Rabu, 6 Julai 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Perkasa Pertubuhan Haram?

Posted: 06 Jul 2011 08:21 AM PDT


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) merupakan pertubuhan haram yang derhaka telah dihalau dari mengadap YDPA pada hari ini dan menunjukkan bawa PERKASA merupakan pertubuhan haram dan bukannya kempen BERSIH yang haram.

Ramai menteri mengatakan bahawa BERSIH merupakan pertubuhan tidak sah pendaftrannya dan semenjak bila pula BERSIH mendaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS)? BERSIH ialah sebuah kempen dan bukannya pertubuhan.

Maka telah terbukti PERKASA telah derhaka dan tidak diperkenankan untuk mengadap YDPA. Dengan ini penderhaka sebenarnya ialah PERKASA, UMNO, Polis dan Kementerian Dalam Negeri yang masih berdegil walaupun YDPA telah bertitah dan bertemu dengan wakil BERSIH.

Kecewalah Ibrahim katak kerana gagal untuk bertemu YDPA. Semoga Ibrahim katak akan terus mecuba untuk Najib. Teruskan melompat sebagai katak. Jangan biarkan katak mati digilis kereta. Mati digilis kereta itu adalah mati katak.

Siapalah Yang Bodoh Sangat Buat Molotov Cocktail Guna Botol Plastik Ni?

Posted: 06 Jul 2011 01:30 AM PDT


Ban Jir nak tergelak dengan rampasan pihak polis mengenai molotov cocktail yang diperbuat dari botol mineral plastik. Kenapa pelik sangat penjenayah UMNO buat kerja sia-sia macam ni? Mesti baru pertama kali membuat  benda-benda ni. UMNO kena banyak belajar dari orang bijak. Setiap hari Ban Jir dengar UMNO kantoikan diri.

Molotov cocktail pakai botol plastik memang tidak nampak ganas tetapi skema. Ini boleh buat orang gelak kerana menunjukkan kebodohan pertama kali buat molotov cocktail. Mungkin juga mereka jimat kos untuk membeli botol plastik dan juga petrol yang digunakan.

Semalam, dakwaan polis, berikutan rampasan beberapa senjata termasuk 44 molotov cocktails, 23 parang dan 48 baju T dengan logo Bersih, di tiga lokasi. Bom petrol dan mercun yang dijumpai dikatakan disembunyikan di pasu bunga manakala baju T Bersih pula disorokkan di sekitar pusat membeli-belah.

Di Kuala Lumpur, barangan itu kononnya dijumpai di sekitar Sogo, Wisma Bumi Raya dan Komplek Pertama. Serbuan polis menemui lima buah beg pakaian yang antaranya mengandungi 20 bilah parang dan 36 botol air mineral berisi minyak petrol lengkap bersumbu di sebuah tokong.

Berkaitan parang, puak-puak BERSIH tidak bawa semua barang berbahaya ini kecuali puak-puak samseng seperti dalam cerita Lu Langsi Lu Mati. Kita boleh kenal golongan macam mana yang akan bertindak dengan parang ini. Peserta BERSIH cuma bawa garam dengan air mineral sahaja.

Mengenai baju pula, agak pelik kenapa begitu banyak baju yang dirampas. Baju yang banyak ini cuma ada dibalai polis sahaja setelah dirampas dari pihak peniaga yang menjual baju BERSIH. Lagi pun peserta BERSIH yang memiliki baju sehelai dan lencana BERSIH ditangkap oleh polis inikan pula satu beg.

Ini semua kerja-kerja dalaman mereka yang merampas baju BERSIH. Jangan banyak sangat reka cerita. Benda dah kantoi pun nak dibuat cerita. Skrip cerita kamu itu terlalu mendatar dan senang diagak oleh rakyat tambah-tamabh kalau yang ilmu tidak tinggi dengan kata lain bodoh.

Ibrahim Ali dihalau Oleh Pihak Istana.. Kah..Kah

Posted: 06 Jul 2011 12:00 AM PDT


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa yang dipimpin Datuk Ibrahim Ali, membatalkan jadual mengadap Yang di-Pertuan Agong dipercayai supaya memohon campurtangan baginda membatalkan himpunan Bersih.

Menurut Malaysiandigest.com, berdasarkan sumber, ia dibatalkan kerana pihak Istana tidak membenarkan Ibrahim Ali mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Perkasa dijangka mengadap baginda pada pukul 10 pagi tadi untuk menyerahkan sepucuk surat sebelum 9 Julai- tarikh perhimpunan aman Bersih berlangsung.

Video: Skandal Seks UMNO/BN Bahagian 1

Posted: 05 Jul 2011 11:38 PM PDT


Video ini menjelaskan siapa sebenarnya UMNO/BN dalam negara. Adakah penjajah atau pengkhianat kepada bangsa dan agama.

Betul Ke Polis Buta Maklumat?

Posted: 05 Jul 2011 10:10 PM PDT


Benarkah pihak polis telah dibutakan maklumat oleh Kementerian Dalam Negeri akan tindakan menahan aktivis BERSIH di seluruh negara. Walaupun BERSIH telah berjumpa dengan YDPA Sultan Mizan, namun masih berlaku lagi tangkapan demi tangkapan.

Sekarang pihak polis menjaga keselamatn negara atau ingin bermusuh dengan rakyat jelata. Sikap pihak PDRM yang menahan dan takut akan gelombang kuning itu seakan-akan menghina raja yang telah merestui BERSIH tetapi polis bertindak sebaliknya kepada aktivis.

BERSIH juga menyatakan bahawa perhimpunan itu berjalan secara aman kecuali ada provokasi dari pihak tertentu yang cuba mensabotaj kelancaran perjalanan BERSIH ini. Dikatakan juga akan ada provokasi dari Patriot, Perkasa dan NGO anti-BERSIH.

Antara tajuk berita yang banyak melibatkan polis ialah berkaitan untuk menahan sesiapa yang memiliki baju BERSIH dan warna kuning



Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya pagi ini menyaksikan kesesakan teruk akibat sekatan jalanraya yang dilakukan oleh polis dalam usaha melumpuhkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang dijadualkan Sabtu ini.

Antara jalan-jalan yang terjejas adalah Lebuhraya Persekutuan berhampir Subang Parade, Subang Jaya berhampiran Kolej Segi College, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan lebuh raya KL-Seremban di Seri Kembangan.


Pihak berkuasa dijangka akan mendakwa sekurang-kurang 17 orang lagi hari ini dan esok berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada Sabtu ini.


Pihak polis terus menghambat aktiviti yang berkaitan dengan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan Sabtu ini meskipun perdana menteri secara dasar telah memberikan persetujuan bagi pertubuhan itu berhimpun di sebuah stadium.



Polis merampas sejumlah besar senjata daripada pelbagai lokasi di sekitar Lembah Klang semalam dan tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Sabtu ini.


Pejabat Parti Sosialis Malaysia (PSM) di Jelapang, Ipoh, diserbu petang tadi dalam usaha polis mencari bukti baru berhubung tangkapan enam pemimpin parti itu menurut Ordinan Darurat.


Hambatan ke atas Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) berterusan hari ini dengan giliran pusat khidmat ADUN Kajang pula digeledah pagi ini.

Namun kali ini, polis terpaksa memohon maaf kerana tidak ada apa-apa barang larangan seperti baju T kuning BERSIH yang berjaya dirampas.



Seorang peniaga hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kota Bharu kerana dituduh memakai dan memiliki baju-Tperhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0).

Mohd Amizul Fazly Muhamed Sudin, 33, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Azrul Abdullah.


Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menghadapi kemungkinan berlaku sebarang kejadian tidak diingini pada perhimpunan yang dirancang pada Sabtu ini.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid berkata bagaimanapun khidmat ATM akan digunakan berdasarkan kepada keperluan.



Wei UMNO, Bengong Mung

Posted: 05 Jul 2011 07:58 PM PDT


KOTA BHARU – UMNO didakwa menyalahgunakan populariti pasukan bola sepak The Red Warriors semata-mata untuk meraih sokongan golongan muda kepada UMNO. 

Ketua Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, pihaknya juga kesal dengan sikap Presiden Kafa yang mempolitikkan TRW selama ini dan kesal dengan tawaran pembinaan stadium oleh Perdana Menteri. 

"Kami menggesa supaya membersihkan TRW dari politik UMNO dan jangan sekali-kali cuba menggunakan pasukan bola sepak itu untuk politik peribadi bagi meraih simpati Perdana Menteri. 

"Pemuda Pas juga kesal dengan tindakan menyalahgunakan TRW bagi meraih sokongan anak muda kepada UMNO sedangkan bukan semua penyokong bola sepak menyokong UMNO berdasarkan suasana di stadium setiap kali perlawanan," katanya kepada :Sinar Harian:, semalam. 

Menurutnya, suasana dalam stadium itu menunjukkan secara jelas penonton adalah penyokong Pas walaupun ada usaha setengah pemimpin UMNO yang menyerahkan bendera parti mereka ketika membuat pelepasan penyokong TRW. 

Selain itu, pihaknya juga kesal dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang membuat tawaran membina stadium dengan syarat Pas tumbang di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum akan datang. 

"Alhamdulillah stadium di Terengganu sebenarnya yang tumbang bukannya Pas Kelantan. Oleh itu kami mengecam sekeras-kerasnya sikap yang ditunjukkan seorang Perdana Menteri dalam sebuah negara demokrasi yang terus mengamalkan sikap :double standard.: 

"Beliau terus membuat tekanan politik ke atas Kerajaan Negeri yang dipilih secara sah oleh rakyat dalam keadaan Kelantan dinafikan hak royalti," katanya. 

Abdul Latiff berkata, pihaknya yakin sekiranya royalti petroleum dibayar kepada Kerajaan Negeri bukan saja sebuah stadium serba canggih yang mampu dibina bahkan setiap kawasan parlimen boleh dibina sebuah Kompleks Sukan yang lengkap. 

Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang itu menegaskan pihaknya yakin rakyat Kelantan tidak akan menukar sebuah stadium dengan pemerintahan berasaskan Islam yang dipraktikkan Pas selama ini.

Sinar

Tiada ulasan: