Khamis, 7 Julai 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Saya dilarang masuk KL? WTF !!.. - Khairy

Posted: 07 Jul 2011 08:56 AM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Julai — Khairy Jamaluddin mendakwa polis Kuala Lumpur hari ini menyemarakkan ketegangan berkaitan Bersih 2.0 dengan menggunakan perintah mahkamah melarang beliau dan 90 yang lain daripada memasuki ibu negara Sabtu ini.

Ketua Pemuda Umno ini yang pulang dari menyertai misi kemanusiaan ke Gaza petang ini mendapati dirinya "diharamkan dari bandar raya beliau tinggal."


"Daripada bertindak ke atas penyelesaian, mereka telah membawa alih jalan penyelesaian (yang ada)," kata Ahli Parlimen Rembau ini.

Pemuda Umno memutuskan untuk tidak mengadakan perhimpunan balas selepas Bersih 2.0 menerima tawaran kerajaan mengadakan perhimpunan aman di dalam stadium iaitu Stadium Merdeka.

"Perintah mahkamah telah menegangkan situasi. Sekarang penyokong saya, penyokong Perkasa dan penyokong Bersih kecewa.

"Situasi sekarang terawang-awang. Tidak siapa pun tahu apa langkah menyusul," katanya sambil menambah, kepimpinan Pemuda Umno akan bertemu pagi esok bagi membincangkan opsyen.

Terdahulu, Khairy (gambar) menghantar mesej Twitter bahawa beliau baru sahaja mendarat di Kuala Lumpur selepas cuba mengatasi halangan Israel di Gaza, tetapi mendapati "saya dihalang memasuki Kuala Lumpur. Maaf, kalau saya katakan 'WTF'?"

Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan juga mempersoalkan keikhlasan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengadakan pertemuan dengan mereka di Kuala Lumpur petang.

Pada pertemuan itu, Ambiga berkata pihaknya tidak dimaklumkan mengenai perintah melarang mereka memasuki ibu negara yang diperoleh.


The Malaysian Insider

Siapa Hishamuddin nak perbodohkan ni?

Posted: 07 Jul 2011 05:15 AM PDT

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) masih diiktiraf sebagai pertubuhan haram mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 dan perlu memohon permit polis jika mahu mengadakan perhimpunan walaupun dalam stadium.

Kata Hishamuddin tu.. dia nak perbodohkan siapa entahlah.. kerana antara syarat yang diperlukan bagi mendapat Permit untuk mengadakan perhimpunan, pemohon mestilah persatuan yang berdaftar sedangkan BERSIH telah diistiharkan sebagai pertubuhan haram yang tidak pernah didaftarkan.


Berbelit-belit Hishamuddin ni cakap.. Dah Pertubuhan Haram.. nak dapat permit macam mana pasal tak memenuhi syarat?? Mohon macam manapun tak akan dapat punyalah..

Kenapa dia tak mahu cakap permit tidak akan dikeluarkan bagi BERSIH kerana pertubuhan itu haram?

Kalau pertubuhan yang tak diharamkanpun mustahil untuk BERSIH mendapat permit kerana masa yang diperlukan untuk memohon permit dari pihak Polis pula sekurang-kurangnya dua minggu dari tarikh perhimpunan..


BERSIH tetap haram ikut Akta Pertubuhan 1966

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) masih diiktiraf sebagai pertubuhan haram mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 dan perlu memohon permit polis jika mahu mengadakan perhimpunan walaupun dalam stadium.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata isu BERSIH mahu mengadakan perhimpunan berkaitan dengan aspek keselamatan dan ketenteraman awam yang perlu dipertimbangkan polis.

"BERSIH masih diharamkan kerana tiada siapa pun boleh mengatasi undang-undang hanya kerana Yang di-Pertuan Agong menemui mereka tidak bermakna mereka tidak lagi diharamkan, malah Pendaftar Pertubuhan mengisytiharkan pengharamannya berdasarkan nasihat Peguam Negara.

"Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar) sudah memaklumkan kelmarin BERSIH juga perlu mematuhi Seksyen 27 (Akta Polis) yang mewajibkan kelulusan permit bagi mengadakan perhimpunan.

"Selagi mereka diharamkan, tindakan berhubung dengan sesuatu yang haram masih tertakluk kepada undang-undang dan kita konsisten dalam pelaksanaan undang-undang," kata beliau di pejabatnya, di sini, semalam.

Kelmarin Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menerima mengadap rombongan BERSIH yang diketuai pengerusinya, Datuk S Ambiga, bagi membincangkan perhimpunan Sabtu ini dan pihaknya bersetuju dengan cadangan kerajaan perhimpunan di stadium.

Hishammuddin berkata, walaupun tidak dapat bercakap bagi pihak Tuanku Mizan mengenai titah baginda, beliau akur ada fakta yang tersurat dan tersirat dalam pemikiran Yang di-Pertuan Agong serta pemimpin tertinggi negara dalam mencapai objektif menghentikan demonstrasi jalanan demi menjaga keselamatan.

Beliau juga menegaskan tidak berganjak daripada pendapatnya bahawa perarakan jalanan yang dirancang itu sesuatu yang serius berdasarkan hasil siasatan setakat ini yang dimaklumkan kepada orang ramai selain beberapa perkara yang masih dalam siasatan.

Namun, Hishammuddin menyuarakan lega kerana dengan pembabitan Yang di-Pertuan Agong, sebarang kejadian tidak diingini seperti jika demonstrasi jalanan dibenarkan dapat dielakkan dan percaya Ambiga juga mempersetujui beberapa syarat bagi membatalkan perarakan itu.

"Keengganan memohon permit bagi berhimpun adalah keterlaluan. Selagi tidak memohon kita tidak tahu apa agenda sebenarnya.

Hishammuddin menegaskan, walaupun BERSIH adalah gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sah, ia masih dianggap entiti haram dan tindakan terhadap penyokongnya tetap diteruskan.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata tidak ada keperluan untuk penganjur BERSIH memohon permit polis berhubung perhimpunan 9 Julai ini kerana sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Berita Harian Online

Senarai nama 91 orang dilarang masuk KL Sabtu ini

Posted: 07 Jul 2011 04:13 AM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Julai — Polis memperoleh perintah mahkamah melarang seramai 91 individu yang berkaitan dengan Bersih 2.0, Pemuda Umno dan Perkasa daripada memasuki Kuala Lumpur Sabtu ini.

Selain itu, perintah juga diperoleh untuk menutup sebanyak jalan yang mungkin langkah yang dillihat akan melumpuhkan usaha mengadakan perhimpunan pada hari berkenaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata orang ramai "sangat tidak digalakkan" ke ibu negara Sabtu ini.


Antara nama disenaraikan ialah Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasen, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan anggota jawatankuasa pemandu Bersih Maria Chin Abdullah.

Amar berkata individu berkenaan telah diserahkan perintah itu hari ini.

Seramai 66 orang adalah dari Bersih, 14 melibatkan Perkasa dan 11 dari Pemuda Umno.

Berikut ialah senarai nama mereka yang dilarang memasuki ibu negara pada Sabtu ini.


Perkasa

Datuk Ibrahim Ali

Datuk Ab Rahman Abu Bakar

Syed Hassan Syed Ali

Irawah Fahmi Ideris

Roslan Kassim

Sharifuddin Abd Hamid

Dr Zubir Harun

Ameir Hassan

Datuk Ahmad Saad

Ahmad Zaini Ismail

Muhammad Zaid Md Arip

Abdullah Mansor

Zaira Jaafar

Norkhaila Jamaludin


Pemuda Umno

Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Datuk Megat Firdouz Megat Junid

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

Megat Zulkarnaian Omardin

Rizalman Mokhtar

Tengku Azman Tengku Zainol Abidin

Lokman Noor Adam

Datuk Abdul Azeez Rahim

Ungku Saleh Ungku Jamal

Arman Azha Abu Hanifa

Tun Faisal Ismail Aziz


Bersih

Datuk Ambiga Sreenevasan

Mohamad Sabu

Hishamuddin Md Rais

Khairul Anwar Ahmad Zainuddin

Maria Chin Abdullah

Chua Tian Chang

Kamarulzaman Mohamad

Dr Mohd Hatta Md Ramli

Syed Shahir Syed Mohamud

Syed Ibrahim Syed Noh

Teresa Kok Suh Sim

Badrul Hisha Shaharin

Shamsul Iskandar bin Mohd Akin

Arutchelvam A/L Subramaniam

Wong Chin Huat

Ong Boon Keong

Enalini A/P Elumalai

Haris Fathillah Sathiasingam bin Mohd Ibrahim

Datuk Khalid Yunus

Datuk Zulkifli Noordin

Dr Zubir Harun

Datuk Seri Abd Hadi Awang

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Lim Kit Siang

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Nurul Izzah Anwar

Kohila Yanasekaran

Zaid Kamaruddin

Khoo Teng Swee

Fadiah Nadwa Fikri

Yap Swee Seng

Salahuddin Ayub

Datuk Mahfuz Omar

Nasrudin Hasan

Mazlan Aliman

Dr Syed Azman Syed Nawawi

Dr Dzulkifli Ahmad

Dr Mujahid Yusof

Khalid Abd Samad

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin

Azman Shapawi Abd Rani

Suhaizan Kaiat

Nor Azli bin Musa

Mohd Firdaus Jaafar

Loke Siew Fook

Lau Wen San

Mohd Azmin Ali

Mat Shuhaimi Shafie

Satipul Bahari Amamt

Wan Hassan Mohd Ramli

Mohamad Izzudin Hilmi Mohd Zaini

Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin

Muhammad Hilman Idham

Mohd Shukri Che Ab Razab

Mohd Syukri Kamaruddin

Ahmad Syazwan Muhammad Hasan

Choo Chon Kai

Sarasvathy Muthu

Soh Sook Hwa

Nurul Izham Nurul Anuar

Abd Rahim Osman

Mohd Sibri Ismail

Mohd Lukam Muda

Datuk Prof Kamaruddin Kachar

Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah


The Malaysian Insider

Tahniah PDRM!!

Posted: 07 Jul 2011 03:30 AM PDT

2011/07/07

MUAR: Semua guru dan murid Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang di sini berjaya diselamatkan polis dalam serbuan pada jam 3.41 petang tadi.

Lelaki bersenjata parang yang menjadikan mereka sebagai tebusan sejak pagi tadi dilaporkan parah akibat ditembak di kepala. Guru dan murid terbabit dihantar ke Hospital Sultanah Fatimah untuk pemeriksaan lanjut sebelum dibenarkan pulang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman Jalaluddin, berkata lelaki terbabit pula berada dalam keadaan kritikal selepas terkena sedas tembakan di kepala dan dia juga dihantar ke sama untuk rawatan.


Terdahulu, sepasukan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman bertindak menyerbu banglo dua tingkat itu selepas usaha memujuk lelaki terbabit membebaskan tebusan dan menyerah diri gagal.

Drama tebusan itu bermula 9.30 pagi tadi apabila lelaki yang bersenjatakan parang menceroboh tadika berkenaan.


Berita Harian Online

BERSIH 2.0 : 91 Individu dilarang terlibat

Posted: 07 Jul 2011 02:54 AM PDT



Polis Kuala Lumpur telah mendapat perintah larangan daripada majistret untuk menghalang 91 pemimpin daripada tiga kumpulan utama yang merancang untuk berhimpun pada 9 Julai.

Perintah berkenaan melarang semua individu tersebut daripada PERKASA, BERSIH 2.0 dan PATRIOT supaya tidak hadir atau mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.


Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh (kanan) berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.

Seramai 66 orang invididu yang dinamakan dalam perintah larangan bagi kumpulan BERSIH 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan aktivis Hishamuddin Rais.

Seramai 14 orang daripada kumpulan PERKASA pula termasuk presidennya Datuk Ibrahim Ali serta barisan pemimpin tertingginya -- Datuk Ab Rahman Ab Bakar dan Syed Hassan Syed Ali.

Polis turut mendapat perintah larangan bagi menghalang pemimpin pemuda Umno yang mendukung Perhimpunan PATRIOT termasuk ketuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Turut disenaraikan adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.


Malaysiakini

Sekat komunikasi awam tidak halang BERSIH 2.0

Posted: 07 Jul 2011 12:57 AM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Julai: Jawatankuasa Bersih 2.0 menasihatkan kerajaan Persekutuan pimpinan Barisan Nasional supaya tidak menghenti akses kepada saluran komunikasi awam seperti telefon mudah alih, internet, perkhidmatan 3G mudah alih, laman web tertentu atau media sosial kerana ia tidak akan berjaya untuk menyekat perhimpunan aman Bersih 2.0 di Stadium Merdeka Sabtu ini.

Bersih 2.0 mendakwa mereka terkejut apabila dimaklumkan matlumat perisikan bahawa mungkin ada sekatan ke penuh atau sebahagian di internet menjelang perhimpunan aman anjuran mereka hujung minggu ini.


"Jika diganggu dalam sebarang bentuk, pihak berkuasa akan kelihatan tidak berbeza daripada diktator di Timur Tengah yang telah menggunakan cara yang sama, tapi langsung tidak membawa kesan," tegur Bersih 2.0 dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kenyataannya, Bersih 2.0 juga menggesa orang ramai yang mahu menyertai perhimpunan bersejarah 9 Julai ini masuk ke pusat bandar hari ini atau pagi esok kerana maklumat perisikan menunjukkan bahawa pengangkutan awam akan ditutup, sama ada sebahagian atau sepenuhnya pada hari Jumaat dan/atau Sabtu.

Memerhatikan fakta yang mengejutkan bahawa permit bas ke Kuala Lumpur telah dibekukan, Bersih 2.0 berkata satu pelan rapi nampaknya sudah diusahakan untuk menyulitkan orang memasuki kawasan Kuala Lumpur pada 9 Julai ini sesukar yang boleh.

Bersih 2.0 mengulangi komitmennya bahawa sebarang penindasan, ugutan dan halangan tidak akan dapat mencairkan keazaman untuk berhimpun secara aman di Stadium Merdeka pada pukul 2 petang pada 9 Julai 2011 dan menjamin bahawa perhimpunan akan bersurai secara aman selepas itu.

"Sekiranya mana-mana langkah-langkah di atas yang menindas mula berkuat kuasa, rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa akan menyaksikan sendiri keterlaluan yang terdesak dan tidak munasabah yang sanggup digunakan oleh kerajaan untuk pergi ke menghalang pilihanraya yang bersih dan adil.

Kerajaan juga tanpa ragu-ragu kena bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kehilangan perniagaan, kehilangan keyakinan dalam masyarakat pelaburan, dan kehilangan muhibah yang lengkap ke arah kedudukan politik dan perdagangan di Malaysia," tegas Bersih 2.0.

Semalam, setelah pihak kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkir janji untuk membenarkan Bersih 2.0 untuk mengadakan perhimpunan awam di stadium, Bersih 2.0 mengumumkan bahawa mereka telah membuat keputusan muktamad tanpa kompromi untuk meneruskan perhimpunan aman mereka di Stadium Merdeka pada 2 petang 9 Julai ini.

"Jika Perdana Menteri seorang yang jujur, beliau sepatutnya membuat persediaan yang sesuai supaya perhimpunan ini berjalan secara aman di Stadium Merdeka.

"Sama ada kerajaan mematuhi prinsip-prinsip mereka, kami rakyat Malaysia akan sentiasa mematuhi prinsip-prinsip kami.

"Keazaman kami untuk melaksanakan hak kami untuk berhimpun secara aman bagi tujuan yang adil dan munasabah tidak akan tergoncang sama sekali," kata gerakan itu dalam satu kenyataan lewat semalam.

Bersih 2.0 juga mengingatkan bahawa tanggungjawab mereka yang paling penting sekarang adalah untuk masa depan dan anak-anak kelahiran negara ini, dan untuk memastikan mereka mewarisi negara yang bukan diperintah oleh ketakutan, tetapi oleh prinsip-prinsip keadilan.

"Apapun yang berlaku antara sekarang dan 9 Julai, rakyat akan berhimpun secara aman dan teratur untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di Stadium Merdeka pada 9 Julai, pukul 2 petang.

"Kami akan datang, berhimpun secara aman dan bersama-sama kita akan membina Malaysia yang lebih baik," tambahnya.


Harakahdaily

Siapa Lebih Berkuasa? Agong, Najib atau Hisham?

Posted: 06 Jul 2011 11:46 PM PDT

Tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang terus-terusan menggalakkan institusi polis untuk menahan dan menghalang perhimpunan aman Bersih pada 9 Julai ini adalah suatu tindakan yang amat biadap kerana jelas telah melanggar titah baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Tindakannya membuatkan rakyat kini hairan, siapa sebenarnya yang lebih berkuasa? Yang DiPertuan Agong, Datuk Seri Najib Razak atau Hishammuddin?


Kenyataan Media: Siapa Lebih Berkuasa? Agong, Najib atau Hisham?

Respon kepada tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang terus-terusan menggalakkan institusi polis untuk menahan dan menghalang perhimpunan aman Bersih pada 9 Julai ini adalah suatu tindakan yang amat biadap kerana jelas telah melanggar titah baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Tindakannya membuatkan rakyat kini hairan, siapa sebenarnya yang lebih berkuasa? Yang DiPertuan Agong, Datuk Seri Najib Razak atau Hishammuddin?

Ini kerana, secara jelas Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan telah memberi perkenan untuk diadakan perhimpunan aman ini. Maka, Hishammuddin seharusnya taat dan patuh, seperti seharusnya sebagai seorang Melayu dan warganegara Malaysia.

Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri nampaknya sudah lepas tangan dan ketidak-upaya lagi untuk menambat dan mengawal perilaku buas Menteri-menterinya.

Malah sebaliknya terus memberikan perlindungan tertinggi buat mereka untuk bertindak sewenang-wenangnya. Kedayusan Najib ini melihatkan seolah beliau kini menjadi Pak Turut dan mangsa buli Menteri bawahannya pula.

Maka, hancurlah Ketuanan Melayu, berkaratlah hunusan keris yang Umno perjuangkan selama ini apabila Menterinya sendiri nampaknya sudah tidak lagi menghormati YDP Agong dan Perlembagaan.

Selain dari 8 tuntutan Bersih sedia ada, kami juga menuntut agar:

1. Hishammuddin segera membebaskan kesemua 194 tahanan, termasuk 6 yang ditahan dibawah Ordinan Darurat.

2. Menghentikan sebarang penahanan dan mengembalikan kesemua barangan Bersih yang telah dirampas.

PDRM harus bekerjasama mengawal keadaan, bukan memburukkannya lagi.

Sekian. Terima kasih.

YB Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita Keadilan Malaysia
Merangkap Ahli Parlimen Ampang

Video : Ibrahim Ali hentak meja pasal Agong tak nak jumpa dia?

Posted: 06 Jul 2011 09:27 PM PDT

Video diakhir entry..



Mungkin kerana mahu melepaskan marahnya kerana permintaannya untuk mengadap Yang Di Pertuan Agong tidak dilayan Pak Brahim menghentak meja semasa sidang akhbar yang diadakan oleh PERKASA ini..


Dalam sidang akhbar itu Pak Brahim telah menghentak meja sambil berkata "Kerajaan Kena Tegas!!" memarahi Kerajaan UMNO/BN kerana dilihat semakin berlembut dengan permohonan Pemimpin Pakatan..

Apa ke hal pulak Pemimpin Pakatan yang dikaitkan? Sedangkan BERSIH 2.0 tu adalah gabungan 62 NGO? Dan yang berjumpa dengan Agong itu adalah Ambiga, Pak Samad dan seorang lagi dari JIM.. mana ada pemimpin Pakatan Pak Brahim..

Sepatutnya Pak Brahim jangan hentak meja tu.. tapi hentak kepala terus atas meja tu.. ha..ha..ha..


PERKASA Beri Amaran Tegas buat Kerajaan Pusat.
07 Jul 2011 9:20AM

KUALA LUMPUR 7 Julai - "Kerajaan Kena Tegas." Itu kata Presiden Perkasa sambil menghentakkan meja memarahi Kerajaan yang semakin berlembut dengan permohonan Pemimpin Pakatan.

Ibrahim Ali kelihatan semakin bosan dengan tindakan Kerajaan pimpinan Perdana Menteri yang dilihat membiarkan Pemimpin Pakatan Rakyat terus menerus menuduh Kerajaan memprovokasi dengan pertuduhan demi pertuduhan tanpa sebarang tindakan susulan.

Beliau mendesak pihak polis menyiasat penggunaan senjata merbahaya yang disyaki dilakukan Penyokong-Penyokong BERSIH.

"Mereka kata ini seolah perancangan Kerajaan dan Polis. Ini pandangan jahat. Kita (PERKASA) nak polis menyiasat berita-berita yang berkaitan yang disebut tadi (penggunaan senjata merbahaya).

Beliau sempat dengan nada sinis membaca pemikiran Pemimpin Pakatan yang seolah-olah direka-reka Kerajaan setiap kali berlakunya sebarang pertuduhan jahat.

"Macam Video Anwar Ibrahimlah (individu yang dituduh) direka-reka. Jadi semua dalam Malaysia ini direka-reka. Kecuali kalau kena dengan orang Kerajaan baru ianya tidak direka-reka. Walaupun tak betul."

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata demikian ketika membuat Sidang Media berkenaan status Perhimpunan Gerak Aman Perkasa di sini, semalam.

PERKASA dilihat tidak berganjak dengan pendirian untuk meneruskan perhimpunan seperti yang dirancang dan mengikut rentak BERSIH menganjurkannya di dalam Stadium.

Perhimpunan ini sedang dirancang untuk mengemukakan permohonan berhimpun di Stadium Negara ataupun di Stadium Merdeka.

PERKASA juga akan mengadap Yang DiPertuan Agong bagi memperjelaskan rasional perhimpunan ini diadakan sebagaimana yang dimohon Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga.




Berita dan Video dari KL Pos
Manakala berita Agong tak hingin jumpa PERKASA sila lihat di SINI

BERSIH 2.0 : Permit sementara BAS pula dibekukan..

Posted: 06 Jul 2011 08:48 PM PDT

Stadium Merdeka tak boleh pasal ada sentimental value.. Stadium Negara pun tak boleh pasal UMNO perasan Stadium tu depa yang punya.

Permit tak dikeluarkan pasal BERSIH pertubuhan haram yang diperkenankan oleh Agong untuk masuk mengadap.

Road Block seluruh negara kononnya bagi menghalang senjata diseludup masuk ke KL biarpun Road Block tu tak lebih dari sekadar menganggu lalu lintas pasal aku tak nampakpun ada kereta yang digeledah kecuali Motor yang ditahan..


Hotel dikatakan penuh walhal masih banyak yang kosong.. dan hari ini permit sementara bas pula dibekukan Kerajaan UMNO/BN..

Sekarang siapa yang menjadi punca kerugian? yang menyebabkan Hotel, Pengangkutan dan yang paling berharga iaitu masa??

Apalah yang Kerajaan UMNO/BN takut sangat dengan perhimpunan BERSIH 2.0 ni..


Bersih 2.0: Permit sementara bas seluruh negara dibeku

KUALA LUMPUR, 7 Julai — Permit sementara bagi bas untuk membawa penumpang dari pelbagai kawasan di seluruh Semenanjung ke Lembah Klang khususnya ibu negara hujung minggu ini sudah dibekukan, dipercayai langkah terbaru bagi mengehadkan peserta Himpunan Bersih, Sabtu ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar mengesahkan pihaknya telah memutuskan untuk tidak mengeluarkan permit sementara bagi bas kilang dan sekolah membawa penumpang ke ibu negara hujung minggu ini, tetapi menekankan langkah itu semata-mata bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di ibu negara.

Langkah itu akan dikuatkuasakan mulai tengah malam esok, kata beliau.

Keputusan SPAD itu telah dimaklumkan kepada agensi penguat kuasa berkaitan termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan pihaknya sudah dimaklumkan mengenai keputusan itu.

Sebelum ini permit sementara yang dikenali sebagai lesen perubahan sementara bagi bas sekolah dan kilang dikeluarkan oleh JPJ. Tetapi kini ia terletak di bawah SPAD.

Menurut Syed Hamid, SPAD mengambil tindakan itu sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang masalah lalu lintas di Lembah Klang khususnya di Kuala Lumpur.

"Kami tidak mencadangkan bahawa akan ada perhimpunan (Sabtu ini), cuma tidak mahu menambah masalah lalu lintas," katanya kepada The Malaysian Insider pagi ini.

"Lagi pun SPAD tidak nampak ada keperluan untuk mengeluarkan permit sementara sebab sekarang ini bukan cuti sekolah ataupun musim perayaan yang akan menambah pergerakan orang ramai," katanya.

Bagaimanapun Syed Hamid (gambar) berkata, operasi pengangkutan awam lain khususnya transit aliran ringan di ibu negara akan berjalan seperti biasa.

"Perkhidmatan LRT akan berjalan seperti tanpa gangguan, begitu juga perkhidmatan bas normal (antara ke dan dari Lembah Klang)... tiada perubahan, akan dikendalikan seperti biasa. Saya tidak menjangkakan sebarang masalah," katanya lagi.

Mengenai tindakan akan diambil jika ada pihak melanggar keputusan SPAD, Syed Hamid memberitahu, "rakyat kita ini adalah mereka yang bertanggungjawab, begitu juga operator bas... saya yakin mereka akan patuh (kepada keputusan dibuat)."

Perkhidmatan transit aliran ringan dan bas mengalami gangguan ketika perhimpunan anti-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diadakan pada Ogos 2009.

"Oleh kerana SPAD sudah membuat keputusan, maka JPJ dan polis boleh mengambil tindakan, jika ada mana-mana bas yang membawa penumpang tanpa permit sementara, kita boleh menahan dan menyita bas-bas terbabit," jelas Solah.

Lazimnya permit sementara, untuk kegunaan hujung minggu, akan dikeluarkan seminggu sebelum perjalanan.

"Jadi, permit hujung minggu ini adalah bagi perjalanan 7 dan 8 Julai, hingga hujung minggu... keputusan ini membabitkan seluruh negara," kata Solah lagi.

Perkembangan terbaru ini, yang dilihat meneruskan suasana tegang, muncul selepas Kabinet yang bermesyuarat semalam memutuskan tidak akan membenarkan Himpunan Bersih 2.0 diadakan di Stadium Negara atau Stadium Merdeka.

Malah semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Bersih 2.0 masih merupakan sebuah badan yang telah diharamkan.

Bersih 2.0 memutuskan untuk mengadakan perhimpunan hanya di stadium ekoran pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong kelmarin dan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa gabungan itu boleh berhimpun di stadium jika mahu.

Pihak polis pula telah memulakan sekatan jalan di pelbagai kawasan di Lembah Klang sejak pagi semalam.

Meskipun Bersih 2.0 menerima tawaran Najib tetapi pihak berkuasa menegaskan bahawa penganjur perlu memohon permit polis untuk mengadakan perhimpunan di stadium.


The Malaysian Insider

PERHATIAN !!

Posted: 06 Jul 2011 06:28 PM PDT

BERSIH 2.0 : Cari Stadium di Kelantan atau Selangor - Rais

Posted: 06 Jul 2011 05:55 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Kabinet telah memutuskan tidak akan membenarkan Himpunan Bersih 2.0 Sabtu ini diadakan di Stadium Merdeka atau Stadium Negara dengan alasan kumpulan berkenaan tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) selain faktor keselamatan.

Dipetik Bernama, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim (gambar) berkata selepas mendapat pandangan daripada Jabatan Peguam Negara dan nasihat rasmi kerajaan, permohonan kumpulan berkenaan untuk menggunakan stadium terbabit tidak dapat dipertimbangkan.


"Oleh itu perlu bagi kumpulan berkenaan diwakili oleh individu ataupun badan bukan kerajaan yang sah di sisi undang-undang memohon (menggunakan stadium)... atas nama Bersih yang sebenarnya tidak diiktiraf sebagai kumpulan sah tidak boleh.

"Permohonan untuk (menggunakan) Stadium Merdeka dan Stadium Negara tidak dapat dipertimbangkan oleh kerajaan, oleh demikian mereka perlu mencari stadium atau tempat lain seperti di Kelantan ataupun Selangor," kata beliau.

Sambil berkata pandangan itu dizahirkan pada mesyuarat Kabinet, kata Rais, maka selaku menteri berkaitan penerangan beliau wajar menyampaikan latar belakang ataupun keputusan tersebut.

Sekretariat Bersih 2.0 dengan menerima jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan atas nasihat Yang di-Pertuan Agong bersetuju untuk membatalkan perhimpunan jalanan dan digantikan dengan perhimpunan dalam stadium.


The Malaysian Insider

Makna BERSIH menurut Pencacai UMNO..

Posted: 06 Jul 2011 10:02 AM PDT

Petang tadi semasa melepak bersama seorang sahabat beliau telah menunjukkan kepada aku satu sms yang diterimanya dari seorang sahabat yang menyokong UMNO.

Biarpun masih muda sahabat yang mengirimkan SMS tersebut aku pasti beliau adalah penyokong tegar UMNO kerana kawasan tempat tinggalnya memang dikenali sebagai kawasan penyokong UMNO tegar..

Baginya biar tak cukup makan, biar nak merokok terpaksa meminta dari rakan, biar perit sekalipun hidupnya namun Pemimpin UMNO tetap diperjuangkan.


SMS yang dikirimkan kepada sahabat aku itu adalah satu SMS yang menyeru semua Melayu agar jangan turut serta dalam Perhimpunan BERSIH tapi sertai perhimpunan PERKASA..

Bagus juga ada sahabat yang menyokong UMNO rupanya, pasal kalau aku tak baca SMS ni aku tak tahu apa anggapan penyokong UMNO terhadap BERSIH.

Korang bacalah apa takrif BERSIH bagi pencacai UMNO dari SMS yang aku salin semula ni..

Nama : AMBIGA (Perempuan india beragama hindu yg anti Islam)mengetuai anjurkan BERSIH 2 semata-mata untuk hancurkan pentadbiran Melayu/Islam, cuba teliti apa maksud yang terkandung dlm erti BERSIH (Berhimpunlah, Engkau, Ramai-ramai, Sampai, Islam, Hancur). Anak-anak Melayu/Islam jangan sampai terpedaya untuk menyertai BERSIH, Klu minat sgt nak berhimpun, mari kita ikut perhimpunan AMAN PERKASA yg cintakan keamanan serta sayangkan agama Negara. Tlg sebarkan..

Nampak tak betapa bangangnya mereka hingga BERSIH ditakrifkan sebagai Berhimpunlah, Engkau, Ramai-ramai, Sampai, Islam, Hancur.

Aku suruh sahabat yang melepak bersama aku tu reply, kata kat mamat yang hantar SMS tu.. Kalau macam ni hang tak payah mandilah, pasai kalau mandi nanti bersih pulak..

Kesian sungguh aku dengan mamat yang hantar SMS tu.. tapi nak buat macam mana.. mamat tu nak surf internet pun tak tahu, jadi tak hairanlah kenapa dia sokong UMNO..

Tiada ulasan: