Jumaat, 1 Julai 2011

dollah yankee

dollah yankee


Baju Kuning:Tak pakai pun kena tangkap! Apa lah malang..

Posted: 01 Jul 2011 08:37 PM PDT

Apa lah malang nya nasib baju-baju kuning nie... ada gurkah-gurkah politik di'port' bagi tau... di Kuala Kangsar kelmarin polis telah menyerbu ke sebuah kilang percetakan yang sedang mencetak baju kuning Bersih 2.0.

Sebanyak 26 helai baju kuning Bersih 2.0 telah di-tangkap dan di bawa ke balai polis. Polis berkata yang baju-baju kuning itu akan di-siasat di-bawah seksyen 27 (5) akta polis dan seksyen 108 penal kod.

Tak tau lah pulak gurkah-gurkah ini sama ada 26 helai baju-baju kuning itu akan di-bawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman atau pun tidak atau ini mungkin juga ada lah kes yang tak boleh di-jamin keluar.

dollah yankee -
semakin hari...semakin ramai yang cari baju kuning Bersih 2.0

Kita tetap akan bangun melawan!

Posted: 30 Jun 2011 10:44 PM PDT

Himpunan "BERSIH" mahukan sistem demokrasi yang bersih, mahukan perjalanan pilihanraya yang bersih, mahukan daftar pengundi yang bersih dan mahukan pengelolaan pilihanraya yang bersih. Jika ada mana-mana pihak sama ada kumpulan mahu pun individu yang cuba menyekat dan menghalang kehendak murni rakyat ini, bermakna kumpulan dan individu itu datang dari pihak yang kotor, penipu, penyangak dan tentunya mereka ini BUKAN lah pemimpin daripada Pakatan Rakyat...
dollah yankee -
Di-tapak pesta Sg.Nibong semalam,mahkamah mengatakan ceramah malam semalam yang dijadualkan dengan Azmin Ali dan Mat Sabu telah dibatalkan dimana mahkamah mengatakan yang ceramah semalam adalah satu bentuk cubaan untuk satu perhimpunan haram setelah mendapat nasihat polis.
Biarpun telah dibatalkan namun kumpulan rakyat 'hardcore' yang setia dengan pakatan Rakyat tetap datang ke-'venue' itu, dan cuba teka... mereka telah disambut olih helikopter yang berlegar-legar sambil menyuloh dibawah dari atas dan di bawah pula ada 5 buah trak polis dan anggota.
Manakala di Kepala Batas semalam, ceramah PAS di-Pongsu Seribu telah menerima kira-kira 4 ribu 'audiens'.

Tiada ulasan: