Jumaat, 1 Julai 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Bersih 2.0 – Why walk?

Posted: 01 Jul 2011 08:43 PM PDT

THE planned Bersih 2.0 rally calling for improvements to Malaysia's electoral system has been garnering mixed reactions. Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein said police may arrest illegal demonstrators, even under the Internal Security Act, which allows for indefinite state detention without trial. Perkasa said they would demonstrate, too, to keep Bersih protesters from mischief. Umno Youth will march apparently to support the current democratic system and make suggestions to improve the electoral process.
Meanwhile, thousands are reportedly preparing to heed Bersih 2.0's call to march on Saturday, 9 July 2011, despite the threat of arrests and potential harm.
Bersih rally in 2007 (Pic courtesy of theSun)
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0 : Exco S'gor ditangkap selepas ceramah dengan MB

Posted: 01 Jul 2011 08:42 PM PDT

Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu ditangkap selepas tengah malam tadi dan dilaporkan 'dipaksa' keluar dari kereta Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang ditumpanginya.

Pada kejadian 12.20 pagi itu, beberapa ahli exco baru sahaja selesai menghadiri sebuah majlis ceramah di Hulu Selangor dan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur sebelum ditahan oleh polis pada pertengahan jalan.Read More / Baca Lagi >>

What Islam says about public demonstrations

Posted: 01 Jul 2011 08:41 PM PDT

What Islam says about public demonstrationsOn the authority of Abu Sa'id al-Khudri who said: I heard the Messenger of Allah (peace and blessings upon him) say:
When any one of you sees anything that is disapproved (of by Allah), let him change it with his hand. If he is not able to do so, then let him change it with his tongue. And if he is not able to do so, then let him change it with his heart, though that is the weakest (kind of) faith.
Allah designated for this Ummah (Muslim community) people who will protect His din (Divine Authority), and who will facilitate their affairs and make them on a level of sincerity and understanding.  Among them Allah raised the ulama, people of understanding, people trustworthy working day and night around the world, people who whenever they see fitnah (vices), they fight it, whenever they see taghut (those who fight God), they will call for jihad to fight it.
Allah established this din by the Companions and their Followers. He designated this Ummah with ulama like Sufyan Al Thawri, Sufyan Al Uyayna, Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Al Uza'i, Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Shafi'i, Imam Ahmad and many other later scholars.
Read More / Baca Lagi >>

BERSIH 2.0: Polis tangkap 8 orang di Alor Setar

Posted: 01 Jul 2011 08:40 PM PDT

Lima lelaki dan tiga wanita, termasuk timbalan ketua pemuda PKR Kedah Gooi Hsiao Leung ditangkap kira-kira jam 9.20 pagi ini di Alor Setar kerana didakwa merancang menyemarakkan kempen BERSIH 2.0.

kedah pkr arrested by police bersih 020711 02Mereka juga didakwa cuba menjual kemeja T kuning dengan logo BERSIH.

Sebelum sidang media mereka yang dijadualkan di Pekan Cowboy, Alor Setar sempat bermula , polis terus menyerbu dan mengheret beberapa pemimpin yang dijadual berucap ke tepi sehingga mencetuskan kekecohan.

Gooi menjerit: "Beritahu kami apa dakwaannya sebelum tangkap kami."Namun, pasukan polis yang diketuai oleh OCPD Adzman terus mengheretnya tanpa memberitahu apa dakwaanya.

BN hanya tahu jaga tembolok sendiri bukan rakyat, kata Nik Aziz

Posted: 01 Jul 2011 08:39 PM PDT


KUALA LUMPUR, 2 Julai — Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengecam tindakan polis menahan aktivis Himpunan Bersih 2.0 sambil menyifatkan Umno-Barisan Nasional (BN) "tidak boleh diharap" untuk menjaga kepentingan rakyat.
Sebaliknya Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan ini menegaskan Umno-BN hanya tahu menjaga "tembolok" sendiri.
Nik Aziz (gambar) juga menegaskan Umno-BN sudah tidak berupaya untuk menjaga kepentingan Islam dan amalan demokrasi negara.
"Membaca berita-berita politik tanah air, semakin ramai yang ditangkap kerana Himpunan Bersih 2.0.
"Hakikatnya pada hari ini Umno nak diharapkan menjaga Islam pun tak boleh, nak jaga demokrasi pun tak mampu, apa lagi yang diharapkan pada Umno? BN? Hanya jaga tembolok sahaja," kata menerusi akaun Facebook beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Institusi Masjid Dicemar Demi Batal Himpunan Aman Bersih

Posted: 01 Jul 2011 08:38 PM PDT

SHAH ALAM 2 JULAI : Ketandusan formula bagi menyekat kemaraan rakyat  untuk menyertai sebuah perhimpunan aman anjuran Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih), memaksa kerajaan menggunakan institusi masjid untuk membatalkan himpunan berkenaan.

Malah gambaran yang diberikan dalam khutbah-khutbah Jumaat di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya semalam yang menyimpang dari agenda sebenar Bersih 2.0 diadakan, benar-benar mengecewakan dan sesuatu yang sengaja direkayasa, kata pemimpin Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA), Ustaz Abdul Ghani Shamsudin.
Read More / Baca Lagi >>

Pengharaman baju BERSIH, apa kata rakyat?

Posted: 01 Jul 2011 08:37 PM PDT


Pada 29 Jun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju yang berkaitan dengan aktiviti haram.

Justeru, tangkapan ke atas mereka yang memakai baju BERSIH 2.0 oleh polis adalah betul.

NONE"Jika kemeja-T BERSIH berhubungkait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga haram," katanya.

Sejak pengumuman itu, beberapa wakil rakyat Pakatan dan hampir 100 orang telah telah ditangkap kerna memakai baju kuning BERSIH manakala mereka yang menjual baju berkenaan turut ditahan untuk disoal-siasat.

Malaysiakini menemui 14 orang di sekitar ibunegara untuk meninjau pandangan mereka mengenai kenyataan Hishammuddin mengenai pengharaman pemakaian baju-T kuning BERSIH itu.
Read More / Baca Lagi >>

Silent majority Vs Vocal Minority

Posted: 01 Jul 2011 08:13 PM PDT

oleh NORDEN MOHAMED

Silent majority ~ majoriti senyap; vocal minority ~ minoriti vokal. Kedua-dua golongan ini wujud dalam masyarakat. Majoriti senyap adalah anggota masyarakat di dalam sesebuah negara mahupun kelompok yang tidak menzahirkan pendapat mereka secara terbuka. Mereka lebih suka berdiam diri.

Frasa majoriti senyap mula digunakan pada abad ke-19. Ketika itu frasa majoriti senyap membawa maksud yang berbeza daripada sekarang
Read More / Baca Lagi >>

‘Tone down anti-Bersih rhetoric’

Posted: 01 Jul 2011 08:09 PM PDT

DAP adviser Lim Kit Siang has urged the people to adopt a non-combative stance over the Bersih rally but to press ahead with demands for clean and fair elections.
KOTA KINABALU: The heat over the Bersih 2.0 rally has been rising over the past few days, but the DAP wants the people to reduce the temperature and strive for cooperation.
However, DAP adviser Lim Kit Siang urged the people to moderate their response to the crackdown on the rally but not to back down from demanding a clean-up of the electoral system.
He urged the organisers and supporters of the rally and the police to lower their combative stance on July 9 and to strive for cooperation to turn the event into a successful and peaceful assembly for clean and fair elections.
"All parties concerned should try to reduce the temperature which has been raised in the past weeks with all these overreactions by the Barisan Nasional, the police and the Election Commission (EC).
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0 adalah gelora rakyat

Posted: 01 Jul 2011 08:08 PM PDT

Oleh: Pena Ainurjah
Bersih 2.0 adalah warna gelora rakyat; rakyat yang kian terhimpit hidup mereka. Saban hari, saban minggu, saban bulan, harga barangan keperluan asashttp://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/2011/june/20/bersih-placard-girl.jpg terus meningkat seolah-olah semacam tiada jaminan daripada kerajaan bahawa kenaikan harga barang akan berhenti. Hidup mereka menjadi semakin terhimpit kerana upah keringat mereka bekerja seharian tidak akan dapat menangani kenaikan harga barang yang melampau.

Read More / Baca Lagi >>

Kenapa perlu BERSIH 2.0?

Posted: 01 Jul 2011 08:07 PM PDT

Oleh Mohamad Sabu
Pemerintah yang mendapat mandat daripada rakyat akan merasa selesa untuk mehttp://images.travelpod.com/tripwow/photos/ta-0129-32d2-f63e/mat-sabu-calun-terbaik-jadi-timb-presiden-kuala-lumpur-malaysia+1152_13012108723-tpfil02aw-11161.jpgnjalankan pemerintahan dalam sistem demokrasi berpilihanraya. Perjalanan yang baik dan pilihanraya yang bersih di antara punca keamanan di sesebuah negara.
5 tahun sekali, pemerintah memperbaharui mandat daripada rakyat untuk penerusan berkuasa atau rakyat memberi mandat kepada golongan lain untuk berkuasa. Itulah secara mudah kefahaman demokrasi dan amalannya dari rakyat untuk rakyat kepada rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan Takut Untuk Bersama BERSIH 2.0

Posted: 01 Jul 2011 08:05 PM PDT

SK ada menerima emel dari sorang pengunjung blog yang bertanya kan
" macam mana dengan kami yang bekerja dengan kerajaan. Kalau kami kena tangkap dah mesti masuk lokap punya. kerja kami macam mana??"

Itulah soalan yang ditanya. Bagi SK itu benda kecik. Kalau sebut perjuangan jangan takut untuk bersama BERSIH. Dah pun nama BERSIH tentulah kita nak pi buang benda-benda yang kotor. Islam kan suka kebersihan. Takkan kita nak bekerja dalam suasana yang kotor lagi. Dah lebih 50 tahun dok kerja  dlm suasana yang kotor. Bak kata sorang Mamak tu "DAH LAMA DAH"

Bagi yang bekerja dengan State Goment Pakatan Rakyat perlulah turun beramai-ramai. Jangan takut halangan dihadapan. InsyaALLAH..perjuangan yang benar akan dibantu. Gambar diatas adalah bukti kezaliman dan kejahatan pemerintah UMNO dan BN. Sama-sama kita kuburkan parti jahat ini dalam PRU13 ni nanti.

Crackdown may rekindle 2008 political mood

Posted: 01 Jul 2011 08:00 PM PDT

The crackdown on Bersih supporters and organisers may fuel the people's anger against the government, say analysts.
KUALA LUMPUR: The government crackdown on supporters and organisers of the Berjaya mass rally may just fuel Pakatan Rakyat's ambition to lay siege to Putrajaya, analysts said today.
They drew comparison with the events leading to the 2008 "political tsunami" such as the first Bersih rally and the Hindu Rights Action Force protest that eventually led to the opposition making significant electoral gains.
The Barisan Nasional (BN) lost its parliamentary two-thirds majority while five states, including known BN fortresses, fell under opposition control.
With the 13th national polls looming, Opposition Leader Anwar Ibrahim said that a 5% vote swing is enough to knock its rivals off the perch.
Read More / Baca Lagi >>

Husam to Najib: Stop, think and sack Hishamuddin

Posted: 01 Jul 2011 07:59 PM PDT

Husam to Najib: Stop, think and sack HishamuddinPAS vice president Husam Musa has urged prime minister Najib Razak to sack Home minister Hishamuddin Hussein over the latter's 'panicky' reaction to the July 9 Bersih rally.
Drawing similarities between Hishamuddin and the staunchly pro-UMNO member of parliament Ibrahim Ali, Husam called on Najib to appoint someone who was "more mature" in handling the government's opposition to Bersih.

"He (Hishamuddin) is like Ibrahim Ali. I hope the prime minister will replace the Home Minister and appoint someone more mature who does not react emotionally in handling issues like Bersih," he said after meeting 100 Felcra settlers here last night.
Read More / Baca Lagi >>

PKR ingatkan polis jangan ‘main wayang’

Posted: 01 Jul 2011 07:58 PM PDT

Tian Chua berkata beliau yakin tangkapan (penahanan Senator Ezam Mohd Noor) itu hanya sebahagian dari sandiwara BN untuk mengelabui mata rakyat.
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Tian Chua mengibaratkan tindakan polis menahan Senator Ezam Mohd Noor sebagai 'bermain wayang' dengan tujuan mengelirukan persepsi rakyat.
Dalam satu ceramah di Kampung Pandan Dalam dekat sini malam tadi, Tian berkata beliau yakin tangkapan itu hanya sebahagian dari sandiwara Barisan Nasional (BN) untuk mengelabui mata rakyat.
Semalam, Ezam dan tujuh yang lain ditahan polis ekoran mengadakan perhimpunan bersama 300 anggota dari pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) di hadapan ibu pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang di Georgetown.
Beliau berkata, bagi Lim Guan Eng (Ketua Menteri) tiada masalah…….kalau nak berdemo, demolah.  Namun bagi saya, secara prinsipnya pihak polis perlu membebaskan mereka…….walaupun saya tidak setuju dengan mesej yang mereka bawa.
Read More / Baca Lagi >>

Khutbah kecam Bersih seret masjid dalam politik, kata penganalisis

Posted: 01 Jul 2011 05:39 PM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Julai — Langkah menjadikan isu Himpunan Bersih 2.0 sebagai fokus khutbah Jumaat di Wilayah Persekutuan dan beberapa negeri lain semalam secara langsung menunjukkan masjid turut diseret ke dalam politik, demikian menurut penganalisis politik Prof A. Aziz Bari. 
Katanya, beliau juga tidak fikir wajar isu Himpunan Bersih 2.0 diseret ke dalam khutbah kerana ia sebenarnya usaha masyarakat sivil untuk membersihkan sistem pilihan raya daripada penipuan dan selaras dengan tuntutan perlembagaan.
"Khutbah Jumaat hari ini (semalam) menghentam Bersih. Ini membawa politik ke dalam masjid. Masjid perlu memperkatakan yang benar dan seimbang, bukan yang berat sebelah dan mungkin, palsu.
Read More / Baca Lagi >>

Hak Individu Apabila Ditahan Polis

Posted: 01 Jul 2011 09:16 AM PDT

KUALA LUMPUR 1 JULAI: Pertubuhan Bukan Kerajaan 'Lawyers For Liberty'(LFL) mengadakan sesi penerangan kepada masyarakat umum mengenai bagaimana berdepan dengan  provokasi polis semasa perhimpunan Bersih 2.0 berlangsung, 9 Julai depan.

Sesi Penerangan itu dibuat berikutan keengganan Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) memberikan kerjasama kepada penganjur serta penyokong Bersih 2.0 seraya mengugut untuk mengenakan tindakan undang-undang serta mengisytiharkan darurat pada hari tersebut.

Bercakap pada forum anjuranya yang bertajuk "Hak Untuk Berhimpun" di Dewan Perhimpunan Cina Wilayah dan Selangor malam tadi, peguam Hak Asasi Manusia, Fadiah Nadwa Fikri bersama barisan peguam lain memberi penjelasan terperinci tentang hak-hak kemanusiaan yang boleh digunapakai sekiranya polis bertindak melangkaui batasan undang-undang negara.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada Alasan BERSIH 2.0 Perlu Dibatalkan

Posted: 01 Jul 2011 09:15 AM PDT


KUALA LUMPUR 1 JULAI : Tiada sebarang alasan yang relevan bagi kerajaan pemerintah dan pihak berkuasa untuk menafikan hak rakyat berkumpul pada himpunan BERSIH 2.0 akan datang, malah usaha membatalkannya adalah satu tindakan yang mencabuli Perlembagaan Persekutuan.

Naib Presiden PKR, N. Surendran berkata amalan lazim kerajaan pemerintah membatalkan himpunan rakyat bukan sahaja membelakangi Perlembagaan Persekutuan malah ia dilihat sebagai rejim yang takutkan suara rakyat. 

"Dengan jelas sebagai isu undang-undang perlembagaan, bahawa anda, saya, kita, rakyat mempunyai hak untuk berhimpun pada 9 Julai 2011 dalam perhimpunan BERSIH 2.0," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sebuah program yang berlangsung di Dewan Himpunan Cina Wilayah Persekutuan dan Selangor semalam bagi memperincikan hak dan kebebasan warganegara untuk berkumpul dan bersuara seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

Hadir sama, peguam dari 'Lawyer For Liberty', Fadiah Nadwa Fikri dan R. Sivarasa.
Read More / Baca Lagi >>

Kalau Pilihan Raya Telus, Pakatan Rakyat Sudah Jadi Kerajaan Malaysia - Mat Sabu

Posted: 01 Jul 2011 09:14 AM PDT

SHAH ALAM 1 JULAI : Pakatan Rakyat akur hanya saluran pilihan raya boleh menyuburkan amalan demokrasi seterusnya memilih parti politik yang layak untuk membentuk sebuah kerajaan di negara ini.

Namun, gagasan itu tetap memilih untuk menyertai himpunan aman BERSIH 2.0, untuk mendesak agar pilihan raya yang diadakan kelak dilakukan secara bersih dan adil kepada semua parti politik yang bertanding.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, jika pilihan raya di Malaysia diadakan secara bersih dan adil, Pakatan Rakyat bukan sahaja mampu mentadbir lima buah negeri, bahkan memerintah negara.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2,0 : MP Pakatan Desak KDN Henti Intimidasi Rakyat

Posted: 01 Jul 2011 09:13 AM PDT


KUALA LUMPUR 1 JULAI : Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendesak agar Kementerian Dalam Negeri menghentikan intimidasi dan fobia terhadap Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Ahli Parlimen Batu Tian Chua berkata, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein seharusnya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat keamaan negara.

"Kalau dalam isu tertentu kita boleh berhimpun tetapi dalam isu tertentu kita tak boleh dibernarkan dan haram. Ini tak mencerminkan demokrasi yang sihat dan tulen. Saya harap Menteri Dalam Negeri dapat kurangkan sikap permusuhan terhadap Bersih 2.0 dan NGO yang terlibat dengan menunjukkan sikap fobia terhadap warna kuning sehinggakan mereka yang mengenakan baju kuning perlu ditangkap. Tindakan ini jelas menunjukkan Kerajaan tak selamat," katanya kepada Tvselangor.
Read More / Baca Lagi >>

Masjid bukan tempat hasut jemaah benci Islam

Posted: 01 Jul 2011 09:09 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Julai: Persatuan Mahasiswa Islam Uuniversiti Malaya (PMIUM) menyatakan kekecewaan dengan pengisian khutbah Jumaat di sebuah masjid yang terletak di Lembah Klang.
Menurut Presidennya, Muhammad Safwan Bin Anang@Talib, beliau terkejut apabila mendengar isi khutbah di masjid terbabit yang dilihatnya tidak kena pada tempatnya.
"Sepatutnya masjid dijadikan tempat untuk membincangkan dan menerangkan tentang penindasan dan kebenaran tentang ajaran Islam, bukannya menghasut para jemaah membenci Islam.
"Isu gejala murtad dan maksiat masih berleluasa. Isu seperti inilah yang sepatutnya dibincangkan dalam pengisian khutbah. Peristiwa Israk dan Mikraj pun masih ramai anak muda serta masyarakat belum hayati," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Terdesak : Khutbah Jumaat Dipolitikkan Mirip Rejim Mubarak

Posted: 01 Jul 2011 09:05 AM PDT


SHAH ALAM 1 JULAI : Tindakan ulama Jabatan Agama Islam (JAWI) menggunakan medium khutbah untuk menghalang rakyat daripada menyertai himpunan BERSIH 2.0 dilihat mirip kepada tindakan rejim bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Tatkala masyarakat Mesir keluar beramai- ramai untuk mendesak Hosni supaya berundur dari tampuk pemerintahan, khutbah Jumaat di masjid- masjid berkumandang, menyeru dan melarang rakyat daripada berkumpul di Tahrir Square, untuk menyatakan pendirian mereka.

Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu berkata demikian mengulas tindakan JAWI mengheret institusi masjid dalam cubaan membatalkan perhimpunan BERSIH 2.0 pada minggu hadapan.

"Ini khutbah yang dipolitikkan. Jawi sepatutnya tidak buat begitu. Mereka perlu tahu apa tujuan (Bersih) dahulu dan merujuk kepada ahli ulamak. Ini dia buat sesuka hati sahaja.
Read More / Baca Lagi >>

Cucu Wahi Anuar mahu tokoh pejuang kiri dihormat

Posted: 01 Jul 2011 09:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Cucu kepada Wahi Anuar, komander pertama dalam Rejimen Melayu Ke 10 mahu berita dan kenyataaan yang menonjolkan pejuang kemerdekaan berhaluan kiri sebagai musuh negara dan pengganas, dihentikan.
"Dengan melahirkan perasaan sedih dan kecewa, pihak keluarga pejuang kemerdekaan berhaluan kiri mendesak agar pihak-pihak yang membuat laporan berita dan kenyataan-kenyataan yang mengguris hati waris keluarga dihentikan," kata Saifullah Zulkifli, yang juga Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor.
Saifullah merupakan pewaris Wahi Anuar, yang sebaris namanya dengan tokoh lain seperti Abdullah CD, Rashid Maiden, Musa Ahmad, Abu Samah Mohd Kassim, Kamarulzaman Teh, Mat Amin, Mat Indera dan sebagainya.
Wahi Anuar juga pernah mendirikan rumah tangga dengan pejuang kemerdekaan, Shamsiah Fakeh yang turut menyertai Rejimen Melayu Ke 10- satu-satunya sayap Parti Komunis Malaya (PKM) yang dianggotai orang-orang Melayu.
Menurut Saifulah, Pejuang-pejuang kemerdekaan itu dilihat pengkianat dan pengganas hanya kerana mereka tidak sanggup melihat negara ini dijajah oleh British, mahupun Jepun.
Read More / Baca Lagi >>

Sistem Baru SPR Masih Lindungi Pengundi Hantu

Posted: 01 Jul 2011 09:03 AM PDT

Sistem baru online Suruhanjaya Pilihanraya tidak berupaya mengesan pengundi hantu yang didaftarkan di sesuatu alamat, sebagaimana yang dijanjikan oleh badan itu, lapor Malaysiakini.

Semalam Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar mendakwa sistem baru itu membolehkan seseorang pengundi memantau sama ada alamat rumahnya digunakan untuk mendaftar pengundi hantu.

Jika wujud kes sebegitu, pendaftar yang sah boleh mengemukakan aduan untuk tindakan lanjut SPR.
Read More / Baca Lagi >>

Lo’Lo: Peluang terbaik bagi Putrajaya gugur akta Kg Baru

Posted: 01 Jul 2011 09:01 AM PDT


KUALA LUMPUR, 1 Julai — Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo'lo' Mohd Ghazali mahu Putrajaya menarik balik Rang Undang-undang Perbadanan Kampong Baru 2010 daripada terus dibawa ke Parlimen selepas ia gagal dibahaskan pada sesi Dewan Rakyat yang berakhir semalam.
Rang undang-undang itu sepatutnya dibacakan kali kedua dan ketiga tetapi tidak menjadi kenyataan kerana urusan referendum tidak mendapatkan sambutan sepenuhnya.
Sehubungan itu kata beliau (gambar), Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar perlu kembali mengadakan perbincangan dan dialog dengan para pemilik tanah Kampung Baru dalam setiap usaha kerajaan membangunkan kawasan eksklusif orang Melayu itu.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: