Terkini: Atas Nasihat Agong, Penganjur Bersih 2.0 Akhirnya Sedia Mengadakan Perhimpunan Aman Itu Di "Stadium Merdeka" Pada Sabtu 9 Julai Ini !! Posted: 06 Jul 2011 12:42 AM PDT KUALA LUMPUR 6 Julai - Penganjur Bersih 2.0 mahu mengadakan perhimpunan aman itu di Stadium Merdeka pada Sabtu ini sebelum menyerahkan memorandum kepada Istana Negara untuk penambahbaikan proses pilihan raya. Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga juga menuntut penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) untuk mengatasi kepincangan dalam sistem pilihanraya serta pembebasan lebih 100 orang yang ditangkap oleh polis, termasuk enam di bawah Ordinan Darurat. Ambiga berkata beliau sudah memohon untuk berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi mendapatkan persetujuan untuk mengadakan perhimpunan itu di Stadium Merdeka yang boleh menampung 50,000 orang. Semalam, Bersih 2.0 bersetuju untuk membatalkan perarakan ke Istana Negara untuk menyampaikan memorandum itu setelah menerima nasihat Yang DiPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Ambiga merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada Tuanku Mizan kerana perkenan menemui rombongan Bersih semalam 'untuk mendengar daripada pihak kami." Beliau menuntut pihak berkuasa menghentikan segala hambatan dan tekanan pihak berkuasa ke atas penyokong sejak minggu lalu. Lebih 150 orang termasuk wakil rakyat dari Pakatan ditangkap kerana memiliki dan memakai baju BERSIH. Malah enam penyokong Bersih termasuk Ahli Parlimen Sungei Siput Dr D. Jeyakumar ditangkap di bawah Ordinan Darurat kerana di dakwa kononnya terbabit dengan gejala subversif. "Semua pihak wajar berundur dan memberi keutamaan untuk membebaskan semua yang ditangkap sebelum ini," kata Ambiga. Dalam pada itu beliau melahirkan kesediaan bertemu Pemuda UMNO berhubung isu tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya yang adil dan bebas di negara ini. "Kami bersedia untuk berbincang dengan Pemuda UMNO. Mereka juga dialu-alukan menyertai perhimpunan Bersih pada Sabtu ini," kata Ambiga lagi .
[Gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan itu sebelum ini dtuduh oleh UMNO sebagai mendokong Pakatan Rakyat. Ahli jawatankuasa pemandu Wong Chin Huat berkata, hakikat adalah tiada parti komponen Barisan Nasional (BN) yang sanggup untuk menyokong gerakan itu dalam menuntut pilihan raya yang adil dan bebas. Persoalannya sekarang, apakah perhimpunan di stadium itu nanti tidak berlaku kekacauan atau provokasi?. Ini kerana masing-masing yang datang akan memaka baju kuning Bersih dan sudah pasti tidak saling kenal mengenali antara satu sama lain. Namun begitu diharapkan perhimpunan tersebut akan berjalan dengan aman tanpa sebarang gangguan daripada mana-mana pihak. Biar di mana ia diadakan, apa yang paling penting ialah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dapat mengambil perhatian terhadap tuntutan Bersih, bersandarkan kepada titah Agong supaya pihak kerajaan agar laksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil serta bijaksana]. |
PM Najib Razak, Kerajaan Sedia Jumpa Penganjur Dan Benarkan Himpunan Bersih 2.0 Di Pindah Ke Stadium Tertutup Elakkan Sesuatu Tidak Diingini Posted: 05 Jul 2011 10:15 AM PDT KUALA LUMPUR, 6 Julai - Kerajaan bersetuju membenarkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang akur dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong supaya memindahkan perhimpunan aman jalanan ke stadium tertutup bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. "Saya difahamkan BERSIH mahu berunding dengan kerajaan untuk berhimpun di sebuah stadium (dan) kita bersedia berjumpa dengan mereka," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (foto) semalam. Namun katanya, pihak penganjur mesti mematuhi beberapa syarat sebelum persetujuan diberikan. "Kita bersedia untuk berjumpa dengan pihak berkenaan bagi mengadakan (perhimpunan) di stadium dengan syarat bahawa mereka akan pergi dengan aman, mereka akan menegaskan perhimpunan (itu akan diadakan secara) aman dan mereka akan balik dengan aman. "Sekiranya sebarang kejadian yang berlaku maka pihak penganjur akan dipertanggungjawabkan atas segalanya ataupun yang akan berlaku, yang boleh menyebabkan sama ada huru-hara ataupun kerosakkan hartabenda ataupun boleh menyebabkan mana-mana individu tercedera ataupun lebih buruk daripada itu," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Tadbir Urus Agensi Inovasi Malaysia di pejabatnya di Putrajaya.
[Ramai yang kecewa apabila keputusan Penganjur Bersih Datuk S.Ambiga umumkan untuk pindahkan himpunan tersebut dari jalanan ke stadium tertutup semalam. Malah, ada sebilangan anak-anak muda yang hampa dan mempersoalkan keputusan drastik tersebut, atas alasan mereka lebih suka perjuangan "gerila jalanan". Apapun, sesuatu harus difikirkan. Mana yang lebih baik hampa himpunan dibatalkan atau dipindahkan. Secara rasionalnya, apalah salah jika ia diadakan di stadium tertutup?. Apakah semangat perjuangan itu luntur gara-gara berada dalam stadium?. Selama ini, bukankah sudah banyak program yang dibuat secara tertutup sebegitu?. Makanya, daripada berlaku sesuatu kejadian tidak diingini lebih eloklah ia dipindahkan. Orang muda perlu juga memikirkan nasib orang tua, wanita dan kanak-kanak yang bakal sertai perhimpunan itu nanti. Keputusan Perdana Menteri Najib Razak untuk bertemu dengan penganjur bersih juga haruslah dilihat dari sudut yang positif. Usahlah kita menimbulkan berbagai spekulasi dan persepsi yang terlalu negatif].
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan