Sabtu, 2 Julai 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Virus Kuning : MP Bakri Teck Hwa dan 5 lagi ditangkap kerana gotong-royong dengan warna kuning...!!!

Posted: 02 Jul 2011 09:21 PM PDT

johor dap arrested by police bersih 030711 01Ahli parlimen DAP Bakri, Er Teck Hwa; pemimpin Pemuda DAP Johor Tan Hong Ping dan empat yang lain ditahan dan dibawa ke balai polis Taman Pelangi, Kuala Lumpur, dalam satu lagi episod tindakan polis terhadap sebarang aktiviti 'BERSIH'.

Bagaimanapun, ketika dihubungi, Er menafikan kehadiran mereka di pasar Taman Pelangi pagi ini ada kena mengena dengan perhimpunan BERSIH 2.0 YANG dirancang pada 9 Julai.

Er berkata beliau dan Tan hanya menjalankan kempen kebersihan 'gotong-royong' dengan tema "Negara Bersih, Rakyat bertuah".

"Saya fikir pihak polis terlalu sensitif. Tema kami adalah Negara Bersih, Rakyat Bertuah, tetapi mereka tidak mahu menerima penjelasan mengenainya," kata pemimpin DAP itu.
Read More / Baca Lagi >>

Bantahan Lynas Terus Bersemarak

Posted: 02 Jul 2011 09:18 PM PDT

Save Malaysia Gempur Komplek Membeli Belah Berjaya Megamall Mulai Semalam !!

KUANTAN, 3 Julai - NGO Save Malaysia terus mengadakan aktiviti mereka biar pun keputusan pakar IAEA terhadap keselamatan projek Lynas telah diketahui. Semalam, mereka mengadakan program berbentuk promosi "bantah Lynas" di komplek membeli belah Berjaya Megamall, dekat sini. Program yang bermula sekitar jam 1.30 petang itu berakhir beberapa jam kemudian. Jawatankuasa Save Malaysia yang diketuai oleh pengerusinya, Dr.Tan Bun Teat telah bertemu orang ramai untuk menunjukkan rakyat terus membantah projek berkenaan. Mereka memakai baju T-Shirt "Save Malaysia" dan bergerak bertemu orang ramai untuk meraih sokongan agar sama-sama meneruskan perjuangan membantah Lynas. Turut dilihat hadir ialah Ketua Pemuda MCA Indera Mahkota dan prnyokong yang lain termasuk mahasiswa dari beberapa buat IPT sekitar Kuantan. Aktiviti kumpulan terbabit menarik perhatian orang ramai yang berkunjung ke situ. Tambah menarik apabila ramai petugas di PC Fair yang sedang berlangsung, juga mengenakan pakaian T-Shirt Save Malaysia. Apapun, tidak ada sessi ucapan atau acara perhimpunan. Mereka kemudian berkumpul di sebuah restoran makanan segera untuk berbincang isu-isu yang berkenaan.Read More / Baca Lagi >>

Video : RARE EARTH 2011 - KUANTAN MENUJU KEHANCURAN.

Posted: 02 Jul 2011 09:07 PM PDT

Mai sini nak tengok rupa Umno

Posted: 02 Jul 2011 09:04 PM PDT

Umno ni kalau tengok umoq memang dah lanjut banyak dah. Tapi kalau tengok ke bentuk fizikal depa, ternyata lagi teruk... silap silap dok ataih kerusi roda jaaa... haha...
Awat tak lagu tu, dah badan ja nampak sasa tapi lembik... penyakit banyak, angin penyakit penuh badan.... kahkahkah... Tak guna jugak kalau Umno mendabik dada kata ahli yang berjuta juta. Badan yang besar sasa tapi tubuh badannya berpenyakit yang tunggu akhir kalamnya saja. Ada ahli yang sedaq dan mengkritik, penyokong dan penjilat penjilat tanpa tauliah akan menerpa mengutuk dan membidas kumpulan kecil yang sedaq ni. Pendeknya tidak ada apa-apa ruang untuk Umno memperbaiki dirinya.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0 : Utusan supports EO arrests, wants more

Posted: 02 Jul 2011 08:53 PM PDT

KUALA LUMPUR, July 3 — Utusan Malaysia congratulated the government today for its recent dragnet on Bersih supporters including the use of emergency laws against Parti Sosialis Malaysia (PSM) members.
The Umno-owned newspaper further called for a "clean sweep" on Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, Bersih deputy chief and PAS deputy president Mohamad Sabu and also Datuk Ambiga Sreenevasan, who leads the coalition of 62 NGOs planning to march next weekend for electoral reform.
Under the Awang Selamat pseudonym used by its editors, the Malay daily said it was "relieved that the authorities are no longer playing around with warnings against the illegal Bersih gathering on July 9."
"Congratulations to the police. Awang hopes the police will 'sweep clean' anyone who challenges the law and tries to threaten the peace," it wrote in its Sunday edition Mingguan Malaysia, naming Ambiga, Mohamad and Anwar.
Utusan Malaysia praised the government for "preventative arrests" against hundreds, including opposition lawmakers.
Read More / Baca Lagi >>

Haram Bersih: Hishammuddin salah guna kuasa

Posted: 02 Jul 2011 08:49 PM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Julai: Pengharaman himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini oleh Menteri Dalam Negeri iaitu Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendapat kutukan keras daripada peguam Hak Asasi Manusia.
Menurut salah seorang daripada peguam Hak Asasi Manusia, N Surendran dalam kenyataan medianya mempersoalkan bagaimana sebuah pergerakan perhimpunan aman dengan matlamat demokrasi yang murni untuk menuntut pilihan raya yang adil boleh  menjadi ancaman kepada keselamatan negara.
"Kami mengutuk keras tindakan Menteri Dalam Negeri yang mengisytiharkan Bersih sebagai pertubuhan haram di bawah seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966," Katanya lagi.
Beliau yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat mendakwa arahan yang dibuat Hishammuddin adalah tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan Seksyen 5 Akta Pertubuhan adalah bercanggah dengan Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan berpersatuan untuk rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0: Ali Rustam jangan jadi batu api

Posted: 02 Jul 2011 08:48 PM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Julai: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bersikap adil dan tidak sewenang-wenangnya menghukum seseorang tanpa bersikap bias.
Beliau juga perlu memainkan peranan sebagai pemimpin Umno dan juga sebagai Presiden Pesaka agar tidak menjadi batu api dengan menjadikan pihak-pihak tertentu sebagai alat bagi mencetuskan permusuhan.
Ketua Penerangan Pemuda PAS negeri, Muhamad Aizat Bahrudin menyatakan demikian sebagai merujuk kepada Mohd Ali yang mahukan kerajaan Persekutuan melucutkan kewarganegaraan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0 : PM Najib membakar sentimen keugaman dan bangsa

Posted: 02 Jul 2011 08:46 PM PDT

Oleh: mohdnoorawang

"'BERSIH TETAP BERSIH. YANG TETAP TIDAK BERSIH IALAH PM NAJIB DAN UMNO SERTA PEMBODEK BODOH.
Semalam PM Najib (perdana menteri yang terlibat dengan skendal rasuah dan pembunuhan wanita mongoliar) mula bersuara sumbang dan mengheret isu ugama dan perkuaman.  PM Najib mula membakar isu dan sentimen keugamaan terhadad pengerusi BERSIH Datuk Ambiga.

PM Najib takut pada bayang bayangnya sendiri. Untuk rekod Datuk Ambiga adalah peguam bela terhadap kes Lina Joy. Mengapa Najib sanggup menyentuh isu sensitive dan keputusan mahkamah telah dimuktamadkan.

Read More / Baca Lagi >>

Tanah Air Tergadai : Stesen Keretapi Tanah Melayu Tanjong Pagar Abadi Di Jiwa Kami

Posted: 02 Jul 2011 08:45 PM PDT

OLEH MOHD ZAINI ANNUAR
'Pilu di hati, memendam rasa'... Berakhir sudah kisah duka yang menyayat hati seluruh rakyat – penutupan stesen Keretapi Tanah Melayu Tanjong Pagar, suatu detik hitam yang menjadi kenangan dan tatapan seluruh generasi Malaysia. Sejarah pembukaannya yang bermula se awal 1932, merupakan nadi sistem pengangkutan penumpang dan kargo yang terunggul yang telah menghubungkan antara Negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu pada waktu itu sehinggalah ke tawarikh 30 hb. Jun, 2011.
Read More / Baca Lagi >>

Husam : ‘Modal atas angin semata-mata’ - janji manis Najib

Posted: 02 Jul 2011 08:43 PM PDT

"Saya yakin, jika Perdana Menteri sanggup menggunakan maklumat atas angin seperti itu, tentulah dalam isu yang lain juga beliau mudah membeli maklumat bakul sampah," kata Husam Musa.

PETALING JAYA:  Seorang exco kanan kerajaan negeri Kelantan menyifatkan dakwaan Perdana Menteri bahawa tapak stesyen teksi Pasir Puteh yang beroperasi sekarang telah dijual oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sebagai modal atas angin semata-mata.
Dalam satu kenyataan media semalam, Dato' Husam Musa berkata, selain itu, Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyebut tapak itu telah dirampas oleh Kerajaan Negeri melalui PKINK.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Najib bahawa beliau (Najib) berjanji akan menyediakan pejabat baru kepada Persatuan Pemandu Teksi Jajahan Pasir Puteh setelah kononnya kerajaan PAS Kelantan merampas tapak perhentian teksi di bandar Pasir Puteh itu dan menjualnya kepada sebuah syarikat swasta.
Ucapan Perdana Menteri semalam dipetik oleh Bernama di bawah tajuk "PM Janji Beri Pejabat Baru Untuk Persatuan Kereta Sewa Pasir Puteh".
Read More / Baca Lagi >>

Trapped, Najib and BN have to hack their way out

Posted: 02 Jul 2011 08:41 PM PDT

Trapped, Najib and BN have to hack their way outRule No. 1 of Strategy 101 is never to work oneself into a corner whether it is on the battlefield or during negotiations. Basically, there are 7 Chinese Military Classics, Sun Tzu's treatise being one of them besides works by Sun Bin and a treatise on strategies employed by Cao Cao and Zhuge Liang and all 7 Chinese Military Classics stressed the paramount importance of leaving a loophole for escape so that one can live to fight another day.
In modern crisis management, it says that one must never get into a lose-lose situation and the terminology used is the word 'entrapment'. In politics as in war, politicians always try to work the enemy into a corner so that he has no means of escaping.
Prime Minister Najib Razak has surely read Sun Tzu's 'Art Of War', but due to his own busy schedule, he must have forgotten the teachings about entrapment. Therefore he may have worked himself into a corner and it is all his own doing, for failing to hear the most important call - that of the people.
Read More / Baca Lagi >>

A Samad Said : Kekejaman mempunyai tarikh lupusnya!

Posted: 02 Jul 2011 08:40 PM PDT

Perkembangaan senario politik terkini sesungguhnya sesuatu yang agak merunsingkan buat seniman dan karyawan, namun sasterawan negara A Samad Said tetap tidak berganjak langkah dari pendiriannya ketika berdepan dengan kuasa pemerintah.  Sambil bersikap sinis terhadap kerajaan yang "takut dengan warna", A Samad Said menyuntik semangat dengan peringatan bahawa "kekejaman mempunyai tarikh lupusnya!"
A Samad Said dipanggil polis untuk disoal-siasat pada 27 Jun, lantaran kehadiran beliau dalam majlis pelancaran perhimpunan BERSIH 2.0 pada 19 Jun 2011.  Beliau kembali ke bangunan Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor semalam, untuk menghadiri majlis perlancaran buku kartun Zunar, "EVEN MY PEN HAS A STAND".
Read More / Baca Lagi >>

Zunar: Ambil risiko dengan kehormatan sebagai manusia

Posted: 02 Jul 2011 08:39 PM PDT

Berkecuali, tidak memihak mana-mana pihak, atau istilah "neutral", sering menjadi sikap manusia yang enggan mengambil risiko untuk menghalang kezaliman daripada berlaku.  Namun, "kalam" telah menyedarkan Zunar, bahawa "even my pen has a stand" (bahkan kalam mempunyai pendirian), apatah lagi kartunis sebagai manusia?
Zunar (gambar kiri), atau nama asalnya Zulkiflee Anwar Ulhaque mengisahkan bagaimana dirinya mendapat inspirasi untuk nama bukunya yang keempat, "Even My Pen Has A Stand", dalam majlis pelancaran bukunya, semalam.  Beliau menamakan bekas yang digunakan untuk mencelupkan pen dakwatnya itu sebagai "pen stand", lantas menyedari bahawa "bahkan kalam mempunyai pendirian" (stand dalam bahasa Inggeris juga bermakna pendirian).
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0 : Tuntut Pilihan Raya Adil Boleh Ancam Keselamatan Negara?

Posted: 02 Jul 2011 08:38 PM PDT


PETALING JAYA 3 JULAI : Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram.

Naib Presiden PKR, N. Surendran dalam satu kenyataan media mempersoalkan bagaimana sebuah pergerakan yang menuntut sebuah pilihan raya adil dilaksanakan di negara ini boleh dianggap mengancam keselematan negara.
Read More / Baca Lagi >>

Darurat: Anwar gesa bebas semua tahanan

Posted: 02 Jul 2011 08:37 PM PDT

PETALING JAYA, 3 Julai: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam penahanan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj bersama lima yang lain di bawah Seksyen 3(1) dan Seksyen 4(1) Ordinan Darurat.
Selain Ahli Parlimen Sungai Siput, turut ditahan adalah M Saraswathy, Choo Chon Kai, M Sukumaran, A Letchumanan dan Sarat Babu.
Anwar berkata, peruntukan tersebut membolehkan pihak berkuasa menahan individu terbabit selama 60 hari tanpa bicara.
"Sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Malaysia, saya menegaskan penahanan Dr Michael Jeyakumar di bawah Ordinan Darurat merupakan suatu penghinaan terhadap amalan Demokrasi dan Institusi Parlimen negara ini," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Demonstrasi Membantah Kepimpinan Lim Guan Eng...bukti keganasan pendemo Pro-BN..!!!

Posted: 02 Jul 2011 08:35 PM PDT

Video - Ali Rustam: Saya tak boleh kawal pesilat saya untuk bertempur dengan rakyat...!!!

Posted: 02 Jul 2011 08:33 PM PDT

Bersih 2.0 : BN tak perlu menari ikut pembangkang, kata Muhyiddin.....rakyat mahu SPR yang berubah dan adil...!!!!

Posted: 02 Jul 2011 08:31 PM PDT


KUALA LUMPUR, 3 Julai — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak kesahihan Himpunan Bersih 2.0 sambil terus menggambarkan pergerakan itu yang menuntut pembaharuan pilihan raya sebagai alat pembangkang mahu menggulingkan kerajaan.
Kerajaan mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram, seminggu sebelum ia merancang mengadakan Himpunan Bersih 2.0.
"Mereka menghasut orang ramai agar pergi ke jalan untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil.
"Mereka tidak menghormati mandat majoriti, tetapi memilih untuk demokrasi jalan sebagai cara untuk mendapatkan kuasa," kata beliau (gambar) ketika berucap pada Konvensyen Barisan Nasional Wilayah Persekutuan 2011 di sini hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Kalau takut sangat, tepi sokong "Bersih"..bawalah anak anak makan jagung kuning

Posted: 02 Jul 2011 08:15 PM PDT

Video : Saya ada kepentingan peribadi...- Hishamuddin Rais Bersih 2

Posted: 02 Jul 2011 08:14 PM PDT

Video : Kita Tidak Melanggar Perlembagaan - Hishamuddin Rais Bersih 2.0

Posted: 02 Jul 2011 08:14 PM PDT

Video : PSM 6-supporters gather outside Bukit Aman

Posted: 02 Jul 2011 08:13 PM PDT

Akhirnya isu ‘periuk nasi’ akan tumbangkan BN

Posted: 02 Jul 2011 07:34 PM PDT

Oleh Zulkifli Yahaya

Kebangkitan rakyat Tunisia beberapa bulan lalu mengejutkan dunia. Kezaliman Presiden Zainal Abidin dikatakan punca kepada sebuah kebangkitan besar rakyat menggulingkan pemimpin negara.

Jika kezaliman dikatakan menjadi punca rakyat bangkit secara bersepadu, mengapa ia tidak berlaku di beberapa negara Arab yang lain yang juga diperintah secara diktator?

Bahkan Sadam Husein yang zalim itu, tidak berjaya dijatuhkan oleh rakyat sendiri. Ia dijatuhkan oleh kuasa luar. Presiden Syria Hafiz Al-Assad melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan rakyat di Hamma, namun kerajaannya tidak tumbang melalui kesepaduan kuasa rakyat.

Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0 : Keluarga tahanan EO hanya dibenarkan ke Bukit Aman Isnin ini

Posted: 02 Jul 2011 07:33 PM PDT

Ahli keluarga enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan semula petang semalam mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 dibenarkan hanya datang ke Bukit Aman dan menemui mereka pada Isnin.

d jeyakumar arrested eo crowd outside bukit aman bersih 1Jurucakap Bukit Aman yang enggan dikenali berkata ini kerana keenam-enam individu berkenaan termasuk Anggota Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj masih lagi disoal siasat dan tidak boleh dibebaskan.

"Bahagian Siasatan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman masih lagi menjalankan siasatan.

"Sesiapa sahaja tidak dibenarkan mengganggu siasatan atau berjumpa mereka tanpa keperluan. Kamu perlu datang pada Isnin dan bukannya malam ini " katanya kepada pemberita dan sekumpulan individu, dipercayai mempunyai kaitan keluarga dengan enam yang ditahan itu di pekarangan luar Bukit Aman di Kuala Lumpur malam semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Kalau dah KETAKUTAN, tengok bayang sendiri pun dikata hantu

Posted: 02 Jul 2011 07:31 PM PDT

Oleh Tok Senapi

Geram, marah, benci dan sedih boleh disembunyikan oleh seseorang tapi tidak pada rasa takut. Takut adalah sifat yang sukar disembunyikan kerana orang yang ketakutan biasanya akan 'tenggelam punca' dan akan melakukan sesuatu bagi mengatasi ketakutan sehingga di luar kewarasan.

Ketakutan kerajaan Najib-Rosmah terhadap kehilangan kuasa akibat kebangkitan rakyat menuntut sebuah pilihanraya bersih tidak dapat disorok-sorok lagi.

Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: