otaiblues |
Bersihkan pilihanraya kembalikan hak rakyat Posted: 01 Jul 2011 11:00 AM PDT Dasar yang kerajaan BN lakukan sekarang ini dulu nya adalah cara pemerintahan penjajah...Dasar pecah dan perintah..Itu sebab nya..dalam pakatan BN adanya UMNO untuk melayu MIC untuk india dan MCA untuk cina. Sangat senang bagi pemimpin tiap parti menguasai minda tiap ahli dalam parti tersebut kerana ia adalah bersifat perkauman. Siapakah yang di maksud merosakan negara?Apakah hanya mengadakan perhimpunan bersih,,,telah rosak jadinya negara ini? Rosaknya negara ini terletak pada pemimpin yang ada..bukan kerana rakyat yang berhimpun. Sebelum ni pun telah ada Himpunan sejuta belia..kerana ia perhimpunan yang membodek kerajaan maka ianya di benarkan..tidak rosak pun negara.. Lihat saja Philipine, Thailand...Bila pemimpin hanya berfikir untuk berkuasa untuk selama lamanya..maka rakyat akan memberontak.. Ini berbeza di negara ini,,,rakyat bukan bangkit untuk memberontak,,,cuma berhimpun beramai ramai untuk menghantar memorandum kapada yang mulia Raja..mengemuka kan bukti penyalahgunaan kuasa yang ada pada SPR didalam menjalankan pilihanraya,,, Mengapa kerajaan begitu melindungi SPR? Sungguh sungguh pelik..Spr juga beria ria mengaku mereka sangat adil dalam menguruskan perjalanan pilihan raya,, Bukan kan tuntutan pelbagai pihak di antaranya... a) Penggunaan dakwat kekal.. Ianya untuk mengahalang pengundi dari mengundi berkali kali dibawah gelaran pengundi hantu.. b) Membersih daftar mengundi,,, Ianyakan bagus...tidaklah terjadi sebuah rumah berkongsi alamat sampai 10 keluarga,, c) Permansuhan undi pos. Ini lah yang paling penting sekali..ianya banyak berlaku kepada anggota tentera..tidak perlu undi pos lagi..kerana kebanyakan tentera...bukanya bertugas di dalam hutan..d) Akses kepada media... Susah sangat ke nak melaksanakan permintaan ini..Kenapa SPR juga kerajaan tidak sanggup melaksanakan tuntutan ini? Tentu ada muslihat yang tersirat.. Menghalang perhimpunan bersih sebenarnya mengundang prasangka buruk rakyat kepada kerajaan sekarang. Maka kerajaan akan menanggung akibatnya di dalam pilihanraya yang akan datang.. |
You are subscribed to email updates from otaiblues To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan