Senyum Tangis Sendu |
- Gambar: Demonstrasi Tapi Polis Buat Bodoh
- Baca Maklumat Ini Jika Anda ditahan Polis
- Khutbah Jumaat Tentang Pembangunan dan Tanah FELDA
- Poils Akan Tangkap Siapa Jual Belacan
Gambar: Demonstrasi Tapi Polis Buat Bodoh Posted: 01 Jul 2011 06:35 AM PDT Di bawah ini gambar mereka yang melakukan demonstrasi namun tiada sebarang tindakan diambil kepada mereka tetapi tangkapan demi tangkapan dilakukan oleh mereka yang menyokong BERSIH. Gambar di bawah adalah untuk 4 buah negeri yang mana polis takut untuk membuat tangkapan kerana polis sendiri adalah penyokong puak-puak songkok tinggi. Selangor Pulau Pinang Pahang Kelantan |
Baca Maklumat Ini Jika Anda ditahan Polis Posted: 01 Jul 2011 02:16 AM PDT 1. Jika Polis itu tidak berpakaian seragam, pastikan dia menunjukkan kad kuasanya dan jika kad kuasa itu berwarna merah, bermakna pegawai itu sedang digantung tugas dan tiada kuasa apa-apa terhadap anda," katanya di hadapan lebih 100 orang. 2. Jika sebaliknya, orang ramai perlu memastikan nama, nombor ID, nombor pendaftaran kereta atau motorsikal mereka dicatat kerana semua itu amat penting. 3. Seseorang hanya ditahan sekiranya mereka bertanya 'Adakah saya ditangkap' dan dijawab 'ya' oleh pihak polis, atau tidak dibenarkan berlalu, atau mahu dibawa ke balai polis, atau digari. 4. Tangkapan tidak sah sekiranya pihak polis tidak memberitahu alasan tangkapan itu dibuat. 5. Pastinya, semasa tangkapan, Polis tiada hak memukul atau merampas barangan peribadi seperti dompet dan telefon bimbit kecuali selepas anda dihantar ke lokap untuk tahanan. 6. Barang itu perlu direkodkan dalam Borang Senarai Rampasan dengan memastikan barangan dipulangkan sebaik anda dibebaskan. Pastikan balai atau lokap yang dihantar 7. Orang ramai yang ditahan juga perlu memastikan mereka dihantar ke lokap yang dinyatakan pegawai polis dan bukan dibawa ke tempat lain atau balai Polis lain. 8. Semasa ditangkap, setiap tahanan berhak membuat satu panggilan telefon kepada keluarga, rakan dan peguam dengan memaklumkan masa, tempat, alasan ditangkap dan di balai polis mana anda di bawa dengan tempoh siasatan terhad dalam tempoh 24 jam sahaja. 9. Jika Polis ingin meneruskan tempoh itu, mereka mestilah membawa anda ke hadapan Majistret dan pastikan anda tahu nama serta pangkat Polis yang menyoal siasat anda. 10. Semasa soal siasat, lazimnya polis bersifat mesra pada awalnya dengan bertanyakan pelbagai perkara untuk mencungkil maklumat. 11. Namun hanya nama, alamat, pekerjaan, dan umur sahaja yang boleh anda berikan dan selain itu anda wajar berdiam diri dengan berkata 'Saya menggunakan hak berdiam diri di bawah seksyen 112 (2) atau 'saya menggunakan hak berdiam diri dan akan menjawab di mahkamah'. Ia penting bagi mengelakkan tahanan terperangkap dengan soalan mengelirukan kerana setiap rekod akan menjadi bukti di mahkamah. 12. Jika anda diugut atau dipaksa memberi kenyataan, anda berhak membuat laporan polis terhadap pegawai itu. 13. Sekiranya, seseorang di hadapkan ke mahkamah kerana berhimpun secara aman, mereka disaran supaya tidak mengaku salah dan mohon dibicarakan. 14. Selepas itu, anda juga berhak dilepaskan, dengan ikat jamin Mahkamah di bawah seksyen 29 Kanun Acara Jenayah serta boleh memohon mengurangkan ikat jamin dengan mengemukakan tanggungan anda," katanya. |
Khutbah Jumaat Tentang Pembangunan dan Tanah FELDA Posted: 30 Jun 2011 11:37 PM PDT Ketika Ban Jir ke sebuah masjid untuk menunaikan solat Jumaat, Ban Jir melihat keadaan jalan yang penuh dengan kenderaan berat yang lalu lalang dan sekali sekala terfikir akan bahaya yang akan datang kerana jarak bahu jalan hanya beza kurang satu meter. Keadaan ini akan mengundang bahay kepada pejalan kaki. Setelah sampai di masjid untuk menunaikan solat Jumaat, Ban Jir duduk di saf dalam kebetulan datang awal sebelum masuk waktu. Selepas azan telah berkumandang buat kali kedua, maka khatib telah membaca teks khutbah yang mungkin dibekalkan oleh majlis agama negeri. Tajuk khutbah tersebut ialah berkaitan denga pembangunan dan tanah. Khatib menyeru hadirin untuk bersyukur akan kejadian yang diberikan oleh Allah. Namun ketika membaca khutbah, keluar tajuk berkaitan perlu ada pembangunan dan dimanfaatkan tanah tersebut. Beberapa ketika khutbah jumaat sudah seperti jabatan perangkaan dan dokumentari mengenai Malaysia. Apa yang diperkatakan mengenai jabatan perangkaan ialah jumlah penduduk di Tanah FELDA yang siap dengan angkanya sekali iaitu berjumlah 11,063 orang dan berkaitan dokumentari ialah semas pemerintahan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Di Melaka pula khutbah jumaat berkaitan dengan BERSIH yang akan diadakan pada 9 Julai 2011. Nampak sangat sekarang ini UMNO/BN mempolitikkan masjid untuk menuding jari kepada Pakatan Rakyat. Jika ini berlaku dalam khutbah Jumaat, lebih baik buat ceramah tentang isu FELDA ataupun BERSIH. |
Poils Akan Tangkap Siapa Jual Belacan Posted: 30 Jun 2011 06:46 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan