kamaruddin bin Kachar Dato' Hj Mohd Noor Nordin bin Abdullah |
| Berapakah Jumlah Yang dibelanjakan Oleh Setiap PM? Posted: 07 Jul 2011 04:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Senator Syed Hussin Ali dari KEADILAN dalam ucapan penangguhannya di Dewan Negara semalam membangkitkan persoalan tentang jumlah wang Petronas yang dibelanjakan setiap Perdana Menteri sebelum ini. Ini kerana kata Syed Husin, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2010 menyatakan, Tun Abdullah Ahmad Badawi membelanjakan wang Petronas jauh lebih tinggi daripada beliau walaupun hanya menjadi Perdana Menteri kira-kira lima tahun. "Mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan tahun lalu bahawa jumlah yang dibelanjakan oleh mantan PM selepasnya Tun Abdullah Badawi, dalam masa kira-kira lima tahun memerintah, adalah jauh lebih besar daripada jumlah yang beliau sendiri belanjakan dalam tempoh lebih 22 tahun beliau berkuasa. "Saya ingin tahu berapakah jumlah wang Petronas yang sudah dibelanjakan setiap Perdana Menteri berikut, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamaed, Tun Abdullah Badawi dan sekarang Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya. Syed Husin berkata, sejak penubuhan Petronas pada 1974 sehingga kewangan berakhir pada 31 Mac 2007, badan itu mencatat keuntungan sebanyak RM560 bilion. Daripada jumlah itu katanya, Petronas membayar kerajaan Malaysia sebanyak RM357.8 bilion (atau 62.8%) dalam bentuk cukai, royalti, duti eksport dan dividen. Manakala sebanyak RM170.8 bilion (atau 30%) digunakan untuk pelaburan semula dan RM41.4 bilion (atau 7.2%) merupakan peruntukan bagi pemegang saham minoriti. Baru-baru ini, Petronas mengumumkan keutungan hampir RM100 bilion tahun lalu dan menyerahkan kira-kira RM30 bilion kepada Kerajaan. Syed Husin turut bertanya golongan manakah yang mendapat kuntungan besar daripada keuntungan Petronas. "Mengikut Penyata Tahunan 2010, Petronas menanggung subsidi bekalan gas sebanyak RM18.9 billion dan sejak harga ditentukan (regulated price) yang berkuatkuasa pada Mei 1997, Petronas menanggung subsidi sebanyak RM116.4 bilion untuk subsidi gas. "Sila terangkan siapa dan dari golongan manakah yang mendapat faedah daripada subsidi ini," soal Syed Husin. |
| Kerajaan Akan Sekat Akses Internet Mulai Malam Ini? Posted: 07 Jul 2011 01:37 AM PDT Sumber dalaman memberitahu bahawa kemungkinan besar akses internet akan disekat seperti mana yang berlaku di Mesir bagi menutup maklumat berkaitan BERSIH kepada orang ramai. Tindakan seperti intu menampakkan kerajaan UMNO/BN semakin terdesak dengan gelombang rakyat. Bukan itu sahaja, kemudahan awam turut dibekukan oleh kerajaan terutamanya bas yang menghala ke Kuala Lumpur. Permit syarikat bas akan dibekukan mulai esok 8 Julai 2011 dan 9 Julai 2011. Ini tujuan mengelakkan kesesakan di Kuala Lumpur. Hujah tersebut memang dangkal dan tidak masuk akal. Keadaan menjadi sesak disebabkan sikap polis yang membuat sekatan jalanraya bagaikan negar ini dipenuhi penjenayah antarabangsa. Akibat tindakan polis ini, ramai peniaga merungut kerana hasil jualan mereka semakin merosot akibat tindakan polis. Peniaga berkata bahawa kerugian bukan berpunca daripada pihak BERSIH memandangkan BERSIH belum lagi mengadakan perhimpunan tetapi kerugian mereka adalah disebabkan oleh pihak polis yang menggila membuat sekatan jalan raya. Jawatankuasa Bersih 2.0 menasihatkan kerajaan Persekutuan pimpinan Barisan Nasional supaya tidak menghenti akses kepada saluran komunikasi awam seperti telefon mudah alih, internet, perkhidmatan 3G mudah alih, laman web tertentu atau media sosial kerana ia tidak akan berjaya untuk menyekat perhimpunan aman Bersih 2.0 di Stadium Merdeka Sabtu ini. Bersih 2.0 mendakwa mereka terkejut apabila dimaklumkan matlumat perisikan bahawa mungkin ada sekatan ke penuh atau sebahagian di internet menjelang perhimpunan aman anjuran mereka hujung minggu ini. Sekiranya mana-mana langkah-langkah di atas yang menindas mula berkuat kuasa, rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa akan menyaksikan sendiri keterlaluan yang terdesak dan tidak munasabah yang sanggup digunakan oleh kerajaan untuk pergi ke menghalang pilihanraya yang bersih dan adil. Kerajaan juga tanpa ragu-ragu kena bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kehilangan perniagaan, kehilangan keyakinan dalam masyarakat pelaburan, dan kehilangan muhibah yang lengkap ke arah kedudukan politik dan perdagangan di Malaysia |
| Apabila Menteri UMNO Sudah Gila Babi Posted: 06 Jul 2011 08:46 PM PDT Nampak gayanya menteri-menteri UMNO sudah terjerat dengan isu yang dicipta mereka mengenai BERSIH dan bagaikan seperti gila babi tidak tentu arah dengan beberapa kenyataan yang telah dikeluarkan oleh mereka. Ini juga melambangkan mereka sudah tewas begitu dahsyat denga hanya baju kuning dan logo BERSIH. Yang Di Pertuan Agong telah bertemu dengan wakil BERSIH dan bersetuju dengan BERSIH mahu mengadakan dalam stadium. Namun kuasa Menteri Dalam Negeri lebih tinggi dari Raja yang dianggap ketua negara. Sekarang siapa penderhaka? Selepas Agong bertitah, menteri UMNO bagaikan terkena sawan babi. Apa tidaknya, Najib benarkan perhimpunan dalam stadium tetapi Polis kata BERSIH tidak cukup kriteria maka si Hishamuddin kata BERSIH itu haram. Selepas ini kena wujudkan menteri halal haram. Tiba-tiba Pak Rais kata kalau nak buat, buat di stadium yang dikuasai pembangkang. Tidak ke pening rakyat dengar cakap-cakap munafik menteri UMNO yang banyak bercanggah. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein BERSIH 2.0 masih sebuah pertubuhan haram. Ia masih lagi diharamkan. Tiada sesiapa mengatasi undang-undang. Hanya bila berjumpa dengan Tuanku tidak bermaksud ia halal. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim Ini kerana Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 bukan sebuah badan yang sah daripada segi undang-undang. Oleh itu, permohonan mereka menggunakan stadium di sini seperti Stadium Merdeka, Stadium Negara dan Stadium Nasional Bukit Jalil tidak dapat dipertimbangkan. Mereka menguasai beberapa negeri dan lantaran gerak kerja politik mereka di Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Selangor, pilihlah tempat di negeri-negeri mereka. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar Setakat ini, tiada permohonan bagi mengadakan perhimpunan di stadium. Saya cadangkan (mereka) memohon permit dengan segera. Kita akan memprosesnya secepat mungkin. Baju dan apa-apa yang mempunyai logo BERSIH (2.0)... BERSIH (2.0) telah digazetkan sebagai pertubuhan haram. Apa-apa barangan yang berkaitan BERSIH (2.0) dilarang. |
| Burger Terbesar dan Terberat di Dunia Posted: 06 Jul 2011 05:42 PM PDT LOS ANGELES - Dua chef berjaya menghasilkan hamburger terbesar di dunia yang memerlukan masa selama 15 jam untuk dimasak dengan berat 352.44 kilogram (kg) di Pleasanton, California. Burger itu dihasilkan oleh chef Brett Enright dari restoran Juicy's Outlaw Grill di Phoenix dan Nick Nicora yang merupakan tukang masak di syarikat makanan Ovations Food Services pada 2 Julai lalu. Menurut Enright, dia mendapat idea untuk menghasilkan burger itu pada Disember lalu. Agensi |
| You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan