Khamis, 14 Julai 2011

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Awkward Agama : Menegakkan Islam Dengan Pimpinan Pemimpin Tidak Bertudung

Posted: 14 Jul 2011 05:34 PM PDT

Sekecil-kecil pemimpin adalah pemimpin sebuah keluarga,betul kan?

Dalam Islam lelaki akan jadi pemimpin keluarga.Rosak lelaki tu,rosak la habis institusi keluarga tu.Tanggungjawab lelaki ada banyak.Memastikan ahli keluarga dia yakni isteri dan anak-anak dia ikut perintah agama dan tak langgar apa suruhan dia sambil memastikan makan pakai anak bini terjaga.

Tapi bagaimana pula dengan pemimpin kita yang diangkat oleh kita jadi pemimpin masyarakat tapi dia gagal melaksanakan tanggungjawab asasnya sebagai seorang bapa?

Maksud aku,dia seorang pemimpin yang minta rakyat patuh dengan dia,minta rakyat undi dia,minta orang dengar cakap dia....tetapi...ahli keluarga dia sendiri dia abaikan tanggungjawab rohaninya dan tak diperintahkan patuh  oleh si bapa dengan membawa ahli keluarga menurut perintah agama?Adakah lelaki itu layak jadi pemimpin pada pandangan anda?

Senang cerita...dia gagal pimpin keluarganya ke arah ajaran agama tetapi dia diangkat jadi pemimpin sesebuah masyarakat?Adakah itu apa yang diminta oleh ajaran agama,tak kira la mana2 agama sekalipun tapi sebab aku Muslim,adakah itu tuntutan agama Islam?

Pada aku mudah aje...

Bapa yang failed akan menghasilkan keluarga yang failed. Bapa yang failed diangkat jadi pemimpin masyarakat, masyarakat itu akan failed....bagaimana masyarakat mahu dengar perintah dia kalau anak isteri sendiri tak mahu dengar perintah Tuhan?

Macam mana orang lain nak nasihatkan kau suruh solat kalau mak bapak kau sendiri suruh kau tak nak dengar?

Basic seorang pemimpin first sekali mesti berupaya memimpin keluarga dia!Kau nak kata benda ni tak penting?Kata kau nak menjawab "Seorang bapa yang baik tak semestinya menghasilkan pemimpin yang baik?" Bollocks...bapa/suami yang baik adalah fundamental kepada pemimpin yang baik.

Kalau dah asas kepimpinan dalam institusi paling kecil tu melingkup,nak mentadbir 2-3 orang pun kantoi..macam mana nak pimpin masyarakat yang berjuta-juta umatnya?

My point is;
Orang Melayu mudah melatah...
Bila Hindu terpekik dia sanggah..
Ada akal tu bukak sikitlah...
Pemimpin kita tu Islam terjagakah?

So,aku tujukan soalan ni kepada penyokong kerajaan,Pemuda UMNO,Puteri UMNO,golongan anti Bersih dan golongan "pejuang" Islam yang tiba-tiba makin ramai guna hadis nak tegakkan apa tindakan kerajaan pasal perhimpunan "haram" hari tu...golongan yang memperjuangkan agama dan jenis "kita mesti jaga Islam!Nanti orang kafir naik negara kita akan musnah!"

Aku nak bertanya...

Kenapa kau selalu pandang apa yang orang kafir buat tapi kau tak pernah nampak pemimpin Islam kau yang secara terang-terangan biar diri sendiri ataupun keluarga dia lawan hukum Tuhan?Adakah itu ciri-ciri pemimpin yang kau sepatutnya benarkan untuk dia pimpin kau?Seseorang yang secara openly biarkan keluarganya tidak menurut hukum agama.

"Adakah seorang bapa yang tidak mengajak keluarga sendiri ke arah menegakkan hukum Tuhan layak dijadikan pemimpin anda asalkan dia pandai memimpin negara?"

Dan tolonglah jangan jawab..."Itu antara dia dengan Tuhan.."

Bila dah jadi pemimpin masyarakat tu dia dah jadi public figures...dia dah jadi pemimpin kau,seseorang yang kau akan lihat dan nampak setiap masa kelibatnya....hubungan dia dengan Tuhan dah jadi hubungan dia,masyarakat dengan Tuhan...sebab dia dah setuju nak terima tanggungjawab kalau agama dalam masyarakat tu runtuh,dia akan dipertanggungjawabkan nanti kat Akhirat.Tugas pemimpin ni sebenarnya sangat besar dalam agama,amat berat dan tak semua orang layak nak menanggungnya.

Kenapa orang Melayu selalu marah kat orang bangsa lain..agama lain...
Tapi dia pejam mata kepada masalah agama dalam pemimpin bangsa dia sendiri?

Kenapa?

Tiada ulasan: