Khamis, 14 Julai 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Pasca Bersih : PAS fail kes saman polis, Hishammuddin petang ini

Posted: 14 Jul 2011 09:33 PM PDT


Aksi penyokong Himpunan Bersih 2.0 ketika majlis pelancarannya di Kuala Lumpur 9 Julai 2011.
KUALA LUMPUR, 15 Julai — Mendakwa penahanan tanpa sah, PAS akan memfailkan kes saman sivil — yang pertama berkisar perhimpunan Bersih 2.0 ke atas polis dan Menteri Dalam Negeri di Mahkamah Tinggi Shah Alam petang ini. Read More / Baca Lagi >>

Mengapa kejam pada rakyat sendiri

Posted: 14 Jul 2011 09:31 PM PDT

Kami rakyat Malaysia yang berada di New Zealand pada masa ini berasa amat terkejut dengan cara Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia serta  barisan Kabinetnya menangani isu BERSIH pada 9 Julai yang lalu. Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara dan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan ugama kami dengan ini membantah sekeras-kerasnya cara Kerajaan Malaysia berhadapan dengan isu BERSIH. Kami sedih mendengar Kerajaan Malaysia yang sanggup membunuh dan mencederakan rakyatnya sendiri. Kami membantah perbuatan kejam ini kerana kami sayang negara dan seluruh rakyat Malaysia.
Ramai rakyat New Zealand yang menumpang marah kepada YAB Perdana Menteri serta barisan Menteri Kabinet kerana memberi arahan kepada Polis untuk melakukan perbuatan kejam terhadap rakyat sendiri. Imej baik Malaysia di luar negara kini merosot teruk akibat tindakan kejam YAB Perdana Menteri, Kabinet dan Polis Malaysia. Betapa ruginya rakyat Malaysia kerana mempunyai Perdana Menteri dan barisan Kabinet yang tidak sayangkan rakyat sendiri. Mereka hanya sayang rakyat pada waktu pilihanraya sahaja. Jelas sekali sayang palsu yang dibuat-buat hanya untuk memenangi pilihanraya. Selepas mendapat kuasa mereka membunuh dan mencederakan rakyat yang telah memberi mereka kuasa.
Read More / Baca Lagi >>

BN gagal tangani masalah tenaga, hanya kejar keuntungan bagi kroni

Posted: 14 Jul 2011 09:07 PM PDT

KUALA LUMPUR, 15 JULAI – Kerajaan Barisan Nasional gagal mengatasi masalah bekalan tenaga, terutamanya elektrik, kerana mahu mengaut keuntungan cepat bagi kroni-kroni mereka tanpa mempedulikan kepentingan dan keperluan rakyat.
Timbalan Ketua Pemuda DAP Jenice Lee berkata bahawa walau pun negara mempunyai banyak sumber alam, kerajaan BN memilih jalan pintas untuk bersekongkol dengan pelobi-pelobi nuklear antarabangsa.
Menurutnya, pihak kerajaan sering memberi alasan penghasilan tenaga nuklear lebih mudah berbanding tenaga alam yang kononnya sukar dilaksanakan kerana memakan belanja besar.
"Mereka hanya memikirkan kerja senang sahaja. Mereka hanya tumpu kepada keuntungan. Senang kerja mereka dan mungkin juga senang kita rakyat Malaysia mati kerana radioaktif," katanya kepada Roketkini.
Beliau menjelaskan tidak ada salahnya membuat keuntungan jika ia dapat disalurkan kepada rakyat tetapi projek seperti loji nadir bumi Lynas milik Australia di Pahang, jika dilaksanakan juga walau pun dibantah majoriti rakyat Malaysia kerana berbahaya, akan lebih menguntungkan pelabur asing.
Read More / Baca Lagi >>

Demo dan Poster BERSIH Menyambut Najib di London

Posted: 14 Jul 2011 09:05 PM PDT




Gambaran dan situasi ini tidak akan sesekali keluar di UtuSex, RTM, TV3. Jadi, sesiapa yang enggan membaca atau membuka kiriman ini memanglah rugi.
Menurut maklumat yang tersiar di blog Jalan Pulang, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London dikatakan terpaksa meminta bantuan polis London untuk membawa masuk delegasi Malaysia ke Mansion House di Garlick Hill, berhampiran dengan tebing Sungai Thames.
 
Najib dan delegasinya dikhabarkan mengadakan sesi pertemuan dengan komuniti perniagaan United Kingdom serta pertemuan delegasi perniagaan Malaysia dan negara itu.
Walau bagaimanapun, menurut seorang rakyat Malaysia di sana, rombongan Najib terpaksa meminta bantuan polis kerana berpuluh-puluh rakyat Malaysia menunggu sambil membawa kad berwarna kuning dengan tulisan PSM 6, BERSIH, dan Mansuhkan ISA.


P/s: Haram tidak disiarkan di UtuSex, RTM, dan TV3! Tolong uar-uarkan kepada orang kampung dan puak penjilat UMCO!

PSM, sosialisme dan gerakan kiri di Malaysia

Posted: 14 Jul 2011 09:04 PM PDT

Oleh Haris Zuan

15 JULAI – Wacana politik di Malaysia sering melelahkan – tohor, emotif, sapele –   dan berlegar pada titik yang sama.  Hampir semua ruang wacana di Malaysia ini dikelambu dengan sentimen dan prejudis perkauman yang sempit. Hanya sibuk siapa kuda siapa, soal seks, ejen Yahudi/Amerika, ketuanan Melayu dan Rosmah!
Jarang sekali wacana berkenaan politik Malaysia ini menjurus kepada persoalan dasar ekonomi, hubungan antarabangsa, dan kebajikan sosial. Maka keadaan ini memberi kesempatan untuk UMNO-BN memanipulasi sentimen masyarakat.
Sebagai contoh, dengan mudah mudah, enam orang ditahan tanpa hak mendapat perbicaraan terbuka hanya kerana memiliki t-shirt dengan cetakan wajah tokoh Parti Komunis Malaya, Rashid Maidin. Tuduhannya sangat melampau, "memerangi Yang di-Pertuan Agong".
Read More / Baca Lagi >>

Under fire, Putrajaya protests thrashing over Bersih

Posted: 14 Jul 2011 08:59 PM PDT


KUALA LUMPUR, July 15 — The Najib administration has finally responded to days of heavy criticism in the foreign media over its handling of Saturday's Bersih rally, insisting in a letter to the Wall Street Journal that Malaysia is a "true democracy".
The international business newspaper has been one of the fiercest critics of Putrajaya following clashes between police and tens of thousands of demonstrators who demanded electoral reforms last weekend, accusing the government of creating an atmosphere of "fear and repression".
Bersih protestors running away from the police at Saturday's rally. — File pic
But a senior Wisma Putra official has denied the claim by the WSJ that "protesters in Kuala Lumpur have suffered "intimidation" and "repression" at the hands of the government in recent weeks," referring to the editorial titled "Crackdown 2.0 in Malaysia" that was published on July 12. "To claim that Saturday's events mean Malaysia is not a 'true democracy' is simply wrong.
"As the strong performance of opposition parties in the last general election demonstrates, the ballot box remains the most powerful force in Malaysian politics," said Ahmad Rozian, the Foreign Ministry's undersecretary of information said, repeating the ruling Barisan Nasional's (BN) coalition's line on the credibility of elections in Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Something unspeakably holy about Bersih 2.0

Posted: 14 Jul 2011 08:58 PM PDT

Steven Foong

JULY 15 — 1000hr — David arrives at my house. We buy toothpaste, salt and drinking water before going for breakfast. He is wearing a "Racism is so Yesterday" T-shirt by Saya Anak Bangsa Malaysia. I laugh and joke: "You most likely won't make it past the LRT station.
1050hr — At the Asia Jaya LRT station. A couple of cops are leaning against a yellow DiGi booth chatting up the pretty girl manning the booth. Life is good, eh? David proposes KL Sentral while I am in favour of Masjid Jamek. The heavy police presence at KL Sentral is intimidating enough that we give it a miss. Masjid Jamek then.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 3.0: Dewan Ulamak PAS sokong Nik Aziz

Posted: 14 Jul 2011 08:54 PM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Julai: Dewan Ulamak PAS Pusat menyokong penuh kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyatakan sokongan sekiranya Himpunan Bersih 3.0 diadakan pada masa akan datang demi untuk keadilan dalam pilihan raya.
"Kita mahukan supaya SPR bertindak segera untuk memenuhi tuntutan Bersih agar pilihancraya pada masa yang akan datang bersih dari sebarang bentuk penipuan," kata Ketua penerangannya, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh.
Beliau juga turut menegaskan kekesalan Dewan Ulamak PAS terhadap pemimpin Umno yang menggunakan jawatan mereka dalam kerajaan untuk mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan tentang Bersih yang memalukan rakyat Malaysia.
Sedangkan, katanya media antarabangsa merakamkan sendiri bagaimana keganasan berlaku di dalam demonstrasi aman di Kuala Lumpur baru-baru ini dan disaksikan oleh seluruh penduduk dunia.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih casualty: Baharuddin's family to protest on Saturday

Posted: 14 Jul 2011 08:51 PM PDT

PKR leaders have called on Malaysians to gather at the police headquarters in Bukit on Saturday, where they plan to deliver a memorandum of protest to the Inspector General of Police over the death of Baharuddin Ahmad, a casualty of "excessive" police action against the July 9 Bersih rally.
"Baharuddin marched with us on 907, let us now march for him," PKR legal affairs director Latheefa Koya told Malaysia Chronicle.
The 59-year old Baharuddin, a taxi-driver, had taken part in the rally for free and fair elections. Police say collapsed from a hear attack but his relatives say died from tear gas suffocation.
Read More / Baca Lagi >>

Queen 'Bersih' meets Najib

Posted: 14 Jul 2011 08:47 PM PDT


Britain's Queen Elizabeth greeted Prime Minister Najib Razak during an audience at Buckingham Palace in central London on Thurdsay. What could not be missed was the bright yellow dress worn by the British monarch, known for her subtlety and wit. But amused or not, Najib and wife Rosmah Mansor bowed low before Her Majesty despite the unmistakable the shade of yellow she sported and which had been adopted by Bersih, a Malaysian movement for free and fair elections that was recently outlawed by Najib.
In the scandal sheets again over a gargantuan diamond ring said to be worth RM24.4mil (or about US$8mil), Rosmah made sure to keep her hands tightly clasped during the photo-shoot. But even so, she could not resist wearing a string of pearls the size of marbles.
Read More / Baca Lagi >>

Orang Umno yang lebih tahu jahat dan bongoknya parti depa

Posted: 14 Jul 2011 08:46 PM PDT

Sebelum saya cerita bab bongok Umno, saya nak sentuh sikit tulisan Raja Petra Kamarudin bertajuk "Now do you understand the meaning of The Third Force?" Antara lain, dia tulis:
We hope, now, the meaning of The Third Force becomes clearer. And the newly crowned leader of this Third Force is Ambiga Sreenevasan. She may be a reluctant leader. Maybe she did not plan to emerge as its leader. However, like it or not, she is now the leader of Malaysia's Third Force.
Terkejut saya membaca dakwaan itu. Terasa poyo sangat. Poyo sangat-sangat.

Saya pun tak ada parti. Memang saya berkawan dengan ramai pemimpin parti politik, tetapi saya bukan penyokong mana-mana parti politik. Dah berkawan, natural la kalau kita ada rasa kasih kepada kawan-kawan kita. Bongok dan bongkak sangat la kalau dakwa tak rasa apa-apa.
Read More / Baca Lagi >>

Pentadbiran Najib Dipenuhi "Golongan Pengampu"-Dr Asri

Posted: 14 Jul 2011 08:43 PM PDT


KUALA LUMPUR 15 JULAI : Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan terlalu ramai "golongan pengampu" dalam pentadbiran Umno-Barisan Nasional sehingga menyebabkan parti itu mungkin kehilangan sokongan rakyat pada pilihan raya umum ke-13.

"Dalam pemerintah sekarang semua orang nak tunjuk kononnya dia setia (kepada pemerintah) walaupun kenyataan yang dikeluarkan adalah bodoh, tapi dia rasa tidak mengapa yang penting perdana menteri tahu.

"Dalam Umno bila ada pemimpin bagi kritikan, dia ini dianggap musuh walaupun idea yang diberikan adalah baik, namun ia dianggap bahaya kerana unsur feudal tidak ditinggalkan," katanya dalam satu program anjuran Kementerian Pengajian Tinggi di ibu negara malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Usno mohon campur tangan Agong

Posted: 14 Jul 2011 08:42 PM PDT

Pertubuhan Baru Usno Sabah (Usno) memberi tempoh 14 hari kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menjawap surat rasmi yang dihantarnya, baru-baru ini.

Kandungan utama surat rasmi itu meminta agar, pendaftaran Usno sebagai sebuah parti politik diberi kelulusan segera atau setidak-tidaknya diberikan jawapan sama ada permohonan berkenaan diluluskan atau ditolak.

Jika tiada jawapan, presiden Usno Datu Badaruddin Datu Mustapha berkata, mereka tidak akan teragak-agak untuk meminta Yang di-Pertuan Agong untuk campur tangan. Ini kerana dakwanya, layanan tidak adil telah diberikan kepada rakyat Sabah sejak awal lagi.Read More / Baca Lagi >>

PKR: Ada 1,607 pengundi lebih 100 tahun di Perak

Posted: 14 Jul 2011 08:39 PM PDT

NONEJika dahulu, Perak terkenal dengan bijih timah, kali ini ia dikatakan sebagai negeri yang mempunyai warga emas yang terbanyak di Malaysia. Ini berikutan deakwaan PKR yang mendapati 1,607 pengundi berusia lebih 100 tahun yang berdaftar di negeri itu.

Isu itu ditimbulkan oleh ahli majlis tertinggi PKR yang juga ahli parlimen Gopeng Lee Boon Chye pada sidang akhbarnya di Ipoh semalam.

Bersama naib ketua pemuda PKR yang juga ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai, Lee membekalkan dokumen bagi menyokong hujahnya itu.

Katanya dengan penemuan itu, Perak mungkin menjadi negeri yang mempunyai warga emas paling ramai.
Read More / Baca Lagi >>

MTUC, MEF bantah akta gaji minimum baru dilulus Parlimen

Posted: 14 Jul 2011 08:38 PM PDT


KUALA LUMPUR, 15 Julai — Meskipun sudah terlewat, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) bersatu suara menggesa Putrajaya mengkaji semula rang undang-undang berkaitan gaji minimum yang baru diluluskan oleh Parlimen.
Rang Undang-Undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 — yang akan membuka laluan kepada pelaksanaan gaji minimum dan Putrajaya memberi jaminan akan dilaksanakan akhir tahun ini, telah diluluskan oleh kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada sesi Parlimen yang baru shaja berakhir.
Perkembangan ini dilihat kemungkinan akan melewatkan pelaksanaan gaji minimum, malah ada suara ia kemungkinan tidak akan menjadi kenyataan.
MTUC melahirkan rasa tidak puas hati ekoran tiga perkara manakala MEF pula menggariskan dua aspek penting.
Read More / Baca Lagi >>

Umno semput terus peralat polis, SPR

Posted: 14 Jul 2011 08:38 PM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Julai: Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh kesal dengan sikap Perdana Menteri yang terus menerus memburukkan usaha murni Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk membawa perubahan kepada sistem pilihanraya yang lebih telus dan bersih.
Menurut beliau, Perdana Menteri bukan sahaja menggunakan media milik kerajaan yang mana rakyat adalah pembayar cukainya bahkan sanggup menggunakan pihak polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meneruskan survival talian hayat Umno BN yang semakin semput.
Katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, pihak polis secara berterusan memberikan gambaran yang buruk terhadap Bersih manakala SPR pula terus bersahaja seolah-olah tiada apa yang berlaku.
"SPR bukan sahaja bersahaja bahkan langsung tidak melakukan sebarang bentuk perubahan yang diidamkan oleh seluruh rakyat Malaysia," kata beliau ketika mengulas sikap SPR yang seolah-olah menjadi lidah Umno BN.
Read More / Baca Lagi >>

Baju BERSIH: MP Bakri ditahan lagi

Posted: 14 Jul 2011 08:36 PM PDT

Gara-gara terus mahu memakai baju T BERSIH 2.0, ahli parlimen Bakri, Er Teck Hwa sekali lagi ditahan polis kira-kira jam 8.30 malam semalam.

NONEPemimpin DAP itu ditahan ketika dalam perjalanan menuju ke program memperingati mendiang Teoh Beng Hock di Muar, Johor dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah Muar sambil membawa kekwa putih dan bunga raya.

Ketika dihubungi, Er berkata beliau dan kumpulanya yang kira-kira 20 orang baru sahaja keluar dari pusat khidmat DAP Muar dan dalam perjalanan tiga buah trak FRU sedia menunggu di kawasan itu.

"Polis tidak benarkan saya terus kerana saya pakai baju BERSIH. Tetapi apabila rakan saya beri baju lain, dan saya sarungkan baju itu, tapi polis tangkap saya juga," katanya kepada Malaysiakini.

Menurut Er beliau kemudiannya dibawa ke balai polis Muar dan hanya dibebaskan pada kira-kira jam 1 pagi tadi. Beliau dikehendaki melapor dirinya sekali lagi pada 15 Ogos nanti.

Baju BERSIH miliknya itu juga dirampas.
Read More / Baca Lagi >>

The Spendthrift Couple – The PM and The ‘First Lady’?

Posted: 14 Jul 2011 07:13 PM PDT

by Dr. Dzul
I don't wish to start the day this way. But I'm extremely bemused when I stumbled on this comment by Jeswan Kaur that I thought must be shared with the entire rakyat-citizenry. When one asssumes Public Office and especially taking the office of the PM and now dubbed the office of the "First Lady", rest assured that nothing would be hidden from the watchful eyes of the rakyat. And of course especially so, when the PM and his First Lady are exhorting rakyat to exercise austerity in spending and all the more so, in times when government is withdrawing subsidies once given to the rakyat.
 
I for one, have an issue to take on the PM and his domineering wife, to borrow Jeswan's description of the PM's wife, on accountability and transparency of spending. I'm waiting for the now pursuing my 'inquiry' of the pre-engagement arrangement of the PM's daughter in Kazakhstan, that coincided with the 7th World Islamic Economic Forum (7th WIEF) from June 7 to 9 June in that country's capital of Astana, which also coincided with the  long-standing invitation by Kazakhstan President Nursultan Nazarbayev to his country.
Read More / Baca Lagi >>

Untameable Bersih Part 2, understanding it

Posted: 14 Jul 2011 07:12 PM PDT

Sakmongkol AK47

Some spell it as "tamable". Others as "tameable". The fact remains, the marchers cannot be tamed and though battered and aspersed, remained unbowed and honourable.
How do we make sense and explain the actions that took place after Bersih?
Let's have our own debriefing session lest we agonise over how the media characterised our fellow citizens who marched on July 9. On the whole, I think, those people who marched towards Stadium Merdeka on July 9 before being horribly set upon by the police with tear gas and chemically-laced water are good, honourable and public-spirited people.
Read More / Baca Lagi >>

Pasca Kuning : Ha..ha..ha..kat UK pun kena demam kuning.....

Posted: 14 Jul 2011 07:04 PM PDT

Oooucchhh!!! Kuning??

Baju kuning!! Tali leher kuning!!





Ha ha ha ha...

Penin... Penin...!!
Kuning yang memeningkan.
Kuning ada makna tuuu....

Padan muka hang!! Kena kenen.

Satira Rakyat : Utusan Keluarga Berita Kontroversi Cincin Rosmah?

Posted: 14 Jul 2011 07:02 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhJxwAYldYf4C3cWW6CbfInufweAX4CTkC7aZ0UQYrJNFdSeu5CVNhu9ynRCwv_HswvgbfwW7l3tzGSGXtyDObvmyZUZOT5hgu2VKgge_AsXt1Bw5VlQcQkMqjMgGJykHw0DI5ezVB28xHe/s1600/utusan+malaysia+hairan.jpg

ada tak kat kedai hari ni? hahahaha

BN perlu buang pemikiran feudal jika nak kekal kuasa, kata Dr Asri

Posted: 14 Jul 2011 06:59 PM PDT


KUALA LUMPUR, 15 Julai — Susulan perhimpunan 9 Julai, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Barisan Nasional (BN) perlu membuang pemikiran feudal jika mahu terus mendapat sokongan rakyat terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Jelas bekas mufti Perlis, dalam kepimpinan BN terlaku ramai "golongan pengampu" berbanding golongan yang boleh membantu parti perikatan untuk terus dilihat relevan dalam arena politik sekarang.
"Dalam pemerintah sekarang semua orang nak tunjuk kononnya dia setia (kepada pemerintah) walaupun kenyataan yang dikeluarkan adalah bodoh, tapi dia rasa tidak mengapa yang penting perdana menteri tahu.
Read More / Baca Lagi >>

Video : 15 questions asked to PSM6

Posted: 14 Jul 2011 06:58 PM PDT

Bersih 2.0 : Lensa Kuala Lumpur 41

Posted: 14 Jul 2011 10:33 AM PDT























Foto Oleh Johnny Ong

UMNO.PMO,Media Dan Bersih 2.0

Posted: 14 Jul 2011 09:58 AM PDT


Oleh Syed Imran
Seorang pemimpin UMNO kurang  senang kerana saya menyiarkan foto pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam blog ini yang berkaitan bantahan jalanan oleh Bersih 2.0 pada 9 Julai. Saya tidak hairan dan terperanjat dengan sikapnya itu kerana itulah pemikiran mereka yang selalunya berada dalam kotak.
Adalah menjadi hak mutlak saya sebagai seorang pengamat bebas yang menulis secara bebas tanpa menerima petunjuk ataupun arahan daripada mana-mana pihak jauh sekali menerima upah atau bayaran.

 Kepada saya, foto itu cukup berharga, tidak kiralah sama ada ia satu lakonan Anwar, seperti yang dikata oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, atau ia benar-benar berlaku.
Saya sedar bahawa foto itu tidak akan mendapat tempat dalam mana-mana akhbar arus perdana ataupun stesen-stesen tv yang sama ada dikuasai, dikawal atupun dimiliki oleh parti-parti politik pendokong pemerintah atau syarikat-syarikat yang dimiliki mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: